Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:11 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Amanah dan Pas bertembung, penganalisis jangka hanya 10 kerusi pembangkang ada potensi di PRN Sarawak

Posted: 12 Apr 2016 05:46 PM PDT

Malaysia Dateline

Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis jangka hanya 10 kerusi BN bermasalahDr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis jangka hanya 10 kerusi BN bermasalah
Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 bakal menyaksikan Amanah dan Pas akan bertembung sekurang-kurangnya di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
Sumber yang dipercayai memberitahu Malaysia Dateline hari ini, ketiga-tiga kerusi terbabit adalah N16 Muara Tuang, N27 Sebuyau dan N29 Beting Maro.
Perkembangan ini bakal menyaksikan perlawanan lebih daripada tiga penjuru selain calon tradisi dari komponen BN serta kemunculan calon bebas yang lazim mewarnai senario PRN Sarawak.
Penganalisis trend politik Sarawak, Prof Madya Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis menyifatkan pembangkang tidak mempunyai banyak peluang ekoran jumlah pengundi yang berpecah mengikut sempadan baharu.
Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, pembangkang yang sebelum ini menawan 15 daripada 71 kerusi dipertandingkan pada PRN 2011 barangkali cuma kekal berkuasa di 10 Dun yang dilabelkan 'kawasan hitam' oleh BN.
Oleh sebab itu, Dr Mohd Faisal dalam pembentangan kertas kerja, "Kesan Kepimpinan Adenan Satem dalam PRN Sarawak 2016" dilaporkan yakin pemilihan calon yang menepati selera pengundi tempatan akan menjamin kemenangan besar BN.
Namun, pada masa sama Pakatan Harapan (Amanah, PKR dan DAP) mahupun Pas masih ada peluang untuk menawan sejumlah kerusi Dun yang disebut Dr Mohd Faisal sebagai 'kawasan kelabu'.
Sebanyak 10 kerusi yang disifatkan 50/50 untuk dimenangi BN atau pembangkang pada PRN kali ini iaitu Padungan, Pending, Batu Lintang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Pelawan, Kidurong, Pujut dan Krian.
Terdahulu, Amanah mengumumkan akan meletakkan calon di 13 kerusi manakala Pas pada pengumuman 6 April lalu mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi.
Bagi kerusi Beting Maro, Pas mempertaruhkan satu-satunya calon wanita yang merupakan Setiausaha Dewan Muslimat Negeri Sarawak, Hamidah Mokhtar, 26.
Kerusi tersebut nampaknya menjadi harapan Pas untuk menimang 'anak sulung' selepas BN hanya menang tipis dengan majoriti 391 undi pada PRN 2011.
Sementara itu, Bendahari Pas Sarawak, Zulkifli Ramzi, 38, disebut sebagai calon di Dun Muara Tuang manakala Ustaz Haji Wan Abdillah Wan Ahmad, 44, diumumkan bertanding di Sebuyau.
Perlawanan lebih tiga penjuru ini menyaksikan Amanah dan Pas berebut undi di negeri yang dianggap sebagai deposit tetap rejim BN itu seperti terbukti pada penguasaan menyapu 55 daripada 71 kerusi dipertandingkan pada PRN 2011 lalu.
Bahkan, penghinaan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke atas Amanah kononnya khadam DAP ibarat isyarat kepada gendang perang.
Kenyataan Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia yang umum pada Majlis Pengumuman Calon Pas itu bukanlah satu reaksi yang mengejutkan walaupun parti itu tampil dengan slogan 'Sejahtera Untukmu Sarawak' pada PRN kali ini.
Panggilan itu hanya sambungan episod bahasa kesat yang menjadi faktor kepada perpecahan Pas seterusnya kelahiran Amanah pada tahun lalu sebagai parti Islam yang progresif dan ramah bukannya marah-marah.
Ketika Pas terus menampakkan taring menyerang Amanah, kepimpinan parti yang sinonim dengan warna oren itu setakat ini tampil 'cool' berdepan sebarang bentuk provokasi.
Bagi Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, politik kebencian dan lebih bersifat kebudak-budakan bukan satu sikap yang relevan dengan tuntutan rakyat untuk politik yang sihat.
"Biarlah Pas dengan perangainya yang mutakhir ini semakin suka untuk melabel dan meletakkan pelbagai gelaran yang tidak baik kepada orang lain," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline, 8 April lalu.
Menurut bekas pemimpin Pas itu, Amanah yang bergerak atas landasan tuntutan Maqasid Syariah bukanlah parti yang 'hidup' dengan sifat negatif justeru tidak melayan apa jua bentuk reaksi emosional.
"Amanah mengambil sikap untuk tidak mempedulikan sebarang komen yang dikeluarkan oleh Pas. Kita mahu melalui proses politik yang lebih matang dan berjiwa besar.
"Amanah bukan parti yang ditubuhkan atas sikap berdendam, rasa sakit hati dan memaki hamun," tegasnya lagi.
Sementara itu, penggunaan gelaran "khadam DAP" turut dipersoal aktivis budaya kerana jelas melampaui batas apatah lagi datang dari parti yang menggunakan jenama Islam.
Menurut Timbalan Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Kassim Muhamad, Hadi berkemungkinan besar gagal memahami realiti terdesaknya rakyat yang mengharapkan perubahan sehingga hanyut dalam sentimen sempit politik kepartian.
"Penggunaan kata oleh Hadi terlalu keras. Beliau sebagai agamawan selain politikus wajar melunakkan bahasanya kerana hakikatnya, rakyat perlukan perubahan.
"Rakyat sudah cukup lama menderita. Pas di bawah Hadi dapat menghayati hakikat ini?" bidas pesara kerajaan itu lagi ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Tohmahan 'khadam DAP' oleh Hadi yang dapat ditafsir sebagai terlalu yakin dengan keupayaan partinya dilihat tidak berpijak di bumi nyata memandangkan PRN kali ini berlangsung selepas penyusunan semula sempadan pilihan raya sekaligus pertambahan jumlah kerusi.

