Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:25 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


#RapidKL Sediakan Perkhidmatan LRT & Monorel Seawal 330 Pagi Sempena #NikeWeRunKL 2016

Posted: 08 Apr 2016 03:30 AM PDT


Kenyataan Media

PERKHIDMATAN LRT & MONOREL BERMULA AWAL PADA AHAD

KUALA LUMPUR, 7 April - Bersempena dengan Nike We Run KL Marathon 2016 yang akan berlangsung pada hari Ahad ini, perkhidmatan LRT dan monorel Rapid KL akan bermula seawal jam 3.30 pagi dan tambang percuma dikenakan kepada perserta dan petugas sehingga jam 6.00pagi.

"Dengan kekerapan masa menunggu 10 minit, semua perkhidmatan rel di bawah seliaan Rapid Rail Sdn Bhd merangkumi Monorel, LRT Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang, Laluan Sri Petaling serta stesen baru akan dibuka awal bagi semua stesen." Menurut jurucakap Rapid Rail Sdn Bhd, Lim Jin Aun.
Peserta dan petugas larian boleh menggunakan perkhidmatan parkir bertingkat milik Rapid KL secara percuma di Stesen LRT Gombak dan Ampang. Mereka harus perlu keluar sebelum jam 10.00 pagi.

"Kami berharap semua pihak amat akan menerima manfaat daripada acara ini. Kami menggalakkan peminat dan penyokong untuk menggunakan perkhidmatan tren kami untuk perjalanan yang lancar," tambah Lim.

Tamat

Pemuda Wilayah Sambut Baik Skim #MyDeposit ‪#‎WeWalkTheTalk‬ @NajibRazak @razlanrafii

Posted: 08 Apr 2016 01:38 AM PDT


8 April 2016
PEMUDA UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN SAMBUT BAIK SKIM MYDEPOSIT

Mewakili anak-anak muda khususnya di dalam bandar, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menyambut baik dan menyokong segala bentuk insentif daripada kerajaan Barisan Nasional terutamanya melibatkan kemudahan untuk memiliki rumah di dalam bandar seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Pengumuman mengenai perlaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti yang pernah dibentangkan di dalam Bajet 2016 pada tahun lepas, sedikit sebanyak melegakan kami khususnya anak-anak muda yang berkeinginan memiliki hartanah sendiri di dalam bandar.
PPUWP saban tahun melalui Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian dari seluruh Wilayah Persekutuan menerima usul yang boleh ditambahbaik oleh kerajaan bagi memastikan pemilikan rumah terutamanya di dalam bandar berlangsung dalam situasi menang dan menang kepada kedua-dua pihak. Alhamdulillah, suara wakil-wakil pembahas dari UMNO Wilayah Persekutuan di beberapa siri Perhimpunan Agung UMNO yang lalu, akhirnya direalisasikan demi survival anak muda terutamanya di dalam bandar.

Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini telah memberi impak positif kepada kedua-dua pihak terutamanya, apabila pihak kerajaan telah meminta syarikat pemaju untuk merencanakan inisiatif persendirian dengan mengaplikasikan elemen 'cross subsidy' bagi membantu pemaju menampung harga rendah yang ditawarkan di unit Rumawip untuk mendapatkan harga terbaik di unit harga bebas yang dibangunkan.

Setelah itu, timbul beberapa masalah iaitu kesukaran golongan muda menyediakan sejumlah wang deposit yang perlu dijelaskan kepada pemaju untuk memiliki rumah sebelum mendapat kelulusan daripada pihak bank. Dengan pengenalan dan perlaksanaan MyDeposit ini, diyakini permasalahan untuk mendapatkan sebuah rumah baharu, berjaya dipermudahkan.

Namun dalam masa yang sama PPUWP amat berharap agar Bank Negara Malaysia (BNM) dapat membantu mempermudahkan dengan melonggarkan sedikit syarat-syarat dasar untuk peminjam dari golongan muda bagi memiliki rumah pertama mereka. Pihak bank tidak perlu gusar kerana rumah yang dimiliki kelak telah dijual pada harga bawah pasaran dan sudah tentu bank tidak akan rugi sekiranya peminjam gagal melunaskan baki pinjaman. Kerana harga pasaran rumah sentiasa meningkat naik.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kerajaan Persekutuan kerana mengutamakan kepentingan rakyat. PPUWP menyeru anak-anak muda khususnya untuk merebut peluang yang disediakan kerajaan hari ini dan terjemahkan semula kepada sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional kelak.


MOHD RAZLAN BIN MUHAMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

Comments (0)