Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:13 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


10,915 anak tidak sah taraf di Kedah

Posted: 26 Apr 2016 12:57 AM PDT

Gambar hiasan
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah mencatatkan sebanyak 10,915 pendaftaran kanak-kanak yang dikategorikan sebagai anak tidak sah taraf bagi tahun 2010 hingga 2015.

Exco Kebajikan Masyarakat Kedah, Datuk Suraya Yaacob berkata, jumlah itu merangkumi pendaftaran yang melibatkan kelahiran tanpa perkahwinan teratur antara kedua ibu bapa dan pendaftaran tanpa maklumat bapa.

"Bagi tahun 2010, sebanyak 1,553 kelahiran anak tidak sah taraf didaftarkan di Kedah, 2011 (1,620 pendaftaran), 2012 (1,932 pendaftaran), 2013 (1,760 pendaftaran), 2014 (1,928 pendaftaran) dan 2015 (2,122 pendaftaran).

"Setakat Januari hingga Februari 2016, sebanyak 210 anak tidak sah taraf telah didaftarkan di Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan oleh (Pas-Merbau Pulas) Datuk Siti Ashah Ghazali yang bertanyakan mengenai jumlah kelahiran anak tidak sah taraf dalam negeri Kedah mengikut daerah pada sidang Dun Kedah, semalam.

sinar harian

Azmin akui beliau beri kuasa PKR Sarawak tanding kerusi DAP

Posted: 25 Apr 2016 07:11 PM PDT

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali mengakui bahawa beliau memberikan kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat kebenaran untuk calon-calon PKR bertanding di lima kerusi yang menjadi perbalahan dengan DAP.

Keputusan itu menyaksikan PKR dan sekutunya, DAP menghadapi persaingan pelbagai penjuru dengan BN pada hari penamaan calon.

Azmin mendakwa beliau membuat keputusan itu berdasarkan mandat yang diberikan oleh presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepadanya untuk menyelesaikan pertikaian kerusi.

"Saya telah diberi mandat secara bertulis oleh presiden untuk menyelesaikan semua isu mengenai pilihan raya negeri, termasuk peruntukan kerusi dan calon," katanya pada satu majlis di Shah Alam hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, dirinya tidak ingat bila Wan Azizah memberinya mandat tersebut.

Beliau berkata keputusan pada 7 April lalu apabila dirinya menandatangani dan bersetuju pada dasarnya untuk memberi lapan kerusi kepada DAP, termasuk lima kerusi yang menjadi perbalahan, bukan muktamad.

Pada mesyuarat 11 April lalu , Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Wan Azizah, mendakwa mereka berjaya menyelesaikan bersama isu pertindihan kerusi.

"Ya, kita bersetuju pada dasarnya untuk mengekalkan pertandingan satu lawan satu.

"Hakikat bahawa mereka (DAP dan PKR) tidak mengumumkan calon bagi kerusi itu menunjukkan bahawa rundingan masih berjalan," katanya.

malaysia kini

Sah Sultan Terengganu lucut semua darjah kebesaran MB Razif

Posted: 25 Apr 2016 05:31 PM PDT

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama hari ini.

Kenyataan itu berbunyi: "Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu."

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

bernama

DAP 'balas dendam' kepada PKR, 6 kerusi bertindih sesama sendiri

Posted: 25 Apr 2016 04:30 PM PDT

Pakatan Harapan (Dap dan Pkr) memulakan laluan berliku pada pilihanraya Sarawak ke-11, apabila berlaku pertindihan pencalonan bagi enam kerusi.

Pada penamaan calon hari ini, pegawai pengurus pilihan raya di Sarawak mengumumkan PKR dan DAP akan bertarung antara satu sama lain di enam kawasan pilihanraya.

Kerusi terbabit adalah Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

DAP mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Batu Kitang, walaupun sebelum ini diperuntukkan kepada PKR sebagai 'membalas dendam' kerana PKR memungkiri janji.

Lima kerusi lain itu sebelum ini diperuntukkan kepada DAP.

"Mereka (kepimpinan negeri) memberikan saya watikah (surat kebenaran), dan berkata 'anda teruskan', dan saya teruskan

"Sebab mereka kata saya berhak menerimanya," kata calon PKR untuk Mulu, Paul Baya, kepada pemberita di Marudi.

Di Batu Kitang, calon DAP Abdul Aziz Isa duduk dalam kenderaannya yang diletakkan berhampiran pusat penamaan calon sehingga beliau menerima berita bahawa PKR meletakkan calon bagi Mambong. Beliau kemudian menyerahkan borang pencalonan.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengesahkan beliau memberi kuasa kepada pengerusi PKR Sarawak Baru Bian untuk mengeluarkan surat kebenaran kepada lima calon terbabit.

Azmin bagaimanapun tidak menyatakan bila mandat itu diberikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail secara khusus untuk memberi lampu hijau menentang DAP.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu merasa "diperdaya".

