Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kami sedia menunggu.. Harap Rahman Dahlan dapat berdebat slps pulang 15hb nanti..

Posted: 08 Apr 2016 09:17 AM PDT

Tiba2 nak ke 'oversea' ?.. Apa dah jadi debat dgn LGE yg nak dibuat secara live ??

Harap jgn buat debat secara live kat twitter udah ler..

PANAS & BONGKAR !!!

Posted: 08 Apr 2016 09:16 AM PDT

Camna menteri Rahman Dahlan.. fitnah dah terbongkar.. Pihak KLIDC sendiri telah sangkal syarikat tersebut telah dijual pd pihak ketiga DAN menegaskan bahawa tanah Taman Manggis masih milik penuh KLIDC...

LGE dah sahut cabaran debat..
RTM pula dah 'offer' siar debat secara live..

Harap jgn tiba2 ada alasan plok nak batalkan debat tersebut.. KITA SAMA2 TUNGGU keteloran Rahman nnti samada ada nak teruskan atau tidak...

Menipu itu satu makanan ruji & kewajipan bagi Umno..

Posted: 08 Apr 2016 09:14 AM PDT

Sejak bila pemimpin Umno tak pernah menipu rakyat !!!

Kenapa ular lidah bercabang ???

Are we a nation of lambs to the slaughter?

Posted: 08 Apr 2016 08:44 AM PDT

Depending on which side we are on, the PAC report on 1MDB has paradoxically implicated while at the same time exonerated those culpable.
1mdbBy TK Cua
There are numerous issues and problems facing the country today, some very real and imminent. However are we getting any closer to finding the truth or solving any of the issues?
Has it ever occurred to us that politicians and the "powers that be" are pulling wool over our eyes? They divert attention, cause confusion and make us focus on insignificant and irrelevant things.
Take 1Malaysia Development Berhad (1MDB) and the many allegations levelled against it, for instance. We directed the Public Accounts Committee (PAC) and the Auditor-General to help us find the truth. But what did we get? A PAC report that is neither here nor there and a final A-G Report that has been declared an official secret, at least for now. The PAC report, tabled at the last day of the current Parliamentary sitting, can now only be debated at the coming Dewan Rakyat meeting from May 16, 2016 onwards. I guess a day's delay is a day's victory for someone and a day more precarious for Malaysia.
Depending on which side we are on, the PAC report has paradoxically implicated and at the same time exonerated those culpable. In the next few weeks there will be more meaningless innuendoes bandied around to cause even more confusion among us. No truth will ever be uncovered. Only more half-baked polemics that will emerge.
Before this, numerous investigations were launched against 1MDB and its related parties. The argument at the time was to keep the investigations confidential to avoid jeopardising the reputation and positions of those being probed. Hence, we hardly knew who and what were being investigated and the status of each of these investigations. We just patiently waited for the outcome.
When investigations were completed, we were told there was no case to answer by those who were investigated. With that, we lost focus again. We argued endlessly in whose hands the power of prosecution lay, not whether or not the power of prosecution has been constitutionally and justly exercised.
We asked the A-G to audit 1MDB. We waited with bated breath for the interim and final reports. Now the "powers that be" tell us these reports are official secrets. I am quite sure the next focus of our national debate will be on official secrets, its scope and meaning, the punishment against violators, and the national interests the Official Secrets Act is supposed to protect. We will largely forget about the right to know, the fair and decent laws we yearned for, the protection of public interests, the rights and sacrifice of whistle-blowers and most important of all, the truth about 1MDB.
When Pandan MP Rafizi Ramli was arrested, we argued over whether or not he was handcuffed during and after the arrest and whether or not he was arrested within the vicinity of Parliament. May be there are some symbolic meanings to these arguments, but quite frankly what significant difference would the handcuffs or where he was arrested make? We have largely forgotten why Rafizi did what he did. Why was he prepared to be arrested?
Are we a nation of lambs to the slaughter?

Pua: Hasan didn’t allow us to question Jho Low

Posted: 08 Apr 2016 08:39 AM PDT

DAP MP says Opposition members in parliamentary panel had to work harder to get things done.

KUALA LUMPUR: DAP MP Tony Pua today claimed Public Accounts Committee Chairman Hasan Arifin was more difficult to deal with compared with the former chairman, Nur Jazlan Mohamed.
He said the probe into 1MDB became more challenging after Nur Jazlan's departure.
Pua, who is a member of the parliamentary panel, said when Hasan was made chairman last year, Opposition members were forced to consistently push for their suggestions to be taken into consideration.
"It became more … challenging. It became harder for those on my side of the fence to push for things to be done," he said at a press conference held at the DAP headquarters here today.
He cited the difficulty Opposition members on the panel had to face when they requested to have former 1MDB chairman Mohd Bakke Salleh called in as a witness.
"The previous chairman would listen to both sides. This time around, we needed to press a lot more, especially when it came to interviewing Bakke.
"We had to ding-dong, ding-dong a few times before he (Hasan) agreed."
Pua said a similar situation arose when there were plans to question billionaire tycoon Low Taek Jho (Jho Low).
He claimed the panel under Nur Jazlan's leadership had planned to question Low, but Hasan refused to do so.
"There was a contradiction over Low's role in 1MDB. He had appeared in the board meeting to decide on the firm's investment with PetroSaudi.
Read More / Baca Lagi >>

PAC tidak mampu sucikan nama Najib dari skandal 1MDB

Posted: 08 Apr 2016 08:27 AM PDT

Pembentangan laporan mengenai 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di parlimen Khamis lepas tidak mudah menamatkan persoalan mengenai syarikat pelaburan strategi Kerajaan yang bermasalah itu. Persoalan skandal yang mengelilinginya tidak gampang dibuang. Ia seperti kekabu yang terkena air, tidak mudah untuk dianginkan semula.
Laporan itu dibahas hangat di Palimen kononnya secara terbuka dan adil. Apa diharap dengan pembenatangan laporan yang disiapkan dalam tempoh setahun itu akan menghentikan tuduhan terhadap 1MDB amnya penglibatan Najib dalam skandal itu khususnya. Najib mahu "di"baptis"kan dengan laporan berkenaan.
Kenyataan salah seorang anggota PAC yang mengulas berdasarkan laporan PAC dibentangkan itu bahawa tidak ada kaitkan nama Najib dalam skandal itu diperbesar-besarkan dan dijadikan fokus utama oleh media PB. Walhal anggota dari oposisi itu hanya menyebut berpandukan apa yang dilaporkan sedangkan ada dokumen lain yang dikatakan disembunyikan.
Mungkin dalam dokumen lain yang tidak disertakan itu ada menyebut nama Najib? Salah satu dokumen yang tidak dikempilkan dalam laporan itu ialah laporan intrim Ketua Audit Negara dan juga laporan terakhir mengenai 1MDB. Begitu juga kegagalan atau keenganan PAC untuk memanggil sama pihak Bank Negara dan bekas CEO 1MDB Mohad Azem Abd Rahman dilihat suatu kecacatan laporan tersebut.

