Posted by Unknown | Posted on 1:20 PG | Posted in
Taipingmali (tm) |
- #PRNSARAWAK: Pembangkang terdesak jadikan isu hospital modal politik
- #PRNSARAWAK: 15 teras utama manifeso BN Sarawak 2016:
- APA MAKSUD ARUL "MENGAKU" SEBENARNYA?
- #PRNSARAWAK : Pemimpin PAN kena bayar ganti rugi kpd Felda
- Tolak Usul Sidang DUN : Usaha Kerajaan Dap P.Pinang Tutup Kudis Dan Pekong
- #PRNSARAWAK: MULA LANYAK DAP SECARA TERANG-TERANGAN
#PRNSARAWAK: Pembangkang terdesak jadikan isu hospital modal politik Posted: 26 Apr 2016 01:08 AM PDT KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim menafikan kelewatan pembinaan Hospital Sri Aman yang baharu disengajakan seperti didakwa pembangkang. Katanya pelaksanaan projek bernilai kira-kira RM200 juta itu dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pemendapan tanah dan pembinaan bangunan. “Proses pemendapan tanah perlu dilakukan sebelum pembinaan bangunan dimulakan kerana tapak yang seluas 20.6 hektar di Jalan Kejatau merupakan tanah gambut dan masa panjang diperlukan bagi memastikan tapak mendap sepenuhnya. “Saya difahamkan kerja-kerja pemendapan sudah selesai dan kini kerja fasa kedua sedang dilaksana dan siap sepenuhnya 2018,” katanya kepada pemberita semalam. Terdahalu beliau menghadiri Majlis Perasmian Persiapan Jentera Pilihan Raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sri Aman yang dirasmikan Timbalan Presiden PBB merangkap Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di ibu pejabat PBB dekat sini, semalam. Rohani yang juga naib ketua Wanita PBB berkata pembangunan Hospital Sri Aman baharu itu merupakan projek utama dan sesuatu yang amat diharapkan penduduk di bahagian tersebut. “Hospital baharu Sri Aman memang menjadi isu penduduk tempatan, projek yang dinanti-nantikan kerana ia berkonsep moden bagi menggantikan hospital sedia ada. “Hospital sedia ada sudah begitu lama, dengan masalah katil tidak mencukupi dan ketiadaan perkhidmatan doktor pakar,” ujarnya. Mengulas lanjut mengenai projek pembangunan mega di Sri Aman, Rohani yang juga Ahli Parliman Batang Lupar berkata kini usaha giat dilakukan bagi menyiapkan sistem perparitan dan tali air di jelapang padi Stumbin/Lingga/Banting. Beliau berkata jelapang padi itu adalah yang pertama di luar Semenanjung Malaysia dengan keluasan 5,100 hektar. “Apabila semua infrastruktur termasuk tali air siap nanti, penanaman padi akan dimulakan melibatkan penduduk setempat,” katanya sambil menambah, projek itu diyakini memberi manfaat kepada peserta dan Sarawak amnya dalam pengeluaran beras bagi kenggunaan domestik. Read more: http://www.theborneopost.com/2016/04/20/kelewatan-pembinaan-hospital-sri-aman-bukan-disengajakan/#ixzz46uyM41Ld |
#PRNSARAWAK: 15 teras utama manifeso BN Sarawak 2016: Posted: 26 Apr 2016 12:35 AM PDT 1. Menegakkan hak Sarawak dan rakyatnya |
APA MAKSUD ARUL "MENGAKU" SEBENARNYA? Posted: 25 Apr 2016 11:15 PM PDT
Ia adalah salah satu daripada dua kemungkinan yang Arul telah sebutkan dalam temu bual itu. Kemungkinan pertama dan besar kemungkinan seperti yang diperkatakan oleh Arul ialah pengurusan baru IPIC mula menyedari bahawa liabiliti IPIC adalah lebih besar daripada yang mereka fikir dan mereka kini teragak-agak untuk membayar. Kemungkinan kedua yang Arul sebut adalah dia tidak boleh sama sekali menolak terdapat kemungkinan wujudnya penipuan di pihak bekas Pengerusi dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar dengan kemungkinan kerjasama dalaman. Oleh itu, sebarang penipuan yang Arul maksudkan adalah penipuan dari pihak Aabar dengan kemungkinan bantuan daripada orang dalaman. Perkara pertama yang anda harus ingat adalah bahawa 1MDB berurusan dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif pihak ‘counter-party’. Jika anda tidak berurusan dan tidak boleh mempercayai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ‘counter-party’ anda, siapa lagi yang boleh anda percayai? Siapa lagi yang anda mahu berurusan? Kedua, semua perjanjian itu telah dijelaskan oleh peguam 1MDB dengan segala usaha yang wajar dan kemudiannya diaudit oleh juruaudit antarabangsa. 