Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:04 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sokong syor PAC mansuh Lembaga Penasihat 1MDB yang pelik

Posted: 09 Apr 2016 05:48 PM PDT


SHAH ALAM – Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menyokong cadangan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) agar Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan.
Ketua Eksekutifnya, Wan Saiful Wan Jan berkata, ia wajar dihapuskan kerana badan itu merupakan satu masalah pentadbiran yang kelam kabut.
"Kalau kita baca dalam bahagian ulasan, laporan itu menyentuh soal Lembaga Penasihat kalau tak silap saya hanya satu perenggan...satu bahagian itu sahaja disebut mengenai penglibatan Lembaga Penasihat.
"PAC tidak ulas langsung mengenai Lembaga Penasihat tetapi dalam cadangannya, salah satu daripada lima cadangannya ialah Lembaga Penasihat perlu dihapuskan.
"Jadi, ini sekali lagi menimbulkan persoalan. Ada jurang yang besar daripada tak bincang langsung tiba-tiba kata kena hapuskan. Kenapa begitu cadangannya?
"Apabila orang paling berkuasa dalam negara dilantik sebagai Lembaga Penasihat ia akan 'duplicate' peranan Lembaga Pengarah. Ini satu cadangan yang amat baik dan perlu dilaksanakan dengan segera, ini juga menunjukkan PAC ada bincang mengenai peranan Lembaga Penasihat cuma mungkin PAC tidak tulis dalam laporan itu sahaja," katanya kepada Sinar Online.
PAC dalam laporan itu mengesyorkan supaya Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan berserta Artikel 117 dalam Memorandum dan artikel syarikat itu.
Hari ini, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa juga tidak menolak cadangan PAC itu kerana menurutnya, langkah tersebut boleh memastikan bosnya itu tidak dikaitkan lagi dengan sebarang masalah urus tadbir dan operasi urus niaga harian syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, ada kemungkinan wujud konsep 'shadow director' dalam 1MDB yang biasa dalam pentadbiran korporat namun tidak disiasat PAC.
"Konsep 'shadow director' ini maksudnya, beliau mungkin bukan lembaga pengarah yang dinamakan dalam Lembaga Pengarah sebenar tetapi beliau lah sebenarnya yang paling berkuasa...yang menjalankan peranan sebagai lembaga pengarah yang sebenar.
Read More / Baca Lagi >>

Find out how TIA became 1MDB

Posted: 09 Apr 2016 05:24 PM PDT

Mohd Ariff SabrI calls for answers from Ahmad Said, 1MDB's ex-boss Shahrol Azral and AmInvestment Bank
Ariff-Sabri_ahmad-said_shahrol-azral_am_1mdb_600
PETALING JAYA: Raub MP Mohd Ariff Sabri Aziz has called for the former menteri besar of Terengganu to reveal the details of how the state sovereign wealth fund Terengganu Investment Authority became 1Malaysia Development Bhd.
He said the Public Accounts Committee report on 1MDB tabled in Parliament this week had been silent about TIA's formation, which led to its takeover by the federal government and renamed 1MDB.
"The MB of Terengganu then must now reveal to all what were the terms set out by Menteri Besar Incorporated of Terengganu," said Mohd Ariff in a blog posting today.
Mohd Ariff did not name the menteri besar.
TIA was set up in 2008, when Ahmad Said was menteri besar. Ahmad Said was replaced in May 2014 after an internal power struggle in Umno.
Last month, he said that he was "withholding" secrets that could embarrass the people and Prime Minister Najib Razak. He unsuccessfully tabled a vote of no-confidence against his successor as menteri besar, Ahmad Razif And Rahman."
Mohd Ariff made no reference to Ahmad Said but he said former 1MDB chief executive Shahrol Azral had been set up "as a culprit for rushing ahead" and ignoring the terms set out by Terengganu's Menteri Besar Incorporated.
He said Shahrol Azral and AmInvestment Bank should be questioned about "whether some private deals were made". Mohd Ariff said AmInvestment was paid RM11.5 million in arranger fees in the deal.
Mohd Ariff said: "We will never know what made the Terengganu government give up TIA and cede the sovereign wealth fund to 1MDB."
Terengganu Investment Authority was set up to invest the federal oil royalties paid to the Terengganu state government.
Read More / Baca Lagi >>

