Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:37 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Pelik, kos sara hidup tinggi tapi taraf pendidikan rendah

Posted: 01 Apr 2016 01:19 AM PDT

Kenyataan Perdana Menteri baru-baru ini yang mendakwa kos sara hidup tinggi adalah berpunca dari taraf pendidikan yang rendah adalah sangat pelik dan tidak masuk akal.

Presiden Majlis Perundiangan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata isu yang diketengahkan ialah kenapa kos barangan dan perkhidmatan terus meningkat.

"Apakah kaitannya dengan taraf pendidikan rendah?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Katanya, jika taraf pendidikan tinggi sekalipun kos sara hidup tetap akan meningkat mengikut pasaran bebas yang diamalkan.

Menurutnya, isu yang perlu ditangani ialah kerajaan perlu memperbetulkan sistem ekonomi pasaran bebas serta dasar percukaian negara.

Beliau berkata, faktor yang paling cepat meningkatkan kos sara hidup ialah apabila keperluan asas rakyat dibiarkan ditentukan oleh pasaran.

Tambahnya lagi, walaupun ada kawalan oleh pihak kerajaan dalam penentuan harga barangan tertentu dan perkhidmatan terpilih, akan tetapi kerajaan nampaknya berlepas tangan apabila kos pengeluaran meningkat dan dengan sebab itu harga barangan juga melambung.

"Kami kesal dengan logik yang diguna oleh PM untuk mengaitkan kos sara hidup dengan taraf pendidikan.

"Apakah dengan meningkatnya mereka yang berdiploma dan berijazah maka kos sara hidup akan menurun?" ujarnya lagi.

Katanya, negara maju yang mempunyai taraf pendidikan dan pendapatan yang tinggi sekalipun akan berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat akibat pasaran bebas yang diamalkan oleh negara tersebut.

"Kami menggesa kerajaan tidak mengenepikan keresahan rakyat terhadap salah urustadbir khazanah negara, rasuah, ketirisan peruntukkan dan pembaziran yang masih menjadi barah negara yang mengambil berbilion ringgit sumber negara," katanya lagi.

Natijahnya, ujar beliau rakyat terpaksa menanggung beban dalam bentuk kos sara hidup yang tidak mampu dikawal oleh kerajaan.

Guru Kafa Selangor dapat elaun tertinggi di Malaysia

Posted: 01 Apr 2016 12:57 AM PDT

Kerajaan negeri Selangor membayar elaun guru-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) tertinggi jika dibanding dengan negeri-negeri lain.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, RM1,500 sebulan adalah elaun tertinggi guru-guru Kafa di Malaysia berbanding negeri lain.

Katanya, semua guru Kafa layak menikmati kenaikan elaun bulanan berasaskan tahun perkhidmatan dari RM1,300 kepada RM1,500 sebulan mulai Januari 2016.

"Guru yang berkhidmat di bawah lima tahun akan menikmati tambahan elaun RM50," katanya menjawab pertanyaan Kamarol Zaki Abdul Malik (BN-Sungai Air Tawar).

Tambah beliau, guru yang berkhidmat dari lima hingga 10 tambahan RM100, 10 hingga 15 tahun tambahan RM150 dan melebihi 15 tahun perkhidmatan tambahan RM200.

"Pembayaran di lakukan secara berperingkat mulai Mac 2016," katanya.

Hal ini kerana katanya di sebabkan proses kemaskini data guru-guru Kafa sama ada guru-guru yang sedia ada dan guru-guru Kafa yang baru dilantik atau berhenti.

"Kenaikan elaun ini menggunakan peruntukan yang telah di luluskan dalam sidang belanjawan 2016 lebih RM 18 juta," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memberi sumbangan lebih kurang RM37 juta setiap tahun.

Katanya, sumbangan itu untuk bayaran elaun guru-guru takmir, imam, pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah (PPMD) dan guru-guru Kafa di negeri selangor.

Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah lebih RM65 juta setahun untuk bayaran elaun guru-guru Kafa.

Menurut beliau, daripada 6,900 guru Kafa separuh daripada mereka elaun mereka dibiayai sepenuhnya daripada kerajaan negeri Selangor.

"Tidak sampai 50 peratus dari jumlah guru-guru Kafa elaun RM800 sebulan dari pembiayaan kerajaan Pusat," tegasnya.

Cubaan merogol seorang pelajar depan pelajar lain

Posted: 31 Mar 2016 09:00 PM PDT

Beberapa foto viral memaparkan seorang penjaga makmal di sekolah tinggi di China berbogel dan cuba merogol seorang pelajar dengan disaksikan pelajar yang lain.

Laporan dari Lingshan County, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Selatan China berkata, suspek yang dikenali sebagai Hou berusia 30 tahun, bekerja sebagai penjaga makmal di Taiping Middle School.

Hou dikatakan keluar dari sebuah bangunan sekolah dalam keadaan tidak berpakaian dan kemudian menarik seorang pelajar perempuan yang berada di berhampirannya dan cuba merogol pelajar itu.

Kira-kira enam pelajar sekolah yang lain terkejut melihat tindakan lelaki berkenaan.

Guru serta kakitangan lain berjaya menghalang lelaki berkenaan yang telah bekerja di sekolah berkenaan sejak beberapa tahun.