Bagi pihak Najib dan kerajaan serta partinya (Umno) mungkin berasa lega apabila Najib disahkan tidak terbabit dengan skandal yang didakwa ke atas 1MDB itu. Mereka akan memberi tahu rakyat dan menjadikan laporan PAC itu sebagai kitab suci (bukti) sahih bahawa Najib tidak terlibat. Pun begitu bagi pemimpin yang memahami mengenai isu itu dan macam mana laporan itu diperbuat, hanya menerima dimulut sahaja tetapi dalam hati.
Penerima BR1M dan one-off di kampung-kampung mungkin boleh menerima laporan itu seperti ikan lapam makan tahi di bawah pengkalan, sebab ia dicerita dalam tv dan surat khabar yang bagi mereka sumber itu sahih. Tetapi bagi rakyat, pegawai kerajaan, mahasiswa, pensiun dan cerdikpandai hanya tersenyum membaca laporan itu kerana mereka sudah arif mengenai bentuk eksploitasi dan penipuan yang mereka sendiri alami.
Pegawai kerajaan dan bekas pegawai kerajaan juga arif macam mana mereka menjadi "kuda hitam" oleh kuasa politik selama ini. Jadi laporan itu bukan mudah untuk mereka telan dan "mamoh" begitu sahaja.
Begitu juga bagi mereka (pemimpin) yang diberi upah dan "ufti" agar tidak menungkitkan isu itu, boleh tersenyum tetapi dalam hati tetap pedih. Mereka boleh mengatakan Najib baik, tetapi dalam masa sama juga akan mengatakan Najib juga jahat.
Read More / Baca Lagi >>

6 Kesalahan Besar 1MDB Yang Kita Tidak Tahu

Posted: 08 Apr 2016 08:26 AM PDT

Mujur ada siasatan terhadap macam-macam dakwaan salah laku syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak beberapa tahun.
Dengan siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), dibantu laporan Ketua Audit Negara, sebahagian syak wasangka dan tuduh-menuduh selama ini sedikit sebanyak terungkai.
Walaupun isu ini belum tuntas, banyak dakwaan terus dilontarkan dan siasatan masih dijalankan oleh beberapa negara lain, berikut isi-isi utama laporan PAC yang diumumkan hari ini.
1. Ingkar keputusan dan arahan lembaga pengarah
Menurut laporan PAC, pihak pengurusan 1MDB beberapa kali tidak mematuhi keputusan dan arahan lembaga pengarah ataupun mengambil tindakan sebelum mendapat kelulusan khusus daripada lembaga pengarah.
Terdapat beberapa pelaburan dan pinjaman besar yang dibuat tanpa penilaian terperinci, termasuk penelitian kesannya terhadap aliran tunai syarikat. Banyak pula keputusan penting hanya dibuat melalui resolusi bertulis tanpa perbincangan dalam mesyuarat.
2. Bayar US$1.4 bilion ke Aabar Ltd, syarikat yang tidak pasti
1MDB membayar deposit cagaran sekitar US$1.4 bilion (RM5.5 bilion) kepada Aabar Ltd tanpa persetujuan lembaga pengarah.

Malah, bukan itu sahaja, bayaran dibuat tanpa memastikan syarikat tersebut benar-benar dimiliki dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Sehingga kini, 1MDB masih belum dapat menentukan mana satu anak syarikat IPIC, Aabar Ltd ataupun Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, yang mempunyai nama mirip.
3. Bayar US$700 juta ke firma tidak berkaitan urusan PetroSaudi
1MDB tidak mendapat kebenaran lembaga pengarahnya apabila membayar US$700 juta (RM2.72 bilion) kepada Good Star Ltd pada 2009, sebuah syarikat yang tiada kena mengena dengan usaha sama dengan firma minyak Arab Saudi, PetroSaudi International Ltd.
Daripada US$1 bilion peruntukan untuk usaha sama tersebut, 1MDB memindahkan cuma US$300 juta ke akaun bank JP Morgan (Suisse) SA milik syarikat bersama 1MDB PetroSaudi Ltd.
Manakala bakinya masuk ke akaun RBS Coutts Bank Ltd yang dimiliki Good Star.
4. Pecat dua firma audit berturut-turut, tidak tahan disiasat
Dalam tempoh empat tahun, 1MDB menamatkan khidmat dua syarikat audit terkenal Ernst & Young (EY) dan KPMG selepas mereka sering mendesak dokumen-dokumen penting.
Dokumen itu gagal diberikan oleh syarikat tersebut dan ia berbeza pendapat dengan firma-firma audit berwibawa itu.
EY diberhentikan pada 15 September 2010, sebelum 1MDB menghantar laporan kewangan pertamanya untuk tahun kewangan berakhir 31 Mac 2010.
KPMG pula diberhentikan pada 31 Disember 2013 sebelum laporan bagi tahun 2013 dikemukakan, lalu digantikan dengan Deloitte.
5. Berharap hutang berbilion-bilion, bahayakan Putrajaya
Kerajaan persekutuan berdepan dengan risiko sebesar RM20.3 bilion pada Oktober tahun lepas jika 1MDB gagal melangsaikan hutangnya.
Jumlah tersebut datang daripada jaminan kerajaan sebanyak RM5.8 bilion, surat sokongan untuk menjamin RM13.56 bilion dan juga kredit tunggu sedia sebanyak RM950 juta.
6. Jadi 'anak emas' Putrajaya, dapat banyak kelebihan
1MBD mendapat banyak kelebihan daripada pentadbiran Putrajaya yang tidak diberikan kepada anak-anak syarikat lain di bawah MOF Inc milik penuh Kementerian Kewangan.
Misalnya, 1MDB diberikan pengecualian cukai korporat untuk semua pendapatan selama 10 tahun sejak 23 November 2010.
Lembaga pengarahnya juga tidak mempunyai pegangan saham dan juga diberi pengecualian lain daripada peraturan kerajaan dalam aspek pengurusan bayaran perolehan, penggajian dan bonus kepada lembaga pengarah dan pengurusan.

