Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:13 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Laporan PAC tidak lengkap, tidak dijelaskan secara perinci- PERKASA

Posted: 07 Apr 2016 09:09 PM PDT

Pelaburan di Cayman Island yang dikatakan telah dibawa balik, ada yang mengatakan disimpan di Singapura namun dinafikan oleh bank di Singapura, jadi, di manakah ia?
Azrul-Akmal_pac_parliment_600
PETALING JAYA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mempersoal laporan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentang di Parlimen semalam ekoran masih banyak perkara yang gagal dijelaskan selain tidak dinyatakan secara perinci.
Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salah Guna Kuasa PERKASA, Azrul Akmal Saharudin berkata, laporan itu tidak lengkap memandangkan wujud persoalan-persoalan yang tak berjawab dan diakui sendiri oleh anggota PAC yang terlibat.
"Kita masih tidak mendapat maklumat daripada 1MDB berkenaan status syarikat Aabar Ltd sama ada ia merupakan anak syarikat kepada International Petroleum Investment Corp (IPIC) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi). Bagaimana pula dengan laporan yang mengatakan 1MDB telah membayar RM4.24 bilion kepada Aabar Ltd sebagai dposit sekuriti tanpa kelulusan lembaga pengarahnya?
"Laporan PAC juga tidak menyatakan dengan terperinci dakwaan media asing berhubung kaitan yang mungkin dari segi aliran tunai daripada 1MDB dengan pembiayaan filem Wolf of Wall Street serta penggunaan khidmat Jho Low di Amerika Syarikat kononnya untuk membeli aset-aset tertentu sebelum ini," katanya menerusi satu kenyataan media kepada FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi mohon dibicarakan kes dokumen sulit

Posted: 07 Apr 2016 09:04 PM PDT


 Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap dua pertuduhan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Rafizi didakwa mendedahkan dokumen sulit kerajaan pada 24 dan 24 di parlimen yang mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan mengarahkan dokumen itu dibekalkan kepada mahkamah pada 14 April. Pengurusan kes itu ditetapkan pada 29 April.
Rafizi dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah penuh ketika pertuduhan terhadap Rafizi dibuat hari ini.
Beliau selepas itu dibawa ke mahkamah Majistret pula untuk berdepan dua lagi pertuduhan bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan atas tuduhan fitnah jenayah.

Ada Kes: PAC Arah Siasat 1MDB

Posted: 07 Apr 2016 08:30 PM PDT

Oleh A Kadir Jasin
ADA kes terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Itulah yang boleh disimpulkan daripada laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ini terbukti apabila badan Parlimen itu meminta pihak agensi penguat kuasa menyiasat bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, (Datuk) Shahrol Azral Ibrahim
Menurut laporan Bernama, PAC juga mahu siasatan dijalankan ke atas anggota pengurusan lain, termasuk Lembaga Pengarah atas "kelemahan-kelemahan pengurusan syarikat itu."
  
Ia turut mencadangkan agar Lembaga Penasihat 1MDB dimansuhkan bersama artikel 117 di dalam memorandum dan artikel persatuan syarikat.
Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan oleh Perdana Menteri, (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone), Mohd Najib Abdul Razak.

PAC mendapati, terdapat kelemahan dan kekangan-kekangan dalam 1MDB dan pihak pengurusannya perlu mengambil tanggungjawab atas kelemahan itu.

Arahan PAC agar agensi penguat kuasa menyiasat 1MBD adalah penting kerana agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Bank Negara, Polis Diraja Malaysia, Ketua Juruaudit Negara dan Pejabat Peguam Negara telah pun menjalankan penyiasatan, sama ada secara bersendirian atau berkumpulan, sebelum dibubarkan dan diarah berhenti pada pertengahan tahun lalu.

Malah Bank Negara telah dua kali mengemukakan perakuan agar 1MDB dituduh di mahkamah kerana melanggar peraturan pemindahan wang tetapi ditolak oleh Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali atas alasan tidak ada kes.

Laporan PAC itu memutuskan yang "segala rujukan kepada YAB Perdana Menteri" perlu ditukar kepada Menteri Kewangan, selaras dengan peruntukan bahawa 1MDB adalah kepunyaan Menteri Kewangan Diperbadankan (KMD).

Selain Perdana Menteri, Mohd Najib juga memegang jawatan Menteri Kewangan.

Laporan lengkap PAC boleh diperoleh menerusi laman web Parlimen www.parlimen.gov.my.

