Followers

Nuffnang

The Antics of Husin Lempoyang

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:05 PG | Posted in

sumber :-

The Antics of Husin Lempoyang


Deklarasi Rakyat tuntut Menteri Saudi letak jawatan

Posted: 17 Apr 2016 09:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Kumpulan Deklarasi Rakyat akan mengadakan himpunan rakyat untuk menuntut Menteri Luar Saudi Arabia meletak jawatan hari ini dihadapan Kedutaan Saudi Arabia.

Diketuai oleh pejuang-pejuang Pro-Tun dari kumpulan GKCM, Kelab Che Det, Perkasa, dan ANC, mereka akan berkumpul di Sogo, KLCC, Masjid Negara dan Dataran Maybank sebelum berarak menuju ke Kedutaan.

Ini hanya sebahagian dari langkah yang akan diambil oleh pro-Tun untuk tumbangkan Menteri Luar Saudi yang telah mencabar kewibaan Tun Mahathir yang mereka taksub dan percaya tidak berbohong, rasuah dan lakukan sesuatu jika dia tidak tahu.

Jika semua tahu, tak adalah kata RM42 billion lesap ... huhuhu. 

Tun Mahathir telah menuntut Menteri Luar Saudi tersebut untuk tunjukkan bukti dan menafikan telah lesapkan wang 1SDB sebanyak Saudi Riyal 42 billion. Ini selari dengan pendiriannya yang telah berubah untuk benarkan campurtangan media dan pihak asing dalam hal ehwal Malaysia. 

Selain berhak campurtangan dalam pentadbiran semua Perdana Menteri selepasnya, Tun Mahathir merasakan dia pun boleh menceroboh kedaulatan Saudi Arabia untuk campurtangan hal pentadbiran mereka.

Lim Kit Siang turut menuntut Menteri Saudi itu dihadapkan ke PAC dan Ketua Odit Negara Tan Sri Ambrin Buang untuk odit Kementeriaan Luar Saudi.

Dijangka Deklarasi Rakyat akan mengumpul tandatangan di Internet untuk menuntut Raja Saudi untuk memecat Menteri tersebut.

Jika Raja Saudi berdegil dan tidak hormat pada Tun Mahathir, puak-puak pro-Tun dan penyokong bangang Rafizi akan keluarkan simpanan dari Tabung Haji dan boikot tidak pergi Haji untuk mengenakan tekanan ekonomi.

Hehehe syukur ... dapat anak saudara ana naik haji tahun ini? Boikot la ramai-ramai.

Dipercayai kumpulan Deklarasi Rakyat sudah arahkan Majlis Peguam untuk berhubung dengan Majlis  Peguam Saudi Arabia (MPSA) untuk menyaman Peguam Negara Saudi Arabia.

Dato Khairuddin Abu Hasan menjangka kertas siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Saudi Arabia (SPRSA) dan Bank Negara Saudi Arabia (BNSA) bakal ditolak untuk sebarang dakwaan.

Manakala, Anina memberitahu ada usaha untuk memindahkan peguam-peguam MPSA dan Pengaraah SPRSA sebagai membolehkan PAC Parlimen Saudi mengekalkan Menteri tersebut.

Turut serta, adik Raja Saudi telah dihubungi oleh Dato Nazir Razak untuk bersuara.

Agensi Berita Husin Lempoyang: percaya jangan

Comments (0)