Laporan Siasatan 1MDB Menunjukkan Kegagalan Urus Tadbir Perdana Menteri

Posted: 08 Apr 2016 06:40 AM PDT


Pembentangan laporan siasatan 106 mukasurat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara adalah amat dialu-alukan memandangkan 1MDB dikatakan salah satu faktor utama dalam usaha pembangunan negara sejak 2009 apabila diambil alih dari kerajaan negeri Terengganu.
Namun pelbagai persoalan belum terjawab, yang memerlukan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri untuk memberi penjelasan terperinci pada kadar segera, memandangkan imej dan kredibiliti negara semakin dipersoal akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan 1MDB.
Antara perkara yang perlu dijawab Dato' Sri Najib termasuklah:
1. Mantan Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim, telah membangkitkan isu urus tadbir 1MDB ini sejak tahun 2009 lagi, namun pelbagai amaran dan gesaan beliau untuk tindakan dilakukan dari awal tidak diendahkan. Maka mengapa Dato' Sri Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tetap membenarkan pelbagai masalah di 1MDB ini berlarutan sehingga berhutang hampir RM50 bilion?
2. Bagaimana keputusan pelaburan-pelaburan yang disebut sebagai merugikan 1MDB dibuat memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Syarikat TIA dan 1MDB menyatakan segala keputusan pelaburan mesti mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri?
3. Memandangkan laporan tersebut menyatakan Lembaga Pengarah gagal melaksana tanggungjawab dan menjaga kepentingan syarikat 1MB, adakah siasatan polis akan dimulakan terhadap bekas Ketua Eksekutif Datuk Shahrul Ibrahim Halmi, ahli-ahli Lembaga Pengarah malah juga ahli-ahli Lembaga Penasihat?
4. Adakah Dato' Sri Najib akan membersihkan nama beliau serta nama negara dengan menyaman semua media antarbangsa terutamanya Wall Street Journal, yang sering membuat pelbagai dakwaan berat berkaitan isu 1MDB?
Rakyat Malaysia malah juga dunia menantikan jawapan dan penjelasan YAB Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN

NAJIB BELUM BERSIH LAGI - MAKLUMAN KEPADA PENYOKONG2NYA

Posted: 08 Apr 2016 05:05 AM PDT

Sesiapa yang mengatakan Najib Razak sudah bersih daripada kemelut 1MDB hanya berdasarkan Laporan PAC yang dibentangkan di Parlimen Khamis lalu, sebenarnya lebih menyerlahkan mereka tidak membaca dan meneliti sepenuhnya laporan tersebut.

Oleh yang demikian,  khususnya kepada penyokong Najib, daripada menteri hinggalah kepada blogger berbayar, jika masih malas juga membaca laporan setebal 106 muka surat itu, ada baiknya mereka meneliti kenyataan salah seorang anggota PAC, Tony Pua ketika mengadakan sidang akhbarnya pagi tadi.

Antara yang disebut oleh beliau yang boleh dijadikan pencerahan ialah:- 

- "Apa yang disebut oleh Naib Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw bahawa Najib tidak dikaitkan dengan sebarang kesalahan sebenarnya adalah khusus berdasarkan dokumen 1MDB yang kita lihat setakat ini dan bukannya berdasarkan keseluruhan dokumen milik syarikat pelaburan itu.

"Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada penglibatan Najib. Dokumen yang tidak ada (tidak diberikan oleh 1MDB kepada PAC), kita tak tahulah.

"Seperti yang saya pernah sebut dalam kenyataan sebelum ini, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan kepada PAC. Kenapa tak bagi?"
Read More / Baca Lagi >>

Ini baru 1MDB, bagaimana pula GLC lain? - Ramon

Posted: 08 Apr 2016 04:59 AM PDT

Kementerian Kewangan dipersoalkan mengapa boleh terlepas pandang amalan korporat dan tadbir urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sepanjang ia beroperasi sehingga menimbulkan masalah kewangan akibat berbelanja secara tidak bertanggungjawab.
Ramon NavaratnamLantaran itu, Kementerian Kewangan perlu menjawab dan menjelaskan kepada rakyat mengapa perkara tersebut boleh dibiarkan berlaku sehingga boleh memberi risiko kepada kewangan Kerajaan Persekutuan.
Tokoh ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, kerajaan perlu melihat kes 1MDB ini secara serius kerana kerajaan bukan sahaja terlibat selaku pemilik syarikat berkenaan tetapi juga memberi jaminan yang banyak kepada entiti berkenaan.
Bekas Presiden Transperancy International Malaysia itu mengakui terperanjat dengan laporan PAC semalam berkata, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan tidak akan wujud 1MDB kedua lagi pada masa-masa akan datang.
"1MDB adalah satu lagi kes klasik di Malaysia - iaitu melibatkan salah urus sebuah syarikat. Ini sekali lagi menjelaskan sepatutnya kerajaan tidak perlu berada dalam perniagaan.
"Berdasarkan laporan itu ia jelas tadbir urus 1MDB adalah sangat tidak bertanggungjawab, membelanjakan wang rakyat secara cuai - tersasar jauh daripada fundamental tadbir urus yang baik," katanya bagi mengulas Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang dibentangkan di Parlimen semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Panas melampau, cukai menindas GST jadi topik khutbah Jumaat