1MDB TETAP PERLUKAN SURUHANJAYA DIRAJA, NAJIB DAN JHO LOW MESTI DIJADIKAN SAKSI WAJIB

Posted: 12 Apr 2016 05:25 PM PDT



Walaupun seperti ada percubaan untuk mengalih perhatian dengan membesar-besarkan isu Lim Guan Eng dan tanah Taman Manggis serta larangan ceramah Dr Zakir Naik, batu besar yang menjadi masalah kepada semua rakyat Malaysia  sekarang tidak lain ialah 1MDB.

Kita tidak harus terperangkap dengan isu-isu lain yang mungkin sengaja diada-adakan untuk mengalih perhatian dan mengurangkan tumpuan terhadap 1MDB.
Dulu Najib Razak dan 1MDB sendiri menjanjikan laporan audit menyeluruh mengenai syarikat itu akan menjawab segala-galanya. Malangnya apabila laporan audit  disiapkan, ia kemudian diletakkan di bawah  OSA atau Akta Rahsia Rasmi yang menyebabkan ia menjadi rahsia kepada semua rakyat daripada membaca dan mengetahuinya.

Lalu, pertanyaan ramai termasuk makcik Felda ialah mengapa dijadikan rahsia rasmi negara jika tidak ada perkara yang mahu dilindungkan?
Sudah lupakah janji sebelum ini yang meminta semua orang menunggu laporan audit sambil mengatakan laporan audit  1MDB akan menjawab segala-galanya?

Disebabkan laporan audit telah diOSAkan, lantas menyebabkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen tidak mampu menjawab banyak perkara tentang 1MDB ini.

Selain itu, terdapat pula beberapa saksi penting yang menurut Tony Pua ditolak untuk dipanggil memberi keterangan oleh Hasan Ariffin, Pengerusi baru jawatankuasa tersebut yang dilantik menggantikan Nur Jazlan yang dinaikkan pangkat sebagai timbalan menteri di tengah-tengah kemelut 1MDB pada 28 Julai 2015 yang lalu.

Antara saksi yang tidak dipanggil itu ialah wakil Bank Negara, Jho Low, salah seorang bekas CEO 1MDB, Hazeem Abdul Rahman dan sudah tentu Najib sendiri yang tandatangannya semua orang tahu adalah "nyawa"  kepada perjalanan syarikat pelaburan itu.