Read More / Baca Lagi >>

Raja-raja Melayu bijaksana nilai kemelut negara

Posted: 07 Apr 2016 08:04 PM PDT

Semua pihak diminta supaya tidak memperkecilkan keupayaan serta kesungguhan pihak Raja-raja Melayu mendalami masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara hari ini.
Raja-Bahrin-Shah_raja-raja_600_2
Oleh Raja Bahrin Shah
Tentang gesaan pihak yang meminta supaya "jangan heret Istana jatuhkan Najib", saya ingin memohon pihak tersebut mengkaji Kenyataan rasmi dari dua Mesyuarat Raja Raja Melayu terakhir.
Raja-raja Melayu memang sudah prihatin kemelut yang menyelubungi negara hari ini. Mesyuarat Raja-raja pada Oktober 2015 telah meminta Kerajaan Najib menyelesailan masalah "1 MDB".
Mesyuarat pada Februari 2016 pula meminta kerajaan Najib menghalusi undang undang "Majlis Keselamatan Negara" yang menyentuh kuasa Yang di-Pertuan Agong. Siapakah kita untuk melarang Raja -raja Melayu dari membela hak rakyat kerana Raja-raja adalah payung rakyat berlindung !.Negara menghadapi masalah yang amat besar hari ini dan tiada pihak yang bertangung jawab patut hanya berpeluk tubuh.
Saya ingin memohon semua pihak supaya tidak memperkecilkan keupayaan serta kesungguhan pihak Raja-raja Melayu mendalami masalah yang dihadapi oleh rakyat dan negara hari ini. Keprihatinan Raja-raja kita tentang kemelut negara hari ini kita patut diakui dan jangan dinafikan.
Zaman di mana memanda serta pembesar negara serta negeri hanya menyampaikan berita baik sementara keperitan rakyat dihalang daripada sampai kepada Raja-raja makin berlalu. Politik berhalangan oleh pembesar Istana makin kurang berkesan dengan pengaruh besar langit terbuka-internet yang membolehkan jalinan terus derita masalah rakyat disampaikan tanpa perantaraan kepada Raja-raja.
Anakanda Raja-raja yang mempunyai pendidikan lebih tinggi hari ini juga mempunyai peranan penting sebaran maklumat yang tepat secara terus kepada Istana.
Oleh itu, saya mohon semua pihak berkenaan jangan menyalahkan pembangkang semata-mata atas kesedaran yang kebih luas dan mendalam pihak Istana akan kemelut yang melanda negara hari ini. Ini adalah era kesedaran sihat pihak Istana di zaman langit terbuka.
Kalau benar inginkan Istana dan Raja-raja dihormati sebagai sepatutnya, sila "nasihati" kerajaan hari ini mengambil berat serta ambil kira pandangan Majlis Raja-raja pada bulan Oktober 2015 tentang isu "1 MDB" dan pada Februari 2016 tentang "MKN- Majlis Keselamatan Negara".
Read More / Baca Lagi >>

Guling MB Johor: Anak sokong Khaled

Posted: 07 Apr 2016 07:57 PM PDT

Akmal Saufi Mohamed Khaled berkata, Johor mempunyai masa depan cerah, tetapi ketika menuju ke arah itu, ada yang ingin 'menumpang cerita'
Khaled-Nordin2
PETALING JAYA: Anak Menteri Besar Johor menggesa Bangsa Johor supaya bersatu demi bapanya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, susulan dakwaan wujud gerakan menggulingkannya sejak kelmarin.
Akmal Saufi Mohamed Khaled melalui akaun Facebooknya menyatakan, Johor mempunyai masa depan cerah, tetapi ketika menuju ke arah itu, ada yang ingin 'menumpang cerita'.
"Yang menguatkan kita bukan pada wang, gelaran atau darjat, tapi pada muafakat kita mencapai yang dicita.
"Bulatkan dan besarkan hati kita. Kita Bangsa Johor. Kita tunjukkan apa itu maksudnya menjadi Bangsa Johor," demikian catatannya di Facebook beliau, pada petang kelmarin.
Selasa lalu, anak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang juga ahli UMNO, Shukur Mohamad mendakwa wujud gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled yang diketuai seorang timbalan menteri daripada kumpulan penyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan menteri itu dikatakan bakal menjadi Menteri Besar Johor yang baru, jika gerakan yang dikatakan bertujuan mengawal UMNO Johor supaya tidak menentang kepimpinan Najib, berjaya.
Timbalan menteri itu juga didakwa menawarkan RM1 juta kepada mana-mana individu yang mampu mempengaruhi 20 cawangan UMNO di Bahagian Pagoh untuk menolak kepimpinan ketua bahagian itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Shukur turut mendakwa mempunyai bukti dan sedia diheret ke mahkamah atau Lembaga Disiplin UMNO, jika dakwaannya tidak benar.

PRN Sarawak: DHPP Terengganu bagi tumpuan calon bukan Islam

Posted: 07 Apr 2016 07:44 PM PDT



Dr B Chandran
KUALA TERENGGANU – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu akan memberi sokongan kepada calon bukan Islam yang diketengahkan Pas sepanjang kempen PRN Sarawak ke-11.
Pengerusinya, Dr B Chandran berkata, tindakan Pas menurunkan calon bukan Islam bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada sayap parti itu tetapi benar-benar menunjukkan pendekatan selari dengan slogan 'Pas For All' atau Pas untuk semua.
Menurutnya, ia juga menunjukkan bahawa Pas menyerahkan peranan yang pernah diambil oleh DAP ketika menjalinkan kerjasama dengan Pas sebelum ini.
"Pas telah mengotakan janjinya dan calon bukan Islam diberi peluang untuk sokong Pas dalam usaha tegakkan Islam.
"Sebelum ini DAP banyak calon-calon bukan Islam dan kita menggantikan tempat DAP. Ini juga akan memberi ruang kepada kita untuk menunjukkan kelebihan Pas yang mempunyai pentadbiran berasaskan agama. Itu kelebihan kita," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Pas sebelum ini mengesahkan bahawa pihaknya buat julung kalinya meletakkan seorang calon bukan Islam daripada 11 calon Pas yang akan bertanding pada PRN Sarawak ke-11.
Clement Bayang, 59, yang juga Ketua DHPP Sarawak berbangsa Iban merupakan calon bukan Islam diketengahkan Pas di Dun Kakus.
Read More / Baca Lagi >>

