Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:22 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Razif dilaporkan sudah mengadap Sultan Mizan

Posted: 28 Apr 2016 03:25 AM PDT

Kemelut politik di Terengganu dilaporkan selesai selepas Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor mengadap Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.

Memetik sumber, The Star Online melaporkan istana menerima mengadap Razif dalam pertemuan biasa setiap Rabu sebelum mempengerusikan mesyuarat exco.

Bagaimanapun, pemberita dilapor tidak sedar pertemuan itu dan menunggu di kompleks kerajaan Wisma Darul Iman sejak 8.30 pagi.

Razif juga sejam selepas itu hanya menegur dan tersenyum kepada pemberita tanpa memberitahu beliau akan mengadap sultan Terengganu.

The Star Online juga melaporkan Razif telah bertemu Najib Jumaat lepas dan menyatakan kesediaannya berundur tetapi ditolak Najib.

Exco pelancongan negeri Datuk Mohd Jidin Shafee berkata pertemuan perdana menteri dan kesemua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijadual dibuat di Kuala Lumpur semalam tetapi ditangguhkan.


Setakat ini belum jelas bila Najib akan mengadap sultan. Malaysiakini difahamkan Sultan Mizan sekarang berada di luar negeri itu.

Sejak semalam, istana hinggap Terengganu di Kuala Lumpur dikerumuni pemberita susulan khabar angin pertemuan itu.

Tanpa menyatakan sebab jelas, istana sebelum ini mengumumkan menggugurkan semua darjah kebesaran yang diberikan kepada Rafiz. Ia menimbulkan persoalan pertukaran menteri besar akan berlaku.

BN tidak mempunyai majoriti selesa di Dewan Undangan Negeri kerana hanya mempunyai kelebihan dua kerusi berbanding pembangkang.

malaysia kini

Datuk Johan CEO Tabung Haji baharu ganti Tan Sri Ismee

Posted: 28 Apr 2016 03:17 AM PDT

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan Datuk Johan Abdullah sebagai Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH yang baharu.

Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, Johan akan mengambil alih tugas CEO TH pada 16 Mei ini manakala Pengarah Urusan Kumpulan pada 1 Julai nanti.

"Johan yang kini Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan akan menggantikan Tan Sri Ismee selaras dengan Pelan Pengantian TH yang telah rancang sejak Januari 2015 lalu.

"Beliau menyertai TH pada 15 Januari 2015 sebagai Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH.

"Sebelum menyertai TH, Johan Abdullah merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, BIMB Holdings Berhad," katanya.

Katanya, Johan adalah pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Morehead State, Amerika Syarikat (AS) dan Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Eastern Michigan, AS serta berpengalaman luas dalam sektor kewangan korporat, pasaran modal dan kewangan Islam.

Tan Sri Ismee
Sementara itu, Abdul Azeez berkata, kepemimpinan dan visi Ismee juga dihargai kerana menyumbang kepada kejayaan TH sehingga memperoleh pengiktirafan dan penghormatan di peringkat antarabangsa.

"Di bawah kepimpinan Tan Sri Ismee, TH berjaya mempelbagaikan portfolio pelaburan serta aliran pendapatannya. Buat kali pertama, pendapatan TH mencecah lebih RM4 bilion manakala keuntungan selepas zakat dan cukai melebihi RM3 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

"Dalam tempoh sepuluh tahun, sejak awal 2006 sehingga 2015, TH mencatatkan keuntungan terkumpul melebihi RM18 bilion selain TH juga telah berjaya menanggung subsidi operasi haji berjumlah RM815 juta dan mengekalkan bayaran haji muasassah sebanyak RM9980 sejak 2009," katanya.

Kaum Iban serah borang keahlian PAS

Posted: 28 Apr 2016 02:35 AM PDT

Sokongan daripada kaum Iban untuk calon PAS N07 Dun Samariang tidak berbelah bahagi apabila kehadiran mereka di Pusat Penamaan Calon memberangsangkan.

Mereka setia menanti walaupun cuaca di tempat kejadian hujan lebat.

Sebaik sahaja pengumuman calon oleh pihak SPR, laungan takbir silih berganti dengan jeritan "HIDUP PAS" daripada mereka.

Dalam ucapan wakil daripada kaum Iban semalam ada menyebut mereka terharu dan berbangga Tuan Guru Presiden PAS dapat turun ke perkampungan mereka untuk melihat kesusahan mereka yang sering diabaikan oleh pihak kerajaan sekarang.

Mereka yakin PAS dapat membantu mereka untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.

Terkini, Ustaz Yusof menerima keahlian baru Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dari penduduk berbangsa Iban, Kampung Siol Kandis, 25 April lalu.

Seramai 30 orang penduduk menyerahkan borang keahlian DHPP disaksikan juga oleh AJK PAS Pusat Dr. Riduan Mohd. Nor dan Ustaz Ahmad Dusuki.

"Bersama Sejahterakan Samariang"

Comments (0)