Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:06 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Azmin Kuang Ajaq?

Posted: 22 May 2016 01:00 AM PDT


 SHAH ALAM: Pemuda PAS menyifatkan tuduhan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'tidak tahu apa yang berlaku dalam parti' yang dilemparkan PKR sebagai jahil dan kurang ajar.

 Ketuanya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melahirkan rasa kecewanya terhadap parti itu ekoran Hadi dilabel sebagai ketua yang tidak tahu isu dalam parti.

 
 "Ada juga orang politik kata, ada presiden parti tak tahu apa pun hal partinya. Biasa yang saya dengar ialah ada orang jahil atau kurang ajar kata ulama tu tak tahu apa pun pasal ugamanya (agamanya)," katanya yang dipetik melalui laman sosial Facebook.

 Terdahulu, pada pagi tadi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, Hadi tidak mengetahui perkembangan bersabit rundingan peletakan calon di kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

 Ini kerana, kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi, sebaik saja pengumuman mengenai dua pilihan raya kecil yang akan diadakan 18 Jun depan, pihaknya telah bertemu dua kali dengan kepimpinan PAS.

 "Kadang-kadang saya simpati dengan Ustaz Hadi ini, mungkin dia tidak tahu apa yang berlaku dalam parti.

 "Saya bertemu dengan Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), saya bertemu dengan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, saya bertemu dengan setiausaha politik Ustaz Hadi, jadi saya percaya pimpinan tertinggi ini akan melaporkan kepada Presiden," katanya dalam satu majlis pagi tadi. ~ Sumber

Ikuti ucapan Azmin di sini

Rusia mahu membeli beberapa aset Petronas ?

Posted: 21 May 2016 09:30 PM PDT

 
   Adakah anda semua tahu bahawa Bugis itu berada di Rusia? Selain daripada menghadiri  - Sidang Kemuncak Rusia-ASEAN yang berikut telah dilaporkan OLEH MEDIA RUSSIA.

 Saya menerima ini daripada seseorang. Masalah semakin melebar (Shit hit the fan!) Rusia merancang untuk membeli aset Petronas. Ini tidak dilaporkan dalam berita Malaysia.

Berjalan pada bidang hidrokarbon di luar negara, "Zarubezhneft" syarikat kerajaan Rusia telah menyatakan minat dalam aset tertentu syarikat minyak dan gas Malaysia Petronas. Ini telah diumumkan oleh Menteri Tenaga Alexander Novak semasa sidang kemuncak itu Rusia - ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara), hari terakhir yang berlaku di Sochi.

 Novak berkata bahawa "Zarubezhneft" tidak lama lagi akan bekerja pada aset Petronas sehingga pihak-pihak yang berunding dalam hal ini. Ketua Kementerian Tenaga tidak berkata apa itu berminat untuk syarikat Rusia. 

Petronas Corporation, 100% dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, memiliki semua hak ke atas pengeluaran dan penapisan minyak di negara ini, serta mengambil bahagian dalam pembangunan beberapa bidang hidrokarbon di luar negara, kebanyakannya di Kanada dan Australia. Di samping itu, Petronas - pengeluar utama dan pengeksport LNG.

 Ditubuhkan pada 1967, syarikat itu "Zarubezhneft" yang pada asalnya membina kemudahan minyak di luar negara. Sekarang di samping itu, ia telah membangunkan dan melaksanakan projek-projek bersepadu untuk penerokaan dan pembangunan minyak dan gas di luar negara di atas tanah dan pelantar benua, menjalankan kerja-kerja dalam bidang pemulihan minyak dipertingkatkan, serta penghantaran untuk peralatan minyak dan gas dan bahan.

Komen saya: Saya percaya ini bukan PSC (Kontrak Perkongsian Petroleum) yang mereka bercakap tentangnya tetapi pembelian secara terang-terangan aset Petronas seperti lapangan minyak dan medan gas, lengkap dengan platform pengeluaran dan pelantar dan lain-lain. ~ sumber

 Lebih banyak komen daripada orang yang menghantar saya ini:

 Adakah Petronas mempunyai jualan api ke Rusia?

 Adakah penjualan aset minyak & gas ini merupakan perbincangan antara Najib dengan Putin semasa dia pada "business trip" ke Rusia?

 Dan mengapa ini tidak dilaporkan dalam media Malaysia?

 Seolah-olah cukup penting kepada saya.

 Apakah potongan _ _ _ _ b  akan menjadi?