Fattah: Adun Pas terikat dengan Baiah

Posted: 07 Apr 2016 07:30 PM PDT

KOTA BHARU - Dakwaan mengatakan terdapat 10 wakil rakyat Pas yang akan keluar parti sekiranya Adun Salor Datuk Husam Musa dipecat dari Pas adalah tidak lebih daripada ugutan sia-sia.
Bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan, Abdul Fattah Haron berkata, semua wakil rakyat Kelantan yang ada merupakan mereka yang matang dan jitu dalam politik selain mempunyai pegangan yang kuat.
Pas Katanya, propaganda dan perang saraf yang dilakukan oleh pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Wan Rahim Abdullah akhir-akhir ini sudah tidak lagi menyengat  kerana ia diselaputi dengan rasa kecewa, cemburu dan dengki dengan kedudukan Pas Kelantan.
"Makin banyak pemimpin Amanah menyerang parti dan kerajaan Kelantan, makin ramai yang bersimpati dengan parti dan kerajaan Kelantan, pemimpin Amanah yang menyerang perkara-perkara yang tidak munasabah dan tidak masuk akal oleh rakyat Kelantan sehingga menjadikan setiap patah yang dikeluarkan pemimpin Amanah ditolak oleh rakyat,"katanya kepada Sinar Harian semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Wan Rahim yang mendakwa sekiranya Husam dipecat, 10 Adun akan bertindak keluar parti dan menyertai Amanah.
Fattah yang juga Yang Dipertua Pas Rantau Panjang berkata, Wan Rahim sudah pasti sedar bahawa  setiap wakil rakyat Pas mempunyai semangat wala yang tinggi selain terikat dengan  Baiah yang dilafazkan.
"‎Sebab itu Husam tidak mahu keluar parti dengan secara sukarela walaupun tingkah lakunya seolah-olah sengaja memberi ruang kepada Pas untuk bertindak membuangnya.
"Sikap matang AJK Disiplin bertindak dengan melambatkan-lambat pengumuman tindakan terhadap Husam itu adalah satu tindakan yang matang dan bijak sehingga menyebabkan Husam dan Wan Rahim sendiri serba salah dan tertekan," kata bekas Adun Bukit Tuku itu.

Skandal 1MDB: Najib diminta tidak layan tuduhan

Posted: 07 Apr 2016 06:01 PM PDT

Veteran UMNO menasihatkan Perdana Menteri mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menuduhnya menyeleweng dana 1MDB.
Datuk Mustapha Yaakub
KUALA LUMPUR : Veteran UMNO (Veteran) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tidak lagi melayan sebarang‎ tuduhan yang mengaitkan beliau dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, laporan yang dibentang Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di Parlimen semalam, jelas mendapati Perdana Menteri tidak terlibat dalam isu membabitkan syarikat berkenaan, termasuk dakwaan bertanggungjawab dengan kehilangan wang RM42 bilion dan tuduhan menggunakan wang 1MDB untuk tujuan peribadi.
Mustapha berkata, pihaknya sememangnya menunggu laporan dan pengesahan PAC yang diketuai Datuk Hassan Arifin itu.
"Veteran yakin, laporan PAC yang keanggotaannya terdiri dari wakil-wakil kerajaan BN dan pembangkang adalah telus dan tidak boleh dibeli atau disogok.
Oleh itu, tidak ada sebab keputusan itu harus dipersoalkan oleh mana-mana pihak yang rasional, kecuali mereka yang tidak mahu mengalah dan mahu menegak benang basah serta berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Auditor-General confirms 1MDB classified under OSA

Posted: 07 Apr 2016 05:58 PM PDT

Debate on PAC report on 1MDB will begin when Dewan Rakyat meets on May 16.
Ambrin Buang
PETALING JAYA: Auditor-General Ambrin Buang has confirmed that the federal audit report on 1Malaysia Development Berhad (1MDB) was still classified, Malay Mail Online reported.
It reported that there had been confusion over the matter as the investigation by the Public Accounts Committee on 1MDB was released in Parliament Thursday.
"Yes," Ambrin told Malay Mail Online when asked whether the Auditor-General's findings on the firm were still classified under the Official Secrets Act (OSA).
He did not say when or if the report would be declassified, or why it was not released along with the PAC report on 1MDB.
Opposition lawmakers had insisted that the Auditor-General's findings should be included for debate on PAC's report.
The PAC report blamed the 1MDB board of directors and management for the fund amassing debts of RM42 billion in just five years.
PAC chairman Hasan Arifin is only expected to take questions on the report in the next parliamentary session.
Speaker Pandikar Amin Mulia said MPs can debate on the PAC's 1MDB Governance Management Control Report in the coming Dewan Rakyat meeting from May 16.