Bauksit: MP Kuantan diugut ekoran moratorium dilanjutkan

Posted: 09 Apr 2016 05:22 PM PDT


Fuziah sertai jalan kaki dari Kuantan ke Parlimen.Fuziah sertai jalan kaki dari Kuantan ke Parlimen.
Perlanjutan tempoh moratorium (pergantungan) perlombongan bauksit di Kuantan selama tiga bulan lagi selepas tempoh pertama gagal mencapai sasarannya disambut gembira oleh pejuang perlombongan bausit yang tidak merosakkan ini, namun ia terpaksa dibayar dengan harga yang mahal.
Ini kerana, para pejuang ini dianggap sebagai punca yang menyebabkan perlombongan bausit ini tidak boleh diteruskan oleh pelombong dan pihak yang berkepentingan dengannya.
Ekoran itu, pelbagai ugutan disasarkan kepada mereka oleh pihak yang tidak berpuashati ini.
Red2Green logoRed2Green logoDan sasaran mereka yang utama adalah ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang mengetuai kempen jalan kaki Red2Green. Beliau didakwa orang yang menghalang perlombongan ini sehingga morotorium terpaksa disambung oleh kerajaan.
"Kami telah dianggap sebagai punca morotorium ini disambung. Terima kasih kerana mengiktiraf kerja kami," kata Fuziah kepada Malaysia Dateline ketika mengulas isu ini.
Fuziah mengaku beliau tidak menerima ugutan secara langsung tetapi beliau mendapat maklumat ada pihak-pihak tertentu yang mensasarkan beliau dalam isu ini.
Beliau tidak hadapi masalah dengan syarikat-syarikat besar kerana mereka berjumpa secara langsung dengannya dan cuba meyakinkan beliau perlombongan yang mereka lakukan tidak akan merosakkan alam sekitar tetapi orang kampung yang menjadi pemilik tanah yang ditipu oleh orang tengah mensasarkan beliau dan rakan-rakannya.
"Persatuan pelombong yang disertai oleh syarikat-syarikat yang besar berjumpa dengan kami dan cuba meyakinkan saya mereka akan mematuhi peraturan manakala orang kampung yang tertipu pula dia api-apikan oleh penipu mereka bahawa sayalah punca tanah lombong mereka tidak boleh diusahakan," kata Fuziah mencerita keadaan ugutan itu.
Menurut Fuziah, pemilik tanah yang tertipu oleh orang tengah ini diapi-apikan oleh penipu mereka dengan mendakwa beliaulah punca dan penghalang perlombongan ini.
Menurut Fuziah, beliau tidak memandang ringan ugutan ini kerana sepanjang perlombongan bauksit ini, sekurang-kurang seorang telah ditembak mati manakala seorang lagi telah pecah kepala kerana ditetak ekoran pergaduhan dan perebutan kawasan antara pelombong dan pekerja mereka.
Fuziah bersama kira-kira 50 peserta dengan disokong oleh 25 NGO menganjurkan jalan kaki dari Kuantan ke Parlimen Malaysia 12 hingga 28 Mac lepas bagi menyerahkan memorandum 'Selamatkan Kuantan'.
Read More / Baca Lagi >>

LEMBAGA PALING PELIK DALAM DUNIA

Posted: 09 Apr 2016 05:20 PM PDT

Jika tidak pernah bertemu, bagaimana lembaga itu membuat keputusannya?

Untuk apa pula ia ditubuhkan atau apakah selama ini Lembaga Penasihat 1MDB hanya "patung" semata-mata?

Dalam beberapa perkara penting berkaitan pelaburan dan komitmen kewangan misalnya, siapa yang sebenarnya membuat keputusan penting berkaitan 1MDB?

Bukankah Artikel 117 M & A 1MDB memerlukan kebenaran bertulis daripada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat syarikat pelaburan itu?

Apakah ini bererti hanya seorang individu saja yang membuat keputusan bagi pihak lembaga itu?

Atau agaknya mereka main SMS atau Whatsapp saja untuk mencapai persetujuan?

Pelik? Pelik?
Yang ini juga tidak kurang juga peliknya. Kementerian Kewangan rupa-rupanya hanya mengetahui tentang operasi dan hal ehwal korporat 1MDB semata-mata melalui akhbar saja.

Kesian...pelaburan bilion-bilion, hutang juga bilion, tapi Kementerian Kewangan tidak tahu apa-apa sedangkan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB adalah orang yang sama.

