Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:20 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Konsert artis luar negara bebas diadakan walaupun dibantah

Posted: 12 Apr 2016 07:30 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan tindakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak membenarkan program 'Similarities Between Hinduism and Islam' melibatkan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik. Ia dijadualkan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada hari Ahad, 17 April 2016.

Ketetapan tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pagi semalam.

DPPM beranggapan tindakan berkenaan sebagai satu langkah ke belakang dan tunduk kepada tekanan pihak-pihak tertentu yang tidak dapat meraikan perbincangan ilmiah dalam dimensi perbezaan agama.

Menghalang Dr Zakir Naik menyampaikan ceramah di sebuah lokasi yang bersifat akademik hakikatnya merupakan satu tindakan lemah oleh sebuah kerajaan yang pernah menabalkan Dr Zakir Naik sebagai Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2012 yang lepas.

DPPM ingin menegaskan bahawa sebarang ceramah yang diadakan oleh Dr Zakir Naik hanyalah bersifat perbandingan agama semata-mata.

Ia boleh disangkal juga melalui hujah-hujah ilmiah dan boleh disaksikan oleh ribuan penonton secara langsung.

Hadir dan berdialog secara berdepan ialah satu langkah yang paling sesuai, manakala menggelar penceramah ini sebagai 'syaitan' seperti yang dilakukan oleh pemimpin parti politik tertentu hanya mengesahkan sifat cauvinis dan rasis yang dinafikan selama ini.

DPPM dengan ini menggesa pihak polis menarik balik halangan yang telah diumumkan ini dan mendesak pihak kerajaan untuk turut campur tangan bagi memastikan kebebasan bersuara yang menjadi salah satu elemen penting dalam amalan demokrasi terus dipertahankan.

Adalah amat janggal apabila artis-artis dari luar negara bebas untuk mengadakan konsert di negara ini sekalipun dibantah oleh umat Islam, tiba-tiba seorang penceramah yang hanya menggunakan hujah ilmiah dihalang semata-mata bantahan dari golongan minoriti.

AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan DPPM

Masih ada keluarga terpaksa berkongsi guna air di Sarawak

Posted: 12 Apr 2016 06:30 AM PDT

Nasib anak kecil dan ibu-ibu yang terpaksa berkongsi penggunaan air untuk kegunaan harian bersama beberapa keluarga pasti memilukan sesiapa sahaja, kata calon PAS Dun Samariang, Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi.

Jelasnya, itulah realiti yang dilalui keluarga-keluarga masyarakat setempat ekoran krisis kekurangan sumber bekalan air sehingga terpaksa berkongsi.

Beliau berkata, jika dilihat dari sudut kemajuan dan pendapatan negara mustahil perkara tersebut masih wujud namun hakikatnya ia masih membelenggu rakyat Sarawak.

"Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi tidak seharusnya membiarkan masalah ini berlarutan," ujarnya dipetik laman rasmi PAS bagi Pilihan raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Justeru, kata beliau sudah tiba masanya rakyat di Dun Samariang menyampaikan mesej yang jelas dalam pilihan raya negeri tidak lama lagi.

"Kita akan sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan rakyat diutamakan dan perkara yang berkaitan dengan keperluan asas mereka diselesaikan secepat mungkin," ujar beliau mengharapkan perubahan dalam PRN kali ini.

Umat Islam paling ramai menjadi mangsa keganasan - PBB

Posted: 12 Apr 2016 05:23 AM PDT

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, sebahagian besar mangsa keganasan pelampau di seluruh dunia adalah umat Muslim.

Ki-moon menegaskan bahawa laporan itu telah disampaikan kepada Majlis Umum PBB pada bulan Januari lalu.

Laporan itu mengandungi cadangan konkrit dan landasan dasar perkongsian global untuk mengalahkan kekerasan ekstremisme yang dilakukan oleh para pengganas.

"Fenomena kekerasan ekstremisme pada pengganas tidak berakar umbi atau terbatas pada agama, wilayah, kebangsaan atau kumpulan etnik sahaja," ujar Ki-monn dipetik Arab News, hari ini.

Ki-moon mengatakan bahawa Persidangan Geneva bertujuan untuk mencegah sikap keganasan melampau ke depan.

Ban juga mengakui bahawa sebahagian besar mangsa dari kekerasan ekstremisme itu adalah umat Islam.

"Kita juga harus mengakui bahawa pada masa ini, sebahagian besar mangsa di seluruh dunia adalah Muslim," tambah Ki-moon.