Malah, seperti yang disebut juga oleh Tony Pua sebelum ini, untuk mendesak agar bekas Pengerusi 1MDB, Mohd Bakke Salleh memberi keterangannya pun hanya menjadi kenyataan setelah beberapa kali desakan dilakukan.

Maka itulah sebabnya laporan PAC banyak cacat celanya dan kecuali pemakan dedak yang berpuas hati dengannya.

Itulah juga yang antara punca menyebabkan kedudukan Aabar Investment PJS Ltd, syarikat yang ditubuhkan di British Virgin Island misalnya, terus menjadi misteri berpanjangan meskipun telah menerima sebanyak AS$3.51 bilion atau lebih kurang RM14,000 juta secara keseluruhan sebagai sekuriti deposit daripada 1MDB.

Dalam kenyataan terbaru kepada London Stock Exchange, IPIC atau International Petroleum Investment Company menafikan Aabar Investment PJS Ltd itu adalah anak syarikat kumpulan mereka atau ada menerima sebarang pembayaran  daripadanya serta menanggung liabitinya.

Makna mudahnya, syarikat itu tidak ada kena mengena dengan IPIC yang ada perjanjian perniagaan dengan 1MDB.

Jadi, kepada siapa sebetulnya duit 1MDB sebanyak itu telah disalurkan dan ke mana akhirnya wang RM14,000 juta tersebut pergi?
Dalam hal ini, oleh kerana beberapa saksi penting tidak dipanggil, laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen bukan saja tidak menjawab banyak persoalan, malah disebabkan seluruh dunia turut bercakap mengenainya dan media antarabangsa juga tidak henti-henti mendedahkannya, ia secara tidak langsung mendedahkan lebih banyak misteri 1MDB.

Perjalanan masa juga bakal menyaksikan banyak lagi perkara berkaitan Aabar Investment PJS Ltd, Jho Low, Khadeem Al Qubaishi dan Mohamed Badawy Al Husseiney akan terdedah kepada kita semua.

Laporan PAC sebenarnya telah gagal sama sekali. Tiada kebenaran yang diserlahkan, selain mahu  menjadikan bekas CEOnya, Shahrol Azral sebagai kambing hitam untuk menutup segala kecurangan 1MDB.

Paling wajar untuk dilakukan sekarang ialah dengan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Raja-Raja dan Parlimen untuk menyiasat 1MDB secara menyeluruh dan saksi-saksi penting seperti Najib dan Jho Low mesti serta wajib dipanggil untuk memberi keterangannya.

Tanpa memanggil mereka itu umpama memesan kari kepala ikan tetapi tiada kepala ikan yang dihidangkan dalam pinggan.

Begitu juga dengan wakil daripada Bank Negara dan segala dokumen transaksi kewangan 1MDB di luar negara mesti diusahakan sedaya upaya untuk diperolehi.

Sessi pendengaran Suruhanjaya Diraja itu pula mestilah dibuat secara terbuka sebagaimana siasatan terhadap mata lebam Anwar Ibrahim dahulu.

Ketika itu, barulah boleh dipercayai segala-galanya akan terdedah.

Tetapi, sebagaimana pernah disebut oleh Zaid Ibrahim, yang paling berkesan sekali untuk mendedahkan kebenaran mengenai 1MDB ini tidak lain ialah melalui pertukaran kerajaan dalam pilihanraya.

Oleh kerana skandal kewangan melibatkan 1MDB ini merupakan yang terbesar dalam sejarah dunia moden, maka tidak dapat dielakkan "cagaran" untuk membersihkannya perlulah sebesar kerajaan BN juga. (SH 12/04/2016).

1MDB BAYAR BERBILION RINGGIT KEPADA SYARIKAT PALSU?

Posted: 12 Apr 2016 05:21 PM PDT

‘DI U.K, PM GUNA KLIP KERTAS DIAUDIT, DIHEBAHKAN KEPADA UMUM’

Posted: 12 Apr 2016 05:20 PM PDT

PRN SARAWAK: PAKATAN HARAPAN SATU LAWAN SATU HADAPI BN

Posted: 12 Apr 2016 05:18 PM PDT

Comments (0)