Adakah 1MDB ini hanya Menteri Kewangan seorang saja yang berhak tahu mengenainya, bukan pihak-pihak lain dalam kementerian tersebut, meskipun syarikat pelaburan itu adalah anak syarikatnya?

Dah jadi dua kali peliklah pulak!!

Dlm Umno semua boleh...

Posted: 09 Apr 2016 05:15 PM PDT


NAMPAK TAK !!!

Posted: 09 Apr 2016 05:13 PM PDT

KENAPA ada muka pemimpin Umno/BN Shafie Apdal di baju suspek pengganas tersebut ??

KENAPA hingga kini Zahid komedi terus membisu nama 3 pemimpin pembangkang jadi dalang isu Lahad Datu tempohari ??!!

PEGAWAI POLIS WAJAR DIBERI KEBEBASAN MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENDALIKAN TAHANAN TANPA CAMPUR TANGAN PIHAK ATASAN ATAU PIHAK LAIN

Posted: 09 Apr 2016 06:06 AM PDT

Ini kenyataan YB Rafizi Ramli bg menjelaskan bagaimana beliau diarahkan meletakkan tangan di belakang. Rafizi menghormati bahawa pegawai-pegawai polis yang dibawah perlu menjalankan tugas mereka dan beliau ajak kita semua juga memberi ruang mereka menjalankan tugas mereka. Kritikan beliau terhadap Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

9 APRIL 2016

Saya merujuk kepada kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara yang dilaporkan oleh Malaysiakini ( http://www.malaysiakini.com/news/337038 ) serta pelbagai komen dan tuduhan yang dibuat kononnya saya "berlakon" digari untuk cuba meraih simpati dari rakyat.

Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) yang ditugaskan menyiasat kes saya bahawa saya dikehendaki meletakkan tangan di belakang dan akan dipegang oleh pegawai-pegawai polis yang mengiringi saya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada hari Rabu, 6 April 2016.

Perbincangan ini berlaku sekitar jam 1130 pagi di Bilik Persidangan JSJK di Menara 238, Jalan Tun Razak dengan kehadiran peguam saya Saudara Mohd Faizal Abdul Rahman.

Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam oleh pihak Umno dan pegawai tertinggi polis kerana ia pernah berlaku sebelum ini sekiranya dilihat ada kelonggaran diberikan kepada saya. Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.

Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya.

Saya ingin melahirkan rasa kecewa apabila soal sama ada saya digari atau tidak telah dipolitikkan sewenang-wenangnya sedangkan isu yang lebih besar iaitu penyelewengan 1MDB, salahguna Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk melindungi penyelewengan dan kelewatan pembayaran caruman LTAT pesara tentera cuba ditenggelamkan oleh isu ini. Malah ada yang memfitnah saya kononnya saya berlakon digari untuk meraih simpati rakyat.

Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya selagi pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak berterusan menekan rakyat.

Saya juga ingin menyeru semua pihak (baik Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, baik rakyat atau pegawai tertinggi PDRM) supaya berhenti mempolitikkan layanan terhadap seorang ahli politik apabila beliau ditahan oleh PDRM atau mana-mana pihak berkuasa.

Pandangan peribadi saya ialah seorang ahli politik perlu diberi layanan yang sama seperti rakyat biasa yang lain – tidak lebih dan tidak kurang. Malah, pegawai-pegawai polis yang diberi tanggungjawab mempunyai budi bicara untuk menentukan sama ada seorang ahli politik itu digari atau tidak, selagi budi bicara itu tidak melanggar peraturan dan undang-undang.

Saya simpati dengan pegawai-pegawai polis yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya selama ini kerana mereka menjadi serba salah apabila setiap tindakan mereka akan mengundang kritikan ("damn if they do, damn if they don't"). Jika mereka menggari saya, penyokong pembangkang akan memarahi mereka. Jika mereka tidak menggari saya, besar kemungkinan mereka terpaksa menjawab kepada pimpinan tertinggi polis menjelaskan kenapa mereka tidak menggari.

Akhirnya mereka cuba mencari jalan terbaik dengan mengarahkan saya meletakkan tangan di belakang sambil dipegang oleh mereka yang pada pandangan mereka merupakan budi bicara mereka yang adil kepada semua.

Read More / Baca Lagi >>

KENAPA 'last minute' nak batal ?? MELAYU UMNO BN takut ka ??

