Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:06 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


[VIDEO] Dr Zakir Naik mengislamkan Nina Grace di Kemaman

Posted: 14 Apr 2016 05:36 PM PDT



Seorang remaja Kristian berumur 19 tahun, Nina Grace berbangsa Cina berasal dari Kulai Johor telah memeluk Islam di Program Grand Finale Dr Zakir Naik Terengganu Tour di Padang Astaka Kemaman, Terengganu.

Terengganutimes

Wong umum keluar DAP kecewa dengan pucuk pimpinan

Posted: 14 Apr 2016 08:40 AM PDT

Setiausaha Sarikei DAP, Wong Ching King mengumumkan keluar parti ketika Sarawak diambang menghadapi pilihanraya negeri ke-11.

Beliau berbuat demikian setelah hilang keyakinan terhadap kepimpinan DAP negeri itu, lapor theborneopost.com.

Beliau yang meletakkan jawatan sebagai guru sekolah menengah bagi menyertai Dap pada 2011 berkata, beliau bertekad meletakkan semua jawatan yang disandang dalam parti termasuk Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sarikei, Andrew Wong Ling Biu.

"Saya telah menyediakan surat peletakan jawatan, yang mana dihantar kepada setiausaha agung parti menerusi emel dan akan disusuli dengan surat yang dihantar melalui khidmat kurier," jelasnya pada sidang akhbar.

"Pimpinan DAP Sarawak telah merendah-rendahkan maruah saya selaku ahli parti dan gaya kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh beberapa pemimpin parti negeri telah menghancurkan perpaduan di kalangan ahli-ahli cawangan dan kompromi keyakinan awam terhadap cawangan DAP Sarikei, khususnya."

Adalah menyedihkan ada sesetengah pemimpin DAP negeri, pemimpin cawangan Sarikei dan ahli-ahlinya gagal untuk menegakkan prinsip-prinsip asas perjuangan parti, katanya lagi.

"Saya belum membuat sebarang keputusan tentang kaedah penglibatan saya pada pilihanraya negeri kali ini selain menunaikan hak sebagai pengundi berdaftar N45 Repok. Saya akan membuat pengumuman sekiranya ada sebarang perkembangan," tambahnya.

Muhyiddin mengaku Pakatan Harapan setuju kekalkan BN

Posted: 14 Apr 2016 05:00 AM PDT

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku bahawa matlamat utama Deklarasi Rakyat yang dilakukan bersama Pakatan Harapan (DAP, PKR dan PAN) baru-baru ini adalah untuk mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya, bukan bertujuan menjatuhkan atau menukar kerajaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut Malaysiakini, Muhyiddin menyatakan perkara itu dalam ucapan ceramah 'Mencari Kebenaran Selamatkan Malaysia' di Taman Putra Perdana,Puchong, malam tadi.

Bekas timbalan perdana menteri itu turut menafikan tuduhan pihak tertentu konon deklarasi bersama Pakatan Harapan (PH) itu adalah untuk menumbangkan kerajaan.

"Ada tuduhan mengatakan kita ini nak menumbangkan kerajaan, tidak!," kata Muhyiddin yang dipetik dari Malaysiakini.

Muhyiddin memberitahu, persetujuan bersama yang dilakukan antara DAP, PKR dan PAN dengan pihak Tun Mahathir dalam 'Deklarasi Rakyat' baru-baru ini juga bukan mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Mereka (DAP, PKR dan PAN) bersama dengan kita, Tun Mahathir dan saya tandatangan Deklarasi Rakyat mereka juga kata bukan nak jatuhkan kerajaan, kami nak perdana menteri undur dan negara ini diselamatkan," tegas Muhyiddin lagi.

Selain itu, Muhyiddin turut menolak dakwaan konon beliau calon pengganti Perdana Menteri namun beliau tidak menolak untuk bersetuju menjadikan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai calon pengganti Datuk Seri Najib.

"Kalau dia (Najib) pergi (berundur), maka Majlis Tertinggi boleh buat keputusan siapa nak ganti (Najib), orang kata Tan Sri (Muhyiddin) naik ganti, saya tak apa kalau dikatakan tak ada rezeki itu tak apa, ataupun Datuk Zahid (naik) pun tak apa, sesiapa pun tak apa, itu pun saya tak pasti dengan perubahan sebegitu maka akan kembali menyakinkan rakyat untuk menyokong BN," katanya.

