Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:21 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Dr M perlu cari strategi baru dalam percaturannya

Posted: 18 Apr 2016 11:09 PM PDT

PETALING, 17 April – Arab Saudi membuktikan bahawa tidak terdapat sebarang salah laku berkaitan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"(Ianya adalah) benar-benar sumbangan, tanpa mengharapkan sebarang balasan dan sebagaimana yang kami sedia maklum, hal tersebut telah pun selesai," ujar Menteri Luar Adel al-Jubeir kepada pemberita ketika sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam di Istanbul.

Bagi Tun Mahathir, kenyataan Adel itu telah menghentamnya kembali.

Dr Mahathir sebelum ini dilihat berulang kali menyerang Najib berkenaan isu derma RM2.6 bilion, namun bukti yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri tidak melakukan sebarang kesalahan telah sekaligus menyebabkan agenda beliau untuk menjatuhkan Najib ditolak.

Ini menyebabkan Dr Mahathir terpaksa mencari isu-isu lain bagi meneruskan perjuangan beliau di dalam memimpin gerakan Selamatkan Malaysia.

Pada ketika ini, Dr Mahathir dilihat seperti 'kehabisan peluru' apabila Jawatankuasa Kira-kira Parlimen (PAC) yang terdiri dari ahli Parlimen dari pelbagai parti juga telah membebaskan Najib dari isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kempen tanda tangan Selamatkan Malaysia, yang dinamakan sebagai Deklarasi Rakyat yang telah dilancarkan dua bulan lalu, seolah-olah telah hilang pengaruh. Dr Mahathir dan para penyokongnya, termasuk Timbalan Presiden UMNO yang telah digantung Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, ahli tertinggi DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan, seolah-olah 'mengemis' untuk mendapatkan tanda tangan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir sentiasa menganggap dirinya sebagai pejuang jalanan dan tidak akan mengangkat bendera putih tanda menyerah.

Beliau sedang menyusun atur strategi untuk membawa anaknya, Mukhriz kembali ke dalam arena politik. Namun Mukhriz telah ditinggalkan 'beku' dan berkemungkinan berdepan dengan hentaman UMNO. Parti-parti politik lain tidak mungkin akan membuka pintu mereka kepada beliau kerana perbezaan ideologi politik.

Walaupun sekiranya beliau diterima oleh pihak pembangkang – ia mungkin untuk mengeluarkan Najib dari Putrajaya. Mukhriz akan, atau mungkin, tidak akan mengetuai gerakan tersebut tetapi akan tetap bersama mereka bagi menaikkan sokongan.

Mukhriz perlu bersedia untuk menghadapi perjalanan yang sukar. Hanya Dr Mahathir mampu untuk menaikkan kerjaya politik beliau.

Namun kini Dr Mahathir sendiri telah kehilangan pengaruh. Beliau akan berterus-terusan mempersoalkan pengesahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Saudi namun tiga juta ahli UMNO telah sedia maklum mengenai motif beliau sekaligus dapat membaca percaturannya dengan penuh berhati-hati.

Oleh sebab itu, Dr Mahathir kini perlu mencari percaturan baru bagi memastikan gerakan pimpinan beliau relevan dan terus hidup – tanpa tersasar dari objektif utama beliau.

Pergerakan tersebut melibatkan seluruh negara, menampilkan para penceramah dari parti-parti lain, namun kelihatan lebih terarah kepada hal-hal yang berkaitan mereka sendiri – wakil DAP mempertahankan isu pembelian banglo di bawah harga pasaran oleh Lim Guan Eng, Mohd Sabu dari Parti Amanah Negara pula menyentuh isu fundamentalisme PAS manakala Azmin dari PKR  pula sibuk memainkan isu pembebasan Anwar.

Walaupun berkongsi pentas yang sama dengan para pemimpin pembangkang, Dr Mahathir, Muyiddin dan Mukhriz dilihat lebih banyak bergerak sendiri.

1MDB dan IPIC

Posted: 18 Apr 2016 11:06 PM PDT

Cubaan memahami keputusan IPIC untuk menamatkan perjanjian transaksi Pertukaran Aset-Hutang bersama 1MDB.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh IPIC hari ini adalah berkenaan bayaran bunga USD50 juta (RM190 juta) hari ini sebagai sebahagian daripada bayaran untuk bon 1MDB bernilai USD3.5 bilion yang telah dijamin oleh IPIC.