Speaker Dewan Rakyat enggan campur tangan penahanan Rafizi

Posted: 07 Apr 2016 05:56 PM PDT


Pandikar Amin MuliaPandikar Amin Mulia
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata Majlis Parlimen tidak boleh mencampuri urusan penahanan anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli kerana kuasa polis untuk mengambil tindakan itu diperuntukkan di bawah undang-undang yang digubal Parlimen.
Beliau berkata penahanan Rafizi adalah di bawah bidang kuasa polis iaitu mengikut Seksyen 18 Akta Rahsia Rasmi 1972.
Pandikar Amin menyatakan demikian dalam notis bertulis yang diedarkan di Dewan Rakyat di sini, semalam.
Rafizi, yang juga Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), ditahan kira-kira 6.20 petang Selasa lepas sejurus keluar dari bangunan Parlimen bagi membantu siasatan berhubung pendedahan dokumen rasmi dan dakwaannya terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Beberapa anggota Parlimen pembangkang semalam mempertikaikan penahanan Rafizi yang mereka dakwa tidak menghormati institusi Parlimen kerana berlaku ketika Dewan Rakyat sedang bersidang dan mahu Yang Dipertua Dewan Rakyat campur tangan berhubung penahanan itu.
Seksyen 8 Akta itu menyebut "Jika seseorang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau secara munasabah disyaki telah melakukan, atau cuba melakukan, atau akan melakukan, kesalahan itu, dia boleh ditahan tanpa waran tangkap".
Pandikar Amin berkata Rafizi difahamkan ditahan polis apabila beliau keluar dari pintu utama Parlimen dan penahanan itu bagi maksud menjalankan siasatan terhadapnya bagi mengenal pasti pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi.
"Sebagaimana Ahli-Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa secara eksklusif untuk mentadbir perjalanan dan pengurusan Dewan Rakyat.
"Ini termasuklah hal-hal keselamatan ahli-ahli Parlimen dan mana-mana orang yang berada di dalam Parlimen dan kawasan sekitarnya dan perjalanan kuasa dan perlindungan yang diberikan kepada ahli Parlimen berserta keistimewaan di bawah undang-undang yang terpakai," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Amanah tak terlintas nak kata Pas khadam Najib’ – Wan Rahim

Posted: 07 Apr 2016 05:55 PM PDT

Rakyat Malaysia tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu khadam DAP.
"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.
'Amanah tak terlintas nak kata Pas khadam Najib' - Wan RahimTuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.
"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang," katanya.
Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.
"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) dipihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.
Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.
"Sebut perkataan "dedak" rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.
Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah Khadam DAP.

Skandal 1MDB: Tindakan Undang-Undang Wajib Diambil Terhadap Lembaga Pengarah 1MDB & Penguatkuasaan Perlindungan Pendedah Maklumat

Posted: 07 Apr 2016 05:47 PM PDT

Setelah pelbagai ragam kelewatan dan penangguhan pembentangan laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) disaji kepada rakyat; akhirnya laporan siasatan 1MDB dibentangkan di Parlimen dan jelas memperlihatkan tatakelola buruk pengurusan Lembaga Pengarah 1MDB[1].
Panel jawatankuasa tersebut menyatakan ahli lembaga 1MDB seharusnya bertanggungjawab kerana keputusan pihak pengurusan yang menyebabkan kerugian terkumpul dan lambakan hutang sebanyak RM 42 Billion dalam tempoh 5 tahun operasi.
Dalam tempoh ini, mereka yang lantang mengkritik serta mendedahkan maklumat termasuklah mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ; dan Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengabsahkan laporan akhir Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara setebal 160 muka surat.
Bahkan,  pendedahan laporan PAC menjerut leher pimpinan UMNO yang pernah menggelar projek 1MDB ini sebagai lubuk emas negara (the golden geese).
Rakyat Malaysia, menerusi jaminan daripada kerajaan, menanggung risiko  hutang sebanyak RM 20.3 billion akibat salah urus tadbir pengurusan 1MDB.
Mereka yang tersenarai dalam barisan terutama yang seharusnya dipertanggungjawabkan adalah Ahli-ahli lembaga pengarah termasuklah mantan pengarah eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Bahkan, perlu ditegaskan  dengan peringatan bahawa keputusan meletakkan jawatan tidak bermakna bahawa barisan lembaga pengarah bebas daripada tanggungjawab akibat keputusan yang telah mereka ambil membabitkan wang rakyat serta aset negara.
Kedua, laporan akhir ini mengesahkan kebimbangan dan persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak tahun 2011 lagi yang mempersoalkan berkenaan kewangan 1MDB disusuli dengan pendedahan oleh Setiausaha Agung KEADILAN. Hal ini wajar dijadikan asas untuk Peguam Negara mengusulkan agar mereka yang mendedahkan maklumat; termasuklah dokumen dicop rahsia yang acapkali digunapakai untuk menyembunyikan perjanjian yang merugikan rakyat, dilindungi.
Read More / Baca Lagi >>

Janganlah gemparkan Kelantan dengan kisah Adun lompat

Posted: 07 Apr 2016 05:37 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sudah lama saya dengar dan dihebuhkan kononnya ada beberapa orang Adun daripada Pas di Kelantan bersedia untuk tidak bersama parti mereka. Mereka dikatakan akan meninggalkan parti. Angkanya pula bervariasi ada, kata tujuh (7) orang ada kata sembilan (9) dan paling ramai sekali 10 orang. Mereka ini, kalau bertindak meninggalkan Pas menyebabkan kerajaan Pas Kelantan boleh jatuh "berdebak".

Kedudukan Pas kini 32 kerusi dicampur dengan PKR satu, jadi 33. Jika ditolak Umno 12 kerusi tinggal 21. Dengan jumlah itu ia boleh menyebabkan kerajaan Pas Kelantan tumbang, jika benar 10 Adun berpaling tadah tadi bergabung dengan Umno kerana Pas tidak lagi mendapat majoriti di Dun Kelantan.

Kalau yang 10 itu bergabung dengan Umno 12, ia menjadi 22 kerusi. Angka ini akan menjadi selesa kalau wakil tunggal PKR ikut sama bergabung, menjadikan 32 orang.

