Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:28 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Harga minyak melonjak ke paras tertinggi

Posted: 27 Apr 2016 09:03 PM PDT

Harga minyak dunia melonjak ke paras tertinggi pada tahun 2016, dalam dagangan di pasaran New York kelmarin. Kenaikan itu berikutan data penurunan simpanan minyak mentah di Amerika Syarikat (AS).

Minyak jenis Brent dan West Texas Intermediate (WTI) harga pasaran hadapan naik 3%. American Petroleum Institute melaporkan simpanan minyak mentah AS turun 1.1 juta tong.

"Terdapat kemungkinan kami melihat harga terus naik kerana data ini" kata Penganalisis, John Kilduf, dipetik dari Reuters, pada Rabu.

Harga kontrak pasaran hadapan minyak jenis Brent naik US $ 1.26 per barel menjadi US $ 45,74 per barel. Selepas terdahulu sempat naik US $ 2,01 per barel menjadi US $ 46,49 per barel, atau tahap tertinggi pada 2016.

Bagi WTI, harga pasaran hadapannya naik US $ 1.4 per barel menjadi US $ 44,04 per barel. Terdahulu sempat naik US $ 2,19 per barel ke tahap tertinggi dalam tahun ini, iaitu US $ 44,83 per barel.

Sementara itu, dalam pasaran Asia pada pagi semalam, harga minyak turut melonjak.

Harga kontrak pasaran hadapan minyak jenis Brent didagangkan naik 52 sen (1.1%) menjadi US $ 46,26 per barel.

Bagi harga kontrak niaga hadapan minyak jenis WTI naik 52 sen (1.2%) menjadi US $ 44,56 per barel.

Muhammad Ibrahim dilantik Gabenor BNM baru ganti Dr Zeti

Posted: 27 Apr 2016 05:05 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara yang baru, berkuat kuasa 1 Mei.

Katanya, Yang Dipertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Muhammad untuk tempoh lima tahun akan datang bagi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Abdul Aziz.

"Saya yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

"Ini termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan dengan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad yang merupakan Timbalan Gabenor Bank Negara sejak 2010 lalu merupakan lulusan dari Universiti Havard, Amerika Syarikat.

Najib berkata, kerajaan turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Tan Sri Datuk Seri Dr Zeti Akhtar Aziz di atas segala sumbangan cemerlang beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Gabenor bank Negara yang ketujuh.

Zeti merupakan gabenor wanita pertama negara telah menerajui Bank Negara Malaysia selama 16 tahun sebelum bersara pada bulan ini.

sinar harian

Pertindihan kerusi: DAP dan PKR menyalahkan satu sama lain

Posted: 27 Apr 2016 04:00 AM PDT

DAP dan PKR menyalahkan satu sama lain dalam kemelut agihan kerusi yang membawa kepada kedua-dua parti pembangkang itu bertembung di enam kawasan pilihan raya negeri, 7 Mei ini.

"Kami rasa DAP tidak menerima apa yang yang sepatutnya. Saya dapati ini amat mengecewakan...sudah pasti akan mewujudkan kekeliruan dalam kalangan penyokong," kata Setiuasa Agung DAP, Lim Guan Eng.

Berikutan tindakan PKR bertanding lima kerusi yang disasarkan oleh DAP, maka DAP membalas dengan meletakkan calon kerusi majoriti Cina, Bukit Kitang yang sebelum ini diperuntukkan kepada PKR.

Bercakap kepada media di pusat penamaan Senadin di Miri, Lim menegaskan bahawa PKR sepatutnya berpegang kepada perjanjian bertulis berhubung pengagihan kerusi yang dicapai antara beliau dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali pada 7 April lepas.

"Ini bukan hanya satu kerusi tetapi lima. Jika satu kerusi, kita mungkin boleh mengendahkannya tetapi bagaimana kita boleh mengabaikan lima kerusi?. Tidak ada komitmen untuk mematuhi perjanjian," katanya.

Sementara itu, Ketua PKR Sarawak, Baru Bian berkata keputusan meletakkan calon parti dibuat secara bersama oleh kedua-dua pemimpin parti di peringkat negeri dan pusat.

"Kerusi yang kami bertanding adalah kawasan yang kami berkerja keras sejak beberapa tahun. Tempoh rundingan dengan DAP masih terbuka sehingga saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon.

"Kami juga mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan pertelingkahan ini. Malangnya kami tidak mendengar apa-apa daripada DAP sehingga tengah malam semalam," katanya dalam kenyataan.

Bian meminta pengundi membuat pilihan bijak dan menyokong calon yang berkerja keras dengan peluang yang lebih baik untuk menang.

Selain kerusi Batu Kitang, DAP dan PKR akan bertembung di Mambong, Ngemah, Simanggang, Murum dan Mulu.

Mambong akan menjadi perebutan tiga penjuru dalam kalangan parti pembangkang dan BN, Batu Kitang melibatkan pertandingan lima penjuru manakala yang lain ialah saingan empat penjuru.

