Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:35 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Dun Sarawak dibubar pada 11 April

Posted: 01 Apr 2016 06:08 AM PDT

Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem, yang akan menerajui Barisan Nasional Sarawak buat pertama kalinya dalam pilihan raya negeri, membuat pengumuman tentang pembubaran itu pada 2 petang hari ini di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Beliau memberitahu sidang media: "Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, telah bersetuju bagi pembubaran itu." Adenan sebelum itu menghadap Yang Dipertua Negeri di Astana.

Pengisytiharan pembubaran itu, ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, akan diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar yang akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, yang akan menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan pengundian.

Menurut Klausa 4 Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Ketua Menteri Sarawak kelima berumur 72 tahun itu akan berdepan persaingan sengit.

BN menguasai 55 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sekarang, DAP DAP 12 dan PKR tiga. Terdapat seorang wakil Bebas.

Pada kali ini, akan terdapat 11 kerusi baharu susulan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun lepas.

Adenan telah memanfaatkan kerusi baharu berkenaan untuk menyelesaikan masalah berhubung pengagihan kerusi kepada SUPP dan SPDP serta parti serpihan masing-masing, UPP dan Teras yang mesra BN.

Adenan, yang merupakan lulusan undang-undang daripada University of Adelaide, akan menerajui pilihan raya negeri dengan rating sokongan yang amat tinggi, disanjung tinggi bagi tindakan serta perancangan beliau untuk negeri. -Bernama

sumber harakahdaily

GST: Jaminan harga barangan murah hanyalah bohong semata-mata

Posted: 01 Apr 2016 03:02 AM PDT

Ketika peringkat awal cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mahu diperkenalkan, kerajaan memberi jaminan harga barang akan menjadi lebih murah.

Itu jaminan diberi termasuk disebut Pengerusi Panel Penilaian Cukai Kementerian Kewangan, Datuk Kamariah Hussain.

Namun sekarang barangan apa yang dikatakan murah, tanya Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Nazman Che Iberahim.
Katanya, rakyat masih ingat janji kerajaan yang menyebut mereka akan mendapat manfaat serta-merta terhadap pelaksanaan GST.

"Janji kerajaan juga GST akan memberi kesan kepada penurunan Indeks Harga Pengguna (IHP) sekali gus menurunkan perbelanjaan isi rumah.

"Malangnya selepas setahun GST dilaksanakan semua unjuran dan jangkaan kerajaan tidak menjadi kenyataan," katanya di sini.

GST diperkenalkan mulai 1 April tahun lepas menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Menurutnya juga orang ramai masih keliru impak pelaksanaan GST terhadap 350 jenis barangan yang pernah disebut akan berlaku penurunan harga.

Kata beliau pelaksanaan GST bukan bertujuan mengatasi kelemahan cukai SST sebaliknya menjadi galang ganti menampung ketirisan dan salah tatakelola pengurusan kerajaan Barisan Nasional.

GST mengunjurkan kutipan sebanyak RM27 bilion dan boleh meningkat sehingga RM30 bilion setahun berbanding kutipan cukai sebelum ini.

Comments (0)