Jumlah ini sama banyak dengan kerusi yang diperolehi Pas pada pilihan raya 2008 semasa Nik Abdul Aziz Nik Mat meimpin Pas Kelantan. Kerana kedudukan itu boleh mengubah senario politik di Kelantan lah, maka desas desus kononnya ada wakil rakyat Pas hendak lari itu menjadi kecoh dan menjadi topik bualan kedai kopi popular di Kelantan. Tetapi praktikalnya tidak semudah teori yang diutarakan. 

Berdasarkan senario tadilah sebulan lepas ada seorang yang nakal bercakap dengan saya memberi cadangan agar wakil rakyat Pas yang dikatakan hendak lari itu agar berpakat dengan Umno. Kalau mereka berpakat dengan Umno, kerajaan pimpinan Ahmad Yakob dan Mohd Amar Nik Abdullah hari ini akan tumbang?

Orang mencadangkan itu sekiranya ia menjadi kenyataan mahukan Husam Musa jadi MB Kelantan. Baginya hanya Husam sesuai menjadi MB Kelantan dan dapat melakukan perubahan di Kelantan. Dia sendiri sanggup berunding dengan Umno atas kapasitinya yang baik dan intim dengan pemimpin Umno.

Saya tidak berminat dengan cadangan itu bukan sahaja ia tidak pratikal, tetapi bukan satu aksi politik yang tidak jantan dan bermaruah. Husam juga saya rasa tidak setuju, kalau hendak jadi MB sampai kena bergabung dengan Umno. Sudah lama dia menentang Umno tiba-tiba hendak bergabung? Nanti beliau juga akan dianggap seperti Mohd Amar dan Haji Hadi.

Berkata lagi orang yang mencadangkan itu, semua itu adalah atas kepentingan rakyat Kelantan. Demi itu pun saya tetap berbeza pendapat dalam soal ini. Kalau benar untuk kepentingan rakyat Kelantan semua pihak kena bersikap pro. Sesiapa yang diberi mandat oleh rakyat hendaklah disokong tanpa apa-apa "ogehan", lainlah kalau kerajaan itu mendatangkan kerosakan teruk kepada negara bangsa. Berlaku kemungkaran dan kezaliman melampau.

Hari ini Pas diberi kuasa, maka semua orang kena sokong Pas termasuk Umno, Husam dan juga yang dikatakan sembilan orang itu perlu utuh sokong Pas. Cara ini lebih "albab" bagi saya daripada kita cuba mengambil kesempatan dan menganggu proses kerajaan melaksanakan mandat diberikan rakyat lima tahun sekali.

Berbalik kepada desas desus mengenai ada Adun Pas hendak tinggalkan Pas itu, saya hendak tanya untuk apa kalau mereka berbuat demikian? Kononnya mereka tidak senang dengan perkembangan Pas di Kelantan hari ini, cara Mohd Amar menguasai parti dan menguruskan Kerajaan menjadi puncanya.

Kalau benar begitu (saya tidak percaya), soalnya, ke mana mereka hendak pergi? Pas Kelantan tidak pun mengusik mereka, jadi untuk apa mereka hendak tinggalkan harakah mereka? Takkan hendak main lompat katak-katak di musim panas ini. Mereka bukan species Salentia. Jadi kepada saya desas desus itu hanya gimik semata-mata. Ia sebagai satu modal oleh orang yang kering modal bagi memulakan perniagaan. Pas Kelantan khasnya Ahmad Yakob tidak perlu gusar.

Sehingga kini pun tidak ada mana-mana Adun Pas, termasuk mereka yang dikaitkan dengan Husam yang melanggar peraturan atau Pekeliling yang dikeluarkan. Kalau pun ada hanya seorang sahaja Husam. Itu pun subjektif. Semuanya akur dan patut. Program besar parti semua hadir. 

Ada juga spekulasi kononnya kalau Husam dipecat daripada Pas mereka akan keluar parti. Kenapa harus dikaitkan dengan Husam? Apakah mereka yang digolongkan hendak tinggalkan Pas itu adalah orang-orang Husam? Bila pula Husam ada mempunyai orang-orangnya? Husam tidak pernah membina dan membentuk klik di Kelantan. Husam hidup secara bersendirian. 

Kalaulah mereka orang Husam, pembelaan kepada Husam bukan menunggu Husam dibuang daripada Pas. Mereka harus membela hari ini lagi, tidak tunggu sampai kalau Husam dibakar ia menjadi hangus. Sesuatu yang sudah menjadi arang tidak ada apa-apa guna lagi.

Sehingga ini tidak ada apa-apa komentar pun daripada Adun-Adun yang kata menyokong Husam itu. Itulah saya katakan cerita yang dihebuhkan itu tidak ada. Hanya mereka dijadikan cerita untuk menggemparkan politik Kelantan sahaja dan dalam masa sama cuba menjauh dan menimbulkan masalah kepada Husam dengan Pas. Kenapa begitu? Sepatutnya berusaha merapat dan memadukan semula Husam dengan Pas.

Cadangan yang dikemukakan oleh Adun Pulai Chndong Zulkifli Mamat semasa berucap dalam Dun Kelantan baru-baru ini sesuatu yang bagus. Beliau cadangkan pihak kerajaan (MB dan TMB dan Exco) mengadakan perjumpaan dengan kesemua wakil rakyat Pas. Dalam perjumpaan itu dibincangkan segala masalah berbangkit. Tujuannya agar apa-apa masalah bersabit kerajaan dikemukakan langsung kepada kerajaan dan bukannya bercakap di luar.

