Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:19 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Kerajaan Perkenalkan Insentif #MyDeposit Untuk Beli Rumah Pertama @NajibRazak @mpkotabelud

Posted: 07 Apr 2016 02:31 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan perlaksanaan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016.

Beliau berkata skim ini dilaksanakan untuk membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) yang mempunyai pendapatan isi rumah di antara RM3,000 dan RM10,000.
"(Skim ini melibatkan) pemberian sumbangan sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksima RM30,000, yang mana lebih rendah, kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga kurang RM500,000," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara di sini. - Bernama

Syarikat Swasta Sambut Baik Insentif Kerajaan Kepada Pembeli Rumah Pertama

Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam adalah penyelesaian sangat berdaya maju bagi pembeli rumah kali pertama untuk mula mengumpulkan aset mereka dan memiliki rumah sendiri.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Eksekutif Kumpulan Mah Sing Group Bhd, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata harga siling layak di bawah skim itu ialah RM500,000 dengan pendapatan isi rumah terhad pada RM10,000.
"Ini akan memberi manfaat secara langsung kepada Mah Sing kerana 70 peratus pembeli rumah kami adalah pembeli rumah kali pertama yang berusia di bawah 40 tahun," kata Tan dalam satu kenyataan.

Tambahan pula, katanya, 50 peratus pelancaran kediaman Mah Sing pada 2016 berharga di bawah RM500,000, menjadikan separuh daripada pembelinya yang berpotensi layak memohon skim tersebut.

"Ketika ini terdapat jurang penawaran rumah yang besar di Malaysia, namun kebanyakan pemaju mengurangkan pelancaran kerana pembeli sukar untuk menyediakan jumlah yang berbeza dan pada masa yang sama mereka juga sukar memperoleh pembiayaan akhir," katanya.

Tan berkata ini akan memburukkan lagi jurang penawaran-permintaan yang meningkat setiap tahun dan semua pihak berkepentingan, termasuk pemaju, bank-bank dan kerajaan, perlu bekerjasama untuk menambah baik situasi ini.

Semua Dijemput Hadir Ke Majlis Tahlil & Pelancaran Tabung Kebajikan Mantan Pemuda

Posted: 06 Apr 2016 08:30 PM PDT


MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT & PELANCARAN TABUNG KEBAJIKAN MANTAN PEMUDA

Tarikh : 7 April (Khamis)
Masa : 6.30 Petang
Tempat : Laman Tun Razak, Pejabat Umno Bahagian Bdr Tun Razak.

Waze / Map : 3.113795, 101.723568

Kehadiran Khas : YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein, Naib Presiden Umno Malaysia merangkap Menteri Pertahanan Malaysia.

* pakaian yang bersesuaian.

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Comments (0)