DAP menyenaraikan 31 calon manakala PKR 40.

bernama

DAP semakin bongkak

Posted: 27 Apr 2016 02:49 AM PDT

Jangan membazir undi mengundi PKR kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Beliau merujuk kepada 6 kerusi DUN yang berlaku pertembungan antara kedua parti itu dan calon BN.

Kata Chong di 6 kerusi yang berlaku pertindihan ini para pengundi jangan memecahkan undi mereka sebaliknya perlu beri tumpuan pada DAP sahaja.

DAP kata Chong lagi mensasarkan untuk menang antara 18 ke 21 kerusi termasuk 2 dari 6 kerusi berkenaan.

Terbukti kegilaan merebut kuasa telah memabukkan DAP sehingga sanggup menabur kebencian pada rakyat Sarawak terhadap PKR walau mereka bergabung dalam PH.

Saya percaya jika kes ini tidak diselesaikan DAP akan semakin menggila demi mengejar kuasa. Malanglah mereka yang berkawan dengannya dan malang juga mereka yang mengundinya.

Roslan Sms

MB T'ganu: Siapakah boneka seterusnya yang bakal dicalonkan Najib

Posted: 27 Apr 2016 01:33 AM PDT

Hari ini Dato' Seri Najib, Presiden Umno khabarnya dititah mengadap KDYMM Tuanku Sultan Terengganu.

UMNO sejak merdeka terutama sejak penemuan minyak di Terenggau, menjadikan Terengganu lembu susu, memerah hasil negeri utk humban ke pusat.

Haji Amzad
Negeri Terengganu ditutup mulut dgn bayaran tunai tertentu semata2, potensi dari industri petroleum di faraid ke negeri2 lain.

Kemuncaknya khianat dgn nafikan royalti. Bertam. Akta 750 yg menceroboh kedaulatan negeri. Malah menipu dan memperdaya mahu memcagar minyak terengganu.

UMNO melakukan ini kerana adanya jenis pemimpin Terengganu yg sanggup jadi budak suruhan kepada UMNO pusat. Boneka.

Ketaatannya kepada Presiden UMNO lebih tinggi dari taatkan Ketua Negeri Tuanku Al Sultan.

Hari ini, Najib pasti akan menamakan calon boneka nya yg baru.

Yang akan teruskan tradisi UMNO, khianat kepada negeri berdaulat Terengganu.

Haji Ahmad Amzad bin Hashim

Pakatan Harapan yang tiada harapan

Posted: 26 Apr 2016 09:30 PM PDT

Aku masih ingat lagi pada 9 Januari 2016, awal tahun Rafizi Ramli menyebut Pakatan Harapan tidak lagi mengguna pakai prinsip 'setuju untuk tidak bersetuju' seperti dahulu. Suhaizan Kait yang kalah pemilihan Ketua Pemuda PAS, kecewa dan bersama menubuhkan parti PAN @ AMANAH juga mengeluarkan kenyataan yang sama.

Setiausaha Agung Keadilan, Rafizi Ramli, berkata mana-mana parti yang melanggar persetujuan bersama akan dipecat. "Prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju tidak lagi boleh digunakan dalam Pakatan Harapan," katanya

Pada hari itu Rafizi membentangkan tiga fasal pertama iaitu keputusan bersama, pembinaan kesatuan politik dan penyelesaian pertikaian daripada tujuh fasal perjanjian.

Manakala Setiausaha Organisasi Nasional DAP, Anthony Loke pula membentangkan fasal empat dan lima iaitu dasar bersama serta perjalanan pilihan raya.Katanya Pakatan Harapan akan meletakkan satu calon sahaja untuk mewakili sesuatu pilihan raya di mana-mana peringkat.

"Majlis presiden perlu mempertimbangkan faktor parti manakah yang mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk menang dalam pilihan raya itu," Tambah Anthony Loke.

Suhaizan Kaiat, Setiausaha Organisasi Amanah membentangkan fasal enam dan tujuh iaitu perjalanan kerajaan, pembangkang serta keabsahan Pakatan.

Fasal tujuh Perjanjian Pakatan Harapan menghuraikan prinsip yang diguna pakai untuk menentukan status Pakatan Harapan jika ada pelanggaran mana-mana perkara yang dipersetujui dalam perjanjian ini.

Aku paling nak gelak Suhaizan pernah menyebut "Kita belajar daripada kesilapan dulu, tak ada kuasa untuk mengambil tindakan ke atas parti yang melanggar perjanjian."

Sehingga aku menulis artikel ini, aku masih belum dengar apa-apa ulasan dua orang kuat PAS dulu ini si Suhaizan dan Khalid Samad. Mana pergi dia orang ni dalam isu pertindihan kerusi aku pun tak tahu. Apakah PAN sudah tak tahu nak pilih siapa? PKR atau Bos besarnya DAP?

Aku rasa Pakatan Harapan dah tak ada harapan lagi!

hajihassanomar.blogspot.my

Comments (0)