Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:25 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Al-Fatihah, Mr Os kembali ke rahmatullah hari ini

Posted: 08 Apr 2016 02:04 AM PDT

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, yang lebih dikenali Mr Os telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.50 petang ini di Hospital Selayang.

Berita sedih tersebut dikongsikan anak perempuan Allahyarham, Husna Yusof melalui kemas kini status di laman sosial Facebooknya hari ini.

"Assalamualaikum dan salam jumaat. Abah saya Mohd Yusof bin Abdul Hamid (Mr.Os) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

"Mohon ampun dan maaf dari pihak keluarga andai arwah pernah mengguris atau melukakan hati sesiapa dalam sedar atau tidak. Jenazah akan di bawa pulang ke Gombak al-Fatihah," tulisnya.

Seorang lagi anak Allahyarham, Nor Haryatie turut berkongsi berita sedih itu.

"Perginya seorang seniman Mohd Yusof Bin Abdul Hamid @ Mr. Os buat selama-lamanya. Allah beri hari yang terbaik, waktu yang terbaik di usianya 55 tahun.

"Kau ampunkan segala dosa-dosanya, kau tempatkan abah di kalangan orang-orang yang beriman.

"Kita jumpa di sana abah. Abah pergi dengan tenang dan berwuduk selepas solat tadi," katanya.

Pemergian arwah turut mendapat perhatian Pengerusi Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor menerusi laman facebook beliau hari ini.

"Damailah abang Os disana. Dia dlm keuzuran dan kesakitan menyembunyikan semua kejerihan itu dijalan dakwah.

"Mengakhiri fasa hidupnya dgn niat utk melihat Islam tertegak di tanahair, berdakwah mengajak anak muda utk hidup bertuhan.

"Siang malamnya mengelilingi tanahair utk mengajak manusia kembali kpd fitrah. Kini dia dijemput Ilahi..alfatihah!," tulis Dr Riduan dalam facebooknya.

Menurut laporan sinar harian, Mr Os pernah dirawat selama lapan hari di Hospital Selayang selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan tonsil dan dibenarkan pulang selepas itu.

PM Iceland letak jawatan berikutan skandal Panama Papers

Posted: 07 Apr 2016 09:23 AM PDT

Perdana Menteri Iceland, Sigmundur Gunnlaugsson meletak jawatan, kelmarin selepas berdepan desakan rakyat negara tersebut supaya berbuat demikian berikutan beliau didakwa terlibat dengan skandal Panama Papers.

Susulan itu, Menteri Pertanian, Sigurdur Ingi Johannsson dilantik secara sementara untuk menggantikan beliau.

Panama Papers itu mendedahkan lebih 11 juta dokumen rahsia memaparkan individu berpengaruh dan terkaya di seluruh dunia yang mengelak membayar cukai.

Menurut dokumen dibocorkan milik firma undang-undang Panama, Mossack Fonseca yang diterbitkan Ahad lalu, Gunnlaugsson adalah antara 12 pemimpin dunia didakwa terlibat dengan transaksi kewangan haram.

Difahamkan, isteri beliau dipercayai memiliki sebuah syarikat luar pesisir dengan tuntutan besar ke atas bank di Iceland, lapor al-Jazeera.

Klasifikasikan dokumen 1MDB, kerajaan tidak telus

Posted: 07 Apr 2016 05:20 AM PDT

Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam keadaan yang kalut, cemas dan terdesak apabila mengklasifikasikan dokumen yang sepatutnya didedahkan kepada umum untuk membuktikan kerajaan adalah telus dalam isu 1MDB.

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata boleh mendakwa tindakan menahan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dibawah OSA sebagai suatu perlanggaran undang-undang.

Haji Amzad
Namun sebenarnya ia mendedahkan kepada rakyat, Umno-BN cuba menutup 'bangkai gajah' yang sudah mereput.

amzad"Rafizi ditahan dibawah OSA atas tindakannya mendedahkan dokumen berkaitan urusan LTAT dan 1MDB……….kerajaan boleh berkata itu pelanggaran undang undang, tetapi seperti mana kerajaan sangat kalut dan dilihat cemas seperti mengklasifikasikan Laporan Akhir Audit 1 MDB sebelum ini sebagai dokumen bawah OSA,

"sehingga mengecewakan harapan awam mahu melihat kerajaan telus dalam isu 1MDB yg diperkatakan dunia ini, tindakan menangkap Rafizi hanya dilihat langkah terdesak UMNO menutup 'bangkai gajah' yang sudahpun busuk,"tegasnya.

Beliau berkata, dengan tindakan itu, kerajaan nyata tidak mempedulikan saranan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zetty Akhtar supaya membina keyakinan dan persepsi positif dunia dengan berlaku telus dalam isu 1MDB.

Beliau yang juga Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat menyifatkan, tindakan penguasa itu adalah sebagai satu tindakan 'desperado'.