Dari Tass, media rasmi kerajaan Rusia. Berikut adalah laporan berita Tass:

Antara keratan berita Tass. Baca lagi di sini
Zarubezhneft mungkin akan memperolehi aset Petronas Malaysia.
 Menurut Novak, Rusia Zarubezhneft sedang meneroka kemungkinan mengambil alih aset syarikat Petronas Malaysia.
"Selain itu, Zarubezhneft menunjukkan minat dalam mengkaji aset Petronas. Kesemua pihak sedang mengadakan rundingan mengenainya," katanya.
   Novak berkata Zarubezhneft sedang berunding mengenai memasuki projek di Malaysia. 
Nota : Entri di atas disunting dari blog OutSyed The Box yg kini sedang disita. Tetapi boleh diakses di sini

Kuala Kangsar : Kemenangan Nizar Adalah Kemenangan Rakyat

Posted: 21 May 2016 05:30 PM PDT


  Ada yang berpandangan supaya Amanah memberikan laluan kepada Pas bagi kedua-dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
"Tidak ada keperluan untuk Amanah ikut sama bertanding kalau dengan pertandingan itu menjejaskan harapan bersama. Kenapa Amanah perlu mengalah, tidak Pas? Kerana Amanah parti baharu. Pilihan raya itu bukan tempat untuk Amanah menguji pengaruh. Pengaruh dan kekuatan Amanah boleh diuji menerui melibatkan diri, membantu pilihan raya berkenaan. Itu sudah cukup. Rujuk di sini
   Sebaliknya saya bersetuju dengan pandangan Greenboc, "Justeru itu, cahaya kemenangan untuk Parti Amanah Negara dan Pakatan Harapan amat cerah jika meletakkan Nizar sebagai calon di PRK Kuala Kangsar."

  Kalau nak diikut saranan pertama diatas itu, bemakna, Amanah akan terus kehilangan hak untuk bertanding di kedua-dua tempat tersebut. Apakah Amanah perlu beri laluan dilain-lain tempat di mana Pas akan bertanding nanti?

   Apa perlunya Amanah memberi laluan mudah kepada Pas? Sedangkan tawaran Amanah supaya Pas bertanding di Kula Kangsar dan Amanah di Sungai Besar telah ditolak mentah-mentah oleh Pas.

     Amanah pun satu hal, kenapa perlu mahu bertolak ansur lagi dengan Pas dengan penawaran tersebut? Bukankah presiden Amanah, Hj Mohd Sabu pernah berkata, "Kita lawan Umno dan mereka yang berkawan dengan Umno"

    Apakah Amanah sudah lupa bahawa penyingkiran mereka dari parti lama mereka itu adalah kerana sikap kepimpinan Hj Hadi yang gelojoh sangat mahu berbaik-baik dengan Umno?

     Sementara Mahathir mencadangan perkara yang hampir sama dengan cadangan yang pertama :
Rakyat perlu letak hanya satu calon sahaja. Malangnya jika Hadi meletakkan calon PAS ini juga akan menolong BN jika rakyat letak calon melawan BN dan PAS.
 Sebab itu untuk mengelak perpecahan dikalangan rakyat, jika PAS letak calon, rakyat perlu bagi sokongan padu kepada calon PAS supaya PAS menang besar dan BN kalah besar.
 Kalaupun PAS menang, ia tidak dapat mendiri Kerajaan. Ia cuma akan menjadi hamba kepada BN yang memiliki lebih ramai wakil darinya. 
 Ini bermakna jika Amanah memberi laluan kepada Pas dan Pas menang, kemenangan kepada Pas itu samalah seperti Amanah memberikan kemenangan kepada Umno! Ker guana Ding?

  Jangan lupa, bahawa DS Nizar adalah ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Perak. Tentu agak sukar bagi Pas untuk berdepan dengan Nizar, ketua mereka di dalam DUN Perak....??

   Maka lantaran itu, Amanah jangan sekali-kali nak 'berlembik tengkok' dengan Pas @ kawan Umno tu!

DS Nizar sebagai calon Parlimen Kuala Kangsar

 Pandangan Greenboc, Pakatan Harapan amat cerah jika meletakkan Nizar sebagai calon di PRK Kuala Kangsar memang tidak dapat disangkal atau dinafikan.

  Siapa yang tidak mengenali ketokohan mantan Menteri Besar Perak ini? Hubungan Nizar dengan rakyat Perak juga telah lama terjalin mesra. 

  Mereka telah mengenali hati budi Nizar dan tidak mungkin melupakan begitu sahaja jasa-jasa Nizar kepada rakyat Perak walaupun beliau hanya sebelas bulan sahaja menjawat Menteri Besar sebelum dirampas oleh Umno/BN.

  Beliau amat memahami isu-isu tempatan dan pastinya banyak perkara-perkara yang akan beliau bongkar dan dedahkan kepada rakyat Perak.

   Selain itu, Nizar juga sangat peka dengan isu nasional. Beliau mempunyai pengalaman menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang selepas Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009.

  Sewaktu berucap di ceramah Amanah Kuala Kangsar malam kelmarin, Nizar turut mengimbau kenangan silamnya yang pernah bertanding melawan Rafidah Aziz dalam PRU 11 pada 2004, di Parlimen Kuala Kangsar.

" Pada waktu itu, orang tidak berapa sangat mengenali saya lagi, " kata Nizar dengan penuh erti bahawa keadaannya kini adalah sangat berbeza! Orang kampung semua dah kenal sangat siapa DS Nizar!

  Kalau Nizar bertanding semula di parlimen Kuala Kangsar sekali lagi, beliau adalah umpamanya , sireh pulang ke gagang.

 Diharap pimpinan Harapan Baru yang akan bersidang hari Isnin ini dapat menangkap dengan jelas maksud yang tersirat yang hendak Nizar sampaikan itu. Marilah kita sama-sama menjadikan kemenangan Nizar itu nanti sebagai kemenangan rakyat.

Comments (0)