Posted: 09 Apr 2016 06:04 AM PDT

Beginilah pe'el puok UMNgOK P.Pinang yg kerap menabur fitnah terhadap kerajaan DAP-P.Pinang utk menakut2kan penduduk melayu di P.Pinang yg akhirnya memakan diri sendiri..

Jika benar selama ini Najib difitnah berhubung 1MDB, BILA NAK SAMAN WSJ & ABC !!!

Posted: 09 Apr 2016 06:02 AM PDT

Masih tak puas2 lagi kah pahlawan Acheh-Umno nak tukang jilat pahlawan bugis.. ??

Jgn hanya berani menyalak saja dlm negara tp hilang ketelorannya di peringkat a'bangsa..

DLP di Titiwangsa: Lebih baik berdemo di Taman Melewar

Posted: 09 Apr 2016 05:14 AM PDT

Demonstrasi anti perlaksanaan program dwi bahasa (DLP) yang dianjurkan Pas di Taman Tasik Titiwangsa tidak membawa apa-apa impak apabila dilakukan di tengah-tengah taman rekreasi itu bermula pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang tadi.
DLP di Titiwangsa: Lebih baik berdemo di Taman MelewarDemo yang dua minggu sebelumnya dianjurkan di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur di hadapan stesen LRT Masjid Jamek tidak kesampaian untuk dianjurkan di Dataran Merdeka apabila pihak berkuasa menutup kawasan berhampiran dengan alasan penganjuran acara rasmi.
Oleh kerana dianjurkan oleh Pas yang sering berkompromi dengan kerajaan kebelakangan ini maka demo dialihkan di Taman Tasik Titiwangsa yang tidak mungkin disaksikan oleh sesiapa kecuali warga kota yang bersiar-siar bersama keluarga.
Demo itu membariskan beberapa orang profesor seperti Prof Shahril Mohd Zain, Prof Dr Wan Ramli Wan Daud, Prof Zainal Abidin Borhan dan beberapa tokoh bahasa lain serta sasterawan negara A Samad Said.
Pas pula membariskan bekas ketua pemuda Nasrudin Tantawi, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Idris Ahmad dan lain-lain.
Kemunculan Presiden Perkasa Ibrahim Ali melencongkan mood demo dengan membangkitkan penyatuan Melayu Perkasa – Pas dan menegaskan Pas dan DAP telah bercerai talak tiga.
Read More / Baca Lagi >>

Syed Saddiq ajak KJ ‘Selamatkan Malaysia’

Posted: 09 Apr 2016 05:08 AM PDT

Sudah tiba masanya Khairy bangkit dan bercakap bagi pihak anak muda dan bersama-sama menyingkirkan Najib Razak.
Syed-Saddiq_khairy-jamaluddin_Khairul-Azwan_600
KUALA LUMPUR: Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengajak Khairy Jamaluddin bersama-sama anak muda dalam gerakan menyelamatkan Malaysia.
Beliau juga mempelawa Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun untuk menyertai gerakan itu bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kepada pemimpin UMNO, Khairy dan Azwan Bro yang saja sanjungi. Saya sangat hormatkan anda. Ini adalah gerakan rakyat.
"Tapi, tolonglah bersama kami dalam gerakan ini. Inilah tempat dan masanya untuk kamu berdiri dan bercakap," katanya ketika pelancaran Deklarasi Anak Muda di Kelab Sultan Sulaiman di sini, hari ini.
Syed Saddiq berkata, dia menggangap Khairy seorang pemimpin muda yang mampu menyelamatkan UMNO.
"Saya masih yakin dan percaya kepada kamu tetapi semakin hari semakin terhakis," katanya sambal menambah, golongan muda ditipu tetapi tidak muda dipengaruhi oleh pemimpin.
Katanya, Deklarasi Anak Muda itu bukan bertujuan memusuhi sesiapa tetapi sekadar memastikan usaha menyelamatkan Malaysia berjaya.
Syed Saddiq turut mengumumkan 'Pergerakan Riben' dengan menyeru golongan muda seluruh negara mengikat riben berdasarkan warna Jalur Gemilang sebagai menyokong gerakan Selamatkan Malaysia.