1MDB juga mempunyai semua dokumentasi ini. Ketiga, siasatan Peguam Negara Swiss khusus menyebut siasatan mereka melibatkan seorang bekas pekerja 1MDB (bekas Ketua Pegawai Eksekutif Shahrol Halmi yang masih bersama 1MDB sebagai lembaga pengarah), Jho Low, pekerja dan bekas pekerja di Abu Dhabi . Ianya mengecewakan penyokong setia Tun M ', apabila Najib telah dinyatakan secara khusus, TIDAK menjadi sebahagian daripada siasatan yang dilakukan oleh pihak Swiss. Oleh itu, adalah tepat untuk Arul mengatakan bahawa dia tidak boleh menolak kemungkinan wujud penipuan oleh pihak Aabar dan kerjasama dalaman oleh seorang bekas pekerja. Walau bagaimanapun, membaca wawancara penuh tersebut iia adalah jelas bahawa Arul percaya ini hanyalah pertikaian yang timbul daripada satu cubaan oleh IPIC - terutama sejak Arul menyatakan bahawa semua dokumentasi akaun, pernyata dan urusan perniagaan 1MDB dengan Aabar telah diketahui umum selama bertahun-tahun. Arul telah mendahului dengan satu mata. Mengapa IPIC hanya mempertikaikan hal ini sekarang? Terutama sejak pengurusan baru mengambil alih setelah hampir setahun? Sudah tentu media ingin mensensasikan kemungkinan kedua kerana ia boleh dijadikan tajuk yang ‘panas’ walaupun kemungkinan pertama adalah lebih cenderung merupakan punca sebenar. Lim Sian See Diterjemah oleh : KKMM |
#PRNSARAWAK : Pemimpin PAN kena bayar ganti rugi kpd Felda Posted: 25 Apr 2016 11:09 PM PDT Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Su Geok Yiam yang menolak permohonan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku defendan untuk menangguhkan perintah pembayaran ganti rugi itu. Peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi, mewakili Mazlan dan syarikat penerbitan itu ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menolak rayuan kedua-dua defendan selepas mendapati permohonan itu tidak mempunyai merit. "Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar kos RM5,000," katanya selepas pendengaran permohonan itu di dalam kamar hakim hari ini. Prosiding itu turut dihadiri peguam Nor Emelia Iszeham mewakili Felda. Pada 29 Mei 2015, mahkamah itu memerintahkan Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise, yang menerbitkan buku "FELDA...Dulu Tolong Sekarang Ah Long" membayar ganti rugi am dan ganti rugi teruk berjumlah RM350,000 serta kos guaman sebanyak RM150,000 kepada Felda. Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu pada 20 Julai 2009 selepas mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Along atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi. Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas. Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat. |
Tolak Usul Sidang DUN : Usaha Kerajaan Dap P.Pinang Tutup Kudis Dan Pekong Posted: 25 Apr 2016 07:22 PM PDT Pendedahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Dap dan PKR yang mendakwa Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat tidak berpihak kepada kerajaan negeri bukan sahaja memalukan malah memperlihatkan betapa banyaknya kudis dan pekong yang cuba disembunyikan. Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Datuk Norliza Abdul Rahim berkata kerajaan negeri sudah tentu seboleh-bolehnya mahu menutup segala pekung dan segala benda yang boleh menampakkan kecacatan mereka dalam menguruskan kerajaan negeri. ![]() Menurut beliau hakikatnya sidang DUN adalah tempat yang sebaik mungkin dan merupakan platform terbaik dalam usaha menyelesaikan segala permasalahan rakyat agar kepentingan serta kebajikan mereka terjaga. "Pendedahan tersebut dilihat kerajaan negeri tidak telus. Ke mana hilangnya slogan mereka sebelum ini yang dicipta sebagai asas dalam perjalanan kerajaan negeri iaitu Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT). "Dalam sidang DUN pun tidak berani untuk menerima hakikat apatah lagi jika ianya di