Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Saya Bukan Anti-UMNO, Saya Anti-Najib - Mahathir

Posted: 02 May 2016 11:00 PM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih sayangkan Umno, walaupun beliau bertindak meninggalkan parti itu baru-baru ini.

Menurutnya, beliau keluar daripada Umno kerana tidak suka dengan cara pentadbiran yang dilakukan Presiden Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

"Saya bukan anti-Umno, saya anti-Najib. Selama ini negara kita, walaupun punyai berbilang kaum, parti lawan dan parti kerajaan, tapi pentadbiran boleh dijalankan dengan baik.

"Hari ini kita lihat cara Najib tidak disenangi dan kesannya amat buruk kepada negara. Kita berhimpun kerana sedar bahawa yang salah ialah Najib, tetapi dia kata (dia) tak salah," katanya di hadapan ramai hadirin pada program Pidato Selamatkan Malaysia di pekarangan Wisma Harapan di sini, pada Ahad.

Menurutnya, kerjasama dengan pembangkang menerusi Deklarasi Rakyat bukan melibatkan soal parti atau mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebaliknya memperjuangkan hak rakyat. 

"Kita tahu dia (Najib) menunjukkan kononnya begitu demokratik dalam Umno, pemilihan pemimpin dibuat oleh wakil seramai 2,000 orang. Dia ingin perluaskan supaya lebih ramai ahli Umno dapat menyertai pemilihan pemimpin dan kita berasa lega juga.

"Baik sungguh Najib. Yang tak ada hak pun diberi hak. Tapi bukan jumlah undi daripada ahli-ahli diambil kira sebaliknya jumlah bahagian yang menentukan siapa menjadi pemimpin," katanya.

Beliau berkata, selama 22 tahun menjadi perdana menteri, beliau tidak pernah meminjam wang RM1 bilion lapor Sinar Harian



Royal Bank of Scotland Pula Disiasat Berkaitan Skandal 1MDB

Posted: 02 May 2016 08:17 PM PDT


The Royal Bank of Scotland (RBS) merupakan institusi kewangan terbaru di bawah siasatan berkaitan pemindahan dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut Financial Times, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) telah melancarkan siasatan berkaitan dengan akaun pelanggan-pelanggan tertentu dengan Coutts.

Coutts merupakan bekas cabang Swiss bank swasta RBS, yang telah dijual kepada Union Bancaire Privée.

Menurut laporan itu, RBS mendedahkan mengenai siasatan itu pada 29 April dan berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Ia telah dilaporkan sebelum ini, dan kemudiannya disahkan oleh Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai 1MDB, bahawa AS$1.03 bilion dana 1MB dalam usahasama dengan PetroSaudi International telah dilencongkan ke Good Star Ltd.

Dana yang dilencongkan ke Good Star itu masuk ke akaunnya di bank Swiss di RBS Coutts.

Siasatan mendapati Good Star tidak berkaitan dengan usahasama 1MDB-PetroSaudi, satu maklumat kritikal yang mana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin mengaku memadamnya daripada Laporan PAC selepas ditegur oleh anggota pembangkang dalam jawatankuasa itu.

Portal pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa Good Star dimiliki sepenuhnya oleh jutawan Jho Low.

Aliran dana yang dikaitkan dengan 1MDB kini sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya lima negara - Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, United Arab Emirates dan Singapura lapor Malaysiakini



Comments (0)