"Ia bukan hanya satu kerusi, ia lima kerusi. Jika satu kerusi, kita faham dan kita boleh cuba untuk melupakan tetapi lima kerusi. Bagaimana kita boleh terlepas pandang?" katanya kepada pemberita di Miri.

Sebanyak 80 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Sarawak menjadi rebutan, selepas BN menang dua kerusi tanpa bertanding. Di bawah adalah senarai kerusi yang ditandingi oleh PKR dan DAP.

Batu Kitang:

Lo Khere Chiang (BN)

Abdul Aziz Isa (DAP)

Voon Shiak Ni (PKR)

Othman Bojeng (Bebas)

Sulaiman Kadir (Bebas)

Mulu:

Gerawat Gala (BN)

Paul Baya (PKR)

Paul Raja (DAP)

Roland Dom (Bebas)

Murum:

Chuk Tai Ugun (BN)

Mathew Silek (DAP)

Abun Sui (PKR)

Stanley Ajang Bato (Bebas)

Simanggang:

Francis Harden Holis (BN)

Norina Umoi anak Utot (PKR)

Leon Jimat Donald (DAP)

Ngu Piew Seng (Bebas)

Mambong:

Jerip Susil (BN)

Sanjan Daik (DAP)

Willie Mongin (PKR)

Ngemah:

Alexander Anak Vincent (BN)

Richard Anak Lias (DAP)

Thomas Laja Anak Besi (PKR)

Joseph Jawa Anak Kendawang (Bebas)


malaysia kini

PRN Sarawak: BN menang tanpa bertanding dua kerusi

Posted: 25 Apr 2016 08:06 AM PDT

Barisan Nasional (BN) mendapat dua kerusi awal bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Pilihanraya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak setelah diisytihar menang tanpa bertanding di kedua-dua kawasan Dun.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dalam sidang media di pejabat SPR Sarawak di Kuching selepas selesai proses penamaan calon PRN Sarawak hari ini.

Kedua-dua kerusi berkenaan ialah Dun Bukit Sari, disandang oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Manakala bagi Dun Bukit Kota disandang oleh Dr Abdul Rahman Ismail.

Menurut Bernama, ini merupakan kali kedua Awang Tengah menang tanpa bertanding selepas turut menang tanpa bertanding pada PRN 1996 di kerusi Dun Bukit Lawas sebelum ditukar nama Dun Bukit Sari selepas berlakunya persempadanan semula pada tahun 2006.

Awang Tengah, yang merupakan Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Industri Sarawak, merupakan Anggota Dun empat penggal di Lawas iaitu 1987, 1991, 1996 dan 2001 serta dua penggal di Bukit Sari pada 2006 dan 2011.

Pada PRN 2011, beliau menewaskan calon PKR Japar Suyut dengan majoriti 5,063 undi.

Bagi Dr Abdul Rahman pula, ini kali ketiga beliau menang di Bukit Kota sejak 2006.

Pada PRN 2011, beliau menang dengan menewaskan calon DAP, Leong Kwang Yew dan dua calon Bebas iaitu Usop Jidin dan Ladis Pandin dengan majoriti 5,061 undi.

Perkecilkan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan, Razif Terima Padah?

Posted: 25 Apr 2016 06:50 AM PDT

Semenjak semalam, ramai orang perkatakan tentang Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu yang ditarik kurnia oleh Sultan Mizan Zainal Abidin. Razif pula tak nak ulas pasal isu ini. SUK tutup mulut. Ramai orang tertanya adakah ini benar ataupun hanya serangan pro-paganda daripada bekas MB lalu Ahmad Said.

Aku dapat maklumat, daripada geng UMNO teganukita bahawa murka sultan bermula pada 21 April 2016 lalu dalam Majlis Pengurniaan Bantuan Tabungan SSPN-i kepada Pelajar-Pelajar Miskin Terengganu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.


Mengikut sumber tersebut, teks ucapan yang dibacakan oleh MB Terengganu dalam Majlis Kurniaan Tabungan SSPN-i oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan pada Jumaat lalu, dikatakan memperkecilkan pemberian YDSM berbanding sumbangan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Seramai 500 pelajar miskin di negeri ini menerima bantuan sebanyak RM100 seorang daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) melalui pembukaan akaun atau penambahan deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Ahmad Razif berucap dalam majlis bersama Sultan tersebut terdapat fakta dan figura di dalam ucapan tersebut adalah tidak benar serta tidak menepati fakta sehingga perkara tersebut menyingong perasaan sultan.

Untuk 'cover' UMNO Terengganu cuba menyalahkan tukang buat teks ucapan. TSIS dan FELO, sebuah badan pemikir dibawah Kerajaan Negeri Terengganu dijadikan 'kambing hitam'.

Siapa pula nak jadi MB Terengganu selepas ini dikalangan UMNO??

hajihassanomar.blogspot.my

Comments (0)