Skandal 1MDB: Kit Siang gesa sidang tergempar Parlimen bahas laporan PAC

Posted: 09 Apr 2016 05:04 AM PDT


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa Dewan Rakyat membahaskan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB yang menurutnya merupakan satu skandal yang menjejaskan reputasi Malaysia di luar negara.
 Atas sebab ini, beliau menggesa diadakan sidang tergempar empat hari Parlimen membahas laporan PAC tentang 1MDB pada akhir bulan April atau awal Mei,sebelum sidang akan datang yang dijadualkan pada 16 Mei.
Beliau menegaskan demikian dalam satu ceramah di Bagan, Pulau Pinang hari ini.
Ahli politik veteran itu berkata parlimen yang progresif di negara-negara lain, akan mengadakan pembahasan penuh dan panjang lebar mengenai laporan PAC yang ditunggu-tunggu, mengenai skandal 1MDB.
Terutamanya kerana ia telah menjadi satu skandal global yang telah menjadikan negara ini dikenalli sebagai antara 10 negara yang paling banyak berlaku rasuah di dunia ini.
Tetapi Parlimen Malaysia, katanya, baru ditangguhkan pada hari Khamis tanpa sebarang perbahasan laporan PAC sekalipun.
Lim juga mengadu bahawa ahli Parlimen tidak dibenarkan untuk mengambil laporan PAC mengenai 1MDB, walaupun ia diletakkan di atas meja mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Hampir 1,000 orang hadiri perhimpunan bantah DLP

Posted: 09 Apr 2016 05:03 AM PDT


Hampir 1,000 orang hari ini menyertai himpunan membantah pelaksanaan Dual Language Programme (DLP) di padang Tasik Titiwangsa.
Himpunan yang bermula pada jam 2 petang itu dianjurkan oleh Kongres Rakyat di bawah PAS dan Gerakan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
 Himpunan ini sepatutnya diadakan di Dataran Merdeka tetapi diubah dua hari lalu.
Bagaimanapun dimaklumkan terdapat majlis diadakan di Dataran Merdeka pada hari dan masa yang sama.
Menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pihaknya bukan menolak bahasa Inggeris sebaliknya menolak DLP kerana Bahasa Melayu dijamin di dalam perlembagaan.
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika menyampaikan ucapan menyifatkan Umno gagal dalam semua aspek khususnya memastikan hak orang Melayu terus terjamin.
Justeru beliau melihat PAS mampu untuk menggalas tanggungjawab yang selama ini dijalankan oleh pihak kerajaan, bahkan jalan parti Islam itu akan semakin mudah selepas tidak lagi bekerjasama dengan DAP.
Ibrahim mendakwa bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan yang gagal, sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum bumiputera khususnya Melayu Muslim.
"Gagal mendukung negara yang Merdeka. Banyak isu yang kita hadapi, kita berhimpun banyak kali pun tidak akan mengubah sikap mereka di atas
"Bila PAS cerai dengan DAP tidak ada lagi Cina buta, masa depan Melayu bukan hanya boleh digalas Umno tapi boleh juga digalas PAS, ini (DLP) bukan agenda politik," katanya.
Beliau dalam pada itu mengajak NGO Melayu memberi amaran kepada kerajaan BN untuk tidak melaksanakan program DLP termasuk beberapa isu berkaitan dengan mahasiswa Bumiputera.
Read More / Baca Lagi >>