Posted: 08 Apr 2016 04:58 AM PDT


Masjid As Salam Bukit Sentosa Rawang.Masjid As Salam Bukit Sentosa Rawang.
Khatib khutbah Jumaat di Masjid As-Salam, Bukit Sentosa petang ini menyelar pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta pelbagai cukai menindas lain.
"Kita diberi peringatan oleh Allah cuaca yang sangat panas. Allah datangkan peringatan demi peringatan disebabkan banyak dosa yang dibuat oleh rakyat juga pemimpin yang khianat.
"Jika tuan-tuan ada tanah, maka dikenakan cukai tanah. Jika tuan-tuan ada rumah, dikenakan cukai pintu. Jika tuan-tuan jual tanah sekali dengan rumah, maka dikenakan cukai keuntungan pula.
"Tuan-tuan ada motor, kereta, bertahun-tahun hutang kena bayar cukai jalan. Tuan-tuan ada gaji, kena lagi cukai pendapatan. Beli barang untuk menjamu anak dan isteri, tuan-tuan dikenakan GST.
"Tuan-tuan pergilah ke mana saja. Tuan-tuan dihimpit dan dikelilingi pelbagai cukai sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, sama ada sedar atau paling malang tak sedar," ujarnya di masjid terletak di Parlimen Hulu Selangor itu.
Ekoran nada khutbah yang dilihat 'garang' itu, Malaysia Dateline mendapati jemaah dilihat tidak tertidur seperti lazim berlaku ketika khutbah dibacakan.
"Kejahatan demi kejahatan, kezaliman demi kezaliman, ketidakadilan dan ketidaksamaan yang berterusan berlaku disebabkan pemimpin yang mengabaikan perintah Allah. Ini membimbangkan kita kalau Allah bila-bila masa boleh musnahkan kita.
Read More / Baca Lagi >>

IMDB DAN KISAH SEORANG BENDAHARI

Posted: 08 Apr 2016 04:57 AM PDT

Sudah banyak kali arwah bapak  mohon supaya beliau tidak lagi dilantik semula sebagai Bendahari Masjid di kampung kami. Namun 'rayuan' bapak tidak dipedulikan oleh ahli qariah masjid Al-Diniyah. Bapak tetap akan dipilih untuk menjadi Bendahri dalam mesyuarat yang akan diadakan, kata mereka. Tidak ada calon lain, kata kebanyakan orang kampung kepada aku, seolah-olah minta sokongan aku agar arwah bapak terus di pilih. Dan aku tidak pula menentang jikalau arwah bapak dipilih. Dan aku menyokong sangat pun tidak. Terpulanglah kepada 'yang empunya badan'.
            Aku tak ingat sejak bila bapak mula-mula memegang jawatan Bendahari masjid Al-Diniyah Kampung Keroh Hilir. Seingat aku semenjak aku 'mengenali' masjid ( maknanya semenjak aku mula menjejakkan kaki di masjid ketika berumur tujuh tahun) bapak dah mula memainkan peranan penting dalam urusan masjid. Tidak pula aku tahu apa jawatan yang dipegangnya. Yang aku tahu dan dapat aku perhatikan bahawa setiap malam, bapak akan bersolat jemaah  di masjid dari Maghrib sehinggalah 'Isya. Hampir setiap malam kecuali beliau tak sihat.
            Secara kebetulan aku bercuti di kampung dan secara kebetulan juga Masjid Al-Diniyah akan mengadakan mesyuarat agungnya. Memang sudah lama aku tidak menghadiri mesyuarat agung masjid di kampung aku. Aku hanya mendengar sayup-sayup tentang pentadbiran masjid yang dipengerusikan oleh sepupu aku juga, Ngah namanya. Cikgu Ngah atau Cikgu Radzi (arwah).Beliau seorang guru di kampung aku ketika itu ( Sekolah kebangsaan Paya Salak). Jadi oleh kerana beliau juga anak jati kampung itu maka amat sesuailah beliau dilantik sebagai Pengerusi Masjid.
            Olehkerana aku tidak berada di kampung, maka aku tidak pernah hadir mesyuarat agung masjid berkenaan. Tetapi disebabkan aku sudah berada di kampung secara kebetulan bercuti, maka aku menghadirkan diri pada malam itu. Lagipun disitulah juga dapat aku bertemu muka dengan ramai sahabat handai dan orang kampung lain.
            Aku 'takut' untuk bertanya arwah bapak tentang ura-ura yang ahli qariah kampung mahu memilihnya semula sebagai Bendahari. Bapak aku tidaklah segarang mana orangnya dengan anak-anak. Olehkerana hormat yang melampau kepada bapak maka, segan pula aku nak bertanya tentang hal itu. Cuma aku ada 'merisik-risik', bertanyakan hal demikian dengan emak. Dan mengikut kata emak sememangnya bapak dah tak 'larat nak jaga duit masjid'. Terlalu berat tanggungjawabnya. Entah berapa puluh tahun bapak 'menyandang' jawatan itu. Aku pun dah lupa.
            Yang aku ingat sepanjang hayatnya 'menjaga' duit masjid, bapak amat berhati-hati amanah yang diberikan kepadanya. Wang masjid tidak disimpan dalam bank seperti sekarang. Bapak simpan duit dalam kain sapu tangan. Aku masih ingat lagi warna sapu tangan, tempat bapak menyimpan wang masjid. Kemerah-merahan warnanya. Bapak menyimpan sapu tangan (berserta dengan wang) dicelah-celah lipatan kain dalam almari buruk di rumah kami. Dan bapak sentiasa mengingatkan aku dan adik aku agar jangan 'didekati' bungkusan wang berkenaan. Amanah orang, katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PM tak disebut dalam laporan PAC kerana tiada bukti salah laku ampu Hasan