Bagi saya cadangan itu sesuatu yang perlu disegerakan dan perlu disambut semua pihak.

Kesimpulannya pada firasat saya, Adun yang disebut-sebut itu tidak akan meninggalkan Pas, mereka akan tetap bersama Pas sampai ke akhirnya. Mereka juga tidak akan cuba memperolok-olokkan parti mereka, semisalnya mereka memberi kata dua, sekiranya mereka tidak dicalonkan mereka akan tinggal parti. Kita masih percaya kepada mereka sebagai ahli Pas yang ada tersisa akidah dan hormat. 

Dan juga tidak tersaul dek akal macam mana mereka sanggup meninggalkan Pas sedangkan orang yang dikatakan "bos" mereka masih bersama Pas. Husam masih Pas dan tidak pun diambil apa-apa tindakan. Bahkan Pas Kelantan sendiri tidak ada masalah dengan Husam kecuali seorang dua yang baru kenal alif, ba, tha politik, sangat peringus dengan Husam. Tetek begik begitu biasalah.

Jadi cerita-cerita lompat melompat ini bertujuan untuk menggemparkan keadaan sahaja. Ia langsung tidak berasas. Hentikanlah. Cuba kita bermain politik dengan penuh "albab", kerana apa yang kita paparkan akan menjadi ikutan dan cakap dikemudian hari.

Umno boleh buat Mara terkubur

Posted: 07 Apr 2016 05:26 PM PDT


Syed Ibrahim Syed NohSyed Ibrahim Syed Noh
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan terus wujud selagi Umno kekal berkuasa dan akan terkubur jika parti itu tidak lagi memegang tampuk kuasa adalah kenyataan terdesak untuk meraih sokongan orang Melayu.
Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Umno masih terperangkap dalam strategi lama menakut-nakutkan orang Melayu dan menuduh pihak lain mengkhianati Melayu sambil mendakwa parti itu satu-satunya institusi yang melindungi Melayu.

"Apakah dakwaan Datuk Seri Najib itu benar? Benarkah Mara dan Melayu Bumiputera akan terkubur tanpa Umno?

"Sebenarnya tiada sesiapa pun sama ada pembangkang atau pihak lain mahu menguburkan Mara atau Melayu. Tiada sesiapa yang merancang menutup Mara," ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Sebaliknya Syed Ibrahim menegaskan, Mara perlu dipulihkan bagi memenuhi matlamat sebenar dengan dasar dan polisi yang adil dan telus bagi membantu rakyat khususnya Bumiputera yang benar-benar memerlukan dalam memenuhi objektif Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara 153 memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
"Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan perlu mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan," jelas beliau.

Syed Ibrahim menambah, Perjanjian Pakatan Harapan di bawah 'Fasal 4: Dasar-dasar Bersama' dengan jelas menyebutkan ketiga-tiga parti (PKR, DAP dan Amanah) bermuafakat dalam melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Laporan Ketua Audit Negara masih OSA mengecewakan

Posted: 07 Apr 2016 05:24 PM PDT

Ketiadaan Laporan Ketua Audit Negara dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap Kawalan Pengurusan Tadbir Urus Syarikat 1MDB nyata mengecewakan.
Azmin AliAhli Parlimen Gombak, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata laporan tidak lengkap menyukarkan Ahli Parlimen untuk membahaskannya, tambahan ia tidak dimasukan dalam aturan mesyuarat pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Lebih mengecewakan katanya, terdapat dokumen yang masih diletakan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"Satu laporan tidak lengkap kerana Laporan Ketua Audit Negara tidak dimuatkan dan masih lagi dikategorikan sebagai OSA dan bagaimana kita hendak membahaskan penemuan PAC kalau laporan tidak lengkap.
"Kita rasa kecewa kerana perkara ini tidak dibentangkan hari ini yang juga hari terakhir (persidangan).
"Kalau Kita tengok oder paper (kertas aturan mesyuarat) tiada ruang kita membahaskan (penemuan) PAC," katanya di lobi Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan hasil Laporan PAC terhadap 1MDB yang dikeluarkan hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, tindakan itu tidak demokratik di saat Parlimen ingin melakukan reformasi.
"Ini satu perkara tidak demokratik dan bagaimana hendak melakukan reformasi Parlimen kalau prosedur asas tidak dihormati dan Ahli Parlimen tiada ruang untuk membahaskan laporan PAC," katanya.
Terdahulu, laporan PAC merumuskan struktur pembiayaan modal serta prestasi kewangan 1MDB kurang memuaskan.

MESKIPUN SELEPAS LAPORAN PAC, KEMELUT 1MDB BELUM LAGI BERAKHIR

Posted: 07 Apr 2016 05:23 PM PDT

Walaupun Najib Razak mengatakan Laporan PAC mengenai 1MDB yang dibentangkan di Parlimen membuktikan wang RM42 bilion tidak hilang seperti didakwa Tun Mahathir dan Zahid Hamidi pula menyifatkan laporan itu telah membuktikan tiada "tangan ghaib"  dalam mendapat keuntungan daripada syarikat pelaburan itu, beberapa persoalan tetap memerlukan jawapannya.

