Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:14 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Patutlah awal-awal lagi dia dah melarikan diri....

Posted: 14 May 2016 09:00 AM PDT

  Blog pro Umno, MYKMU sebelum itu dalam laporan eksklusifnya berkata Faizal menafikan akaun-akaun yang terdapat dalam suratnya kepada AmBank merupakan akaun peribadi Najib, seperti didakwa media antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

"Ini semua akaun saya dan SRC International. Tiada kena mengena dengan perdana menteri mahu pun 1MDB," beliau dipetik sebagai berkata.

 Faisal juga dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membocorkan suratnya kepada AmBank dan akaunnya kepada umum.

   Tiba-tiba kini ....Kah! Kah! Kah!  mana Nik Faisal ni? Bawalah Nik Faisal balik Malaysia dan siasat dia. Jangan sekadar ambil kenyataan darinya sahaja.

Siasatan S'pura: 'Nik Faisal lulus pindah RM48j dari SRC ke sekutu Jho Low'

Siasatan pihak berkuasa Singapura didakwa mendapati bahawa Pengarah Urusan SRC International, Nik Faisal Ariff Kamil, meluluskan pemindahan AS$11.95 (RM48 juta) dana syarikat itu kepada sekutu Jho Low - Tan Kim Loong.

 Tan, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ), adalah benefisiari asal syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, Tanore Finance, yang telah menghantar AS$681 juta ke akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

 Tanore Finance dilaporkan menerima dana, melalui perantara, dari syarikat yang berpangkalan di British Virgin Islands, Aabar Investments PJS Limited di mana AS$3.5 bilion dana 1MDB didakwa dilencongkan.9 Business Times Singapura melaporkan bahawa penemuan pihak Singapura itu terkandung dalam dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah Singapura pada hari Khamis sebagai sebahagian daripada pertuduhan ketujuh terhadap bekas pegawai bank BSI, Yeo Jiawei.9 Pertuduhan terbaru terhadap Yeo itu adalah kerana mempermudahkan, melalui cara penipuan, pemindahan AS$11.95 juta dari SRC International kepada Affinity Equiti International Partners Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki Tan.

 "Pemindahan dana kepada Affinity Equiti International Partners Ltd dilakukan melalui Pacific Harbour Global Growth Fund AA4 - dana yang SRC International Malaysia langgani.

 "(Ia) diselia oleh Pengarah Eksekutif Kewangan 1MDB Terence Geh dan diberi kuasa oleh Nik Faisal Ariff Kamil, pengarah urusan SRC International Sdn Bhd dan bekas ketua pegawai pelaburan 1MDB, dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh pendakwa raya Singapura mendedahkan," kata laporan itu.

 SRC International Malaysia, yang didaftarkan di British Virgin Islands, dimiliki sepenuhnya oleh SRC International Sdn Bhd, yang seterusnya dimiliki oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

 Ia adalah bekas anak syarikat 1MDB, sebelum diletakkan secara langsung di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012.

  Surat ditandatangani Nik Faisal

Business Times juga melaporkan bahawa antara dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah termasuk surat yang ditandatangani Nik Faisal bagi pihak SRC International Malaysia mengakui bahawa Pacific Harbor Global Growth Fund telah menyalurkan AS$11.95 juta kepada Affinity Equiti.

 Sebelum ini, selain SRC sebagai bekas anak syarikat 1MDB, ia tidak dikaitkan secara langsung dengan jaringan transaksi multi-bilion dolar 1MDB.

 Transaksi kontroversi SRC International sebelum ini dilihat sebagai bebas daripada 1MDB, antaranya pemindahan RM42 juta dan RM27 juta, melalui perantara, ke dalam akaun bank peribadi Najib.

 Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah membersihkan Najib daripada transaksi tersebut dengan alasan bahawa perdana menteri tidak tahu mengenainya.

 Walaupun transaksi multi-bilion 1MDB kini menjadi subjek siasatan antarabangsa termasuk di Singapura, Switzerland, Luxembourg, United Arab Emirates dan Amerika Syarikat, namun sedikit yang diketahui tentang apa yang berlaku kepada RM4 bilion dari SRC International.

 SRC International telah mendapat pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) - dana pencen untuk kakitangan kerajaan - yang dikatakan untuk pelaburan dalam sektor tenaga di Mongolia.

 Nik Faisal dipercayai berada di Indonesia sejak dia meninggalkan Malaysia pada Julai tahun lepas.~ sumber

DAP Selangor fail aduan rasuah terhadap Adun Telok Datuk yang dipecat eluk Datuk rep

Posted: 14 May 2016 06:00 AM PDT

  Syabas kepada DAP kerana bertindak segera dan tegas terhadap salah laku  ahlinya walaupun ia adalah seorang wakil rakyat.

 Selepas sesi pendengaran dan Jawatankuasa Disiplin memutuskan ada bukti salahlaku yang serius oleh Loh, mereka sebulat suara memutuskan untuk memecat Loh dari parti secara serta-merta. 

