Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:04 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Mat Sabu lontar Mikrofon, Hj Hadi lotar Anjing, Babi , Munafiq Haraki.....

Posted: 29 May 2016 12:00 AM PDT

 Dr Abdul Rani Osman, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN Meru sejak 2008 telah dipilih sebagai calon parti Pas pada pilihan raya kecil (PRK) parlimen Sungai Besar pada 18 Jun depan.

 "Saya bukan orang yang senang marah. Saya tak akan baling mikrofon," katanya Abdul Rani.

 Tidak jelas samada beliau merujuk kepada Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang sebelum ini mencuri perhatian selepas membaling mikrofon di atas pentas.

  Mat Sabu baling mikrofon tidak mengenai sesiapa pun. Dia tidak menyakiti sesiapa pung...Kenapa Abdul Rani pula yang terasa bencul dan bengkek ?

  Tetapi apa yang jelas kepada kita, Presiden parti Abdul Rani inilah yang  merupakan orang yang paling gemar membaling dan melontar kata-kata keji dan gelaran yang sangat menyakiti hati orang mukmin lain....

  "Aku pun orang juga, bukan pelastik!" Mat Sabu pernah mengungkapkan kata-kata macam itu....

  Kelaku buruk presiden Pas itu turut menjadi ikutan dan amalan penyokong-penyokongnya yang sangat taksub dan wala' tahab gaban!

  Tidak hairan kalau ungkapan Munafiq Haraki, Barua, Broker, terpesong aqidah, parasit, malah anjing dan babi menjadi wirid mereka yang dilontarkan kepada orang-orang yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka.

RUU Hj Hadi : Bukankah selama ini Hj Hadi dan Pas kata ia adalah Hudud?

Posted: 28 May 2016 10:11 PM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang jelaskan beliau akan
bentangkan draf perlaksanaan hukum hudud di Parlimen".
   Hj Hadi selaku MP Marang telah dua kali mengemukakan notis bagi usul Rang Undang-Undang persendirian untuk meminda akta 355 di parlimen.

  Notis pertama adalah pada persidangan pertamabagi 2015 Dewan Rakyat iaitu 9 Mac hingga 9 April dan pada kali kedua, 18 Mei hingga 18 Jun.

   Namun ia tidak sempat dibahaskan kerana urusan kerajaan lebih diutamakan dan perlu diselesaikan terlebih dahulu.
 
    Umno/BN sengaja melengah-lengahkan pembentangan usul RUU Hj Hadi walaupun pada mulanya telah dijamin oleh Jamil Khir , Hj Hadi akan diberikan laluan mudah.

      Ternyata laluan mudah yang dijanjikan itu hanya muncul secara mengejut dihari akhir persidangan dewan itu kelmarin. Usul tersebut hanya dimasukan pada sebelah pagi hari tesebut, lalu diusulkan oleh Menteri Azalina Othman Said pada sebelah petangnya.

   Telah sekian lama dihebohkan mengenai RUU pesendirian Hj Hadi dihalang daripada dibentangkan di Dewan Rakyat ; telah sekian lama Hj Hadi memendam hajat dan cita-cita untuk membentangkan RUU persendirian itu sudah tentulah dia akan teruja dan bersemangat bila diberikan peluang tersebut.

  Tetapi ini tidak berlaku! Apabila Hj Hadi diberikan laluan untuk membentangkan RUU yang sejak sekian lama dihajatinya itu, tiba-tiba Hj Hadi kelihatan terpinga-pinga dan hanya membacakan skrip yang telah disediakan untuknya tanpa bersemangat sebagaimana lazimnya ketika dia berceramah. Why Haji? Why? Tell us why?

  Hj Hadi nampak vangang bila tok lebai ini membaca satu-satu perkataan dengan penuh teliti dan tertib; dengan penuh tartil ikut tajwuid satu persatu...

   Sehinggakan bila Pandikar Amin menegurnya bahawa perkara tersebut perlu dihuraikan, Hj Hadi menggelabah tercari-cari kertas skrip jawapan untuk dibaca seterusnya. Walhalnya, dia tidak perlu membaca skrip jika hanya sekadar memohon ditangguhkan sehingga sesi akan datang. Apa punya biulnya maknusia ini?

 Bukankah vangang namanya ini? Setelah diberikan peluang, Hj Hadi minta ianya ditangguhkan. Kenapa ianya dibentangkan kalau hanya nak bagi tau ianya mahu ditangguhkan pada sesi akan datang?

