Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:08 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Pemilihan Datin Mastura adalah melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam.

Posted: 30 May 2016 12:00 AM PDT

Calon BN Tak Boleh Berkempen……..Kem BN Jadi Kelam Kabut!

 Selepas hanya dua jam, balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, 'Kem BN' dilaporkan terpaksa memikirkan semula cadangan tersebut.

 Bahkan, Timbalan Presidennya Zahid Hamidi, yang membuat pengumuman itu disifatkan tidak merujuk kepada nas agama dan BN sedang mempertimbangkan untuk menarik semula cadangan tersebut.

 Ia adalah kerana, menurut Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dr Fathul Bari bin Mat Jahya, pemilihan Datin Mastura adalah melanggar batas agama dan adat orang Melayu Islam.

 Berikut ialah kenyataan Fathul Bari;

 CALON BN DI KUALA KANGSAR TIDAK BOLEH BERKEMPEN?

Calon BN Puan Mastura dilihat sebagai calon kontroversi kerana masih dalam tempoh 'iddah.

 Sudah pasti secara prinsipnya kita perlu kembali kepada nas2 agama yg merentasi fahaman mahupun ideologi politik.

 Hukum bagi wanita yg sedang iddah telah disepakati oleh ulama tentang larangan "keluar" dari rumah selama 4 bulan 10 hari.

 Antara dalil dari Al-Quran dan Al-Sunnah yg digunakan sebagai hujjah oleh para ulama dalam menetapkan hukum hakam asas bagi iddah:

 1. Al-Quran
 1. Al-Quran Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
(2:234)
 Maksudnya: "Maksudnya: Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beridah) selama empat bulan sepuluh hari." (QS Al-Baqarah, 2:234)

  2. Hadis Nabi SAW
 عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ

Dari Ummu 'Athiyyah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidak dibenarkan bagi seorang wanita untuk berkabung atas kematian seseorang lebih daripada 3 hari kecuali atas kematian suaminya iaitu selama 4 bulan 10 hari. (Selama tempoh itu) Dia tidak boleh memakai pakaian yang beraneka warna kecuali jika pakaian itu kain putih dan coraknya sekadar garis-garis (belang) (sejenis kain buatan Yaman pada zaman Nabi), dia juga tidak boleh memakai celak dan tidak pula boleh berwangi-wangian melainkan ketika ia bersih (daripada haid). (Adapun ketika haid) maka (diperbolehkan) dia mengenakan sedikit wangian dengan cebisan kapas/kain (untuk menghilangkan bau tidak enak pada kemaluannya)." (HR al-Bukhari & Muslim) Jadi persoalannya bagaimana dgn Puan Mastura?

 Saya ingin memberi cadangan kepada pemimpin tertinggi Barisan Nasional supaya tetap menghormati keputusan AGAMA iaitu Puan Mastura TIDAK BOLEH KELUAR dari rumah untuk berkempen.

Sebaliknya biarlah anak beliau menjadi pengganti beliau untuk berkempen sepanjang tempoh pilihanraya.

Kehendak agama WAJIB didahulukan dari kehendak manusia. Saya amat yakin umat Islam mampu memahami situasi ini dengan baik. Dan saya berharap kepada pengundi2 non-muslim juga memahami sensitiviti hukum yg telah diputuskan dalam agama kami.

Wallaahualam

Dr Fathul Bari bin Mat Jahya
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Mat Saman Kati - Kalau orang lain..boleh jalan la...

Posted: 29 May 2016 07:40 PM PDT

 Gatal tangan nak tulis pasal Kuala Kangsar. Nostalgia la kaborkan.

 Tahun 2011 atau 2012...tak berapa ingat dah.. masa tu Raja Ahmad Iskandar (Ku Is) baru jadi YDP Pas Kuale. Aku dijemput untuk berkongsi pendapat untuk persiapan PRU13.

 Sebelum tu hubungan aku dengan PAS Kuale tak ngam. Repot polis yang pertama dibuat terhadap aku dalam sejarah berblogging dibuat oleh Timbalan YDP Pas Kuale, arwah Hj. Mokhtar, sebab aku kutuk dia dalam blog.