  Ketegasan DAP dalam perkara seperti ini patut dicontohi dan menjadi ikutan kepada setiap parti. Tambahan pula jika parti itu mengaku memperjuangkan Islam.

 Pas patut berasa malu kerana sehingga kini Pas tidak berani mengambil tindakan keatas 3 Ulama Pas Perak yang telah diadukan melakukan fitnah.

  Mereka bertiga yang dimaksudkan itu ialah :

- Ustaz Mat Saleh bin Said. ( YDP Tambun @ Naib ketua Ulama)
- Ustaz Wan Tarmizi Abd Aziz (Ketua Penerangan PAS Tambun)
- Ust Arman Yusof (AJK Ulama)

  Kes tersebut telah dirujuk kepada jawatankuasa disiplin Pas Pusat setelah jawatankuasa siasatan peringkat negeri Perak berpuashati bahawa berlakunya perkara yang boleh disabitkan dengan fitnah yang sengaja direka untuk memburukan individu tertentu pada waktu tersebut. Sila baca lagi di sini

  Pas membesar-besarkan masalah pengurusan atau penyelewengan balak oleh pimpinan Umno tapi kini bila kalangan pimpinan PAS sendiri melakukannya, Pas berdiam diri. Pernahkah PAS Pusat meminta taklimat dari PAS Kelantan ?

  Husam pernah mendedahkan tindakan Jabatan Perhutanan menahan bertan-tan balak yang dicuri dari kawasan hutan simpan kekal atas alasan mahu membuat laluan lebuh raya di negeri itu.

 Banyak salahlaku yang dikatakan ada kaitan dengan pimpinan kerajaan negeri Kelantan. Tapi Pas buat derk ajer...Sila  baca di sini

KUALA LUMPUR, 14 Mei - DAP Selangor hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ADUN Telok Datuk Loh Chee Heng selepas menyingkirkannya atas dakwaan salah guna dana negeri.

 Dalam satu kenyataan, Ketua DAP Selangor Tony Pua berkata laporan itu difailkan pada 11 Mei, sebelum pengumuman parti itu hari ini bahawa jawatankuasa disiplin pusatnya telah menyiasat dan mendapati bukti kukuh salah laku terhadap Loh. Baca seterusnya  di sini

Benarkah Hj Hadi dan Harun Din tak makan dedak?

Posted: 14 May 2016 01:10 AM PDT

 Mohd Sabri Saleh, adik kepada Setiuasaha Majlis Syura Ulama Pas, Wan Zawawi Saleh dalam status difesbuknya kelmarin menulis :

  Dato Husam kata, Mursyidul am, presiden, dan lain2 beranikah bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa2 habuan dari pihak Umno atau Najib? Ambo berani bersumpah atas nama Allah ambo tak terima satu sen pun.

  Dan pada hari ini pula, Sabri juga telah memuat naik beberapa rangkap pantun. Pantun yang terakhirnya seolah-olah mahu mengingatkan kita semula kepada cabaran Husam kepada Hj Hadi :

Husam cabar Hadi bersumpah, 
tak ambil duit dari Najib, 
Makin hari makin parah, 
lawan mereka jadi wajib.

 Ya, kita semua sedang menunggu respon selanjutnya daripada Tuang Presideng Hj Hadi dan Mursyidul Am, Haru Ding. Beranikah mereka ini menyambut cabaran Husam Musa supaya bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa2 habuan dari pihak Umno atau Najib?


   Menurut pendedahan orang kuat Umno, Zaharin Mohd Yasin bahawa terdapat 15 pimpinan Pispus turut mendapat habuan dedak dari Najib. Terpulanglah kepada pendirian masing-masing nak percaya atau tidak kata-katanya itu. Bukan wajib untuk percaya, tapi perkara itu pun bukan mustahilkann?

  Saya beranggapan, kemungkinan besar Husam mempunyai bukti tertentu hingga beliau sanggup mencabar Tuang Presideng dan Mursyidul Am Pas bersumpah tidak terima dedak dari Najib.

  Cerita-cerita yang mengatakan kos perubatan Hj Hadi sewaktu di Tuki dulu telah di biayai oleh Najib turut berlegar dari mulut ke mulut....

   Begitu juga dengan Haru Ding yang kononnya terlibat dengan pemberian kontrak penanaman Jati di sepanjang Highway ....

   Apa yang penting, Hj Hadi dan Haru Ding perlu menyambut cabaran Husam supaya mereka berdua ini, selaku ulama tidak terus dipandang serong oleh masyarakat.

  Sebelum ini, Husam Musa telah mendedahkan bahawa Presiden PAS ada mencadangkan kerajaan PAS-Umno dibentuk di Selangor dengan 3 Adun PKR menyertai PAS.

  Hj Hadi telah menafikan dakwaan Husam inu lalu mencabar Husam Musa untuk bersumpah bagi membuktikan dakwaannya bahawa wujud usaha penyatuan antara PAS dan juga UMNO.

