Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:23 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Keluarnya Cikgu Rahim PAN 'diganti' dengan yang lebih hebat

Posted: 29 Apr 2016 11:35 PM PDT

PAS kawasan ini mendapat suntikan baharu selepas disertai seorang profesional, mengisi ruang ditinggalkan bekas Yang Dipertua (YDP) Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kini bersama PAN.

Pensyarah sebuah universiti awam di Perak Dr Zulkeefle Yaacob hari ini menyerah borang menyertai PAS ketika mesyuarat agung kali ke-49 berlangsung pagi tadi.

Borang permohonan keahlian PAS itu diserah kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Beliau yang baru tiba dari Perak awal pagi tadi sebelum itu memohon kemaafan kepada pemimpin dan ahli PAS kerana sering mengkritik parti tersebut ketika berada di pentas Umno.

Katanya, beliau lama berada dalam perjuangan bersama Umno terasa sedih dan hiba apabila diterima berjuang bersama jemaah PAS.

"Sebelum ini saya sering menulis di dada akhbar dan pernah menghasilkan sebuah buku mengkritik PAS.

"Namun setelah berlaku suatu peristiwa yang menimpa keluarga baru-baru ini pemimpin Umno tidak datang bertanya khabar.

"Malah ketika bersama Umno saya tidak pernah mendapat satu pun sumbangan kecuali kelayakan akademik yang saya miliki," katanya selepas menyerah borang tersebut.

Mesyuarat PAS Kota Bharu berlangsung di Dewan Jubli Perak MPKB turut dihadiri Pemangku YDP Dr Rosli Alani Abdul Kadir, Timbalan YDP Datuk Anuar Tan Abdullah, Ketua Dewan Muslimat, Rohani Ibrahim, Ketua Pemuda, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi dan Adun Bunut Payong, Dr Ramli Mamat.

Mesyuarat terbabit mendapat sambutan menggalakkan biar pun bekas YDP kini mengetuai PAN Kelantan.

Dr Zulkeefle juga berkata, keputusannya menyertai PAS tentunya berdepan dengan banyak risiko dari segi kerjaya memandangkan politik di Malaysia belum matang.

Perwakilan dari cawangan-cawangan PAS kemudian mengambil peluang bersalam dengan pensyarah terbabit, malah ada yang begitu terharu.

harakahdaily

Mat Yo bakal dibeli Kedah Jun depan?

Posted: 29 Apr 2016 05:32 PM PDT

Pemain pasukan Liga Super Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha dilaporkan bakal berpindah ke Kedah ketika pintu perpindahan pemain bakal dibuka menjelang Jun nanti.

Dipetik dari Malaysiakini, penyerang Terengganu dan skuad Harimau Malaysia itu bakal dibeli Kedah bersama seorang lagi pemain, Asaruddin Putra Omar dari Johor Darul Takzim (JDT).

Menurut sumber, kedua-dua pemain itu dikatakan berminat untuk menyertai Kedah dan turut akan didaftarkan pada Jun nanti.

"Shahrul dan Asaruddin sudah datang ke bertemu dengan pengurusan KFA, mereka menyatakan cukup berminat untuk bermain dengan Kedah," kata sumber yang dipetik dari portal Malaysiakini.

Norshahrul atau Mat Yo kini merupakan salah seorang penyerang terbaik Terengganu musim ini dan sentiasa mendapat pujian para penyokong pasukan penyu itu.

Namun, berita perpindahan itu belum dapat disahkan kerana ianya masih belum mendapat kepastian pemain berkenaan.

Kini beliau dilaporkan sedang 'bercuti' daripada 'tugasan' kerana sedang mendapat rawatan telinga.

Terengganu awal musim ini kelihatan berdepan kesukaran dalam aksi Liga Super yang kini sudah di penghujung pusingan pertama aksi liga.

Empat aksi terakhir mereka musim ini berdepan dengan kekalahan dengan bolos yang besar sebanyak 4 kali berturut-turut walaupun berdepan amaran daripada pihak kerajaan selaku penaja terbesar pasukan itu.

Dalam perkembangan lain, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) melaungkan amaran keras berikutan prestasi kurang menyenangkan penyokong dan pengurusan selepas mengalami kekalahan 4 kalj berturut-turut sebelum ini.

Menurut Timbalan Presiden PBSNT Datuk Mazlan Ngah, surat amaran kepada pemain sudah diedar petang semalam selain akan memantau Sarawak pada 4 Mei dan T-Team pada 18 Mei ini.

Selain itu, PBSNT turut tidak teragak-agak mengambil tindakan drastik menggugur pemain yang menunjukkan prestasi hambar dalam perlawanan berkenaan termasuk pemain import.

Namun, sudah ada 'khabar angin' dalam laman sosial penyokong pasukan Penyu itu dengan 'cakap-cakap' sudah ada yang akan digugurkan dalam tempoh pintu perpindahan kedua dibuka Jun nanti.

Dilaporkan empat pemain bakal digugurkan termasuk dua import yang dikatakan tidak memberi persembahan memberangsangkan musim ini.

Juan Jose Morales
Import keempat Terengganu dari Argentina, Juan Jose Morales kelihatan jarang diturunkan dalam aksi kompetitif walaupun gaji import dibayar begitu mahal.

Ia seolah-olah suatu pelaburan sia-sia pasukan dalam membeli import berkualiti oleh pengurusan dan ia perlu dipertanggungjawabkan ke atas kegagalan itu.

Pasukan dari Pantai Timur itu dikatakan perlu menang dalam dua perlawanan terakhir pusingan pertama bagi melayakkan ke Piala Malaysia musim ini.

Dalam peraturan baru Piala Malaysia 2016, hanya 11 pasukan Liga Super yang layak secara automatik ke pusingan Piala Malaysia. Terengganu kini berada di kedudukan ke-9 tangga liga.-themalaysianview.com

Harinder hilang pekerjaan, dihalau dari rumah selepas peluk Islam

Posted: 29 Apr 2016 03:37 PM PDT

Seorang lelaki berketurunan Sikh kelahiran India, Harinder Pal Singh mengakui hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa selepas memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalik 14 April lalu.

Harinder berkata, dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Katanya lagi, dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Sementara itu, memetik My News Hub penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.

sinar harian

Comments (0)