Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:32 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Pemimpin DAPig Terdesak Memfitnah Kerajaan Negeri Sarawak #‎TeamAdenan‬ ‪#‎PRNSarawak‬ ‪#‎SarawakUndiBN‬

Posted: 20 Apr 2016 09:10 PM PDT


Tindakan kurang matang oleh pemimpin-pemimpin DAP hari ini dilihat seolah² sudah sampai ke tahap menyebarkan persepsi dan fitnah dengan menggunakan sumber tidak sahih.

Tanpa perlu memikirkan fakta sahih ataupun tidak, apa yang penting persepsi tetap disebarkan dengan harapan rakyat tertipu dan menyalahkan kerajaan sedia ada kerana 'gagal' membantu penduduk luar bandar.


Inilah yang terjadi kepada Nga Kor Ming, ADUN DAP dari Perak yang terdesak menghalakan keburukan dan kesalahan terhadap Barisan Nasional (BN) Sarawak. Kononnya di bawah pentadbiran kerajaan negeri ini, rakyat Sarawak khususnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

Realitinya gambar ini di Indonesia dan dirembat daripada Google. Kemudiannya digunapakai dan didakwa anak² dari kawasan pendalaman Sarawak. Hebat fitnah pemimpin DAP hari ini.

Wajib tolak DAP !

1. Dana RM 1.2 bilion daripada Yahudi untuk PRU 13, DAPig tak jawab lagi.
2. Untung Setiausaha Agung DAP beli rumah di bawah harga pasaran tak selesai lagi.
3. Isu tanah perumahan mampu milik di Taman Manggis tidak selesai bertahun² malahan dijual beli dengan harga yang tidak munasabah.
4. Sebar fitnah dari sumber tidak sahih dah jadi darah daging DAPig.


15 Individu Disasat Di Bawah OSA Mulai 2010 - 2015 (Tak Termasuk Rafizi)

Posted: 20 Apr 2016 06:43 PM PDT


Sebanyak 15 individu telah disiasat kerana membocorkan rahsia rasmi kerajaan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 sejak 2010 hingga tahun lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, empat individu telah dituduh di mahkamah.

"Dua individu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Perak dan kes masih dalam perbicaraan manakala dua lagi individu dituduh di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan namun dilepas dan dibebas pada 16 April tahun lalu.

"Rayuan telah difailkan oleh pihak pendakwa atas keputusan tersebut dan perbicaraan rayuan ditetapkan di Mahkamah Tinggi Seremban pada 25 Mac dan 7 April tahun ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat yang ingin tahu jumlah individu yang disiasat dan didakwa kerana membocorkan rahsia rasmi kerajaan sejak OSA 1972 diluluskan di Parlimen.

Azalina berkata walaupun pada masa ini dilihat banyak insiden pembocoran rahsia kerajaan, namun teknologi maklumat menjadi satu cabaran besar susulan akta yang diguna pakai pada masa sekarang tidak merangkumi kebocoran maklumat melalui teknologi maklumat.

Katanya Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) mempunyai cabaran berat dalam mengumpul maklumat jika maklumat atau rahsia kerajaan dibocorkan melalui aplikasi teknologi.

"Jika ada kes ambil gambar maklumat melalui aplikasi WhatsApp dan menyebarkannya, individu itu boleh katakan telefonnya dipakai oleh orang lain, begitu juga jika maklumat dipadam, kita perlu minta bantuan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk dapatkan semula maklumat itu, ini cabaran-cabaran yang perlu kita depani," katanya.

Justeru, katanya perlu ada pindaan dan perubahan dalam akta sedia ada supaya perlindungan maklumat dan rahsia kerajaan diletakkan di tempat lebih tinggi.

Comments (0)