 Nampaknya presiden Pas Hj Hadi dan wal'autanya semakin berserabut tak tentu hala jadinya.

  Khalid Samad dan juga Setiausaha DAP, Anthony Loke telah melahirkan rasa tidak senang mereka lalu bertanya kenapa RUU itu pada awalnya disenaraikan sebagai perkara terakhir dalam Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat, tetapi dipercepatkan tanpa sebarang notis dan seolah-olah untuk memerangkap ahli-ahli Parlimen yang langsung tidak bersedia untuk membahaskan pindaan rang undang-undang tersebut.
 
Kepelikan dan kebangangan Hj Hadi lebih terserlah bilamana Hj Hadi marah sangat kepada DAP hanya kerana mempersoalkan perkara tersebut. Hj Hadi telah mengecam dan menuduh DAP tidak beradab dan memusuhi Islam!
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan beberapa Anggota Parlimen DAP yang mempertikaikan usul yang dibawanya mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat semalam adalah tidak beradab dan ingin memusuhi Islam. ~sumber 
  Sampai begitu sekali ganaznya seorang yang mengaku ulama memfitnah DAP waima Anthony Loke sekadar bertanya kenapa RUU itu yang pada awalnya disenaraikan sebagai perkara terakhir dalam Peraturan Mesyuarat di Dewan Rakyat, tetapi dipercepatkan ...

   Tetapi kenapa Hj Hadi terkancing gigi dan pekak badak bila presiden parti komponen BN seperti MCA, dan Gerakan  mengugut akan meletak jawatan daripada Kabinet jika Rang Undang-Undang Persendiraan PAS (RUU) diluluskan di Parlimen. Kenapa Hj Hadi nampak vangang sangat nih?

  Pengerusi MCA Kedah, Datuk Dr Leong Yong Kong mengumumkan keluar parti pada Jumaat sebagai reaksi terhadap isu hudud.

 Malah sebaliknya Hj Hadi memuji mereka dengan katanya, parti bukan Islam seperti MCA, Gerakan dan MIC juga tidak bersetuju dengan agenda orang Islam namun mereka lebih tertib dan beradab ......sampai nak letak jawatan gitu pun Hj Hadi kata beradab??

  Kalau dulu, isu ini telah menjadikan Pakatan Rakyat berbalah dan berpecah, tetapi kini isu ini sudah menjadi bom jangka kepada gabungan Barisan Nasional.

   MCA, Gerakan, MIC dan UPKO kini berantakan membantah dan mengugut jika pembentangan RUU tersebut diteruskan ....

  Menyedari kecelaruan dikalangan komponen parti BN sendiri, maka PM Najib pun segera menjelaskan pembentangan RUU oleh Hj Hadi itu bukan Hudud....

 Ada pula Pak menteri cuba pula mencari kambing hitam...pada halnya sudah jelas ada Banghal Hitam dari Marang tu ....

  Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak menyalahkan pihak media tempatan kerana kononnya tidak menyampaikan maklumat tepat dan tidak mengelirukan rakyat.

 Menurutnya ada pihak media menyiarkan  isu pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian oleh Hj Hadi Awang di Dewan Rakyat baru-baru ini sebagai hukuman Hudud.

 Salleh berkata rang undang-undang itu bukanlah hukum hudud seperti disiarkan akhbar. Baca lagi ~ di sini

Sila baca beritanya di sini sebelum ia dipadam!
  Hoit! Bukankah Hj Hadi sendiri dan akhbar Harakah, akhbar resmi Pas yang sejak dulu lagi telah menghebohkan dan mencanangkan kepada ramai bahawa RUU persendirian yang akan dibawanya itu adalah Hudud?

 Hj Hadi telah membawa Pas masuk perangkap Umno dan isu hudud hanyalah rhetorik politik mainan Pas sehingga memecah belahkan Pakatan Rakyat yang telah berjaya mengancam kedudukan Umno/BN.

 Lihatlah betapa sombongnya Nassuruddin Daud yang bulat-bulat telah menelan umpan Umno...

  Beliau begitu yakin dengan janji-janji Umno  sehingga berkata, Pas tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan 

 "Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana," katanya.Lapor Utusan Meloya

  Kah! Kah! Kah! DAP juga yang salah! Cuma nak upgrade hukuman akta 355 tu jer tapi duk balah sesama jemah tuduh batal aqidah  dan munafiq?

Comments (0)