Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:11 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Benarkah Mustafa Ali tidak mampu melakukan adegan ranjang kerana ‘Sakit Lutut’?

Posted: 03 May 2016 07:56 AM PDT

Bila video lucah Spenda Mat Londeh jadi viral, Mustafa Ali telah membuat pernyataan media di sekitar pertengahan April 2013, mengaitkan Umno berhubung penyebaran video lucah tersebut.

  Kenyataan Mustafa itu telah diterbitkan oleh beberapa akhbar tempatan termasuk HarakahDaily.

  Akibatnya, Umno memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi.

 Umno mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa Umno yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, Umno sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

 Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

 Pada 15 Jan 2014 dilaporkan UMNO menarik balik samannya terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi individu yang sebelum ini didakwa mengaitkan UMNO dengan penyebaran video lucah di laman web.

 Mustafa dan dua lagi individu tersebut telah bersetuju menarik balik kenyataan terhadap UMNO dan menjelaskan kenyataan yang dibuat sebelum ini ditujukan kepada blogger UMNO.

 Mustafa dalam HarakahDaily menyatakan kenyataannya bertarikh 13 April 2013 dalam satu artikel bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun dakwa UMNO terdesak' adalah merujuk kepada blogger UMNO, bukannya UMNO.

 Maka selesailah sudah saman fitnah Umno terhadap Mustafa Ali dan dua yg lain tanpa sebarang kos, sekali kos membersihkan nama Umno dari tuduhan sebagai dalang video Mat Spenda Londeh itu.... Tapi ianya sama sekali tidak membersihkan nama Mustafa Ali yang yang dilihat sebagai pelakon utama adegan dalam video lucah tersebut.

 Tetapi kenapa Mustafa Ali tidak berani ambil tindakan menyaman 'Blogger Umno' sebagaimana yang dia tuduh itu?

 Sikap Umno menyaman Mustafa Ali bila difitnah sebagai dalang yang kononnya ada kaitan dengan penyebaran video lucah di laman web itu dilihat lebih bermaruah berbanding dengan sikap Mustafa sendiri yang telah dimalukan dengan penyebaran video tersebut. Mustafa berdiam diri tanpa mahu mengambil tindakan terhadap 'Blogger Umno' tersebut.

 Di mana letaknya harga diri Mustafa Ali yang ketika itu adalah Setiausaha Agong Pas, sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

 Mustafa sepatutnya membersihkan namanya yang begitu tercemar dengan adegan ranjang yang melampau itu; bukan hanya sekadar mengeluarkan kenyataan penafian begitu sahaja.

 Apakah dengan kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi yang membuat pengakuan bahawa Mustafa sakit lutut sudah dapat membersihkan nama Mustafa dari adegan video lucah tersebut?

  Mustafa perlu hadapkan 'Blogger Umno' itu ke muka pengadilan supaya dalang di sebalik pembikinan dan penyebaran video itu dapat dikenali.

  Apa yang penting sekali dengan menyaman 'Blogger Umno' itu, kita semua akan mendapat kepastian bahawa yang berlakon dalam adegan sebagai Mustafa itu bukan Mustafa yang sebenarnya tetapi pelakon upahan yang mirip Mustafa... (Ada tak sesiapa yang pernah terserempak dengan polan tersebut?? hahaha!)

 Selagi "Blogger Umno' itu tidak dibawa ke muka pengadilan, maka jangan salahkan orang ramai yang masih tertanya-tanya "Benarkah Mustafa Ali tidak mampu melakukan seks kerana 'Sakit Lutut'?" Mungkin orang Temerloh yang terkenal dengan senjata 'siku' dan 'lutut' itu boleh beri sedikit pencerahan.....

Husam: Pembalakan di Kelantan ‘tebang habis’, musnahkan hutan

Posted: 03 May 2016 03:00 AM PDT

KOTA BARU, 3 Mei — Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa mempersoal kegagalan kerajaan Kelantan pimpinan PAS dalam menangani isu pembalakan haram di negeri ini.

