Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:10 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Wan Azizah kesal Mahathir terus serang Anwar

Posted: 13 Apr 2016 05:30 PM PDT

Ramai pemimpin pembangkang condong menyokong pergerakan Deklarasi Rakyat bagi Selamatkan Malaysia yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi pendirian berkecuali seorang pemimpin PKR adalah sukar untuk diabaikan.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah mendedahkan alasan di sebalik beliau menjarakkan diri dengan pergerakan itu, tetapi kekesalannya berhubung kenyataannya Mahathir baru-baru ini, menjelaskan keadaan.

"Saya kesal Dr Mahathir memilih untuk terus meluahkan dendam dan racun ke atas Anwar Ibrahim. Ini berterusan walaupun kemurahan hati Anwar dalam mengampuni keterlaluan tindakan Mahathir sebelum ini.

"Tetapi apabila beliau memilih untuk mengulangi serangan keji kepada Anwar menggunakan institusi sama yang dipilihnya untuk menyerang, saya berfikir bahawa ini tidak boleh diterima," katanya melalui halaman Facebook, gerakan Bebas Anwar.

Isteri kepada bekas ketua pembangkang itu juga menegaskan bahawa ini bukan mengenai cita-cita peribadi, ketika ditanya sama ada beliau mahu Anwar menjadi perdana menteri akan datang.

"Jika ia demikian, saya akan memintanya untuk berhenti menghambakan diri demi kebebasannya dalam mempertahankan prinsip dan kepercayaannya.

"Saya ulangi komitmen ikhlas kami berhubung pembaharuan dan bukannya dendam peribadi oleh mana-mana individu," kata Wan Azizah.

Wan Azizah yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh berpendapat bahawa Deklarasi Rakyat harus diperluaskan bagi memenuhi permintaan rakyat yang mahukan pembaharuan institusi serta tindakan konkrit untuk melihat gejala rasuah ditamatkan.

"Kedua, Mahathir perlu faham dalam mana-mana kerjasama dengan pembangkang dan masyarakat sivil, kita tidak boleh memilih kaedah autokratik kerana cara kita bekerja adalah berdasarkan konsensus, mengutamakan kebajikan rakyat terutamanya yang terjejas akibat kelembapan ekonomi semasa dan tadbir urus yang cacat.

"Mahathir mesti belajar untuk menerima demokrasi yang kita pilih dan menerima bahawa rakyat akhirnya akan memutuskan apa yang mereka mahu. Mengawal minda hanya mewakili orde lama," katanya.

Pada temu bual dengan akhbar The Australian, Mahathir berkata Anwar sudah terlalu tua untuk menjadi perdana menteri yang seterusnya.

Bekas perdana menteri itu juga berpegang teguh dengan keputusannya untuk memecat bekas timbalannya pada tahun 1998 dengan mendakwa Anwar sebagai "tidak bermoral."

malaysiakini

Fatwa: Haram guna WiFi orang lain tanpa kebenaran

Posted: 13 Apr 2016 07:30 AM PDT

Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di Dubai mengeluarkan fatwa yang melarang keras daripada menggunakan perkhidmatan WiFi milik orang lain tanpa meminta izin pemiliknya terlebih dahulu.

Fatwa terbaharu tersebut dikeluarkan Jabatan Ehwal Islam dan Kegiatan Amal Dubai (IACAD), lapor portal Emirates247 tanpa menyatakan sama ada ia turut diguna pakai seluruh wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Untuk rekod, UAE setakat ini mempunyai lebih empat juta pelanggan Internet berdaftar iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduknya dengan dua firma penyedia perkhidmatan jalur lebar iaitu Etisalat dan Du.

Menurut laporan berkenaan, seorang individu ada bertanya kepada seksyen fatwa jabatan tersebut sama ada orang ramai dibenarkan untuk menggunakan khidmat jalur lebar WiFi hak milik orang lain secara senyap-senyap.

Ini kerana kelajuan internet bagi pemilik WiFi berkenaan sebenarnya secara teknikal boleh terjejas menjadi perlahan akibat terpaksa berkongsi perkhidmatan tersebut dengan ramai pengguna lain pada masa sama.

