Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:12 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


JIKA BENAR NAJIB YANG MAHU DISINGKIRKAN, BERSATULAH MAHATHIR DAN ANWAR!!

Posted: 18 May 2016 12:00 AM PDT

 Oleh : Shahbuddin Husin

Warkah dari penjara yang ditulis oleh Anwar Ibrahim, walaupun menyentuh banyak perkara, tetapi hanya satu aspek yang dilihat paling menjadi asas kebimbangan bekas Ketua Pembangkang itu iaitu Tun Mahathir Mohamad.

 Lantaran itu, beliau cuba mengingatkan pimpinan PKR agar tidak terpesong daripada perjuangan sebenar untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang dan melawan salah guna kuasa serta rasuah di sebalik ghairah dengan gerakan bekas Perdana Menteri yang sedang bermusuh "tahap empat" dengan Najib ketika ini.

 Anwar juga mahukan mereka berhati-hati dengan gerakan licik Tun Mahathir dengan mengungkap perkataan "pahlawan jadi-jadian" serta memetik kata-kata penyair Willian Shakespeare "ular yang dulu mematuk kini memakai mahkota" untuk direnungkan.

 Mengapakah Anwar masih melontarkan kecurigaaannya sedangkan di peringkat awal Deklarasi Rakyat dahulu beliau menyokongnya sambil mengatakan sudah melupakan segala dendam peribadinya dengan Tun Mahathir demi kepentingan negara?

 Mengapa dalam mereka, Tun Mahathir dan Anwar, sama-sama mahu menjatuhkan Najib, tetapi tetap saling bermusuh dan mencurigai antara satu sama lain?

 Di mana salah dan silapnya?

 Dalam hal ini, kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar ada salah dan silap masing-masing?

 Tun Mahathir, di sebalik sedang menggunakan Pakatan Harapan, PKR, DAP, Amanah dan pelbagai NGO lainnya sebagai "kenderaannya" untuk menggasak dan memaksa pengunduran Najib, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu beliau masih lagi tidak dapat menerima Anwar.

 Ia terlihat dalam beberapa temubual dengan media asing di mana Tun Mahathir masih lagi bercakap soal moral Anwar serta pernah mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sudah terlalu tua untuk menjadi Perdana Menteri.

 Kenapa perkara itu masih disebut lagi sedangkan di ketika yang sama Tun Mahathir mengharapkan Pakatan Harapan, PKR, DAP, Amanah serta orang-orang kepercayaan Anwar untuk membantunya menyingkirkan Najib?

 Tidakkah perbuatan Tun Mahathir itu amat menyinggung dan menikam hulu hati Anwar yang sedang mendekap keseorangan dalam penjara?

 Seharusnya banyak perkara sensitif yang melibatkan Anwar, bukan saja dielakkan daripada diutarakan secara terbuka oleh Tun Mahathir, malah juga ketika bercakap dengan media-media asing.

 Perasaan Anwar yang berjaya mewujudkan pakatan pembangkang yang kukuh, memikat sokongan golongan muda dan membangkitkan kesedaran massa terhadap ketidakadilan dan sebagainya selepas dipecat daripada kerajaan pada 1998, setidak-tidaknya haruslah juga diambil kira oleh Tun Mahathir.

 Sekiranya selepas dipecat pada 1998, Anwar tidak menubuhkan PKR dah tidak menggerakkan kesatuan di kalangan parti-parti pembangkang sebagaimana yang wujud hari ini, Tun Mahathir pasti tidak dapat berbuat apa-apa melihat pelbagai karenah serta onar Najib yang menyakitkan hatinya sekarang ini.

Dalam masa yang sama, Anwar juga, meskipun berada dalam penjara dan pernah dipenjara serta oleh dipecat oleh Tun Mahathir, beliau juga sepatutnya tidak lagi mengungkit-ungkit kesalahan masa lalu bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu.

 Ungkapan-ungkapan tidak enak yang dikaitkan ketika Tun Mahathir berkuasa dahulu, kehilangan wang berbilion-bilion dan pelbagai lagi seharusnya juga diketepikan buat sementara untuk diutarakan oleh Anwar kerana yang paling utama untuk dihadapi ketika ini ialah Najib.

