Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:18 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Istana lucut gelaran Datuk Seri pada MB Terengganu?

Posted: 24 Apr 2016 12:29 AM PDT

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan mengulas mengenai desas-desus penarikan balik darjah kebesaran istana Terengganu yang melibatkannya semalam.

Beliau yang ditemui selepas Majlis Perasmian Persidangan Wakaf Senusantara 2016 yang berlangsung di Primula Beach Hotel di sini, hari ini hanya mengucapkan 'terima kasih' beberapa kali, sebelum beredar menaiki kenderaan rasminya.

Ahmad Razif hadir pada majlis itu bagi mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berangkat untuk merasmikan persidangan tersebut.

Usaha pihak media untuk mendapatkan kenyataan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda yang turut berada di majlis berkenaan juga tidak berhasil kerana beliau turut bergegas meninggalkan majlis dan enggan mengulas lanjut.

Viral mengenai perlucutan gelaran itu mula dikatakan semalam dan difahamkan, Ahmad Razif telah dipanggil pihak istana pada petang Jumaat lalu.

Spekulasinya mengenai perlucutan gelaran itu bertambah kuat apabila Ahmad Razif hanya disebut sebagai Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu dalam majlis itu dan bukannya Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman seperti kebiasaanya dalam beberapa majlis rasmi sejak semalam.

Bagaimanapun difahamkan, titah rasmi berhubung isu perlucutan itu masih belum dikeluarkan.

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

sinar harian

Comments (0)