Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:08 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Terbuka Malaysia: Chong Wei ke final, temu Cheng Long hari ini

Posted: 09 Apr 2016 11:49 PM PDT

Perseorangan nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, menepati ramalan mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2016 setelah menewaskan wakil Denmark, Jan O Jorgensen, semalam.

Hari ini, Chong Wei akan bertemu wakil China dan selaku pemain nombor 1 dunia Chen Long dalam aksi akhir kejohanan.

Chong Wei tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Denmark, namun di set kedua, Jorgensen mula memberi sedikit tentangan walaupun ianya sudah terlambat. Chong Wei menang 21-7, 21-14 dalam tempoh hanya 35 minit.

Dalam perlawanan akhir hari ini, Chong Wei akan berdepan Cheng Long di hadapan penonton sendiri.

Juara dunia dua kali, Cheng Long telah menewaskan wakil Indonesia, Christie Jonatan 8-21, 21-19, 21-14 dalam tempoh 55 minit diperingkat separuh akhir.

Kali terakhir Chong Wei bertemu Cheng Long ialah di Terbuka Hong Kong pada November lepas. Dalam saingan berkenaan, Chong Wei menang 13-21, 21-19, 21-15.

Comments (0)