Kekerasan ekstremisme menimbulkan ancaman langsung terhadap Piagam PBB dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia.

Mereka melemahkan usaha global kolektif untuk memelihara keamanan dan keselamatan, pembangunan berterusan asuh, mempromosikan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan memberikan bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan.

Kekerasan ekstremisme jelas merupakan ancaman merentas sempadan yang memerlukan kerja sama internasional. Hal ini guna mengetengahkan pendekatan yang menyeluruh dan seimbang untuk tindakan bersama di peringkat global, serantau dan nasional.

Ki-moon menyatakan harapan bahawa perbincangan bersama akan menjadikan kesatuan keputusan konsensus yang kuat di Majlis pada bulan Jun akan datang.

Penduduk asal di Miri hidup miskin di tanah air sendiri

Posted: 12 Apr 2016 03:57 AM PDT

Masalah penduduk asal yang tidak memiliki tanah sendiri dan terpaksa membina rumah di pinggir sungai Miri demi untuk meneruskan kehidupan yang semakin mencabar masakini. Kos hidup yang tinggi dan sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan tiada tempat untuk bercucuk tanam menyebabkan ramai penduduk dari luar bandar terpaksa membina rumah atas tanah kerajaan.

Nasib mereka yang tidak menentu ini menyebabkan mereka sentiasa tertekan akibat tidak mampu membeli rumah sendiri. Harga rumah yang terlampau tinggi dengan adanya cukai barang dan perkhidmatan (GST) juga antara sebab mereka rasa tertekan dengan keadaan kehidupan sekarang.

Keadaan kehidupan mereka yang tinggal di kawasan setinggan umpama mereka hidup menumpang di tanah air sendiri. Mereka sepatutnya sudah ada tempat yang baik dan diberi hak milik tanah untuk tempat tinggal tetapi akibat arus pembangunan yang tidak seimbang dan hanya mementingkan pihak tertentu menyebabkan nasib rakyat luar bandar terus terpinggir dari arus pembangunan.

Mereka tidak diberi kemudahan asas seperti elektrik dan air pun terpaksa berkongsi meter menyebabkan mereka hidup dalam keadaan susah. Mereka dianaktiri oleh pihak pemerintah Barisan Nasional kerena mereka ini umpama pendatang asing yang tidak ada hak untuk hidup seperti rakyat Malaysia yang lain.

Mereka merayu kepada pihak berkuasa agar mereka juga perlu diberi layanan yang sama untuk menikmati kemudahan asas seperti elektrik dan diberi tanah lot untuk mereka tinggal dengan selesa dan selamat.

Begitu juga dengan jambatan pejalan kaki yang dibuat dari kayu papan juga rosak dan tidak selamat untuk digunakan oleh penduduk. Keselamatan penduduk yang tinggal di tepi sungai perlu diberi perhatian terutama kanak-kanak kecil. Sungai Miri di Pujut juga tidak begitu selamat kerana terdapat buaya yang boleh mengancam keselamatan penduduk setinggan yang tinggal di tepi sungai.

PAS mencadangkan kepada pihak berkuasa agar dapat membina jambatan pejalan kaki ke rumah penduduk di situ dengan menggunakan jambatan kongkrit dan selamat untuk kegunaan penduduk di situ.

Kita juga mengesa pihak berkuasa memberi hak milik atau lot tanah kepada penduduk asal yang terdiri dari berbagai kaum dan agama agar mereka dapat hidup aman dan selesa. Mereka mahu terus menetap di situ dan pihak kerajaan perlu mengiktiraf tempat tinggal mereka sebagai kampong.

PAS sentiasa menyuarakan masalah rakyat tanpa mengira waktu kerana selagi kerajaan tidak dapat memberi hak milik kepada penduduk asal, mereka akan terus ketinggalan dari arus pembangunan.

Sudah banyak kali masalah setinggan ini dikemukakan kepada pihak berkuasa tetapi hingga kini masalah ini masih belum dapat diselesaikan dan penduduk tempatan terus hidup dalam kemiskinan. PAS sentiasa memberi bantuan kepada rakyat sekadar kemampuan yang ada kerana kita amat simpati akan nasib yang menimpa rakyat tempatan yang tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri dengan lebih selesa dan selamat.

Kerjasama dengan pihak berkuasa dan pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah rakyat tempatan yang tidak memiliki tanah sendiri perlu diberi perhatian. Kita amat menghargai sekiranya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera demi masa depan penduduk asal yang terpinggir dari arus pembangunan.

Comments (0)