Followers

Nuffnang

A Piece of My Mind

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:23 PG | Posted in

sumber :-

A Piece of My Mind


Kenyataan Media MP Serdang

Posted: 25 May 2016 05:57 PM PDT

Kenyataan Media oleh GOH WEI LIANG, warganegara Malaysia dan penyokong setia Ahli Parlimen Serdang pada 26 Mei 2016.

Saya merujuk kepada kenyataan media oleh Ong Kian Ming yang dimuatnaik ke laman Facebook beliau pada 25 Mei 2016 di https://www.facebook.com/ongkianming/photos/a.407345125987220.106450.398656786856054/1022468547808205/?type=3

Pertama, YB Ong Kian Ming telah bertanya mengapa PEMANDU harus terlibat dalam memberikan perkhidmatan perundingan kerajaan kepada agensi kerajaan yang lain serta entiti di luar negara, sebagaimana yang sedang dibuatnya sekarang?

Saya ingin bertanya kepada YB Ong Kian Ming, apakah salah bagi sebuah agensi kerajaan untuk memberi perkhidmatan perundingan kepada kerajaan lain yang telah mengemukakan permohonan rasmi dan meminta khidmat nasihat kita sendiri?

Di laman Twitter, beliau juga telah seolah-olah menyoal mengenai pembayaran atau keuntungan yang diterima oleh PEMANDU untuk khidmat nasihat kepada kerajaan atau entiti luar negeri. Saya ingin bertanya kepada YB Ong Kian Ming, bukankah baik kepakaran Malaysia diperlukan oleh kerajaan lain?


 

Bukankah ini satu cara untuk meningkatkan hubungan diplomatik antara negara dan satu perkongsian pendapat, pengalaman dan kepakaran juga yang hanya akan membawa manfaat kepada kedua-dua pihak?

Apakah salahnya jika PEMANDU, sebuah unit Kerajaan Persekutuan, menerima pampasan bagi masa dan kos yang telah ditanggung sepanjang tempoh perkhidmatan perundingan di luar negeri?

PEMANDU tidak pernah mengabaikan mana-mana kerja, tugasan atau tanggungjawab di Malaysia. PEMANDU sentiasa meletakkan kepentingan Malaysia sebagai keutamaan dan ini jelas terbukti dalam laporan tahunan Program Transformasi Negara yang dibentangkan setiap tahun oleh Perdana Menteri, ketua kerajaan Malaysia.

Kedua, YB Ong Kian Ming telah bertanya kepada PEMANDU, sebuah unit hak milik penuh Kerajaan Persekutuan, mengapa dalam laporan tahunan PEMANDU kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, perolehan dan keuntungan / kerugian yang dicatatkan adalah sifar?

Dalam perbualan Twitter, Datuk Lee Hwa Beng telah mencelah dan berkata bahawa adalah tidak normal jika sebuah entiti ada aset dan liabiliti tetapi tidak ada perbelanjaan. YB Ong Kian Ming telah meminta penjelasan PEMANDU.



Saya ingin bertanya kembali kepada YB Ong Kian Ming mengapa perolehan dan keuntungan / kerugian yang dicatatkan dalam laporan tahunan Penang Institute, di mana beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar, adalah sifar juga? Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada dokumen yang telah dikemukakan oleh Penang Institute kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.




Isu dan persoalan yang YB Ong timbulkan mengenai PEMANDU, berlaku juga di Penang Institute. Kedua-dua badan berkanun PEMANDU dan Penang Institute mempunyai ciri-ciri laporan dan perakaunan yang sama.

Kedua-dua entiti, PEMANDU dan Penang Institute, tidak menerima status EPC iaitu "exempt private company". Syarikat yang menerima sijil EPC tidak perlu mengemukakan sebarang penyata kewangan. Walau bagaimanapun, kedua-dua badan berkanun tersebut telah mengemukakan Penyata Imbangan secara konsisten.

Saya nasihatkan YB Ong Kian Ming untuk mencari jawapan kepada persoalannya di Penang Institute sebelum bermain politik dan memalukan diri dengan bertanya soalan kepada PEMANDU sedangkan isu yang sama timbul di entitinya sendiri. Malu bertanya, sesat jalan YB Ong. Jika inginkan publisiti, sila keluarkan kenyataan media dan persoalkanlah Penang Institute.

Saya sedia menerima didikan dan pengajaran dalam hal ini sekiranya telah melakukan kesilapan. 

Ketiga, YB Ong Kian Ming mempersoalkan adakah wajar mengapa pembayar cukai perlu menanggung kos RM3.9 juta untuk penganjuran Global Transformation Forum selama 3 hari pada tahun 2015, memandangkan pemotongan bajet sedang dilaksanakan di agensi-agensi kerajaan yang lain, termasuklah institut pengajian awam?

Mungkin YB Ong tidak sedar bahawa Global Transformation Forum telah dianjurkan bersama oleh PEMANDU dengan United Nations Development Programme. Forum ini telah menerima kehadiran kira-kira 3,000 orang dari 70 buah negara dengan 30 speaker antarabangsa.

Saya juga ingin jelaskan kepada YB Ong Kian Ming bahawa kerajaan di serata dunia, termasuklah Malaysia, sentiasa menganjurkan pelbagai Forum dengan pelbagai matlamat dan objektif, antaranya untuk meningkatkan imej dan keyakinan terhadap sesebuah produk, perkara atau negara.

Dalam konteks Malaysia, walaupun menghadapi kekangan bajet, ini tidak bermakna kerajaan Malaysia harus menghentikan segala kerjanya di luar dan dalam negara seperti misi perdagangan, promosi pelaburan (yang juga memanfaatkan Selangor dan Pulau Pinang), serta platform lain yang meningkatkan imej negara dan keyakinan pelabur terhadap keadaan ekonomi, kestabilan politik dan keupayaan kami yang kerap diperkecilkan dan telah dimusnahkan oleh pihak tertentu di Malaysia seperti rakan-rakan YB Ong Kian Ming.

Akhir kata, saya nasihatkan warga media agar lebih berwaspada dan berhati-hati mentafsir sebelum menulis mengenai sebarang kenyataan media oleh YB Ong Kian Ming, yang jelas terbukti penuh kelemahan dan kesilapan. Lihatlah ini sebagai satu khidmat untuk masyarakat, demi kesejahteraan semua termasuk YB Ong Kian Ming agar beliau tidak berasa malu setiap kali kelemahannya dan kesilapannya terbongkar.

Comments (0)