Jurucakap polis menahan Hou dan berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah menghidap penyakit mental. ‎

"Suspek mengalami gangguan mental sejak 2011 dan doktor berkata, masalah kesihatannya akan menjadi baik jika berada dalam keadaan normal dalam masa dua tahun," katanya dipetik Mirror.uk.

Sementara itu, mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal namun akan dirujuk kepada pakar psikiatri jika mengalami trauma emosi dan psikologi.

Sinar harian

Harga petrol naik 10 sen, diesel 20 sen hari ini

Posted: 31 Mar 2016 05:58 PM PDT

Harga petrol RON95 dan RON97 masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter bermula hari ini.

Kenaikan itu berikutan peningkatan harga minyak mentah Brent dunia mencatatkan harga AS$38.30 setong.

Harga baru petrol RON95 kini akan menjadi RM1.70 seliter manakala RON97 akan dijual pada harga RM2.05 seliter.

Manakala bagi diesel, harganya meningkat sebanyak 20 sen menjadi RM1.55.

Harga baru runcit petrol dan diesel itu mula berkuat kuasa lewat malam tadi jam 12 malam.

Peningkatan itu selaras dengan pemulihan harga minyak mentah dunia selepas ia mencecah paras terendah pada bulan Februari.

Bulan lepas, harga minyak mentah berlegar sekitar AS$30 setong.

Ringgit cecah paras tertinggi dalam tempoh 7 bulan

Posted: 31 Mar 2016 04:39 PM PDT

Ringgit mengekalkan aliran meningkatnya berbanding dolar AS dengan ditutup pada 3.897 semalam, paras tertingginya dalam tempoh tujuh bulan berikutan sokongan berterusan daripada pelabur.

Unit tempatan ditutup pada 3.8970/8070 berbanding dolar AS daripada 3.9385/9455 semalam.

Seorang peniaga berkata unit tempatan meningkat ke paras baharu ini didorong oleh sentimen global yang positif.

"Sentimen global menerima rangsangan tidak dijangkakan semasa dagangan minggu ini susulan kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan AS (FED) Janet Yellen yang memihak kepada kadar faedah rendah yang menidakkan jangkaan kenaikan kadar AS pada April.

"Nada berhati-hati beliau ke arah pelaksanaan kenaikan kadar Fed pada masa depan membayangi pandangan memihak kepada kadar faedah tinggi para pegawai Fed lain, di samping memberi kejelasan yang dicari oleh para pelabur," kata Penganalisis Penyelidikan FXTM Lukman Otunuga dalam satu kenyataan.

Beliau berkata dolar menerima kesan daripadanya apabila indeksnya jatuh merudum ke paras terendah dalam tempoh lima bulan pada 94.60.

Seorang peniaga lain berkata berita itu meningkatkan mata wang Asia termasuk ringgit yang menjadi 'mata wang mencatatkan prestasi terbaik' rantau ini walaupun ia masih kekal kurang menarik.

Berbanding mata wang utama, unit tempatan diniagakan tinggi.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.8929/8022 daripada 2.9157/9215 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.4689/4788 daripada 3.5087/5159 sebelumnya.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.4254/4376 daripada 4.4580/4667 dan meningkat berbanding pound British kepada 5.6047/6214 daripada 5.6667/9776 pada Rabu.-Bernama

sumber malaysiakini

Anwar kutuk pakatan Tun Mahathir - Kit Siang

Posted: 31 Mar 2016 01:55 AM PDT

Sebelum ini bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad berganding dengan pembangkang dalam usaha menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Anwar kini, walaubagaimanapun mengkritik gabungan Dr Mahathir bersama Lim Kit Siang ekoran pakatan tersebut tidak memberi penekanan kepada aspek kuasa rakyat.

Anwar yang bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah semalam berkata, Dr Mahathir dan Kit Siang tidak cukup untuk menyingkirkan Najib.

"Kamu tidak boleh menggunakan golongan elit untuk menentukan hala tuju negara. Ia mesti menerusi pilihan demokrasi rakyat. Jadi, kembali kepada tadbir urus institusi dan demokrasi. Itu yang didapati kurangnya dalam deklarasi yang dibawa oleh mereka," kata Anwar.

Beliau turut menyifatkan gerakan tersebut tidak membawa sebarang perubahan kepada institusi penting di negara selain mengurangkan kuasa rakyat.

Secara realitinya, kenyataan Anwar ada kebenaran sekiranya diteliti kembali majlis Kongres Rakyat 2016, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada Ahad baru ini.

Seramai 20 pembahas mengambil tempat berucap antara 10 hingga 15 minit setiap orang menampilkan pemimpin terkemuka seperti Dr Mahathir dan Kit Siang sendiri, selain Datuk Seri Azmin Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahahtir, Mohamad Sabu, Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang lain.

Rata-rata mereka berucap mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak menerima derma RM2.6 bilion selain menuduh dana tersebut dicuri Perdana Menteri dari syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menampilkan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin masyarakat sivil, seperti Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah serta S Ambiga, mereka mendesak agar Najib segera berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Desakan seumpama ini jelas membelakangi amalan demokrasi negara dengan meletakkan pilihan raya sebagai medium memilih pemimpin.

Malaysian digest

Comments (0)