Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:25 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Amerika mengadu jet pengintipnya diganggu Rusia

Posted: 18 Apr 2016 07:57 AM PDT

Sebuah pesawat pengintip milik Tentera Udara Amerika diganggu dengan gerakan barrel-roll atau terbang lingkaran oleh sebuah jet pejuang Russia ketika melakukan penerbangan rutin di atas Laut Baltik di wilayah udara antarabangsa.

Bantahan telah dikemukakan oleh Pusat Komando Amerika di Eropah Sabtu lalu namun segera dibantah Rusia.

Dalam insiden tersebut, dikatakan bahawa jet Rusia "melakukan gerakan tidak menentu dan membahayakan" dengan terbang hanya 50 kaki (15 meter) dari hujung sayap pesawat AS, kata Danny Hernandez, jurucakap Pusat Komando Amerika di Eropah (U.S. European Command).

Pesawat jenis Sukhoi Su-27 itu telah melakukan pergerakan berpusing dari sebelah kiri pesawat pengintip RC-135 dan melepasi bahagian atas pesawat Amerika itu untuk berpindah ke sebelah kanan.

Pesawat RC-135 tersebut "diceroboh oleh sebuah pesawat Rusia Su-27 dengan cara berbahaya dan tidak profesional," kata Hernandez, sambil menambah bahawa pesawat Amerika tidak pernah memasuki wilayah Rusia.

"Tindakan seorang juruterbang yang menceroboh dan tidak profesional boleh menyebabkan berlaku ketegangan yang tidak diingini oleh kedua-dua negara," kata Hernandez.

Amerika Syarikat telah mengemukakan bantahan rasmi kepada Rusia berkaitan insiden itu.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata berita mengenai insiden pada hari Khamis itu "tidak sesuai dengan realiti" dan gerakan berpusing pesawat Rusia itu "dilakukan sesuai dengan peraturan antarabangsa mengenai penggunaan wilayah udara."

Jurucakap kementerian Jeneral Igor Konashenkov mengatakan pesawat Su-27 tersebut dikerahkan selepas sistem pertahanan udara Russia mengesan sasaran tidak dikenali di atas Laut Baltik dan mendekati sempadan Rusia dengan kelajuan tinggi.

Sukhoi itu mengklasifikasi jet berkenaan sebagai pesawat pengintip Amerika dan setelah berlaku sambungan visual, pesawat pengintip itu berpatah balik dan menjauhi dari sempadan Rusia, ujarnya.

Comments (0)