PERDANA MENTERI DIMINTA PECAT MENTERI KEWANGAN PALING BIJAK

Posted: 09 Apr 2016 03:58 AM PDT


Lepas jelajah seluruh Sarawak, Adenan dakwa mampu menang 60 hingga 70 kerusi

Posted: 09 Apr 2016 03:55 AM PDT


Adenan jangka menang di 60 hingga 70 kerusiAdenan jangka menang di 60 hingga 70 kerusi
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yakin Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memenangi sekurang-kurangnya 60 hingga 70 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang.
Pengerusi BN negeri itu berkata dengan barisan sedia ada dalam 'Pasukan Adenan', kerajaan negeri yang ada sekarang akan terus berkuasa pada penggal akan datang.
"Selepas menjelajah Sarawak (melalui Program Sejiwa Senada), ada harapan untuk BN. Mungkin bukan kesemua 82 kerusi, tetapi sekurang-kurangnya kita mungkin boleh menang 60 hingga 70 kerusi.
"Asalkan kita bersatu," katanya di hadapan orang ramai yang membanjiri majlis pelancaran 'Program Sejiwa Senada' anjuran kerajaan negeri dan agensinya di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu; Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim; dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Ghani.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, manakala selebihnya dimenangi DAP (12), PKR (tiga) dan Bebas (satu).
Pada pilihan raya negeri ke-11 akan datang, 11 kerusi baharu turut menjadi rebutan berikutan persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun lepas, dan menjadikan jumlah kerusi yang dipertandingkan sebanyak 82.
Sebelum ini, Adenan mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan pada 11 April.
Pada majlis hari ini, Adenan mengumumkan Naib Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP), yang juga Ketua Pemuda parti itu, Dr Johnical Rayong Ngipa sebagai calon langsung BN bagi kerusi Engkilili.
Beliau juga mengesahkan penyandang kerusi Lingga (Simoi Peri), Balai Ringin (Snowdan Lawan), Bukit Begunan (Datuk Mong Dagang), Simanggang (Datuk Francis Harden Hollis) dan Batang Ai (Malcom Mussen Lamoh) akan dikekalkan sebagai calon BN.
"Saya harap anda semua akan mengekalkan mereka sebagai sebahagian daripada pasukan saya iaitu Pasukan Adenan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Semua 13 calon Amanah anak Sarawak, kata Salahuddin

Posted: 09 Apr 2016 03:52 AM PDT


Amanah turun PRN Sarawak sebagai komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAPAmanah turun PRN Sarawak sebagai komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP
Kesemua 13 calon parti Amanah Negara (Amanah) yang akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak merupakan anak kelahiran negeri itu.
Timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, selain calon Bumiputera, Amanah turut menampilkan calon Iban dan juga Cina.

Pengisytaharan calon akan dibuat pada minggu hadapan.

"Semua calon telah dikenal pasti, tunggu nak umum sahaja. Semua 13 calon yang Amanah pilih adalah orang tempatan, anak kelahiran Sarawak.

"Calon-calon akan diumumkan minggu depan," kata beliau kepada Malaysia Dateline.

Minggu lalu, Amanah memutuskan untuk meletakkan 13 calon selepas berbincang dengan Pakatan Harapan.

"Memang sudah diputuskan dalam mesyuarat Amanah dan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan jadi tidak timbul soal Amanah akan bertembung denagn DAP atau PKR," katanya.

Menurut beliau juga, keputusan meletakkan 13 calon di Sarawak dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor penting dan mengambil semangat Amanah sebagai parti baharu.

"13 daripada 82 kerusi id Sarawak bagi Amanah adalah suatu jumlah yang sangat munasabah sebagai permulaaan untuk Amanah membuat suatu permulaan dalam konteks pilihan raya Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

PRN Sarawak ujian keharmonian buat pembangkang

Posted: 09 Apr 2016 03:50 AM PDT

gugugaga
SHAH ALAM – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal menjelang adalah merupakan ujian keharmonian kerjasama buat pembangkang.

Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, PKR sebagai orang tengah dijangka akan menyatakan pendirian sekiranya berlaku pertembungan antara Parti Amanah Negara (Amanah) dengan Pas.

"Saya melihat isu yang dibawa Amanah perlu bersifat lokal berbanding nasional.

"Jika berlaku pertembungan Amanah dan Pas pada PRN akan datang, ia sekaligus menuntut pendirian PKR..sebab dua-dua parti ni adalah sekutu PKR," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sehubungan itu, katanya, PKR perlu mencari jalan bagi mendapatkan penyelarasan isu antara Pas dan Amanah dan ia perlu dilakukan sebelum PRN menjelang.

"Saya berpandangan yang isunya dalam PRN ini adalah kesepakatan pembangkang satu ujian keharmonian kerjasama antara mereka.

"PKR perlu memikirkan jalan untuk mendapatkan penyelarasan isu..Sebab Pas dan Amanah ni kawan PKR," ujarnya lagi.