 Bila aku bentangkan kajian aku, ramai la yang keluar markas. Bila dah habis, masa soal jawab, depa masuk balik. Pasai nak hentam aku. He.he.

 Depa cabar aku suruh bagi idea macam mana Pas nak menang.

 Aku cakap satu saja. Ku Is kena bertanding. Kalau orang lain...tak ada chance boleh menang. Kalau Ku Is bertanding, aku sanggup tampal poster dan cari buluh. Kalau orang lain..boleh jalan la.

 Bila tiba PRU13, Pas letak Idham Lim. Aku cabut pi tolong calon Pas Pasir Panjang. Kat Kuale, aku lancarkan kempen "Selamatkan Kuale, tolak Idham Lim." Idham Lim bungkus walaupun Umno berpecah teruk.

 Timbalan Ketua Wanita Umno Malaysia jadi calon Bebas! Dalam keadaan macam tu pun Idham Lim tak boleh menang walaupun disokong oleh Pakatan Rakyat yang bersatu.

 Hari ni dah umum calon Pas dan Umno. Pas Dr. Najihah, Umno Datin Mastura.

Aku ulang apa yang aku cakap kat Aduka Taruna hari tu.

 Kalau aku jadi Pengarah Pilihanraya Umno, aku tak payah bawa calon. Cukup kalau semua petugas Umno gunakan ayat ini disetiap kempen, "kalau Tuan2 dan Puan2 ingat kat arwah Wan Khairil dan kenang jasa-jasa dia, undi lah Umno." Cukup.

 Hari ini, seolah-olah Umno ikut cakap aku. Depa letak balu Wan Khairil. Datin Mastura tak payah keluar kempen. Cukup wakilkan anak-anak dia saja. Gerenti menang.

 Pas pulak letak Dr. Najihah. Baru umum nama calon, Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak dah bagi 

 point siap dengan hadis mengapa calon Umno mesti ditolak.

 Habih la komer.

 Yob...oghang Kuale ni oghang Peghak Yob. Peghak Kuale tak sama dengan Peghak Bota. Tajwid tak sama. Sebutan "Kuale" dan "gula" pun tak sama.

 Masalah Pas ialah meletakkan calon yang salah ditempat yang salah. Kuale Kangsor bukan Kuala Lumpor Yob.

 Cukup la dulu. Nak lepas gian.

Komen al-Husseyn :

     Apa yang blogger otai MSK cuba sampaikan ialah mood pengundi aalah lebih tertumpu kepada personaliti calon daripada parti. MSK berpendapat, kalau Ku Is diletakan sebagai calon Pas pada PRU 13 dulu tu, kemungkinan Pas menang adalah lebih cerah. Itulah pandangannya. Mungkin betul, mungkin tidak, apa yang pastinya, Pastelah kecundang...

   Pada PRK KK kali ini pun Pas tidak meletakan Idham Lim sebagai calon. Besar kemungkinan Pas akur dengan pandangan MSK...

  Tapi Pas tidak juga letakan Ku Is pada kali ini. Kawan-kawan dalam Amanah berbisik kepada saya, kalau Ku Is jadi calon, susah bagi kita Amanah nak menghadapinya....Entahlah...

  Cuma nak ingatkan parti Amanah satu perkara yang sama apa yang MSK sbutkan - mood pengundi lebih tertumpu kepada peribadi calon daripada parti.

  Harap Amanah akan letak calon yang rakyat sudah kenali supaya gerak kerja petugas tidak terbuang begitu saja untuk memperkenalkan calon.

    Biarlah calon yang diletak memang peka dengan isu-isu tempatan khususnya negeri Perak ini.

    Sebagai mantan MB Perak dan ketua pembangkang di DUN Perak, semua kelebihan itu ada pada DS Nizar Jamaludin.

   Ingat kata Mat Saman Kati atas tu - Kalau orang lain..boleh jalan la... Nak kabo benda tu jer!

Comments (0)