Emirates247 melaporkan bahawa fatwa itu diterbitkan menerusi laman IACAD di bawah seksyen 'fatwa moden' dan menjadi bahan perbualan ramai netizen yang sering 'curi' WiFi jiran rumah atau individu bersebelahan.

Fatwa dikeluarkan berkenaan turut menyatakan bahawa orang ramai sebenarnya memang pun dilarang daripada menggunakan perkhidmatan siber hak milik orang lain tanpa bayaran atau tanpa izin tuan punya itu sendiri.

Justeru, menurut kenyataan IACAD, perkhidmatan Internet secara WiFi hanya sah boleh digunakan selepas seseorang itu melanggani pakej tertentu khidmat tersebut, lapor Emirates247.

agensi/ mynewshub

Pengemis raih RM286k sebulan

Posted: 13 Apr 2016 05:30 AM PDT

Pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai menahan seorang lelaki yang dikatakan mengumpul sehingga 270,000 dirham (RM286,000) sebulan dengan mengemis.

Dalam satu kenyataan, Ketua Bahagian Pasaran majlis berkenaan, Faisal Al Badiawi, berkata, lelaki itu ditahan baru-baru ini dalam kempen pembasmian pengemis yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

Seramai 59 pengemis profesional ditahan dalam kempen berkenaan dengan kerjasama pihak polis.

"Sebahagian pengemis itu memiliki pasport dengan visa perniagaan atau pelancong. Kebanyakannya memasuki negara ini secara sah dengan visa tiga bulan dan mereka menggunakannya untuk mengumpulkan sebanyak wang yang mungkin sepanjang tempoh itu," kata Faisal.

Menurutnya, seorang daripada mereka ditahan bersama-sama wang berjumlah lebih 270,000 dirham, hanya sebulan selepas tiba di Dubai.

"Mengikut pengiraan kami, dia memperoleh hampir 9,000 dirham (RM9,500) sehari atau 1,500 dirham (RM1,590) dalam masa satu setengah jam.

Dia mengaku boleh memperoleh lebih banyak dengan mengemis di depan masjid, khususnya pada Jumaat," kata Faisal.

Katanya, kempen itu akan dilancarkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan bagi membersihkan imej negara itu.

metro/ agensi

Dapatkan laporan 11 Dun PAS bertanding dari sumber rasmi

Posted: 13 Apr 2016 03:34 AM PDT

Langkah berani PAS bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini menarik minat ramai pihak untuk melihat pendekatan dan usaha PAS melahirkan kerusi sulung.

Justeru, Jabatan IT PAS Pusat dengan kerjasama Jentera Pilihan Raya telah mewujudkan jaringan maklumat untuk mengetahui perkembangan terkini di 11 kerusi Dun PAS bertanding.

Pengarah Jabatan IT PAS, Shuhaimi Embong berkata, selain facebook rasmi Dun-Dun berkenaan, JiTP juga menyediakan laman web Pilihan Raya Negeri Sarawak di alamat http://prnsarawak.pas.org.my yang dihubungkan kepada laman web 11 Dun yang PAS bertanding.

Beliau dilantik sebagai Ketua IT (Maklumat Pilihan raya) bagi PRN Sarawak berkata, JiTP telah selesai mengenal pasti dan melantik 65 orang penyelaras IT yang khusus kepada bidang DataApps dan Mediabaru (Multimedia).

Tambahnya, seramai 5 orang bagi setiap peringkat, yakni Pusat dan negeri serta 11 Dun yang PAS bertanding dalam PRN tersebut.

"Pihak JiTP tidak bertanggungjawab bagi mana-mana pihak yang mengambil maklumat tentang PAS tidak melalui dari sumber rasmi yang telah dinyatakan," ujar beliau.