10 makanan yang baik supaya jantung sihat

Posted: 14 Apr 2016 04:01 AM PDT

Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.

Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

1.Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus."Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat," menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.

Info sihat

PRN Sarawak: PAS sedia buat kejutan

Posted: 14 Apr 2016 03:33 AM PDT

Potensi semasa menyaksikan PAS Negeri Sarawak sedia melakukan kejutan dengan melahirkan Adun sulung daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-11, kata Setiausaha PAS negeri, Muhtar Suhaili.

Katanya, PAS negeri melihat bahawasanya ia satu skala yang mungkin PAS akan membuat kejutan dalam PRN kali ini.

"Kita melihat bahawasanya potensi PAS melahirkan Adun sulung itu ada, ini keyakinan yang kita ada.

"Dan apabila kita melihat dari segi pembahagian kerusi kali ini, di Sarawak ini istimewanya mungkin berlaku dua tiga penjuru," ujarnya.

Tambahnya, kalau sejarah sebelum ini pun pernah berlaku sampai pertandingan lima penjuru di Sarawak.

"Jadi, Sarawak ini unik sikitlah dari segi pilihan raya dia. Cuma kita optimis dari segi peluang PAS itu tetap ada," ujarnya penuh yakin.

Menurutnya, penyertaan PAS pada PRN ini merupakan penglibatan kali keempat sejak 2001 di mana menyaksikan berlaku peningkatan pada kerusi ditandingi.

"Kemampuan PAS untuk bertanding 11 kerusi pun sudah merupakan satu kejayaan yang boleh dibanggakan dengan sebelum ini kita paling maksimum pun PRN lepas kita bertanding 5 (kerusi).

"Daripada 11 ini matlamat kita untuk melahirkan Adun sulung. Kalau lagi lebih daripada satu lagi eloklah. Cuma sekurang-kurangnya kita usaha untuk hantar kita punya Adun sulung," ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan tarikh PRN Sarawak ke-11 pada 7 Mei manakala penamaan calon 25 April.

PAS bertanding 11 kerusi iaitu Dun Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Sebanyak 82 kerusi Dun dipertandingkan pada PRN kali ini.

MB Kelantan selamat jalani pembedahan kecil, rakam terima kasih kepada rakyat

Posted: 14 Apr 2016 02:52 AM PDT

Menteri Besar Kelantan selamat menjalani pembedahan kecil di bahagian kiri kepalanya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sebentar tadi.

Setiausaha Akhbarnya Mohd Asri Daud berkata Ustaz Datuk Ahmad Yakob sekarang sedang berehat dan berada di bawah pemantauan doktor pakar.

Ustaz Datuk Ahmad Yakob sudah boleh bercakap dan bertindak balas dengan keadaan di sekeliling selepas menjalani pembedahan kecil pagi tadi.

Setiausaha Politiknya, Wan Roslan Wan Hamad memberitahu Menteri Besar meminta air untuk diminum.

"Alhamdulillah pembedahan kecil di bahagian kepalanya berlangsung selama sejam bermula jam 9.30 pagi tadi berjalan dengan baik.

"Beliau kini ditempatkan di wad ICU untuk diberi pemantauan oleh pegawai perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia. Dan dalam keadaannya semakin baik," katanya di sini.

Hanya keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid dan anak-anaknya berada di wad tersebut.

Orang ramai belum dibenarkan melawatnya kerana beliau masih memerlukan pemantauan doktor.

Wan Roslan juga berkata, Menteri Besar melahirkan rasa bersyukur kerana pembedahan yang berlangsung pagi tadi berjaya.

"Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Kelantan dan umat Islam yang mendoakan kesejahteraan untuknya," ujar beliau.

Pilihanraya Sarawak 7 Mei, penamaan calon 25 April

Posted: 14 Apr 2016 02:36 AM PDT

Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 ditetapkan pada 7 Mei (Sabtu) depan manakala penamaan calon pada 25 April (Isnin).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Beliau juga mengumumkan tarikh pengundian awal pada 3 Mei (Selasa).

Pada PRN kali ini, sebanyak 82 kerusi akan dipertandingkan.

Sebelum ini, PAS mengumumkan akan bertanding di 11 Dun iaitu Pantai Damai, Samariang, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.

Comments (0)