"Kalau dia beranggapan apa yang dia katakan itu betul dan apa yang kami (PAS) katakan adalah bohong, maka silakan bersumpah," katanya pada program Dewan Muslimat PAS di sini

 Selang beberapa hari kemudian, Husam Musa telah menyatakan kesanggupannya untuk bersumpah talak isteri demi menegakkan dakwaannya berkenaan rundingan antara PAS dan Umno. Husam turut mencabar Hj Hadi Awang melakukan perkara yang sama bagi menafikan pendedahan tersebut.

   Hj Hadi terdiam dan terus berdiam hingga kini. Apakah Hj Hadi akan terus terdiam dengan cabaran yang terbaru dari Husam yang Hj Hadi dan Haru Ding tak makan dedak ??

Pas semakin matang atau semakin Natang?

Posted: 13 May 2016 06:54 PM PDT

Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
 Semakin pelik cara pendekatan politik pispus yang mengaku mengamalkan politik matang. Benarkah pispus semakin matang atau atau semakin Natang?

  Umpama seseorang yang mahu menumbangkan sebatang pokok yang besar, tapi dia tak mahu tebang pokok tersebut. Dia tidak mahu gunakan jentera pengorek untuk mencabut pokok tersebut keluar dari tempatnya. Dia tidak mahu meracun pokok tersebut supaya mati .... Dia hanya beritahu orang ramai bahawa pokok itu perlu ditumbangkan!Natang betul orang ini!

   Pispus adalah ibarat orang itu. Pispus mahu menumbangkan pokok (umno). Sudah sedia ada peralatan untuk kerja-kerja menebang. Sudah ada 'chainsaw' , ada kapak, ada parang bagai....  Tapi peliknya, pispus tidak mahu gunakan itu semua. Pispus! Pispus! semakin natang sungguh mung!

   Negara kita mengamalkan sistem demokrasi pilihanraya untuk memilih pemerintah. Melaluinya kita melobi rakyat untuk melakukan perubahan. Dalam proses ini maka kita memberikan penerangan dengan mendedahkan semua salah laku. Pendedahan salah laku inilah yang pihak musuh sering menganggap nya sebagai serangan.

    Misalnya, Pakatan Harapan mendedahkan mengenai skandal Najib dan 1MDB. Maka sudah tentu Umno tidak suka dan menganggapnya sebagai fitnah dan serangan terhadap Najib dan Umno.

  Rakan atau sekutu Umno yang berada dalam BN dan di luar BN tentu menganggap isu 1MBD itu sebagai satu serangan.

  Bahawa Pispus tak mahu serang Umno/BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar sebagaimana pengakuan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri ini bukanah perkara yang baru.

  Maka sebab itu, pispus yang merupakan sekutu Umno di luar BN tidak pernah membangkitkan soal skandal Najib dan 1MBD. 

  Baguslah kalau macam itu, masing-masing tidak serang menyerang antara satu sama lain. Pispus tidak serang Umno, Umno tidak serang pispus. Buat apa malu-malu kucing tidak mahu berterus terang?

   Lebih baik pispus berterus terang bahawa parti itu memang mahu jadi barua kepada Umno. 

    Macam mana tidak mahu mengaku bukan barua Umno kalau siang malam pispus kerjanya asyik menyerang Amanah dan DAP? Siapa sebenarnya musuh pispus ini?

   Umno tidak galak sangat sebagaimana pispus menyerang Amanah dan DAP kerana Umno sudah ada barua untuk melakukan kerja itu.

 Pispus adalah barua Umno, maka pispus telah mengambil aleh tugas Umno untuk menyerang Amanah dan DAP. Begitulah tugas barua. 

  Jadi barua kerajanya senang. Dapat dedak gred 'A". Prinsip utama barua ialah dia tidak akan lawan atau menyerang tuan yang memberikannya dedak.


   Mohd Sabri Saleh, adik kepada Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Zawawi Saleh, menulis di fesbuknya kelmarin :

  Dato Husam kata, Mursyidul am, presiden, dan lain2 beranikah bersumpah atas nama Allah tak pernah terima apa2 habuan dari pihak Umno atau Najib? Ambo berani bersumpah atas nama Allah ambo tak terima satu sen pun.

  Amat tepat sekali apa yang pernah Presiden Amanah, Hj Mat Sabu katakan : Kita lawan Umno dan mereka yang bekawan dengan Umno!
PRK Sungai Besar: PAS janji tidak akan serang BN 
PETALING JAYA: PAS berjanji tidak akan menggunakan teknik menyerang UMNO dan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar nanti, kerana ia tidak mampu menarik pengundi Melayu menyokong parti Islam itu.
 Ini kerana, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, rakyat sedia maklum UMNO dan BN sedang dibelenggu pelbagai kemelut sehingga tidak lagi diyakini rakyat.

 Katanya, tindakan terbaik PAS ialah menyampaikan mesej kepada rakyat bahawa parti Islam itu akan berjuang untuk membawa keadilan kepada semua lapisan masyarakat.  Baca lagi di sini

Comments (0)