luar DUN. Apa yang mereka ingin sembunyikan daripada pengetahuan rakyat. Usahlah lagi guna atau laungkan slogan CAT ini.. hanya memalukan sahaja. "Umum juga masih tidak lupa bagaimana wakil rakyat daripada kerajaan menangis di dalam sidang DUN. Itu hanya berlaku di Pulau Pinang. Jadi tidak peliklah dengan pendedahan berkenaan," katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini. Kerajaan Dap Pulau Pinang didakwa tidak meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dilihat tidak berpihak kepada kerajaan negeri meskipun berkaitan isu rakyat. Perkara itu didedahkan sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Dap dan PKR yang mendakwa, usul tersebut tidak diluluskan meskipun dibawa ADUN kerajaan negeri sendiri. ADUN Berapit daripada Dap, Ong Kok Fooi berkata, sikap sedemikian menyebabkan pentadbiran Kerajaan Dap Pulau Pinang ketika ini dilihat lemah meskipun selepas hampir dua penggal diberi kepercayaan oleh rakyat. Beliau berkata demikian dalam Forum Celik Politik 3.0 bertajuk ADUN Buat Apa? – Peranan Penyokong dan Pembangkang Dalam DUN yang diadakan di bangunan DUN, di sini malam tadi. Turut bertindak sebagai ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah ADUN Penanti, Dr. Norlela Ariffin (PKR) dan ADUN Telok Air Tawar yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid. Sambil melahirkan kekesalan terhadap pendedahan terbabit, Norliza seterusnya menambah banyak isu yang boleh diselesaiakn dan perlu dibawa oleh wakil rakyat ke sidang DUN supaya masalah penduduk setenmpat dapat diselesaikan sebaik mungkin. "Jika inilah bentuk pemerintahan yang dilaksanakan, bayangkan soalan daripada pihak pembangkang…apa jadi dengan soalan daripada pihak pembangkang. Sedangkan soalan daripada wakil rakyat kerajaan negeri pun ditolak. "Jadi kepada rakyat di Pulau Pinang, mereka boleh menilai dan melihat secara mendalam bagaimana sebuah kerajaan negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng," katanya. |
#PRNSARAWAK: MULA LANYAK DAP SECARA TERANG-TERANGAN Posted: 25 Apr 2016 07:56 AM PDT Mungkin ramai terkejut bila berlaku pertembungan sesama sendiri antara PKR dan DAP di Sarawak. Ramai juga ambil kesempatan utk membalun Azmin Ali kerana mengarahkan Baru Bian utk tanda tangan watikah. Saya bukan fan Azmin. Jauh sekali makan dedak dari dia. Malah 3 pemilihan lepas saya kempen menentang Azmin Ali. Tapi dalam isu PRN Sarawak, saya setuju dgn tindakan Azmin. Ianya adalah tindakan terbaik utk parti. Geografi Sabah dan Sarawak tidak sama seperti semenanjung. Di Sabah dan Sarawak majoriti kawasan Parlimen adalah kawasan di pedalaman. Kawasan2 yg perlu kos yg besar utk dipelihara. Selalunya DAP tidak akan berminat dgn kerusi2 begini. Mereka lebih berminat dgn kawasan bandar yg senang di maintain. Ini adalah antara sebab PRU dan PRN lepas PKR Sabah dan Sarawak dilihat bertanding jauh lebih banyak kerusi dari DAP. Bukan kerana PKR tamak, tetapi DAP tidak mau kerusi yg perlu kos besar ni. Tapi bila usaha PKR utk mendidik pengundi luar bandar sudah sampai ke tahap boleh membawa kemenangan, DAP akan tuntut kerusi2 tersebut atas 2 alasan. PKR lemah dan DAP perlu kerusi itu utk expansion program mereka. Apakah PKR perlu mengalah dgn alasan ini? Sedangkan kerusi2 tersebut dijaga PKR sejak lebih 10 tahun. Di Sabah PKR mengalah dan akhirnya kita sendiri berpecah ke tahap kronik. Mau ulang kesilapan sama di Sarawak dan hilang kepercayaan org ulu selamanya? Dan, kalau DAP minta kerusi tambahan di semenanjung PRU akan datang atas alasan mau expand, PKR mau mengalah? Kalau DAP saja expand, PKR nak ke mana? Kejadian di Sarawak skrg ni adalah pengajara utk semua, terutama DAP. Tak boleh tamak dalam berkawan. Pimpinan pusat sepatutnya bagi sokongan padu kepada Azmin dan Baru Bian atas tindakan nekad mereka. Tahniah Azmin dan Baru. Shamsul Iskandar |
You are subscribed to email updates from Taipingmali . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Comments (0)
Catat Ulasan