Followers

Nuffnang

Taipingmali (tm)

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:16 PG | Posted in

sumber :-

Taipingmali (tm)


Kenyataan Media oleh Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB

Posted: 15 Apr 2016 07:49 AM PDT

TERUSKAN, TONY

“Saya merujuk kepada cabaran debat yang ditawarkan oleh Ahli Parlimen DAP iaitu YB Tony Pua. YB Tony telah berkata “anda hampir jatuh cinta” dengan saya sebelum beliau memanggil saya penipu dan merendah-rendahkan pencapaian saya. Pada pagi Khamis, beliau juga menyarankan agar saya meletakkan jawatan dari 1MDB. Kemudian, menawarkan untuk berdebat dengan saya, pada malam Khamis itu.

Ini sangat jelas bahawa YB Tony telah keliru dan mengelirukan dirinya sendiri. Beliau sendiri tidak pasti sama ada menyayangi atau membenci saya. Sekejap beliau menyuruh saya meletakkan jawatan, dan kemudian tiba-tiba sahaja menyuruh agar saya tetap dengan jawatan tersebut agar kami dapat berdebat. Walaupun terdapat ramai di kalangan ahli DAP, termasuk YB Tony sendiri yang memanggil saya penipu, iaitu seorang yang sepatutnya tidak layak untuk didengari, namun kenapa pula anda menyarankan debat sekiranya anda tidak mahu mendengar atau percaya tentang apa yang saya katakan?

Ironinya, ini adalah kemungkinan kali pertama kita bakal menyaksikan seorang ‘hakim’ PAC dari pihak DAP yang ingin berdebat dengan seorang ‘defendan’, selepas prosiding telah selesai dan setelah Laporan PAC yang kolektif dan bipartisan dikeluarkan. Untuk mengelakkan agar dimalukan buat kali kedua, saya berharap agar YB Tony telah menyemak dengan Yang diPertuan Speaker Dewan Parlimen sebelum mencabar untuk berdebat.

Apa yang nyata di sini adalah walaupun beliau sentiasa mengemukakan soalan buat saya ketika berlangsungnya sidang PAC selama 2 hari tersebut, wakil rakyat DAP itu, iaitu YB Tony tetap masih mahu menghabiskan masa-masa berkualitinya bersama saya. Adalah tidak wajar untuk saya menolak keistimewaan yang ditawarkan oleh YB Tony ini.

Maka, saya menerima cabaran debat ini. Teruskan!”

- Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB

Comments (0)