 Husam yang juga bekas pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi, kewangan dan kebajikan negeri berkata Jabatan Perhutanan Kelantan sepatutnya bertindak segera kerana mempunyai anggota dan pegawai yang ditugaskan mengawal selia hutan daripada dicerobohi.

 "Ada anggota dan pegawai hutan duduk dalam kawasan hutan, takkanlah orang dah curi sampai 20,000 ekar (8,093 hektar), baru tahu ada kecurian,"katanya sambil mempertikai alasan 'laluan sulit' sebagai penyebab kejadian itu.

 "...kalau dibersihkan seluas 20,000 ekar atau 5,000 ekar (2,023 hektar) pun orang boleh tahu," katanya pada sidang berita di sini semalam.

 Sebelum ini, pengarah Jabatan Perhutanan Kelantan Zahari Ibrahim dilaporkan berkata lebih 400 hektar Hutan Simpan Kekal Ulu Galas dan Batu Papan, Gua Musang diterokai oleh sindiket yang menggunakan nama sultan Kelantan dan kerabat baginda.

 Mereka dipercayai memperdaya penduduk supaya membeli lot-lot tanah yang diteroka dan menyertai penerokaan tanah bagi tujuan penanaman getah, kelapa sawit dan pisang.

 Husam yang juga bekas naib presiden PAS mendakwa aktiviti pembalakan yang berlaku di Kelantan bukanlah aktiviti biasa kerana pokok yang belum matang dan tidak mencapai ukuran tertentu turut ditebang.

 "Yang berlaku di Kelantan sekarang bukan pembalakan biasa. Pembalakan biasa ialah pokok yang ada ukuran tertentu (sahaja yang) ditebang, (dan) hutan tidak dimusnahkan.

 "Tapi yang berlaku di Kelantan adalah tebang habis untuk tujuan komersil, dan tebang habis di Kelantan adalah antara yang terbesar di Semenanjung Malaysia pada masa ini," dakwanya. — Bernama - sumber

Komen al-Husseyn :

Cumanya, sehingga kini Pas tak berani nak tebang Husam Musa tu saja! Pasal apa ? Sebab akar umbi dan akar tunjang Husam Musa terlalu kebal ... tebanglah kalau berani. Sama-sama kita lihat apa yang  yg akan terbongkar !

Kebobrokan Lobai Separuh Masak melanda Pas tanpa hentian

Posted: 02 May 2016 11:24 PM PDT

 Alhamdulillah, kesihatan saya dah pulih semula. Dah boleh ngadap komputer semula kali ini. Syukur ya Allah. 

 Baru terbaca mengenai tulisan Dr Tanaka Mustafa tengahari ini tadi.Ingatkan dah tak ada lagi Parasit, Jebon bagai dalam Pas ... Rupa-rupanya pispus masih dihantui oleh prasangka buruk sesama sendiri.

Berikut adalah pendedahan mengenai kelaku buruk gerombolan Lobai Separuh Masak pispus yang masih berantakan sesama sendiri...Hahaha! 

 Apa yang berlaku dalam muktamar dulu berulang lagi

Apa khabar Pas Kawasan Tebrau? Kedengaran sesuatu yang kurang enak dari sana. Krisis label-melabel masih subur sehingga secara zalim sehingga lebih kurang sembilan jawatankuasa pemuda 'disingkir'?

 Dengan hanya melabel mereka sebagai 'PAN' (Parti Amanah Negara) mereka disingkir tanpa bukti yang kukuh. Gerombolan 'Ustaz' lepas timur tengah yang mendakwa kumpulan mereka sebagai 'group istiqamah' dalam group whatsapp mereka berjaya menguasai kepimpinan pemuda kawasan tersebut dengan cara EGM yang dirancang.