Posted: 08 Apr 2016 04:51 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak disebut dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana PAC tidak menemui sebarang bukti untuk menunjukkan salah laku atau salah guna kuasa, kata Pengerusinya Datuk Hasan Arifin.
 Keputusan itu dibuat sebulat suara dan konsesus oleh anggota PAC (yang anggotanya terdiri daripada anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang), katanya dalam wawancara dengan Bernama hari ini.
Laporan PAC berkaitan 1MDB dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.
Hasan berkata walaupun sepanjang 18 bulan, wujud pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap perdana menteri, setiap tuduhan telah disiasat oleh PAC.
Hasil penemuan PAC bagaimanapun menjurus kepada kegagalan kronik terhadap proses yang sudah digariskan, peraturan dan prosedur, iaitu pengurusannya, dan bukannya kerajaan, perlu bertanggungjawab, katanya.
Beliau berkata pihak kerajaan sentiasa kekal dengan pendirian bahawa dakwaan dan tuduhan yang dibuat berkaitan rasuah, penyalahgunaan dana dan salah guna kuasa adalah palsu dan tidak berasas.
Hasan berkata sifat tidak berat sebelah PAC, keupayaannya untuk bersidang tanpa kehadiran media, orang awam dankerajaan, adalah antara yang membolehkannya mencapai satu kesimpulan yang seimbang, tepat dan adil.
"Benar, memang berlaku perdebatan dan bantahan terhadap beberapa isu, namun kami akhirnya akan mencapai satu kesimpulan, sebagaimana boleh dilihat dalam laporan ini," kata beliau.
Antara kesimpulan laporan itu semalam adalah tiada bukti untuk mncadangkan berlaku salah laku jenayah berkaitan penyalahgunaan dana atau berlaku transaksi pelaburan mahupun pelaburan atau mana-mana aktiviti 1MDB yang menjurus kepada aktiviti menyalahi undang-undang.
PAC juga tidak menemukan sebarang bukti untuk menunjukkan sebarang salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh perdana menteri, berkaitan 1MDB.
Hasan berkata PAC juga mendapati bahawa RM42 bilion hutang 1MDB tidak 'hilang' sebagaimana tuduhan pelbagai pihak, kerana ia sudah dihitung dan tiada pembayaran dilakukan daripada 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.
Hasan berkata PAC bagaimanapun mengenal pasti beberapa contoh yang pengurusan 1MDB tidak mematuhi proses tatakelola yang tepat termasuk tidak melaksanakan arahan spesifik Lembaga Pengarah, membuat keputusan sebelum menerima kelulusan sepenuhnya daripada Lembaga Pengarah dan gagal untuk telus dengan Lembaga Pengarah.
"Untuk itu, saranan secara spesifik turut dinyatakan dalam laporan di mana kami yakin pihak berkuasa terbabit akan menilai dan mengambil tindakan, jika perlu," katanya.
Menurut Pengerusi PAC itu, kesimpulan itu juga dicapai ekoran akses kepada maklumat tanpa batas dan penggunaan sumber Parlimen yang banyak yang membolehkan jawatankuasa itu mencapai satu kesimpulan.
Read More / Baca Lagi >>

Hutang 1MBD cecah RM55 billion, Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB harus bertanggungjawab

Posted: 08 Apr 2016 04:20 AM PDT

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Datuk Seri Najib Razak selaku pengasas syarikat sarat hutang dan skandal, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), harus bertanggungjawab penuh terhadap kegagalan syarikat milik Kementerian Kewangan itu dalam pengurusan kewangannya.
Selain memegang jawatan Perdana Menteri, Najib juga menerajui Kementerian Kewangan.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, mendapati ada banyak sebab untuk mengaitkan Najib dengan kegagalan syarikat terbabit seperti yang termaktub di dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dibentangkan pada hari terakhir sidang Parlimen semalam.
Mengikut Memorandum dan tata urusan syarikat (M&A) 1MDB, beliau yang juga Ahli PAC berkata, setiap aktiviti pindahan wang syarikat terbabit perlu disertakan bersama surat sokongan bertulis yang jelas daripada Perdana Menteri.
"Oleh itu, Perdana Menteri secara peribadinya telah menandatangani semua resolusi bertulis berkaitan pelaburan syarikat berkenaan yang telah gagal, seperti US$1.83 bilion usaha sama Petrosaudi, pinjaman bon bernilai US$6.5 bilion, pengambilalihan berbilion ringgit aset tenaga dan hartanah serta pemecatan dua juruaudit luar, Ernst & Young dan KPMG," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, mengikut M&A 1MDB itu juga, syarikat berkenaan dilarang untuk melantik wakil pegawai daripada Kementerian Kewangan untuk menyertai 1MDB bagi membolehkan satu sistem semak dan imbang dijalankan terhadap syarikat itu.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan PAC bukti Najib gagal

Posted: 08 Apr 2016 04:17 AM PDT

Beliau perlu memberi penjelasan terperinci memandangkan imej dan kredibiliti negara kini dipersoal dan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
wan-azizah-pacPETALING JAYA: Laporan siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menunjukkan kegagalan urus tadbir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Najib yang juga Menteri Kewangan perlu segera memberikan penjelasan terperinci memandangkan imej dan kredibiliti negara kini dipersoal.
"Pelbagai persoalan belum terjawab, yang memerlukan Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri untuk memberi penjelasan terperinci pada kadar segera.
"Hal ini kerana, imej dan kredibiliti negara semakin dipersoal akibat siasatan demi siasatan yang dilancar di negara asing berkaitan 1MDB," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Presiden PKR berkata, isu urus tadbir 1MDB ini telah dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2009, namun tidak diendahkan oleh kerajaan.
"Mengapa Najib selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri tetap membenarkan pelbagai masalah di 1MDB ini berlarutan sehingga berhutang hampir RM50 bilion?" soalnya.
Beliau turut mempersoalkan bagaimanakah syarikat milik Kerajaan itu boleh mengalami kerugian memandangkan segala keputusan haruslah mendapat kelulusan bertulis dari Najib sendiri.
"Bagaimana keputusan pelaburan-pelaburan yang disebut sebagai merugikan 1MDB dibuat memandangkan Perkara 117 Memorandum dan Artikel Syarikat TIA dan 1MDB menyatakan segala keputusan pelaburan mesti mendapat kelulusan bertulis Perdana Menteri?" katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan PAC tidak ‘bersihkan’ Najib -Tony Pua

