Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:06 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Inilah Perdana Menteri Yang Paling Mudah Didekati ‪#‎TeamAdenan‬ ‪#‎PRNSarawak‬ ‪#‎SarawakUndiBN‬

Posted: 21 Apr 2016 09:30 PM PDT


Berat nak akui kan. Tapi inilah realitinya, Dato' Sri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri paling dekat di hati rakyat.
Pelbagai tohmahan dan kecaman dilemparkan terhadapnya tapi usaha meningkatkan taraf hidup rakyat tetap diteruskan.

‪#‎TeamAdenan‬
‪#‎PRNSarawak‬
‪#‎SarawakUndiBN‬

Asap Kebakaran Hutan Tanah Gambut Punca Lembah Klang Kembali Berjerebu

Posted: 21 Apr 2016 08:18 PM PDT


Jerebu yang melanda Lembah Klang sejak semalam berpunca daripada asap kebakaran di beberapa kawasan di Semenanjung termasuk kebakaran hutan tanah gambut di Kuala Langat dan Sepang, Selangor.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata keadaan itu diburukkan lagi dengan cuaca panas dan kering sekali gus menyebabkan pencemar udara terapung di udara.

Ketika ini tiada pengaruh jerebu merentas sempadan kerana negara masih berada dalam musim peralihan monsun yang dijangkakan sehingga pertengahan Mei ini.

Kes-kes kebakaran sedang giat dipadamkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan ia adalah terkawal.

Datuk Seri Dr. Wan Junaidi berkata keadaan cuaca panas terik dan peningkatan pencemar oksid-oksid nitrogendan Sebatian Organik Meruap menyumbang kepada peningkatan IPU itu.

Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi sehingga semalam, daerah Klang dan Kuala Selangor tidak mengalami hujan selama lapan hari berturut-turut.

Comments (0)