Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:43 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[DEDAH] PANAS!!! Jawapan Kepada Dakwaan Lim Guan Eng Berhubung Isu Tanah PERDA... Akai Nak Alih Isu Ni Dah Tak Laku... #SahabatSMB

Posted: 01 Apr 2016 03:25 AM PDT

LGE TAK PERLU ALIH PERHATIAN DGN ISU TANAH PERDA... SELESAIKAN DULU ISU SEBENAR LGE DGN SPRM DAN RAKYAT P. PINANG...


Kenyataan media yg dibuat oleh YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya berhubung isu tanah milik PERDA yang cuba dibangkitkan oleh Lim Guan Eng... beberapa perkara boleh disimpulkan :

1. Ini adalah satu usaha terdesak yg cuba dilakukan oleh Lim Guan Eng dan pimpinan DAP untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar yg sedang LGE hadapi... banyak dan sangat jelas perbezaannya jika hendak dibandingkan antara isu tanah PERDA ini dengan isu tanah Taman Manggis...


2. Terlebih dahulu, perlu diingatkan, PERDA merupakan sebuah agensi yg bertanggungjawab untuk membantu dan membela nasib rakyat P. Pinang... PERDA sering mengutamakan pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik bertujuan untuk memberi peluang kpd rakyat yg berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri... malah, antara syarat yg perlu dipatuhi sebelum membangunkan tanah milik PERDA dgn projek2 perumahan, mesti turut disertakan dgn perancangan rumah kos rendah atau PPRT dan rumah mampu milik... selain itu, PERDA juga berperanan untuk membantu usahawan2 SME bergerak maju dan berdaya saing seiiring dgn perkembangan ekonomi negara...

3. PERDA pernah membangunkan tanah Tok Keramat, Seberang Perai Selatan (SPS) dgn projek perumahan kos rendah namun terbantut akibat masalah mendapan tanah yg kronik... PERDA terpaksa menanggung kerugian apabila terpaksa merobohkan semula 107 buah rumah yg sudah separuh siap dibina... akibatnya, tanah tersebut menjadi terbiar lebih 30 tahun...




4. Masalah mendapan tanah terlebih dahulu perlu diatasi sebelum boleh membina rumah... PERDA boleh memulakan semula kerja2 tersebut, namun ia sudah menjadi satu liabiliti kpd PERDA memandangkan PERDA sudah pun menanggung byk kerugian akibat masalah yg dihadapi... sehubungan itu, PERDA perlu mencari jalan menyelesaikan masalah tanah ini... tanah tersebut perlu dijual dan digantikan tanah baru yg lebih memberi prospek yg baik...

5. PERDA boleh menjual tanah tersebut kpd pemaju mengikut harga pasaran semasa, sekitar RM16 juta (spt mana dakwaan LGE)...  malah tentunya ia akan lebih menguntungkan PERDA (jika keuntungan yg dicari), namun dgn harga pasaran, mustahil pemaju boleh membina rumah kos rendah, apatah lagi terpaksa menanggung kos menyelesaikan masalah mendapan tanah...



6. Untuk makluman, harga seunit rumah kos rendah yg diperuntukkan adalah antara RM42,000—RM70,000... manakala harga rumah mampu milik adalah sekitar RM200,000... jika PERDA jual tanah tersebut pada harga pasaran RM16 juta, ini bermakna pemaju hanya boleh merancang perumahan utk dijual pada kadar harga antara RM400,000-RM600,000 seunit paling murah... agak mustahil utk rakyat P. Pinang berpendapatan rendah memilikinya...

7. Apa yg PERDA lakukan, sekalipun mmg merugikan PERDA, namun ia bakal memberi peluang kpd rakyat memiliki rumah sendiri dgn harga mampu milik... sesuai dgn peranan PERDA yg sentiasa mengutamakan hak kebajikan dan membantu rakyat, dan menjadikan keuntungan sbg perkara kedua...

8. Berbeza dgn isu melibatkan penjualan tanah Taman Manggis oleh kjaan negeri P. Pinang kpd KLIDC.. tanah Taman Manggis pada asalnya untuk PPRT, dijual dgn harga RM11 juta kpd KLIDC.. drpd rumah PPRT, ditukar kpd projek hospital swasta... malah wujud ura2 tanah tersebut bakal berpindah milik kpd pihak ketiga dgn nilai RM20 juta... jika benar, secara tak langsung, KLIDC boleh memperolehi keuntungan atas angin sebnyak RM9 juta!



9. Apa yg terbaik yg boleh dilakukan oleh Lim Guan Eng dan pihak kjaan negeri pimpinan DAP berhubung dakwaan mereka terhadap isu penjualan tanah PERDA ini adalah dengan mengemukakan laporan kepada pihak SPRM, jika benar dan yakin wujud faktor penyelewengan dan salah guna kuasa di dalam urusniaga ini...dalam masa sama LGE juga perlu memberi ruang dan peluang secukupnya kpd pihak SPRM untuk menjalankan siasatan ke atasnya berhubung isu Taman Manggis dan isu pembelian unit banglo di Jalan Pinhorn...

10. Dengan hanya mengalihkan isu sebenarnya tidak menyelesaikan apa2 masalah malah langsung tidak mendatangkan apa2 manfaat... rakyat P. Pinang tidak sepatutnya dibiar terus diperbodohkan oleh pihak kjaan negeri... yg penting, rakyat mesti tahu, siapa sebenarnya yg banyak membela dan menjaga hak rakyat... Adakah kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng, atau sebenarnya kerajaan pimpinan UMNO BN...



Sumber : Muhammad Ariff Bin Ahmad

Comments (0)