PERKASA terima PAS menggantikan UMNO

Posted: 09 Apr 2016 03:48 AM PDT

Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi pada UMNO tetapi PAS, kata Ibrahim Ali.
Ibrahim-Ali_pas_DLP_600_1
KUALA LUMPUR : Kumpulan pendesak Melayu dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengumumkan sokongan secara terbuka kepada PAS menggantikan UMNO bagi menjaga kepentingan dan hak Melayu serta Bumiputera di negara ini.
Presidennya, Ibrahim Ali berkata PAS telah membuktikan kesediaan mereka mepertahankan kedaulatan bahasa Melayu, berbeza dengan UMNO yang didakwa gagal menjaga hak Melayu dalam isu biasiswa dan tanah rizab.
"Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang gagal. Sudah gagal dalam segala-galanya, gagal mementingkan citarasa majoriti penduduk, kaum bumiputera khususnya Melayu Muslim.
"Kita secara jelas menolak kerajaan yang ada pada hari ini. Saya yakin masa depan orang Melayu Bumiputera bukan lagi pada UMNO tetapi PAS," kata beliau dalam demonstrasi anti-Pengajaran Dwi Bahasa (DLP) di Padang Taman Tasik Tititwangsa hari ini.
Ini merupakan himpunan anti-DLP kedua selepas himpunan pertama pada 26 Mac lalu.
Antara penceramah yang turut menyertai demonstrasi hari ini adalah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dan bekas Timbalan Pengarah Pelajaran, Datuk Rauf Hussin.
Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menyalahkan kerajaan kerana mempermainkan masa depan pelajar sekolah kerana kerap menukar polisi.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Najib Tak Bersalah, kenapa PAS Suruh Beliau Minta Maaf?

Posted: 09 Apr 2016 02:22 AM PDT

1MDB dan 2 misteri yang belum selesai

Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) 1MDB menyatakan dengan jelas bahawa 1MDB mendapatkan kebenaran bertulis daripada perdana menteri dalam:

Sebarang perubahan terhadap M&A syarikat, sama ada secara keseluruhan ataupun sebahagiannya;

Sebarang perlantikan dan penamatan mana-mana pengarah (termasuk pengarah urusan dan pengarah alternatif) serta pengurusan tertinggi syarikat; dan

Sebarang komitmen kewangan (termasuk pelaburan), penstrukturan semula atau perkara berkaitan jaminan yang dikeluarkan oleh kerajaan persekutuan untuk kepentingan syarikat, kepentingan negara, keselamatan negara atau sebarang polisi kerajaan.


Terdapat dua pelaburan 1MDB yang sehingga masih menjadi misteri untuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) iaitu:

Pelaburan berjumlah AS$2.318 bilion melalui Bridge Global Absolute Return Fund SPC (Bridge Global SPC) yang berusia sebulan dan tiada lesen pengurus dana dan tiada pengalaman untuk menguruskan dana yang besar.

Penyaluran dana sebanyak AS$993 juta kepada Aabar Ltd yang 1MDB masih belum mengemukakan sebarang pengesahan bahawa ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investmnet Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).

PAC gagal mengesan pengaliran kedua-dua pelaburan ini kerana keengganan pihak 1MDB memberikan penyata akaun bank luar negara.

Meskipun, laporan PAC tidak menuding jari kepada PM dalam isu 1MDB, namun artikel 117 M&A 1MDB jelas menunjukkan sebarang keputusan pelaburan 1MDB memerlukan kebenaran bertulis PM termasuk dua pelaburan yang bermasalah di atas.

Sejajar itu, PAS menuntut PM untuk:

Memohon maaf secara terbuka kepada rakyat atas isu 1MDB, yang dibiarkan sehingga berjaya 'mengumpul' hutang sebanyak RM50 bilion.

Menyokong penuh tindakan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam 'tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai' terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah AS$1.83 bilion yang berada di luar negara agar integriti sistem kewangan terjaga. Besar kemungkinan isu yang dibangkitkan gabenor Bank Negara mempunyai kaitan besar terhadap dua pelaburan bermasalah 1MDB di atas. Read More / Baca Lagi >>

Tun M: OSA bukan untuk lindungi jenayah

Posted: 09 Apr 2016 02:19 AM PDT

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bukan untuk melindungi mana-mana pihak melakukan jenayah.
Sebaliknya, beliau percaya akta itu untuk menghukum sesiapa yang membocorkan dokumen kerajaan mengenai polisi, Kabinet dan percukaian.
"Akta ini bagi menghalang individu, syarikat atau kerajaan asing menyalahgunakan maklumat untuk kepentingan mereka.
Tun Dr Mahathir Mohamad "Bukannya untuk merahsiakan jenayah yang dilakukan pegawai, pekerja atau individu. Jenayah perlu dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa sahaja yang mengetahuinya," katanya melalui catatan terkini di blognya, chedet.cc, hari ini.
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas dua pertuduhan memiliki dan mendedahkan dokumen rahsia rasmi tanpa kebenaran, dua minggu lalu.
Rafizi didawa ada dalam milikannya halaman 98 Laporan Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa kebenaran sah serta tidak berhak menyimpannya dan kemudiannya mendedahkannya pada sidang media di lobi Parlimen.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir mendakwa Peguam Negara sebaliknya melihat jenayah dilakukan anggota kerajaan adalah rahsia kerajaan yang perlu disembunyikan dari umum.
"Sesiapa yang melaporkannya akan didakwa melanggar OSA," katanya.

