Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:18 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Ridhuan Tee akan masuk Pas kerana parti ini memperjuangkan Hudud ?

Posted: 30 May 2016 10:14 PM PDT

 Pendakwah, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah, mengumumkan keputusannya keluar daripada MCA sebagai membantah tindakan parti itu yang kini memusuhi Islam, terutamanya soal hudud.

Ridhuan yang merupakan ahli seumur hidup MCA, bertindak keluar susulan tindakan MCA yang lantang menentang pelaksanaan hudud. ~ sumber

   Kita puji tindakan Ridhuan Tee yang keluar MCA kerana katanya parti itu berterusan menentang hudud.

 Apakah selepas ini Ridhuan Tee akan memilih Pas kerana parti ini mengaku memperjuangkan hudud ....

  Tetapi benarkah Pas parti memperjuangkan hudud? Jom sama-sama kita jengok perjalanan parti ini secara ringkas dan santai...   
  
Presiden Pas Hj Hadi jelaskan beliau akan bentangkan deraf
perlaksanaan hukum hudud??? di parlimen
   Sejak sekian lama Pas telah mengelirukan ahli-ahlinya bahawa Rang Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden Pas Hj Hadi ke parlimen itu sebagai perlaksanaan hukum hudud.

  Janganlah pula ada yang mahu menyalahkan pihak media kononnya kekeliruan tersebut sebagai salah lapor. Berita rasmi dari akhbar Harakah Pas sendiri menyatakan RUU tersebut adalah pembentangan undang-undang hudud.

Harakah mendakwa RUU yang dibawa Hj Hadi itu
adalah undang-undang hudud ?
  Pakatan Rakyat Perak, telah mengambil pendirian yang berbeza dengan Pas Kelantan.Pengerusi PR Perak, DS Nizar Jamaluddin berkata, sekiranya PR membentuk kerajaan negeri baharu, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah seperti yang dibentangkan kerajaan Pas di Kelantan, tidak akan dibangkitkan di Perak.

 Namun pendiran tersebut telah dibantah oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Hj Razman Zakaria yang menegaskan bahawa pendirian PAS Perak mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan adalah selari dgn keputusan dan pendirian PAS Pusat.

 Penyokong-penyokong Hj Hadi menganggap penolakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan itu adalah penolakan hudud sebagaimana yang disiarkan oleh media.

   Akibatnya DS Nizar dan Dr Khairuddin dan orang-orangnya tersingkir dalam pemilihan di kawasan masing-masing.


  Begitu bersemangat dan besar harapan sekalian para penyokong-penyokong Pas. Tinggi menggunung pengharapan mereka apabila para pemimpin parti mereka menjanjikan bahawa hudud akan mulai dilaksanakan di Kelantan mulai 2015.
 
Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakub begitu yakin dengan janji-janji Umno yang akan memberikan laluan mudah kepada Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

 Ketika berucap menggulung perbahasan di Dun Kelantan Ahmad lebih setahun lalu beliau menegaskan akan sedia hilang jawatan kalau hudud tidak dilaksanakan tahun hadapan (2015).


    2015 telah pun jauh berlalu.... Janji tinggal janji. Bagaimana seorang yang dianggap sebagai ulama, merupakan timbalan Mursyidul Am Pas, boleh mengabaikan janjinya untuk letak jawatan sekiranya hudud tidak dilaksanakan pada 2015? Dimanakah kewibawaannya sebagai seorang yang mengaku ulama?

  Ternyata hudud hanya menjadi rhetorik kepada kebanyakan pemimpin Pas semata-mata bertujuan untuk mendapat sokongan  orang ramai.


  Tidak hairanlah untuk lebih menyakinkan para penyokong dengan perjuangan parti, ada pemimpin yang sanggup mengisytiharkan bahawa hudud merupakan nyawa kepada Pas yang tidak akan digadaikan walau atas apa alasan sekalipun.

   Ternyata, bahawa jawatan adalah nyawa mereka. Ramai dalam Pas bergayut kepada jawatan seperti mana Ahmad Yaakub. Paling dahsyat yang bergayut untuk terus mendapat habuan dedak!
 
 Tiba-tiba strategi politik Pas telah berubah. Ini amat jelas setelah tiadanya TGNA yang sangat kuat mempertahankan tahaluf siayasi bersama DAP dan PKR.

 Pas menjadikan kini Hudud sebagai agenda utama dalam perjuangannya setelah mampu meraih kemenangan yang besar dalam PRU 13.

  Perubahan sikap Pas ini akhirnya menjadi punca perpecahan PR. Waima semasa bertahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan PRU 13 dulu, Hj Hadi sendiri menghebahkan bahawa Hudud Bukan Agenda utama!


  Akibat termakan hasutan Umno, Pas telah memusuhi rakan tahaluf dalam Pakatan Rakyat. Hinggakan sanggup menuduh mereka yang mahu mempertahankan tahaluf siyasi dengan DAP kerana mahu mengekalkan keputusan Muktamar di Ipoh telah dimusuhi dan dituduh sebagai penentang hudud! Mereka telah ditendang keluar dan dicabar supaya menubuhkan parti sendiri.

  Dan kini, apabila isu Rang Undang-Undang Persendirian yang akan dibawa oleh Presiden Pas Hj Hadi menjadi pebalahan dikalangan parti komponen BN, barulah Pas dan Umno terhegeh-hegeh menerangkan kepada rakyat bahawa ia bukan hudud!

   Aku tak tahu nak kata apa lagi... dulu hangpa bermati-matian kata benda tu hudud .... la ni korang nafikan pula?? Korang sanggup kafirkan sahabat-sahabat dalam jemaah sendiri.... itu apa hukumnya?

 Cuma nak ingatkan kita semua tentang hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

 "Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

Comments (0)