Begitu juga, masih terlalu awal untuk membenarkan kenyataan Azalina Othman Said yang pantas mengampu dengan menyebut Laporan PAC menunjukkan tiada salah laku jenayah dalam 1MDB sebagaimana didakwa banyak pihak sebelum ini.

Antara persoalan yang perlu difikirkan ialah:- 

- bayaran AS$1.4 bilion atau RM5.5 bilion kepada Aabar Investments PJS Limited sebagai deposit sekuriti tanpa kebenaran Lembaga Pengarah 1MDB.

Sehingga ini 1MDB juga masih belum mengemukakan pengesahan sama ada anak syarikat International Petroleum Investment Corp atau IPIC itu ialah Aabar Investments PJS Limited (British Virgin Island) atau Aabar Investment PJS (Abu Dhabi).

Meskipun 1MDB mengemukakan sijil yang dikeluarkan Offshore Incorporations Limited untuk membuktikan Aabar Investments PJS Limited adalah anak syarikat IPIC, namun Jabatan Audit Negara mendapati syarikat itu tidak tersenarai dalam kumpulan IPIC berdasarkan penyata kewangannya pada 2013 dan 2014.

Jadi, apa misteri Aabar Investments PJS Limited itu? Syarikat apa dan kepunyaan siapakah ia?

Jika Lembaga Pengarah tidak meluluskannya, siapa pula yang pandai-pandai membuat bayaran tersebut?

Bolehkah dipercayai pengurusan kanan begitu berani meluluskan bayaran sebesar itu atau adakah pihak lain yang telah memberi kebenaran dalam gelap kepada pengurusan kanannya untuk berbuat demikian?

- bayaran sebanyak AS$700 juta atau RM2.72 bilion kepada Good Star Limited, sebuah syarikat yang tiada kaitan dengan Petro Saudi yang menjalinkan kerjasama dengan 1MDB, juga tanpa kebenaran Lembaga Pengarahnya. 

Good Star dipercayai ada kaitan dengan Jho Low.

Oleh kerana tiada kebenaran Lembaga Pengarah, siapa yang meluluskan pembayaran itu dan mungkinkan pihak pengurusan juga begitu berani membuat keputusan sendiri mengenainya?

- dalam tempoh empat tahun, dua firma audit iaitu Ernst & Young dan KPMG telah ditamatkan perkhidmatannya oleh 1MDB kerana dikatakan sering mendesak dokumen-dokumen penting dan bertanya terlalu banyak soalan.
Read More / Baca Lagi >>

Penyelia kewangan Switzerland: 1MDB, Petrobras kes 'jelas rasuah'

Posted: 07 Apr 2016 08:53 AM PDT


 Pihak Berkuasa Penyeliaan Kewangan Switzerland (Finma), yang bertanggungjawab terhadap undang-undang kewangan negara itu, menyifatkan skandal syarikat Brazil, Petrobras dan 1MDB sebagai "kes jelas rasuah".
Ketua pegawai eksekutifnya Mark Branson merujuk kepada wang daripada dua entiti itu yang melalui sistem kewangan Switzerland.
Beliau menggelar Petrobras dan 1MDB sebagai contoh utama risiko pengubahan wang haram yang dihadapi Switzerland.
"Ini bukan berlaku beberapa tahun lalu – wang itu masih diterima sehinggalah baru-baru ini. Kita bukan bercakap tentang isu peninggalan.
"Daripada apa yang dilihat, kita tidak berdepan situasi tidak jelas.
"Bukti-bukti menunjukkan kes jelas rasuah," katanya dalam Persidangan Tahunan Finma 2016 di Berne, Switzerland, hari ini.
Salinan ucapan itu boleh diperoleh di laman web Finma.

Bekas CEO 1MDB dakwa Najib enggan buat penilaian semula aset

Posted: 07 Apr 2016 08:53 AM PDT


Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim mendakwa Datuk Seri Najib Razak menolak penilaian semula aset-aset dalam usahasama 1MDB- PetroSaudi International (PSI) walaupun kebimbangan itu diketengahkan oleh lembaga pengarahnya.
 Perkara itu dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang merujuk kepada kedudukan Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
"Selanjutnya, Lembaga Pengarah 1MDB telah mengarahkan ketua pegawai eksekutif 1MDB menyediakan kertas ringkasan komprehensif kepada pengerusi Lembaga Penasihat yang mengandungi kronologi peristiwa berkaitan perjanjian usaha sama, status pembiayaan dan ketidakpuasan hati Lembaga Pengarah 1MDB terhadap laporan penilaian aset PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd.
"Bagaimanapun, semasa mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada 7 November 2009, Encik Shahrol Azral memaklumkan penilaian kedua tidak perlu dibuat terhadap aset syarikat usaha sama tersebut kerana pengerusi Lembaga Penasihat tidak bersetuju dengan cadangan ini, tetapi mengarahkan Lembaga Pengarah 1MDB melantik sebuah syarikat perundingan bagi menilai pemilikan syarikat usaha sama.
"Namun demikian, semakan JAN (Jabatan Audit Negara) mendapati tiada dokumen yang dapat membuktikan pelantikan perunding tersebut telah dibuat," menurut laporan itu.