1. N4. PANTAI DAMAI
www.facebook.com/DunPantaiDamai

2. N7. SAMARIANG
https://www.facebook.com/PASSamariang

3. N16. MUARA TUANG
www.facebook.com/PAS.Kota.Samarahan.Official

4. N24. SADONG JAYA
www.facebook.com/N24SADONGJAYA

5. N27. SEBUYAU
www.facebook.com/PASSebuyau

6. N29. BETING MARO
www.facebook.com/PAS-Beting-Maro

7. N60. KAKUS
www.facebook.com/PASKakus

8. N67. JEPAK
www.facebook.com/PASJepak

9. N70. SAMALAJU
https://www.facebook.com/ZharudinNarudin/

10. N72. LAMBIR
www.facebook.com/PASLambir

11. N74. PUJUT
www.facebook.com/PASPujut

Ranking jatuh pemain dipersalahkan, Safee Sali kritik KJ, "RM100j lesap, senyap"

Posted: 13 Apr 2016 03:00 AM PDT

Susulan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin berhubung ranking Fifa pasukan kebangsaan yang semakin merudum, penyerang negara, Safee Sali meluahkan rasa kecewanya atas perkara tersebut.

Menurut Safee, dia berasa kecewa kerana pemain sentiasa dipersalahkan susulan kejatuhan berterusan ranking pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.

"Kecewa. Apabila pasukan kebangsaan ranking merudum, hanya pemain dipersalahkan. Tapi bila RM100 juta lesap, senyap macam itu sahaja.

"Bayangkan berapa banyak kemudahan dan keperluan boleh digunakan dengan duit sebanyak itu," tulisnya di laman Facebook.

Dalam kedudukan terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di tangga 174 meletakkan sebaris dengan negara yang tidak mempunyai kemudahan bola sepak lengkap.

Ini antaranya seperti Samoa (170), Timor Leste (175), Bangladesh (177) dan Nepal (179).

Khaiy sebelum ini dilapor berkata kualiti Harimau Malaya seakan tidak boleh menunjukkan peningkatan luar biasa dan semua pihak harus menerimanya.

"Jadi apabila ranking jatuh, saya katakan, ia sudah dijangka sebab kita buat banyak pelaburan untuk program pembangunan NFDP (Program Pembangunan Bola Sepak Negara).

"Apapun, maaflah… pemain sedia ada ini, itulah kualiti yang mereka ada. Mungkin kalau naik (ranking) pun sedikit saja.

"Dengan jurulatih dan apa yang ada sekarang ini, mereka tidak boleh jadi lebih baik daripada itu, namun jangan salahkan mereka kerana itulah potensi mereka," kata Khairy.

Safee turut berkata pihak-pihak berkaitan seharusnya membantu menaikkan imej pasukan bola sepak kebangsaan dan bukan hanya menyalahkan pemain.

"Sama-sama bantu naikkan imej pasukan bukan hanya menuduh pemain sahaja," kata Safee.

mynewshub

Gadis maut ketika selfie berlatar belakangkan keretapi

Posted: 13 Apr 2016 02:26 AM PDT

Seorang gadis berusia 19 tahun maut dilanggar keretapi di Guangdong, China, ketika dia sedang berusaha mendapatkan gambar selfie terbaik dengan berlatar belakangkan kenderaan awam tersebut, baru-baru ini.

Mangsa bersama-sama rombongan pelancong lain sedang leka mengambil gambar berlatar belakangkan pemandangan di situ sebelum gadis tersebut berdiri terlalu rapat di atas trek landasan kerana difahamkan dia inginkan gambar selfie yang memaparkan keretapi meluncur laju ke arahnya.

Menurut seorang petani tempatan yang menyaksikan detik-detik maut itu, keretapi terbabit ada memberikan bunyi hon sebagai tanda amaran namun tidak diendahkan oleh mangsa.

Mangsa kemudiannya dilanggar dan mayatnya tercampak beberapa meter ke kawasan semak berdekatan lokasi tersebut.

Gambar sebelum mangsa dilanggar juga berjaya dirakam seorang pengunjung yang berada di situ.

Kawasan keretapi itu menjadi antara tempat pelancongan menarik di daerah tersebut kerana bunga-bungaan yang indah tumbuh di sekitar lokasi kejadian.

mynewshub

Comments (0)