Followers

Nuffnang

TINTA MUTIARA

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:23 PG | Posted in

sumber :-

TINTA MUTIARA


YEAH, DAH SEMAKIN BANYAK TERSEMBOL KELUAR !!!

Posted: 14 Apr 2016 09:28 PM PDT

Salam & Sejahtera Kekawan....

Dapatkan Akhbar Amanah ( Parti Amanah Negara) yang akan keluar Hari ini..(Jumuah - biweekly) untuk mengikuti tulisan ini dalam BM..


Tulisan panjang saya, setelah membaca 106 muka surat Laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung pelbagai dakwaan salah-laku dalam Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang telah dibentang pada Khamis lalu bersamaan 7hb April, 2016) berjodol "Laporan PAC Bukan Penutup Kemelut 1-MDB tetapi Pembuka Tindakan Undang-undang!"

Secara khususnya...tajuk FMT ini " Was Smart Alec Arul Conned" adalah petikan dari penulisan ini..hanya sebagai satu contoh kebejatan tadbir-urus pelaburan dan perniagaan 1-MDB yang sarat dengan tipu-helah kegiatan SONGLAP atau 'Embezzlement' yang semuanya Menantikan Tindakan Peguam Negara dan PDRM untuk bertindak dan memulakan Siasatan Forensik seperti yang DIGESA olih President Transparency International- Malaysia.


Mengambil hanya satu dapatan PAC di sini..antara yang saya sebutkan dalam tulisan saya itu.....
(bersabitan pembelian Jaminan terbitan Bon untuk membeli 2 IPP)..
Sebuah syarikat Abu Dhabi dengan nama International Petroleum Investment Company (IPIC bersetuju untuk bertindak memberi jaminan untuk 1-MDB menerbit bon pada tahun 2012.
PAC mendapati bahawa 1-MDB terpaksa membayar sejumlah wang (US$3.51 bilion) kepada Aabar Investment PJS, sebuah anak syarikat IPIC sebagai kos menjamin terbitan bon tersebu. Lebih khusus lagi, 1-MDB terpaksa membayar 'deposit sekuriti' dan 'memberi satu 'Option' kepada Aabar PJS.
Saya ingatkan sekali lagi..bahawa semua bayaran ini berjumlah $3.5 bilion adalah bagi membolehkan 1-MDB mendapatkan jaminan bon yang dikeluarkan olih IPIC sebanyak US$3.5 bilion. Sangat Pelik!
Laporan PAC juga menyebutkan bahawa Ketua Audit Negara dari Jabatan Audit Negara (JAN) menyatakan bahawa tiada bukti Aabar BVI, atau Aabar PJS Ltd dalam laporan itu, mempunyai apa jua kaitan dengan IPIC atau Aabar Investment PJS, mengikut Laporan Tahunan IPIC yang tersudit!
The Wall Street Journal juga telah melaporkan IPIC tidak pernah menerima AS$2.4 bilion, menurut pegawai-pegawai firma berkenaan. Ini lebih menimbulkan kepelikan. Tembelang modus operandi 1-MDB sudah mula difahami yakni mewujudkan syarikat yang serupa tapi tidak sama.

Terkini pengumuman IPIC tidak lagi mengejutkan kerana Reuters telah melaporkan 2 bekas pegawai utama IPIC dan Aabar, Khadem Al Qubaisi dan Mohamed Badawy Al Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa Abu Dhabi yang terbabit dengan urusniaga 1-MDB ini. Apakah ini kunci kepada misteri mengapa Aabar PJS tidak menerima bayaran tetapi diterima olih Aabar PJS Limted dan Siapa diszebalik semua kegiatan SONGLAP/ROMPAKAN ini...Apakah kaiatan dengan 1-MDB dan personel 1-MDB?? Peliknya semua ini sudah berlaku bertahun lebih awal (2012)....Tetiba Arul dan 1-MDB kata mereka kena tipu dan sedang memikirkan semua options untuk bertindak memberkas semua yang berkomplot..2 pegawai IPIC di atas tadi telah diberkas olih pihakerkuasa Abu Dhabi...


Sekarang rakyat dan tax-payers negara ini mahu lihat Siapa pula yang akan kena dari pihak sebelah sini..sebab MUSTAHIL untuk hanya pihak Abu Dhabi sana yang terlibat dalam penipuan.....sepertipepatah bahasa Inggeris.. IT TAKES TWO TO TANGO!
Sama-sama kita nantikan..SEBAB itu President TI-M mahukan FORENSIC AUDITING & INVESTIGATION dalam semua Kebejatan tadbir-urus (ms 94-103) untuk memberkas semua CONMEN dalam 'ROMPAKAN TERDAHSYAT KURUN INI!

LAPORAN PAC BUKAN PENUTUP TETAPI PEMBUKA SEGALA TINDAKAN UNDANG-UNDANG..

PM JANGAN SELESA SEBAB ISU DERMA BUKAN DALAM BIDANG KUASA (TOR) PAC....

Comments (0)