Selepas melunaskan pinjaman sebanyak RM 14.25 bilion semenjak sebulan yang lalu berikutan perjanjian penjualan Edra yang telah selesai, 1MDB masih mempunyai simpanan tunai sebanyak RM 2.3 bilion.

Ini bermakna 1MDB boleh membayar bunga tersebut dengan mudahnya, namun mengikut kenyataan pegawai MOF yang diterbitkan oleh Singapore Straits Times, PM Najib telah mengarahkan 1MDB untuk tidak membayar.

Bon ini tidak dijamin secara langsung oleh Kerajaan Malaysia (ianya bukanlah sebahagian daripada RM5.8b yang dijamin oleh kerajaan seperti yang tertera di dalam laporan PAC), tetapi ianya dijamin oleh IPIC beserta jaminan akhir pelaburan oleh 1MDB.

Di dalam isu berkenaan pembatalan bon USD3.5b, mereka akan memanggil penjamin untuk proses perdamaian.

Dan sekiranya IPIC gagal untuk berdamai, maka keseluruhan bon IPIC yang bernilai lebih dari pinjaman 1MDB akan dikira sebagai terbatal.

Ianya seperti bermain tarik tali – dan IPIC mempunyai kebarangkalian untuk lebih rugi sekiranya mereka membenarkan bon ini terbatal, sedangkan kerugian yang dialami oleh Malaysia adalah sangat minimal.

Ini memberi maksud bahawa senario ini boleh mempengaruhi keputusan IPIC untuk membayar kadar bunga dan mendakwa Malaysia semata-mata untuk mendapatkan kembali wang tersebut.

Walau bagaimanapun, 1MDB menyatakan bahawa mereka telah memindahkan kesemua aset bernilai USD4.5b kepada IPIC/Aabar (ini adalah aset-aset yang akan ditukarkan dengan bayaran USD3.5b + USD1b daripada IPIC) seperti yang diarahkan di dalam kertas kerja penuh oleh Pengarah Urusan IPIC, Pengerusi dan CEO Aabar, dan juga seperti yang telah ditetapkan oleh para peguam dan juruaudit antarabangsa ketika itu.

IPIC/Aabar, dalam kenyataan yang berlainan percaya dan mengatakan bahawa mereka tidak pernah menerima jumlah wang tersebut – namun bersetuju untuk memindahkan USD1b, membayar USD110juta kadar bunga  ke atas bon sebelumnya dan juga telah membatalkan opsyen Aabar walaupun mereka mendakwa tidak pernah menerima bayaran-bayaran tersebut.

The Straits Times melaporkan bahawa “Selepas siri mesyuarat tergempar yang diadakan bersama pengurusan atasan 1MDB minggu lepas, yang juga dihadiri oleh beberapa peguam dan pegawai Kementerian Kewangan, Najib mengeluarkan kenyataan bahawa sebarang liability korporat hendaklah ditanggung oleh Abu Dhabi dan anak-anak syarikat miliknya.

Keputusannya itu, seperti yang dipetik oleh pegawai-pegawai kerajaan dan eksekutif kewangan yang berkait-rapat dengan isu tersebut, adalah dibuat berdasarkan hujah bahawa IPIC telah membayar hampir US$100 juta kadar faedah pada Oktober dan November yang lalu. Kuala Lumpur juga agak terkejut apabila IPIC mengambil masa lebih dari tiga tahun untuk mengisytiharkan bahawa mereka tidak pernah menerima wang tersebut.”http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/state-fund-dispute-puts-1mdb-at-risk-of-default

Wang ini tidak pernah hilang, tetapi statusnya dipertikaikan. Sekiranya Najib telah menyalahgunakan wang tersebut, dia sudah pasti akan meminta faedah itu untuk dibayar segera, namun beliau menghalang 1MDB dari melakukannya.

Ini bermaksud, 1MDB mempunyai kes yang kuat untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atas IPIC.

Ianya adalah strategi yang berisiko, namun saya percaya ini adalah pilihan terbaik yang boleh diambil Malaysia ketika ini untuk memaksa IPIC/Aabar untuk bertanggungjawab terhadap aset-aset yang telah mereka terima.

Lim Sian See
Diterjemah oleh: KKMM

Comments (0)