Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:50 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


[Video] RM59 Juta Untung Atas Angin Jual Tanah Taman Manggis Tanpa Pembangunan? #LGERasuah

Posted: 04 Apr 2016 10:44 PM PDT


Menteri Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan menyerahkan dokumen perjanjian jual beli kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya perkara tersebut bukan hanya soal RM2.8 juta tetapi melibatkan RM59 juta.

"Saya telah mengarahkan pejabat saya menyerahkan perjanjian jual beli yang telah didedahkan hari ini kepada SPRM dan PDRM berserta pelbagai dokumen yang telah kami bongkar.
"Kami berharap dokumen ini dapat membantu mereka untuk melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya pada sidang media di pejabatnya disini, sebentar tadi.

Menurut Abdul Rahman, dalam sidang parlimen pada 23 Mac 2016, beliau mendedahkan satu bukti berhubung tanah yang menimbulkan pelbagai kontroversi.

Katanya, sebelum ini, kawasan tanah tersebut telah ditetapkan untuk Fasa 2 projek perumahan mampu milik di Taman Manggis, Pulau Pinang ("tanah").

"Bukti yang dikemukakan pada tarikh itu menunjukkan wujud kemungkinan berlaku transaksi sub-penjualan tanah daripada KLIDC kepada pihak ketiga.

"Hari ini, bersama saya adalah dokumen perjanjian jual beli tanah berkenaan yang telah ditandatangani dan diperakui bertarikh 11 November 2015. Harga belian transaksi sub-jualan ini disebut sebanyak RM70,643,628.00," katanya.

Menurut Abdul Rahman, perjanjian susulan hasil jualan ini antara lain berkait antara satu sama lain dan adalah mengikut undang-undang terhadap satu perjanjian, yang menyebut penjualan Kuala Lumpur International Dental Center Sdn Bhd (KLIDC) dengan harga RM18,643,628; dan Penjualan Victoria International Medical Centre Bhd (VMC) dengan harga RM52,000,000.

Beliau berkata, Datuk Tang Yong Chew dan isterinya memiliki semua tiga syarikat – KLIDC, VMC dan vendor VMC, Tang Renewable Energy Engineering secara majoriti.

"Berdasarkan penyata akaun terkini yang diserahkan kepada SSM, KLIDC mempunyai modal berbayar sebanyak RM300,000, di samping memiliki nilai aset bersih negatif berjumlah RM1.2 juta.

"Sementara itu, VMC diwujudkan pada September 2010, dua bulan selepas tanah Taman Manggis dianugerahkan dan mempunyai modal berbayar berjumlah RM500,000 dan nilai aset bersih negatif sebanyak RM1.6 juta," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, perjanjian itu juga menyatakan pada Julai 2011, VDC telah, melaksanakan perjanjian usahasama dengan KLIDC untuk membangunkan tanah tersebut.

"Selepas dilakukan penelitian bersama ke atas dokumen perjanjian ini, kelihatan kedua-dua perjanjian ini menjejaskan penjualan projek Pusat Perubatan dan Hotel yang menjadi aset pegangan teras tanah Taman Manggis.

"Merujuk pasaran hartanah hari ini, harga permintaan untuk tanah komersial di Jalan Burmah iaitu lokasi tanah ini, boleh mencecah lebih RM1,000 kaki persegi,"katanya.

Menurutnya, selepas pendedahannya di Parlimen baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang menafikan bahawa tanah ini telah dijual kepada pihak ketiga. Bagaimanapun, apa yang tidak beliau nyarakan ialah tanah ini kini dimiliki oleh KLIDC dan penjualan saham KLIDC turut memberi kesan kepada penjualan tanah berkenaan.

"Merujuk kepada mana-mana piawaian projek kerajaan dan perjanjian penswastaan, penjualan atau tukar hak milik sebuah syarikat, yang telah dianugerahkan satu projek, perlu dimaklumkan dan kelulusan mesti diperolehi daripada Kerajaan Negeri sebelum jualan saham boleh berkuatkuasa.

"Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang memaklumkan penjualan projek ini pada November 2015 dan seterusnya memberikan kelulusan?

"Adakah terma piawaian ini telah dipadam dalam perjanjian diantara kerajaan negeri dan KLIDC?,"soalnya.

Tambahnya, tanah tersebut pada asalnya telah dijual kepada KLIDC pada 16 Jun 2010 apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang menganugerahkannya menerusi proses RFP yang kontroversial pada harga RM11,552,208.00 atau pada RM232 kaki persegi satu harga yang ramai percaya jauh lebih murah dari harga pasaran.

"Berdasarkan nilai muka, tanah ini sebelumnya telah diperuntukkan untuk perumahan awam bagi faedah golongan miskin tetapi telah dijual kepada sebuah syarikat swasta pada nilai yang rendah berbanding nilai sebenar, tanpa kerja fizikal yang jelas pada tanah berkenaan untuk jangka hampir enam tahun dari tarikh ia telah dianugerahkan.

"Projek ini kemudian dijual semula kepada pihak ketiga lima tahun kemudian pada harga RM70.6 juta jangkaan keuntungan sebanyak RM59 juta sementara projek teras masih belum dibangunkan,"katanya.

 

Sumber : Suara TV

DAPig Divert Isu Ke Jakel Pula #LGERasuah

Posted: 04 Apr 2016 09:30 PM PDT


Next time kalau kerajaan Persekutuan atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak atau UMNO nak buat sumbangan kebajikan, WAJIB melalui saringan atau audit DAPig.
Pasal sekarang, ini parti racist sudah jadi Jabatan Audit Negara. Semua benda dia nak check.

Oiiii itu rumah banglo Guan Eng, lu orang tak mahu buat report ka? Bacul betullah !

‪#‎LGERasuah‬

[Video] Pesawat #BatikAir Berlanggar Ketika Berlepas Di #Jakarta

Posted: 04 Apr 2016 07:42 PM PDT


Dua pesawat yang sedang cuba berlepas dari Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Jakarta, Indonesia berlanggar.

Bagaimanapun perlanggaran tersebut tidak menyebabkan sebarang kecederaan serius kepada penumpang mahupun krew kapal.
Kejadian berlaku ketika sayap sebuah pesawat Boeing 737-800 milik Batik Air yang sedang bergerak untuk berlepas tersangkut pada ekor pesawat kecil yang sedang ditunda keluar dari landasan.

Perlanggaran menyebabkan sayap pesawat Batik Air terbakar dan petugas bomba dan ambulans terpaksa dikerah ke tempat kejadian.

Keadaan itu memaksa penumpang keluar menggunakan gelongsor pelampung.

Lapangan terbang yang mengendalikan penerbangan domestik itu juga ditutup sementara.

Batik Air merupakan anak syarikat kepada daripada pengendali terbesar pesawat Asia, Lion Air Group.

Comments (0)