Rafizi tak akan mohon maaf atas kenyataan mengenai Rosmah

Posted: 09 Apr 2016 02:17 AM PDT

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi akan menunggu untuk berjumpa perdana menteri itu di mahkamah.
Ahli Parlimen Pandan itu menegaskan bahawa kenyataannya mengenai isteri perdana menteri semasa perhimpunan anti-GST Sabtu lepas adalah satu gurauan.
Di perhimpunan itu, Rafizi membuat rujukannya kepada Datin Seri Rosmah Mansor dan Jakel Trading.
"Saya akan jumpa mereka di mahkamah. Saya tidak akan mohon maaf kerana saya berkata secara berseloroh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Dalam ceramah, katanya, perkara selalu disebut secara berseloroh.
Sambil mengakui bahawa Najib mempunyai hak untuk menyaman, ahli Parlimen Pandan itu bagaimanapun berkata perdana menteri tidak perlu bersikap dwi-standard berhubung perkara itu.
"Jika anda mahu menjadi begitu sensitif, samanlah (Tun Dr) Mahathir Mohamad, Wall Street Journal dan sesiapa yang mengatakan perkara yang sama," katanya.
Sebagai ahli politik, kata Rafizi, seseorang tidak sepatutnya terlalu cepat untuk memfailkan saman fitnah.
"Saya tidak fikir ahli politik patut menyaman orang - orang bercakap tentang anda setiap hari.
"Kita mempunyai akses kepada media untuk menjelaskan cerita kita pulak. Apabila saya diserang dengan dakwaan bahawa saya dipecat daripada Petronas kerana didakwa mencuri wang, saya hanya menjelaskan perkara itu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi: Saya ambil risiko penjara kerana ia betul untuk dilakukan

Posted: 09 Apr 2016 02:14 AM PDT


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli bertegas bahawa mendedahkan dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) dokumen adalah perkara yang betul untuk dilakukan dalam perjuangannya menentang rasuah dalam kerajaan, walaupun dikritik kerana mengambil risiko dipenjara dan kehilangan kerusi Parlimen untuk sesuatu yang remeh.
 "Saya perlu katakan ini, ia adalah satu bahagian yang yang saya tidak bersetuju dengan majoriti rakyat. Saya sentiasa melakukan apa saja mengikut suara hati - bahawa ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan, "katanya kepada Malaysiakini.
"Saya minta maaf, tiada apa yang boleh saya lakukan mengenainya, begitulah saya dibesarkan. Tidak kira apa yang seluruh dunia fikirkan, suara hati saya adalah perkara yang paling penting pada saya daripada apa-apa yang lain. "
Baru dibebaskan dari tahanan reman, ahli Parlimen Pandan diikat jamin selepas mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah OSA.
Walaupun ada yang memuji tindakannya mendedahkan dokumen sulit mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB, namun ramai juga yang mengkritik bahawa dia boleh kehilangan kerusi Parlimen hanya untuk sekeping kertas, atas alasan dia lebih bernilai berjuang di luar, daripada di dalam sel.
Rafizi, bagaimanapun, berbeza pandangannya mengenai perkara itu.
"Tidak kira betapa hebatnya anda sebagai seorang ahli politik, apabila anda fikir anda begitu penting, dan anda perlu membuat perkiraan, saya rasa itu salah," katanya.
Naib presiden PKR itu menegaskan bahawa sepatutnya tidak ada sebarang perkiraan dibuat apabila memperjuangkan sesuatu yang betul dan melakukan perkara yang betul.
Read More / Baca Lagi >>

SRC No Kes Sebab Najib Tak Tahu Duit Tu Masuk Akaunnya

Posted: 09 Apr 2016 02:09 AM PDT

Shafie - Yang menentukan kemenangan Umno Bukan Presiden Sorang

Posted: 09 Apr 2016 02:08 AM PDT

Shafie Apdal - 1MDB ..... dan MAS / Proton

Posted: 09 Apr 2016 02:07 AM PDT

Comments (0)