Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:03 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Ketua Polis Negara mahu tunggu apa lagi? Tanya Tony Pua

Posted: 20 May 2016 06:00 AM PDT

 Laporan Jabatan Audit Negara berkaitan 1MDB boleh dijadikan asas yang cukup bagi siasatan dilakukan terhadap syarikat milik penuh Kementerian Kewangan itu, kata Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

 Dalam satu wawancara dengan stesen TV Singapura, Channel News Asia semalam, Ambrin dilaporkan bersedia membantu mana-mana pihak untuk memulakan siasatan.

 "Langkah selanjutnya seperti yang disyorkan oleh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara), mereka mahu siasatan dilakukan terhadap beberapa individu tertentu di dalam syarikat berkenaan, biar polis melakukan kerja mereka, kami akan membantu mana-mana pihak yang ingin melakukan siasatan," wawancara itu dipetik.

 Mengulas pengakuan Amrin itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga anggota PAC, Tony Pua menggesa polis mempercepatkan siasatan terhadap individu-individu yang dikaitkan dengan 1MDB seperti yang telah didedahkan di dalam laporan akhir PAC enam minggu lalu.

 Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan berkata, siasatan segera perlu dilakukan bagi memastikan dalang skandal kewangan RM50 bilion membabitkan syarikat sarat hutang itu dihadapkan ke muka pengadilan. Rakan rapat Perdana Menteri, Jho Low dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Halmi adalah antara individu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.

 Bagaimanapun sejak laporan akhir PAC dibentangkan di Parlimen pada 7 April yang lalu, polis masih belum memanggil individu-individu terbabit untuk disoal siasat, ujar Tony seperti dilapor Roketkini.com.

 Tony mendakwa, Shahrol telah mengarahkan 1MDB dengan kapasitinya sebagai CEO untuk membayar US$1.03 bilion kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang disahkan Bank Negara Malaysia dan telah dimaklumkan kepada PAC sebagai "sebuah syarikat yang dimiliki oleh individu yang tidak ada kaitan dengan Petrosaudi International Limited".

 Petrosaudi International Limited, syarikat yang menjalinkan usaha sama pelaburan dengan 1MDB, bagaimanapun tidak mengulas mengenai status Good Star Limited yang didakwa mempunyai kaitan dengan anak-anak syarikatnya.

 "Kini PAC dan Ketua Audit Negara telah mengaitkan Datuk Shahrol Halmi dengan salah urus tadbir 1MDB, apa lagi yang ditunggu Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar?" soal Tony dalam satu kenyataan hari ini.

 Malah, katanya, kegagalan polis untuk bertindak, dan ironi kepantasan siasatan luar negara hanya akan mengakibatkan rakyat Malaysia membuat kesimpulan bahawa mereka (polis) dengan seboleh-bolehnya cuba untuk menutup jenayah yang melibatkan tokoh-tokoh politik berkuasa di negara ini.

Akan Terjadinya Pertarungan Dua Tokoh Perak di Kuala Kangar

Posted: 20 May 2016 02:43 AM PDT

Oleh Muhaimin Sulam 
  
  Aku dah awal-awal sound bahawa Kuala Kangsar harus PAS bertanding dengan BN. One by one. Tetapi rasanya mengikut perkembangan terkini, seruan aku tak laku satu sen pun. 

  PAS sudah istihar akan letak calonnya. Walaupun Pakatan Harapan Perak setakat ni, tak istihar mana-mana calon namun, ahli-ahli Amanah dah bersemangat nak lawan BN.

 Kalau dibenarkan aku istihar calon Amanah bagi Kuala Kangsar....aku istiharkan bekas MB Perak dan bekas Timb. Pesuruhjaya PAS Perak yang menjadi calon. Beliau adalah calon paling terkehadapan setakat ini dan beliaupun pernah bertanding di Parlimen Kuala Kangsar dalam PRU 2004 lawan Kak Fida. 

 Aku kenal beliau sejak era Reformasi dan dibawa masuk ke dalam kepimpinan PAS Kampar oleh arwah Ust. Suib Hussin, bekas YDP PAS Kampar.

 Mengikut sumber dalaman PAS pula, (korang jangan percaya sangat apa yang aku cakap), Pesuruhjaya PAS Hj. Razman Zakaria paling berpotensi menjadi calon PAS di Kuala Kangsar. 

Beliau seorang yang cukup aktif dan sentiasa berada di mana-mana. Semasa aku jadi Setiausahanya, tak terkejar mengikut rentaknya yang laju. Aku mengenalinya selepas aku balik UK pada tahun 2010.

 YDP PAS Kuasa Kangsar, Dr. Raja Iskandar rasanya tidak berminat. Dia lebih berminat dengan akademik dan kerja-kerja global humanitarian. Aku tahulah, 'hari-hari' aku sarapan dengan dia.

 Calon Kuala Kangsar pada PRU13, Drs. Khalil Idham Lim masih mempunyai potensi sebagai calon. Namun PAS Perak inginkan calon nasional. Ini agak menyempitkan ruang beliau tetapi tiada yang mustahil dalam politik.

 Namun, ada masa lagi untuk pertarungan ini dielakkan. Biarlah seorang tokoh pembangkang yang lawan BN.

Komen alHusseyn

  Setuju sangat dengan saranan diakhir tulisan Muhaimin di atas - ada masa lagi untuk pertarungan ini dielakkan. Biarlah seorang tokoh pembangkang yang lawan BN. 

  Ada yang tersirat disebalik ungkapan 'tokoh pembangkang'. Korang fikirlah sendiri antara DS Nizar dan PJ Razman tu, siapa yang lebih kedepan untuk digelar sebagai 'tokoh pembangkang'?

   Kalau PJ Razman merasakan dirinya layak digelar 'tokoh pembangkang' , teruskanlah untuk sama berentap ... hahaha!

     Apakah Amanah akan membuat penguman penting mengenai bakal calonnya pada  ceramah di Kula Kangsar malam ini nanti ? Sama-samalah kita nantikan.... Jangan lupa malam ini ceramah Amanah di Kuala Kangsar.

Rafizi dedah wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam kerajaan Selangor

Posted: 19 May 2016 06:01 PM PDT

Satu tranksrip perbualan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dalam kumpulan WhatsApp yang sedang viral mendedahkan wujud permintaan 'perempuan' sebagai habuan dalam berurusan dengan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali.

 Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan.

 "Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan 'perempuan' bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan).

 "Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat," tulis Rafizi dalam kumpulan WhatsApp, Solidariti For Anwar yang dilihat The Malaysian Mirror.

 Menurut Rafizi, perkara tersebut sudah menjadi perbualan orang ramai mengenai isu wang dan perempuan semasa berurusan dengan kerajaan Selangor.

 Dalam perbualan tersebut juga, Rafizi berkata beliau lebih bimbang mengenai soal dosa dan pahala, bukan semata-mata mementingkan strategi politik sahaja.

 "Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.

 "Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu," katanya.

 The Malaysian Mirror menyertakan sama transkrip perbualan tersebut yang sedang viral.


 Rafizi yang dihubungi enggan memberikan komen dan menjawab "tiada komen" menerusi pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Mirror. – 19 Mei, 2016. ~ sumber

Comments (0)