Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:12 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Bila Agak² SPRM Nak Mulakan Siasatan Terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang? #LGERasuah

Posted: 11 Apr 2016 11:33 PM PDT


Parti Cinta Malaysia (PCM) mempersoal 'layanan' berbeza yang diberikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berbanding ketika suruhanjaya itu menangani isu melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, dalam kes penjualan tanah di Taman Mang­gis dan pembelian banglo oleh Guan Eng, gerak kerja SPRM dilihat begitu perlahan tetapi ketika isu dana RM2.6 bilion dilaporkan media antarabangsa, tindakan pantas dengan segera diambil oleh suruhanjaya itu.
Katanya, selepas akhbar The Wall Street Journal melaporkan mengenai RM2.6 bilion pada 3 Julai, pasukan petugas khas segera dibentuk dan serbuan ke atas SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana dibuat pada hari yang sama, sebelum langkah membekukan enam akaun bank dikuatkuasakan pada 6 Julai.

Bagaimanapun jelasnya, dalam isu Guan Eng, walaupun pendedahan dibuat di Dewan Rakyat pada 17 Mac 2016, SPRM hanya mengeluarkan kenyataan akan membuka kertas siasatan pada 19 Mac dan sehingga kini tidak diketahui sama ada segala dokumen berkaitan penjualan tanah di Taman Manggis serta pembelian banglo itu sudah dirampas atau belum.

Huan Cheng Guan

"Kalau dalam kes RM2.6 bi­lion melibatkan Perdana Menteri, SPRM cuma mengambil masa tiga hari sahaja untuk menyerbu SRC International, Ihsan Perdana dan Gandingan Menteri sebelum enam akaun bank berkaitan dibekukan, mengapa dalam kes melibatkan Guan Eng ini kemajuan siasatan SPRM dilihat begitu perlahan?

"Jadi kita hendak tahu mengapa? Apakah Guan Eng sudah dipanggil? Jika belum kenapa SPRM berle­ngah. Kalau dalam kes RM2.6 bilion, enam akaun bank dibekukan, bagaimana dengan kes Guan Eng? Mengapa sehingga kini tiada suspek ditahan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng terpalit dengan kontroversi selepas beliau didedahkan membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Jelutong, Pulau Pinang pada harga hanya RM2.8 juta sedangkan nilai pasaran semasa hartanah di kawasan tersebut boleh mencecah sehingga RM5 juta.

Lebih menimbulkan kontroversi apabila pemilik banglo itu, Phang Li Khoon, turut dikaitkan dengan individu dalam sebuah syarikat yang berjaya membeli ta­n­ah di Taman Manggis, yang sebelum ini diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) tetapi kini dirancang pemaju untuk dibina hospital swasta dan hotel.

Dalam perkembangan berkaitan, Cheng Guan mempersoal mengapa Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah SPRM tidak menegur Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berterusan mempertikaikan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tetapi pantas menolak apabila debat terbuka mahu dibuat dalam isu melibatkan Guan Eng.

"Jika jawatankuasa ini pun tidak mampu bertindak sehingga dilihat bebas, saya fikir lebih baik jawatankuasa ini dibubarkan sahaja," katanya.

Comments (0)