Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:12 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Pertindihan kerusi: Tiada lagi rundingan DAP-PKR, ia sudah terlambat

Posted: 27 Apr 2016 12:51 AM PDT

Pintu rundingan antara DAP dengan PKR mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak sudah tertutup dan tiada lagi perbincangan mengenainya perlu dibuat.

Demikian kata Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menganggap sudah terlambat untuk meneruskan rundingan itu selepas proses penamaan calon tamat semalam.

Sebaliknya Tony menegaskan, rakan sekutunya itu perlu bertindak dengan menarik balik kesemua calonnya yang bertanding di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berlaku pertindihan itu.

"Tiada lagi rundingan. Mereka (PKR) perlu datang balik dan beritahu kami bahawa mereka tarik balik lima calonnya dan kami juga akan tarik balik seorang calon kami (daripada bertanding)," katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP, di sini, hari ini.

sinar harian

Gajah mati keletihan selepas bawa pelancong

Posted: 26 Apr 2016 08:34 PM PDT

Gajah ini mati selepas keletihan yang teruk di Kemboja.
Seekor gajah rebah dan akhirnya mati dipercayai berdepan serangan jantung.

"Sambo", seekor gajah betina rebah ketika sedang bekerja membawa pelancong ke sebuah kuil di Kemboja.

Haiwan besar itu tidak mampu menahan keletihan yang teruk selepas terpaksa bekerja selama kira-kira 40 minit di bawah terik matahari yang suhunya mencapai 40 darjah Celsius.

Gajah itu terpaksa bekerja lebih keras pada waktu tengahari untuk mengangkut ramai pelancong yang datang.

Dipetik dari portal Metro, semalam, seorang doktor haiwan memberitahu, "Sambo" menderita serangan jantung selepas mengalami suhu tinggi, keletihan kerana panas, dan kurangnya angin bagi membantu menyejukkan badannya.

Jimat kos: Intel kurangkan pekerja sehingga 12,000 orang

Posted: 26 Apr 2016 05:33 PM PDT

Gergasi pengeluar mikro-cip komputer terkemuka dunia, Intel Corp dilaporkan akan mengurangkan pekerja sehingga 12,000 orang.

Jumlah itu mencatat 11% daripada seluruh pegawai yang bekerja di Intel seluruh dunia.

Pengurangan tenaga kerja tersebut dilakukan Intel bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran komputer peribadi (PC) berikutan penurunan jualan produk berkenaan.

Intel memberitahu, mereka kini telah mengalih tumpuan kepada pasaran baharu yang lebih besar iaitu pengeluaran mikro-cip bagi mesin, peranti yang disambung internet, teknologi baharu seperti penjagaan kesihatan, peranti pintar, penggunaan cip untuk kenderaan dan industri.

Pengurangan jumlah pekerja itu akan dilakukan sehingga pertengahan 2017 dan penstrukturan semula semua wakil Intel seluruh dunia akan dilakukan.

Intel berharap pengurangan pegawai itu boleh menjimatkan perbelanjaan syarikat hingga RM2.93 bilion (USD750 juta) pada tahun ini serta sejumlah RM5.5 bilion (USD1.4 bilion) pada pertengahan 2017.

Walau bagaimanapun, Intel enggan mendedahkan negara terlibat dalam pengurangan pegawai yang akan dilakukan.

Intel yang beribu pejabat di Santa Clara, California itu mempunyai kemudahan pengeluaran di Oregon, Arizona, China, Mexico, Israel serta Ireland.

TSG dapat tajaan bernilai RM6 juta dari 20 syarikat termasuk luar negara

Posted: 26 Apr 2016 02:10 PM PDT

Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) menerima tajaan daripada 20 buah syarikat termasuk dari Singapura dan Thailand bernilai hampir RM6 juta tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, tahun lepas TSG menerima penajaan daripada 15 buah syarikat bernilai hampir RM3 juta.

"Tahun ini kita menerima penajaan lebih sikit daripada tahun lepas sebab TSG telah mula dikenali di peringkat global," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, TSG akan mengadakan majlis bagi meraikan penaja pada 1 Mei ini.

Dalam pada itu, Ahmad Farhan berkata TSG bakal menyertai lima kejohanan peringkat antarabangsa sepanjang bulan depan.

Kejohanan itu ialah Tour d'Azerbaidjan, Tour of Iran, Tour de Banyuwangi Ijen dan Tour de Flores di Indonesia serta Tour of Japan, katanya.

Ahmad Farhan berkata TSG akan menurunkan 15 pelumba terbaik dan berkualiti bagi menghadapi kesemua kejohanan tersebut di bawah jurulatih daripada Slovakia, Adam Szabo.

Beliau berkata TSG telah mengatur satu program latihan intensif untuk pelumbanya selama 10 hari di Cameron Highlands sejak 17 April lepas.

Katanya hanya pelumba import daripada Indonesia, Dadi Suryadi tidak menyertai latihan kerana berlatih di negaranya.

bernama

Harapan tinggi masyarakat Sadong Jaya kepada Cikgu Asan Singkro

Posted: 26 Apr 2016 05:45 AM PDT

Cikgu Asan Singkro, itulah adalah jolokan mesra masyarakat setempat khususnya kawasan Sadong Jaya.

Beliau yang merupakan anak tempatan cukup sinonim dan dikenali masyarakat dek keramahan dan kemesraannya dalam menyantuni masyarakat yang pelbagai latar belakang.

Dengan keputusan meletakkan Cikgu Asan Singkro sebagai calon PAS yang akan bertanding bagi kawasan N.24 Sadong Jaya sememangnya satu keputusan yang sangat bernas dan tepat.

Hal ini dengan mengambil kira pendapat kolektif daripada masyarakat Sadong Jaya yang merupakan pengundi majoriti bagi kawasan N.24 Sadong Jaya.

Mereka berpendapat bahawa memandangkan Cikgu Asan Singkro merupakan seorang bekas guru yang berpengalaman luas dan banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan semestinya beliau akan lebih memahami ranjau kehidupan.

Masalah rakyat dari segi sosioekonomi mahupun pembangunan khususnya yang dihadapi oleh masyarakat Sadong Jaya pada masa ini yang memerlukan penaiktarafan serta penambahbaikan segera.
Selain itu, dengan berbekalkan identiti dan keperibadian sebagai seorang yang berdedikasi, berwawasan jauh dan mesra masyarakat ini, masyarakat meletakkan sokongan padu dan harapan yang tinggi kepada Cikgu Asan Singkro agar mampu melakukan perubahan positif kepada masyarakat Sadong Jaya.

Akhir sekali, andai kata Cikgu Asan Singkro diberi mandat dan peluang menjadi wakil rakyat, masyarakat juga berharap agar nasib yang menimpa golongan yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik di kawasan Sadong Jaya perlunya pembelaan dan diperjuangkan dengan sewajarnya agar kehidupan mendatang akan bertambah lebih baik khususnya untuk generasi akan datang.

Like and Share FB Sadong Jaya
https://www.facebook.com/N24SADONGJAYA

Comments (0)