Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:36 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


DAP Tuduh Projek Kroni Punca Hospital Sri Aman Terbengkalai ‪#‎TeamAdenan‬ ‪#‎TheAdenanWay‬ ‪#‎PRNSarawak‬

Posted: 27 Apr 2016 05:00 AM PDT


Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Datuk Dr. Zulkifli Jantan memberitahu projek pembinaan Hospital Sri Aman tidak terbengkalai tetapi masih di dalam proses pemendapan tanah.

"Projek ini bukannya terbengkalai tetapi masih menunggu proses pemendapan tanah yang mana tapak dibiarkan bagi membolehkan tanah itu mendap sepenuhnya.
"Ia sudah menjadi standard projek pembinaan bagi memastikan bangunan yang dibina tidak terjejas oleh pemendapan tanah," katanya.

Kalau proses pemendapan tanah tidak dilakukan, dikhuatiri akan menjejaskan struktur bangunan yang akan menyebabkan dinding retak atau bangunan runtuh.


Kalau tak buat gitu, nanti ada pula pihak kata kerajaan guna kroni lah, tak pandai bina bangunan lah dan sebagainya seperti yang DAP tuduh terhadap kerajaan. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan korang menjadi ahli nujum atau 'pakar' struktur bangunan ataupun arkitek, maka kerajaan guna pakai cara yang terbaik untuk mengawal keadaan tanah sini.

Siapa yang percaya dakwaan DAPig ni, memang tak bertamadun lah. Asyik dok percaya jer apa yang DAP katakan. Untuk info, projek ini bernilai RM200 juta dan pembinaan dilakukan di atas tanah seluas 20.6 hektar.

Harap maklum.

Gabenor Bank Negara Baharu : Tandatangan Di Wang Kertas Malaysia Akan Bertukar

Posted: 27 Apr 2016 02:00 AM PDT


Timbalan Gabenor, Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim diumumkan sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkuatkuasa 1 Mei 2016.

Pengumuman mengenai perlantikan tersebut dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong. Beliau juga turut memberitahu bahawa lantikan tersebut untuk tempoh 5 tahun.

"Saya yakin di bawah kepimpinan YBhg. Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara, serta mentadbir dasar monetari dan mengawalselia industri kewangan negara, termasuk juga meneruskan usaha Bank Negara Malaysia membangunkan industri kewangan yang sewajarnya," katanya.

Untuk info, berkuatkuasa tarikh perlantikan tersebut, Datuk Muhammad Ibrahim merupakan Gabenor Bank Negara yang ke 8.

So desas desus yang mengatakan Datuk Dr Awang Adek Hussin ataupun Nazir Razak akan menjawat jawatan tersebut adalah terpesong jauh sama sekali. Biasalah, ramai orang suka buat spekulasi tetapi tidak ramai yang mahu memohon maaf kembali selepas telahan mereka tidak menjadi kenyataan namun telah menjadi buah mulut orang ramai yang menghentam kerajaan dan Perdana Menteri sewenang²nya.


* confirm ada macai yang meroyan kata Perdana Menteri sedang ketakutan, sebab tu beliau menukar Gabenor Bank Negara pula. Padahal Tan Sri Zeti ada memberitahu bahawa beliau memang berkehendakan bersara.

Tak caya, cuba baca sendiri pengakuan Tan Sri Zeti di sini.

Ketua Polis Negara Keluarkan Arahan Tangkap Pesalah Di Twitter @KBAB51

Posted: 27 Apr 2016 12:00 AM PDT


Lelaki ini sengaja mencetuskan rasa kurang senang umat Islam di sini apabila sengaja membuat provokasi kecaman terhadap orang² Muslim.

Membaca postingnya membuatkan kita sebagai umat Islam tercabar kerana kebiadapannya yang seolah² tidak memahami rukun hidup secara harmoni setelah puluhan tahun lamanya. Pokok pangkalnya adalah mengapa sengaja mencetuskan provokasi melampau?

Saya percaya tindakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar menggerakan pasukan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menangkap individu ini sebagai langkah awal mengelakkan sesuatu perkara tak diingini berlaku.

Syabas atas respon pantas KPN. Tetapi seperkara yang bakal berlaku kelak apabila tangkapan telah dibuat, kemungkinan besar pelbagai alasan yang akan diterima oleh pihak PDRM semasa soal siasat dilakukan.

Sebagai contoh kenyataan yang mungkin biasa kita dengar adalah..

"Saya tak bersalah.."

"Akaun Facebook saya telah digodam dan saya tak tahu menahu mengenainya.."

Saya percaya pihak PDRM ada cara terbaik menyiasat isu² sebegini. Namun paling utama, apa yang rakyat mahukan adalah tindakan perlulah adil dan pastikan siasatan ini menyeluruh berdasarkan posting² sebelum ini dan pergaulannya sesama orang² di sekeliling.

Kerana kita sebagai rakyat yang cintakan keharmonian, tidak mahu perkara ini terus berulang dan provokasi terhadap kaum tetap terus berlaku sehinggakan boleh mencetuskan perbalahan di antara agama. Walhal perkara ini sepatutnya tidak berlaku lagi di zaman serba moden.

Harapan kepada pihak PDRM, mohon siasat sebaik mungkin demi kebaikan semua pihak terutama rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian.

Sumber : REZQEEN HILL

Bosan Layan Politik? Meh Usha Cerita Doraemon #PRNSarawak

Posted: 26 Apr 2016 10:14 PM PDT

Comments (0)