Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:17 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Kisah kaum Bisaya mendapat nama

Posted: 28 Apr 2016 07:04 PM PDT


Beberapa malam lepas, seorang rakan Sarawak menceritakan mengenai suatu kumpulan etnik Bisaya yang cantik rupa paras dan pelbagai mitos berkaitan dengan kaum tersebut disebuah kedai kopi di Kuching.

Orang Semenanjung mudah terpikat dengan gadis-gadis pelbagai etnik yang kelihatan begitu eksotik. Tambah lagi bila terdengar mengenai adat lama orang Iban bernama ngayap yang sering disalaherti.
Rakan kata baik-baik dengan "ubat" si bapa untuk lindungi anak gadis mereka. Lagi power dari peluru shotgun.
  
Kaum Bisaya banyak sekali di Beaufort, Sabah, Limbang dan Brunei. Orang-orang Lunbawang, Dusun dan Murut anggap mereka sebagai Melayu. Ada pula kategorikan mereka sebahagian dari kaum Dayak. Bisaya di Brunei dan Sabah berugama Islam. Kebanyakkan yang di Sarawak beragama Kristian. Terdapat Bisaya yang tidak berugama.

Nama kaum hampir serupa nama pulau Visaya di Filipina tetapi ada kata ada kaitan dan ada kata tiada langsung. Satu laman Facebook mengingatkan nama Bisaya kepada satu perkataan yang Husin pernah dengar Makcik di Brunei sebut.

Rupanya ada cerita menarik, lucu dan lojik.  

Menurut Faceboook tersebut, sebelum nama Bisaya diberi, masyarakat ini dipanggil masyarakat Tatanak. Menurut lagenda, kecantikan masyarakat Tatanak yang membuat mereka hari ini dipanggil Bisaya.

Al-sahibul hikayat diceritakan bahawa suatu waktu dahulu Sultan Brunei telah mengadakan pertandingan ratu cantik bagi memeriahkan upacara sambutan puja usia untuk dirinya. Kesemua daerah-daerah jajahan  diperintah menghantar wakil ke pertandingan tersebut.

Padan setiap perayaan di Sabah dan Sarawak suka adakan pertanding ratu ccantik dalam pakaian tradisi. Dari dulu kala lagi rupanya.

Masyarakat Tatanak menghantar seorang gadis yang baik rupa paras bernama Dang Insum.

Bukan saja keayuannya bisa meruntunkan jiwa setiap jejaka yang memandangnya, Dang Insun juga seorang srikandi yang handal dalam ilmu peperangan dan mempunyai kesaktian yang tinggi.

Menurut sejarah, Dang Insun antara srikandi yang mempertahankan "Kota Makarang" dalam jajahan wilayah Damit daripada diceroboh oleh pihak British North Borneo Chartered Company suatu waktu dahulu.

Apabila tiba harinya, berangkatlah kesemua ratu-ratu daripada setiap jajahan takluk kerajaan Brunei ke Kota Brunei.

Bermulalah pertandingan ratu cantik dengan penuh gilang gemilang. Pertandingan ini bukan mempertandingkan kecantikan semata-mata tetapi mencakupi bidang yang lain.

Setiap ratu cantik haruslah pandai bermain senjata seperti memanah dan sebagainya. Pandai menguasai ilmu dapur iaitu memasak dan sebagainya. Dan pandai menguasai ilmu seni seperti menyanyi mahupun menari.

Dang Insum lalui pertandingan yaang ppenuh pancaroba dengan penuh sabar. Ternyata gadis Tatanak ini amat sempurna di dalam serba serbi sehingga dia menjuara setiap kategori.

Pada kemuncak pertandingan untuk pertunjukan kecantikan dengan pakaian tradisional masyarakat, Sultan Brunei terpandang kecantikan Dang Insum lalu menyebut .. Bisai Yah! Bisai Yah! Bisai Yah!

Mengikut bahasa orang Brunei, ia bermaksud tersangat cantik. Pujian itu yang menjadikan Dang Insum menjadi juara pertandingan ratu cantik puja usia itu.

Rombongan masyarakat Tatanak yang turut serta memberi sokongan kepada Dang Insum itu telah menceritakan segala pujian yang telah diucapkan oleh Sultan Brunei kepada orang kampung mereka.

Akhirnya Bisaya kekal sebagai merujuk kepada masyarakat Tatanak hingga ke hari ini.

Wow! Jika Dang Insum badan besar, jadi nama kaum Besarnya 

Comments (0)