Posted: 08 Apr 2016 04:16 AM PDT

Masih banyak dokumen yang belum diserahkan PAC melibatkan urus niaga 1MDB di luar negara walaupun telah diminta berbuat demikian.
Tony-Pua
KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) masih tidak membersihkan Datuk Seri Najib Razak, walaupun nama Perdana Menteri tidak disebut secara langsung dalam laporan yang dibentangkan semalam.
Ahli Jawatankuasa PAC, Tony Pua berkata, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan 1MDB kepada PAC, walaupun diminta berbuat demikian.
"Laporan PAC ini banyak memberi maklumat yang sebelum ini tidak diketahui. Dokumen yang diberikan kepada PAC memang tidak menyebut nama Najib," katanya.
Semalam, Naib Pengerusi DAP merangkap Timbalan Pengerusi PAC, Tan Seng Giaw mengatakan Najib tidak harus dipertanggungjawabkan ke atas skandal 1MDB, kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam pengurusan syarikat itu.
"(Penilaian tersebut) khusus berdasarkan dokumen yang ada pada PAC. Tetapi bagaimana dengan dokumen yang tidak diserahkan? Adakah kerana dokumen-dokumen itu akan memberi implikasi kepada Najib?, kata Pua dalam sidang media.
Antara dokumen tersebut, kata Pua lagi, adalah rekod dan penyata perbankan bagi bagi transaksi 1MDB di luar negara.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Di mana dua laporan penting PAC, soal Kit Siang

Posted: 08 Apr 2016 04:15 AM PDT


PETALING JAYA, 8 APRIL: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menggesa supaya Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Hasan Arifin, menjelaskan ketiadaan dua laporan penting di dalam buku laporan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diedarkan kepada semua Ahli Parlimen semalam.
lim kit siangDua laporan yang tidak disertakan itu adalah Laporan Interim Ketua Audit Negara yang diserahkan kepada PAC pada Jun tahun lalu, dan laporan akhir yang disiapkan PAC pada bulan lalu.
Menyifatkan Hasan gagal dalam melaksanakan tugasnya, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut mempersoalkan tindakan Pengerusi PAC itu yang tidak melakukan sebarang sidang media selepas laporan terhadap syarikat sarat hutang dan skandal itu didedahkan.
"Adakah PAC tiada timbalan pengerusi? Biar beliau (timbalan pengerusi) yang mengadakan sidang media untuk memberikan penjelasan lanjut," katanya ketika ditemui pemberita selepas satu majlis pertemuan pemimpin DAP bersempena PRN Sarawak Ke-11 di sini semalam.
Dalam pada itu, Kit Siang turut menempelak tindakan keras polis terhadap Ahli Parlimen Pandan merangkap Naib Pengerusi PKR, Rafizi Ramli, atas sesuatu yang hanya bersifat teknikal.
"Beliau ditahan selepas memetik sesuatu daripada laporan akhir Ketua Audit Negara, yang mana ketika itu diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi timbang saman Ketua Polis Negara, cabar bertanding di Pandan

Posted: 08 Apr 2016 04:14 AM PDT


Tweet Rafizi mengulas kenyataan Ketua Polis Negara.Ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli akan berbincang dengan peguam sama ada mahu mengambil tindakan saman terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ia berhubung dakwaan Khalid bahawa Rafizi membuat cerita dongeng untuk mengelirukan orang ramai mengenai arahan meletakkan tangan di belakang ketika dibawa ke mahkamah dengan diiringi pegawai polis.
"Saya diarahkan oleh pegawai polis untuk letak tangan di belakang.
"Arahan untuk letak tangan di belakang adalah budi bicara pegawai dibuat di hadapan peguam saya.
"Kenyataan IGP memfitnah dan saya rujuk peguam. Kenyataan IGP menuduh saya berlakon itu akan saya bincang dengan peguam untuk saya saman.
"kalau IGP main politik mari bertanding di Pandan," tulisnya di Twitter.
Sebelum ini peguam Saiful Izham Ramli berkata arahan supaya tahanan memegang pergelangan tangan sendiri dibuat bagi membataskan pergerakan.
Manakala tindakan polis memegang lengan mereka pula ketika berjalan adalah amalan biasa, tambahnya lagi.
Rafizi dibebaskan dengan ikat jamin hari ini selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

Situasi tak memungkinkan tukar MB Johor menjadi

Posted: 08 Apr 2016 04:12 AM PDT


Usaha menukar menteri besar Johor tidak akan memberi banyak manfaat kepada Umno kerana apa yang sewajarnya menjadi keutamaan ialah memperkukuh kekuatan parti dan mendengar suara akar umbi.
 Pertembungan elit politik dalam Umno tidak sepatutnya mengheret parti itu menimbulkan lebih banyak isu yang akhirnya boleh memecah belahkan dan melemahkan parti.
Umno Johor adalah benteng kekuatan Umno dan itu perlu dipertahankan. Manakalah Datuk Khaled Nordin adalah aset Umno.
Beliau antara pemimpin Umno yang rasional serta prihatin dengan lantang bercakap soal masa depan Umno dan mengakui perlunya parti itu bijak merancang arus perubahan politik.
Tahun lalu, beliau telah melancarkan badan pemikir, iaitu Bait Al Amanah yang dimiliki sepenuhnya oleh Umno Johor sebagai sumber rujukan bagi meneroka dasar-dasar baharu, merekayasa dasar sedia ada dan menyusun strategik lebih berkesan dalam perjuangan Umno.
Penubuhan Bait Al Amanah ini satu langkah strategik dalam usaha menarik penyertaan kumpulan profesional dan muda untuk menyertai Umno.
Ini jelas membuktikan Khaled mempunyai visi dan misi untuk memperkukuh kedudukan Umno dan bukan sebaliknya.
Setelah tiga tahun dilantik sebagai menteri besar, Khaled telah menunjukkan komitmen tinggi untuk membangunkan Johor sebagai negeri contoh yang mempunyai pelan pembangunan tersendiri.
Kurang main politik
Ini boleh dilihat melalui gagasan Muafakat Johor, Johor Berkemajuan dan agenda pembangunan inklusif dalam memastikan pembangunan Johor benar-benar dirasai oleh rakyat.
Pengalaman Khaled yang pernah menjawat menteri pembangunan keusahawanan dan koperasi dan menteri pengajian tinggi adalah kekuatan beliau menerajui Johor.
Pengalaman beliau dalam konteks keusahawanan dan pengajian tinggi sebelum ini menjadi asas dan kekuatan beliau untuk memimpin Johor.
Kekuatan Umno tidak harus dipandang dalam soal politik dan kuasa semata-mata.
Akan tetapi, melihat kepada peranan dan sumbangan kepada kesejahteraan rakyat. Bukankah kekuatan Umno selama ini adalah baktinya kepada rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Pembelaan buat Arul Kanda

