Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:19 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


[Video] Daripada Tukang Jahit Kini Bergelar Kapten Bas #RapidPenang

Posted: 18 Apr 2016 02:30 AM PDT


Kerjaya sebagai pemandu wanita amat mencabar, Ianya memerlukan kecekapan seperti kaum lelaki.

Rohana seorang ibu tunggal empat anak ini cekal dan berani menyahut cabaran.

Ikuti kupasan video yang telah disediakan.




Kawan Saya Terucap 'Babi' Bila Tengok Gambar Ini #LGERasuah

Posted: 18 Apr 2016 12:10 AM PDT


Melihatkan gambar di atas saja telah membuatkan seorang kawan saya terucap 'babi' secara spontan apabila Ketua Menteri Pulau Pinang menerima cenderahati daripada SPRM.

Tanpa ingin mengetahui apakah program yang dianjurkan ini, ungkapan tersebut kemungkinan ditujukan kepada reaksi mereka yang berada di dalam gambar ini. Mana kan tidak, kenapa pula SPRM masih lagi berlengah² mahu mengambil tindakan terhadap Setiausaha Agung DAPig tersebut.

Tiba² pula duduk di program yang sama.

Ditambah lagi, ketika isu sedang hangat diperdebatkan sepatutnya mereka tidak bertemu atau mengadakan apa² majlis bersama. Atau dalam maksud yang lebih mudah difahami, sepatutnya SPRM tidak harus berada bersama dan di lokasi yang boleh membuatkan rakyat khususnya mempersoalkan kredibiliti dan integriti mereka kelak.

Persepsi utama orang ramai terhadap gambar di atas adalah, Guan Eng telah 'membeli' SPRM dan kemungkinan besar siasatan SPRM kelak akan terganggu.

KL International Hotel Raikan Kelab Peminat Darling #IdolaKecil

Posted: 17 Apr 2016 09:30 PM PDT


Jika masih ingat rancangan Idola Kecil, pada tahun 2012 adik Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling yang kini telah berusia 16 tahun, beliau telah diraikan oleh pihak KL International (KLI) hotel untuk meluangkan masa bersama peminatnya.

Di dalam satu majlis yang sangat meriah ini bukan saja satu peluang untuk Darling bertemu peminatnya, beliau juga telah mengambil kesempatan menghiburkan mereka dengan lagu popularnya berjudul 'Takkan Ada' dari single pertamanya.

Menurut Eksekutif Jualan dan Pemasaran KLI, Siti Aishah Yahaya, pihak hotel telah diberi peluang sebagai penganjur untuk memberi sokongan kepada bakat bintang baru ini di mana seharusnya diteruskan minat dan membina kerjayanya di dalam bidang seni.

Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz. Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab.

Pelbagai acara telah dianjurkan KLI untuk Darling dan di antaranya termasuk cabutan bertuah dan sesi beramah mesra. Rata-rata yang telah hadir ibarat sebagai sebuah keluarga walaupun tiada pertalian keluarga dan di atas sikap mereka yang mesra dan sangat 'sporting', setiap acara yang disediakan pihak KLI hotel pasti akan disertai mereka dan suasana riang pasti dirasakan.


Perjumpaan dengan peminat seumpama ini akan dilanjutkan ke negeri kelahiran Darling di Kedah di dalam masa terdekat nanti.

Darling berasa sungguh berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis oleh KLI hotel dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana sudi dan bermurah hati menaja majlis perjumpaan dengan peminatnya. - SuaraTV

Comments (0)