 Meskipun banyak orang bercakap soal kehilangan wang, bail-out dan kerugian berbilion-bilion ringgit sewaktu Tun Mahathir berkuasa, tetapi yang harus dilihat juga ialah tidak ada dakwaan wang itu masuk ke poket peribadinya.

 Lagi pun, semua yang berlaku ketika Tun Mahathir berkuasa dahulu, Anwar juga adalah sebahagian daripada kerajaan. Menyebut, apatah lagi mengulang-ulangnya hanyalah ibarat menepuk air dalam dulang semata-mata.

 Baik Tun Mahathir, mahu pun Anwar, kedua-duanya harus kembali bermuhasabah dan merenung matlamat masing-masing. Jika Najib yang benar-benar disasar mahu diundurkan, berjauhan dan saling kata-mengata bukanlah pilihan yang harus dibanggakan.

 Tun Mahathir dan Anwar mesti sedia berlapang dada, melupakan sengketa lama dan kembali bersatu untuk menyingkirkan Najib. Sebagaimana ketika kedua-dua pemimpin itu berganding dalam kerajaan dahulu mengundang banyak kecemerlangan dan pujian, bersatunya kembali mereka pasti membuatkan Najib tidak mampu bertahan lebih lama lagi.

 Oleh itu, bersatulah Tun Mahathir dan Anwar, bukan saja untuk menyingkirkan Najib, tetapi dengan tujuan yang benar-benar menyelamatkan Malaysia. ~ sumber

DUa Adun akan lompat parti : Pas Kedah jadi menggelabah

Posted: 17 May 2016 05:30 PM PDT

  Ternyata Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi naik menggalabah bila Datuk Phahrolrazi mendakwa dua ADUN dari PAS akan lompat parti.

  Dr Ahmad Fakhruddin berkata bahawa pemimpin parti AMANAH sudah 'khayal' dan terdesak apabila sanggup mereka cerita bagi mencetuskan isu baharu dalam kalangan parti PAS Kedah.

 Sebaliknya, menurut katanya, kesemua sembilan ADUN PAS di Kedah masih setia dan kedudukan parti Islam di negeri Jelapang Padi itu masih lagi utuh dan berjalan seperti biasa.

"Mereka (AMANAH) sudah terdesak. Malah, saya sendiri tidak dengar pun ADUN PAS akan sertai AMANAH, AMANAH ini dah khayal.

 "Semua ADUN PAS Kedah masih lagi setia dengan PAS dan tidak ada yang menyertai AMANAH," tegasnya kepada FMT. Baca lagi di sini

Komen alHusseyn :

  Siapa sebenarnya yang tedesak ? Dr Ahmad Fakhruddin atau Datuk Phahrolrazi?

    Adalah perkara biasa bagi sesiapa sahaja membuat spekulasi saperti apa yang Datuk Phahrolrazi katakan berdasarkan pendekatan dua pemimpin tersebut yang dilihat lebih menyokong perjuangan AMANAH dan berbeza pendapat dengan perjuangan PAS ketika ini.
"Bagaimanapun, mereka masih lagi ahli PAS dan belum membuat sebarang keputusan rasmi menyertai AMANAH," katanya kepada sebuah portal.Baca lagi di sini
"Setakat ini hanya dua ADUN sahaja yang ada pemikiran dan latar belakang yang memungkinkan mereka menyertai AMANAH. Lebih-lebih lagi pendekatan dan gaya kepimpinan yang dibawa PAS tidak sesuai untuk golongan profesional seperti Datuk Amiruddin dan Mohd Nasir.
  Dimana silapnya Datuk Phahrolrazi membuat spekulasi tersebut? Tetapi sebaliknya Dr Ahmad Fakhruddin yang jadi menggelabah dengan kenyataan Datuk Phahrolrazi kerana jika Dua ADUN PAS Kedah itu meninggalkan Pas dan menyertai parti AMANAH, ianya pasti akan memberi kesan kepada PAS Kedah.

 Dua ADUN yang dimaksudkan itu ialah ADUN Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dan juga ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah.

Comments (0)