Posted: 08 Apr 2016 04:10 AM PDT


 Orang baca laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pasal 1MDB. Saya baca satu-satu muka surat. Dari sana, saya cari Arul Kanda.
 Dia penting sebab ramai orang, terutama ahli politik Pakatan Harapan yang petik nama Arul itu dan ini. Dia cuba dipersalahkan dalam banyak hal. Sehingga di mata orang biasa, terbayang seolah-olah Arul total bersalah. Seolah-olah dia yang salurkan duit RM2.6 bilion ke dalam akaun AmBank PM Najib Razak.
Minggu lalu Arul bayangkan dia akan tinggalkan 1MDB. Sejurus kenyataan itu, ada yang beri amaran mereka tidak akan lepaskan Arul. Tidak akan sama sekali! Arul, bagi mereka tak boleh lari daripada masalah yang menimpa 1MDB. Segala bayangan hitam yang ditangkup ke atas Arul, membuatkan mata keadilan jadi kelabu untuk kita menilai Arul secara objektif dan saksama.
Arul, bahkan dicabar untuk berdebat. Arul tetapkan syarat agar politikus yang mencabarnya itu meletakkan jawatan dahulu di dalam PAC. Logiknya mudah. Bagi Arul, bagaimana dia boleh berdebat dengan seorang yang di tempat lain menjadi 'hakim' kepadanya dan 1MDB? Nota: sang pencabar adalah juga anggota PAC.
Si pencabar yang juga anggota parlimen di Selangor itu menyatakan Arul tidak harus letak apa-apa syarat untuk debat. Dia kekal mencabar! Dalam satu sidang media yang lain, Arul sebutkan, baiklah! Dia OK. Setuju untuk berdebat. Setuju tanpa apa-apa syarat walaupun dia jelaskan mengapa dia meletakkan syarat awal berkenaan.
Saya tak kenal Arul. Ramai di antara kita tak tahu Arul, nama yang tiba-tiba muncul dan jadi masyhur.
Dalam laporan PAC tunjukan Arul masuk sertai 1MDB pada awal Januari tahun lalu. Jawatan tertinggi iaitu sebagai presiden dan pengarah eksekutif kumpulan. Sebelum itu, 1MDB dipimpin orang lain.
Arul belajar di UK. Pernah bekerja di UK dan Timur Tengah sebelum dipanggil balik ke Malaysia untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan 1MDB.
Makanya, ternyata 1MDB jelas ada masalah. Bukan hanya masalah hutang, tetapi bagi saya lebih dasar daripada itu adalah masalah pengurusan, hala tuju dan objektif syarikat itu sendiri.
1MDB asalnya adalah sebuah syarikat di bawah Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Terengganu. Nama syarikat itu Terengganu Investment Authority Berhad (TIA).
Menurut laporan PAC, TIA ditubuhkan dengan perkenan sultan Terengganu. Tujuannya untuk "state sovereign wealth fund" iaitu dana kekayaan negara demi kebaikkan negeri itu sendiri. Tidak ada kena mengena dengan yang lain, dengan kerajaan yang lain, termasuk Putrajaya. TIA akan urus royalti minyak dari Petronas.
Apabila Najib naik jadi PM, Putrajaya mengambil alih TIA.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan PAC: Kalau ikut, memang tak puas hati

Posted: 08 Apr 2016 01:33 AM PDT

Tony Pua KUALA LUMPUR – Anggota Panel Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Tony Pua mengakui hanya 80 peratus yang berpuas hati dengan Laporan PAC berkaitan badan pelaburan kerajaan, 1Malaysian Development Berhad (1MDB) yang dibentang di Parlimen semalam.
Jelas Tony, ia berikutan terdapat banyak perkara yang masih belum diselesaikan oleh pihak 1MDB sepanjang mesyuarat jawatankuasa itu dijalankan.
"Ada lagi perkara yang saya cukup tidak puas hati. Namun, sebab kita nak bentang laporan pada hari terakhir (Dewan Rakyat) kita kena seimbang.
"Kalau kita tidak bentang lagi, mungkin pada sesi sidang Dewan akan datang (Laporan PAC-1MDB) tidak akan bentang lagi," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, ia hanya merupakan penilaian peribadi beliau dan tidak mewakili penilaian keseluruhan anggota PAC yang lain.
Ujarnya lagi, meskipun dokumen yang disertakan oleh pihak 1MDB masih tidak lengkap sepenuhnya, sekurang-kurangnya orang ramai dapat mengetahui sedikit sebanyak mengenai pendedahan laporan PAC mengenai isu berkenaan.
"Pelbagai penemuan yang disediakan dalam laporan. Kita terima ada perkara tidak dapat masuk (dalam laporan) tetapi kita akan buat kemudian. Sekurang-kurangnya orang awam dapat maklumat sedia ada," ujarnya lagi.