"Sebagai manusia biasa, saya tidak boleh menahan diri dari merasa kecewa dengan satu lagi tindakan 'desperado' kerajaan UMNO ini dan berharap Rafizi diberikan keadilan sewajarnya,"tambah beliau.

11 calon wibawa PAS untuk PRN Sarawak

Posted: 07 Apr 2016 04:15 AM PDT

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan 11 calon yang akan bertanding Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11, disifatkan berwibawa sangat berpotensi untuk menang dengan 50% daripadanya adalah orang muda.

Menurut Timbalan Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man calon paling muda berumur 25 tahun dan lapan daripada mereka adalah mempunyai ijazah.

Hadir sama Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad, Dato Ir Iskandar Samad, Dato Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan dan barisan AJK PAS Pusat selain kepimpinan negeri Sarawak yang diketuai, Jofree Jaraie.

Sambil menyifatkan penyertaan PAS dalam PRN ke 11 kali ini sebagai satu usaha dakwah, Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan mudah-mudahan mereka beroleh kemenangan.

Calon calon yang ditampilkan pelbagai latar belakang, antaranya guru agama, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, jurutera, aktivis rakyat dan tidak kurang PAS menampilkan calon muda Muslimat di Beting Maro.

Dalam majlis yang sama, Presiden PAS menyerahkan watikah dan panji panji kepada calon yang akan menggalas amanah PAS di Sarawak.

Berikut merupakan calon-calon PAS yang telah diumumkan beserta profail mereka:

N74. PUJUT
Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee
Jawatan Dalam PAS: Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri
Umur: 51 Tahun
Bangsa: Melayu Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Miri, Sarawak
Pendidikan: Advanced Diploma Pengurusan Logistiks, The Chartered Institute of Logistics and Transport, UK.
Pengalaman Kerjaya: Penyelia Pengurusan dan Perancangan Penyelenggaraan, Syarikat Minyak & Gas Nasional.

N72. LAMBIR
Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Jawatan Dalam PAS: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 32 Tahun
Bangsa: Kedayan-Jawa
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Limbang, dan menetap di Miri, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Eksekutif IT PETRONAS.

N70. SAMALAJU
Engr. Zharudin Bin Narudin
Jawatan Dalam PAS: Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 31 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Selangor (UNISEL)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Jurutera Malaysia LNG Sdn. Bhd.

N67. JEPAK
Tuan Haji Kiprawi Bin Aman
Jawatan Dalam PAS: Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu
Umur: 67 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens, Universiti Malaya (UM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Kerajaan
Anugerah: Dikurniakan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Kerajaan Negeri Sarawak (PPS).

N60. KAKUS
Encik Clement Bayang
Jawatan Dalam PAS: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak
Umur: 59 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Kristian
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pengalaman Kerjaya: Tuai Rumah (Ketua Kaum), Petani dan Seniman
Pengalaman Politik: Pernah bertanding di Kerusi DUN Kemena.

N29. BETING MARO
Cik Hamidah Binti Mokhtar
Jawatan Dalam PAS: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak
Umur: 26 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Bujang
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan Muda, Pengarah Butik Pakaian Muslimah.

N27. SEBUYAU
Ustaz Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad
Jawatan Dalam PAS: Aktivis PAS di Sebuyau di bawah PAS Kawasan Batang Lupar
Umur: 44 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Kpg Seberang, Sebuyau, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Pendakwah Bebas.

N24. SADONG JAYA
Cikgu Asan Bin Singkro
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batang Sadong
Umur: 63 Tahun
Bangsa: Melayu-Bugis
Keluarga: Berkahwin dan 5 orang anak
Asal: Sadong Jaya, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Sains/ Master Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Guru dan PPD, kini Pensyarah Sambilan.

N16. MUARA TUANG
Encik Zulkipli Bin Ramzi
Jawatan Dalam PAS: Bendahari & Setiausaha Kerja (SUK) Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kota Samarahan
Umur: 38 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Niah, Miri dan kini menetap di Kota Samarahan, Sarawak
Pendidikan: Diploma Elektronik Industri dan Instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal Sarawak (YDTC)
Pengalaman Kerjaya: Peniaga dan Pekerja Swasta.

N7. SAMARIANG
Ustaz Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi
Jawatan Dalam PAS: Penyelaras Urusan Ulamak PAS Kawasan Petrajaya, Pengerusi Lajnah Tarbiyah dandan Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
Umur: 30 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Diploma Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran JAKIM & Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar As-Shariff, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Imam dan Khatib Masjid, Qari Al-Quran dan Pendakwah Bebas.

N4. PANTAI DAMAI
Encik Zainal Abidin Bin Yet
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Yang Dipertua (TYDP) dan Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Santubong
Umur: 49 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Sijil Pelajaran LCE
Pengalaman Kerjaya: Pekerja Swasta.

Comments (0)