Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:08 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


DAP gelar Dr Zakir Naik ‘setan’, edit selepas 3 jam

Posted: 11 Apr 2016 07:47 AM PDT

Sikap kurang ajar parti rasis dan cauvinis terhadap umat Islam terserlah lagi apabila Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelar Dr Zakir Naik sebagai 'setan'.

Menerusi kenyataan awal dalam Facebooknya, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis 'Let us get "Satan" Zakir Naik out of this country!'.

Bagaimanapun, tiga jam kemudian, Ramasamy telah menyunting status itu dengan memadam perkataan 'satan'.

Kenyataan pemimpin DAP terhadap Dr Zakir.
Dalam kenyataan sama, Ramasamy bertindak biadab dengan menyifatkan Dr Zakir Naik hanya menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam.

Katanya lagi, rakyat Malaysia yang diketuai oleh pertubuhan India dan Hindu perlu membuat laporan polis terhadap Dr Zakir Naik.

Komen jahat Ramasamy muncul selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC yang kemudiannya dikutuk oleh umat Islam.

Program pertama Dr Zakir Naik yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Dr Zakir Naik berada di Terengganu selama lima hari dan akan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di universiti berkaitan perpaduan dan kekuatan Islam.

Kehadiran beliau di Terengganu bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Chong Wei juara terbuka Malaysia

Posted: 11 Apr 2016 07:45 AM PDT

Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei merekodkan gelaran ke-11 Terbuka Malaysia Celcom Axiata, semalam.

Lebih manis, kejayaan itu hadir selepas dia menundukkan musuh tradisinya, Chen Long dari China 21-13, 21-8 di hadapan lebih kurang 10,000 penonton tempatan yang hadir di Stadium Malawati Shah Alam untuk aksi final.

Bekas pemain nombor satu dunia itu sebelum ini muncul pemain paling banyak bergelar juara Terbuka Malaysia apabila meraih 10 gelaran dengan kali pertama pada 2004 dan terakhir pada 2014.

Kemenangan ke atas Chen Long yang juara dunia dua kali adalah yang ketiga berturut-turut selepas dia turut menang ketika Terbuka China dan Terbuka Hong Kong, November lalu.

Sebagai juara, Chong Wei yang juga pemain nombor empat dunia membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$41,250 (RM161,287) manakala Chen Long AS$20,900 (RM81,719).

bharian

Comments (0)