Skandal 1MDB: Seng Giaw hanya teliti dokumen yang ada

Posted: 08 Apr 2016 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR - ‎Kenyataan yang dibuat ‎Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tan Seng Giaw hanya berdasarkan dokumen yang dibentangkan oleh 1Malaysian Development Berhad‎ (1MDB) selama ini, kata anggota panel PAC, Tony Pua.
Bagaimanapun Tony Pua menjelaskan, pandangan ahli Parlimen DAP itu bukan dibuat atas keseluruhan dokumen milik badan pelaburan milik kerajaan itu.
1MDB "Apa yang disebut oleh Seng Giaw sebenarnya khusus kepada dokumen (1MDB)  yang kita sudah lihat setakat ini.
"Dokumen yang ada (sudah disiasat) memang tidak ada (penglibatan) Najib di dalam (dokumen). Dokumen yang tidak ada (tidak diberikan 1MDB kepada PAC) kita tak tahulah," katanya ketika menjawab pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.
Semalam, Seng Giaw berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipertanggungjawabkan di atas skandal sekitar 1MDB.
Kenyataan itu bertentangan dengan pendirian rakan separti dan juga anggota PAC, Tony Pua yang berkata Najib boleh dipersalahkan diatas salahlaku atau salahurus yang berlaku dalam syarikat itu.
Seng Giaw pula berpendapat pengurusan 1MDB yang perlu dipertanggungjawabkan untuk masalah yang berlaku dalam 1MDB.
Tony Pua dalam sidang media sama hari ini turut mempersoal tindakan 1MDB yang tidak memberikan dokumen lengkap kepada pihaknya.
"Seperti yang saya sebutkan dalam kenyataan saya sebelum ini, masih banyak dokumen yang tidak diserahkan kepada kami (PAC). Kenapa tidak bagi?
"Adakah kerana dokumen-dokumen berkenaan ada kaitan dengan Najib?" soalnya lagi.

Sultan Johor cadang skop tanggungjawab JMF diperluas

Posted: 08 Apr 2016 01:18 AM PDT


Sultan Johor Sultan Ibrahim mencadangkan agar skop tanggungjawab pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) diperluas agar dapat memberi khidmat menyeluruh kepada masyarakat di negeri itu.
Menurut baginda, tanggungjawab pasukan JMF itu boleh diperluas bukan sekadar menjaga kawasan Istana semata-mata tetapi juga boleh diberi tanggungjawab mengawal semua kawasan pentadbiran kerajaan negeri seperti di Kota Iskandar dan semua pejabat-pejabat daerah.
"Bukankah lebih baik jika kita letakkan tanggungjawab menjaga keselamatan kawasan kita kepada anggota keselamatan kita sendiri berbanding syarikat swasta yang menggajikan pekerja asing? Saya harap (Datuk Seri) Menteri Besar (Mohamed Khaled Nordin) dapat menilai perkara ini," titah baginda di majlis perasmian kem baru pasukan JMF di Johor Bahru hari ini.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail dan Tunku Temenggong Johor Tunku Idris.
Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada pemimpin kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri masa kini yang telah memberikan perhatian yang lebih kepada pasukan JMF dengan meluluskan penambahan anggota dan skim gaji yang sewajarnya.
"Saya menyeru agar kerajaan (negeri) supaya terus membantu pasukan JMF ini dalam usaha untuk memperkemas organisasi dan urusan pentadbirannya serta menambah lagi bilangan anggota agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada negeri dan masyarakat.
Read More / Baca Lagi >>

Shukur : “Yang kutuk saya itulah dalang nak jatuhkan MB Johor”

Posted: 08 Apr 2016 01:18 AM PDT

Shukur Mohamad mengaku pendedahannya kerana sayang dan mahu mempertahankan Khaled Nordin daripada dijatuhkan.
Mohamed-Khaled-Nordin_johor_600
PETALING JAYA: "Orang yang kutuk saya itulah dalang yang mahu menjatuhkan Khaled Nordin," kata Shukur Mohamad yang sebelum ini mendedahkan kononnya wujud gerakan menggulingkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin.
Masih enggan mendedahkan siapa timbalan menteri dari Johor yang mengetuai gerakan itu, Shukur berkata, pendedahan hanya akan dibuat jika dia diheret ke mahkamah.
Katanya, dia tidak hairan apabila pemimpin UMNO Johor mempersendakan pendedahan itu kerana perbuatan itu pernah berlaku sebelum ini.
"Dulu saya pernah cakap Datuk Seri Mukhriz Mahathir bakal dibuang dari Menteri Besar Kedah, orang gelakkan dan persendakan saya dan akhirnya benda ini berlaku," katanya kepada FMT.
Shukur, anak kepada Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Abdul Aziz mengaku dia mendedahkan gerakan itu kerana mahu Khaled kekal Menteri Besar.
Tambahnya, beliau tidak dipengaruhi sesiapa atau dibayar untuk mencetuskan kontroversi.
"Saya sayang Menteri Besar (Mohamed Khaled), takkan saya nak sabotaj Menteri Besar saya," jelasnya.
Shukur, dalam dakwaannya mendedahkan, seorang timbalan menteri mengepalai kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak untuk menukar menteri besar kerana Khaled didakwa gagal mengawal UMNO Johor.
Sesetengah pemimpin UMNO Johor bagaimanapun bangkit menafikan dakwaan Shukur itu, dengan berkata mustahil seorang ahli Parlimen boleh menjadi menteri besar.
Mereka juga menganggap Shukur sengaja mencari publisiti murahan, dan dakwaan Shukur itu cubaan untuk melaga-lagakan UMNO Johor.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Selangor ke Sarawak bantu kempen PAS, KEADILAN..!!

Posted: 08 Apr 2016 01:16 AM PDT

khairuddin othmanSHAH ALAM, 8 APR: PAS Selangor sudah mula menghantar petugas jentera pilihan raya ke Sarawak bagi membantu kempen parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.
Setiusaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman, berkata selain menumpukan di 11 kawasan bakal ditandingi PAS, pasukan jentera itu turut berkempen di kawasan ditandingi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).
"PAS Selangor dah ke Sarawak sejak beberapa bulan lalu dan pada masa ini kita hantar seramai 30 orang pada satu masa secara bergilir-gilir.
"Kita akan menambah jumlah anggota mengikut keperluan selepas Dewan Negeri Sarawak dibubarkan.
"Selain berkempen di kawasan ditandingi PAS, kami juga membantu di kawasan ditandingi rakan kita dari KEADILAN," katanya kepada SelangorKini.
Jelasnya, antara mesej penting dibawa termasuklah pencapaian Kerajaan Selangor khususnya melibatkan usaha membantu rakyat dalam pelbagai program di bawah skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
"Selangor sendiri adalah model terbaik untuk rakyat Sarawak jadikan contoh bagaimana sebuah kerajaan bersungguh-sungguh bantu rakyatnya," katanya lagi.

Comments (0)