 Kumpulan sembilan pemuda yang 'disingkir' dan dilabel sebagai 'PAN' tersebut bukan sahaja tidak dijemput dalam EGM , bahkan mereka di KIV dan kononnya akan dipanggil untuk memberi baiah semula kepada kepimpinan kawasan.

 Pihak saya dimaklumkan bahawa kepimpinan pusat sudah sedia maklum bahawa sembilan mereka itu bukanlah PAN, tetapi kumpulan ustaz terjun ini melakukan 'pembersihan' dan seolah-olah direstui oleh Pas Kawasan dan Negeri.

 Jika ia benar-benar berlaku seperti maklumat yang saya dapat, ia amat memalukan dan mengecewakan. Saya mengenali beberapa figur dalam 9 yang dituduh PAN tersebut, dan saya boleh jamin bahawa mereka memang bukan Amanah9 Takkan kerana hanya disebabkan salah seorang daripada mereka pernah bekerja di bawah Mazlan Aliman dalan Anak, dia terus dituduh sebagai PAN? Takkan hanya berbeza pendapat, mereka dituduh PAN?

 Saya mendapat maklumat bahawa Pasti Tebrau adalah organisasi Pasti terkaya dengan keewangan. Juga Pasti pertama yang menubuhkan sekolah untuk kesinambungan pelajar Pasti yang mahu terus berada dalam sistem pendidikan yang sama.

 Pasti Tebrau adalah di bawah kelolaan pemuda pas kawasan Tebrau. Apakah ada tujuan lain mahu menguasai keewangan Pasti dengan cara halus? Saya tidak menuduh. Saya tarik balik pertanyaan ini jika ia disalah anggap sebagai menuduh.

 Pemegang jawatan yang baru dilantik secara EGM yang menggantikan sembilan orang yang disingkir seolah-olah mahu melakukan pembersihan pentabiran lama, sehinggakan tidak mahu langsung merujuk kepada 9 orang yang disingkir samada pengalaman mahupun buah fikiran.

 Apakah mereka anggap mengurus sebuah Pasti itu mudah, lebih-lebih lagi mereka tidak pernah hadir dalam mana-mana program yang dianjur oleh pemuda 9 orang tersebut.

 Mengurus Sukan Pasti sahaja sudah membuat anda gelisah, inikan pula mengurus sebuah Pasti yang mempunyai agenda dan perancangan yang lebih sistematik berbanding Pas kawasan itu sendiri.

 Untuk pengetahuan, saya bukan daripada mana-mana individu dari Johor, apatah lagi dari Tebrau.

 Saya adalah Dr Tanaka Mustafa, memberi ingatan, bahawa kerusi Pas Dun Puteri Wangsa dalam Parlimen Tebrau akan tersungkur jika anda terus bersikap ghuluw dalam melabel rakan seperjuangan.

 Saya tidak anggap anda sebagai team istiqamah, kerana anda baru saja terjun ke dalam medan. Istiqamah adalah team yang sudah lama di medan dan terus bertahan dalam medan perjuangan walau arus melanda hebat sewaktu ribut PAN berlaku.

 Sekian.

 p/s: Artikel ini ditulis bukan untuk memburukkan PAS, tetapi adalah untuk membuka minda anda bahawa jika dalam PAS masih ada spesis seperti dalam artikel di atas, PAS jangan bermimpi untuk menang. Jangan menyalahgunakan label "istiqamah" untuk melingkupkan Parti. 

 p/s: Artikel ini juga bertujuan meminta cakna dan kebijaksanaan Pemuda Pusat untuk memberi perhatian. Anda tidak boleh membiarkan kurap kecil menjadi nanah. Ia boleh barah dan merosakkan PAS. Harapan PAN untuk melihat PAS rosak akan menjadi kenyataan jika kurap-kurap tidak dikikis ~ sumber

p/s dari al-Husseyn : Artikel ini juga mendedahkan kebobrokan yang sedang melanda Pas tiada hentinya.

Comments (0)