1MDB jadi dorman jika aset diserah pada MKD

Posted: 07 Apr 2016 08:52 AM PDT


Presiden dan Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy berkata, syarikat tersebut akan menjadi syarikat dorman (tidak aktif), jika aset dan anak syarikatnya diserahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
 Berikutan itu, katanya perbincangan mengenai status 1MDB akan dibuat bersama MKD dalam masa terdekat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai saranan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) supaya anak syarikat dan aset 1MDB diserahkan kepada MKD.
"Apabila kita lihat pelan rasionalisasi dan saranan PAC, jika anak syarikat dikeluarkan daripada 1MDB, 1MDB akan menjadi syarikat dorman.
"(Ini bermaksud) tiada operasi harian dan 1MDB hanya akan menerima aliran tunai oleh pelan rasionalisasi dan akan membayar hutang bon," kata beliau dalam satu temubual khas yang disiarkan TV3 pada Khamis.
Ketika ini, 1MDB masih memiliki aset termasuk Tun Razak Exchange dan 40 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia.
Sementara itu, Arul Kanda menjelaskan bahawa tawaran perletakan jawatan enam ahli lembaga pengarah 1MDB bukan tindakan untuk melarikan diri, malah memberi ruang siasatan lanjut ke atas syarikat tersebut secara lebih terbuka dan telus.
Read More / Baca Lagi >>

Ranking Malaysia kini ke-174 daripada 204 dalam senarai #FIFA

Posted: 07 Apr 2016 08:49 AM PDT


Buat menteri sukan dok enjoy lanyak joget zumbanya..

Kedudukan baharu itu sekali gus mencatatkan rekod terburuk dalam sejarah bola sepak negara dengan posisi terburuk skuad Harimau Malaysia sebelum ini adalah di ranking ke-171 yang dicatatkan tahun lepas..

FAKTA:
Malaysia di bawah..
- Greece negara bangkrap (37)
- Filipina (116)
- Thailand (119)
- Ethiopia (123)
- Zimbabwe (127)
- S'pore (148)

Tips terbaik bg maju bola sepak negara:
Lantik Najib sbg Pengerusi FAM & Rosmah sbg 'coach' !!

"MALAYSIA MAMPU JULANG PIALA DUNIA"

WOWWW !!!.. NAIK 10 KALI GANDA HUTANGNYA ??

Posted: 07 Apr 2016 08:45 AM PDT

Siapa yg nak tolong bayarkan balik baki RM44.2 bilion tu !!!

Rosmah ka??
Zahid ka??
Menteri2 jilat tegar ka??

....atau rakyat ??

APA DAH JADI pada penguatkuasa undang2 negara kita ??.. Mereka bekerja dgn SIAPA SEBENARNYA ??

Posted: 07 Apr 2016 08:44 AM PDT

YB Rafizi bongkar & dedahkan kebobrokan UMNO/BN, ditangkap ditahan & DISIASAT...

Perarakan MP pembangkang hantar memorandum pd IGP juga akan DISIASAT.. atas alasan telah langgar APA 2012..

Dakwaan 10 Adun sertai Amanah hanya rekaan....

Posted: 07 Apr 2016 07:48 AM PDT

KOTA BHARU - Dakwaan 10 Adun Pas akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) sekiranya bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dikenakan tindakan disifatkan tidak betul dan hanya rekaan dari pihak yang tidak sehaluan dengan Pas.
Adun Tendong, Mohd Rozi Mohamad berkata, dakwaan itu juga dilihat satu strategi untuk kepentingan politik pihak tertentu sedangkan situasi sebenar tidak sebagaimana digambarkan.
Dakwaan 10 Adun sertai Amanah hanya rekaan "Ramai wakil rakyat buat penafian sebelum ini, sebenarnya tidak ada apa- apa yang berlaku, sebagaiman di Tendong sendiri, Amanah tidak begitu memberi kesan sehingga boleh mengaitkan parti itu dengan rakyat di sini.
"Cuma mungkin sebelum ini terdapat percanggahan pendapat dalam satu dua isu sebelum ini, ia dilihat bertentangan dengan parti menyebabkan orang nampak kita tidak sayang pada parti, sedangkan hakikatnya bukan begitu," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Rozi berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan 10 wakil rakyat Pas akan menyertai Amanah sekiranya Husam dipecat dari parti itu.
Rozi sebelum ini pernah dikaitkan dengan Amanah dan dikatakan antara 10 wakil rakyat yang akan menyertai Amanah di Kelantan.
Semalam, Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulangi kenyataannya bahawa 10 wakil rakyat Pas akan mengikut jejak Husam dan menyertai Amanah sekiranya Adun Salor itu dipecat.
Menurutnya, sebab itu sehingga hari ini Pas tidak berani mengambil tindakan terhadap Husam kerana bimbang pengaruh pemimpin itu akan menjejaskan parti berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>

Mahathir tidak akui Malaysia ada masalah demokrasi

Posted: 07 Apr 2016 07:37 AM PDT

Dr Mahathir gagal menjawab persoalan yang ditimbulkan dan mengalihkan perhatian kepada soal yang lain.
chegubard
PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meninggalkan sesi tertutup dialog Deklarasi Rakyat dengan perasaan tidak berpuas hati sambil menggeleng kepala.
Pengasasnya, Badrul Hisham Shahrin (Chegubard) berkata dialog Deklarasi Rakyat: realiti atau fantasi di Rumah Kelab Alumni Universiti Malaya hari ini menonjolkan satu perkara yang mereka sekian lama bimbangi: Tun Mahathir Mohamad enggan akui Malaysia ada masalah demokrasi.
"Saya tidak nampak elemen dimana keperluan untuk kita menyokong Deklarasi Rakyat yang semata-mata untuk memenuhi nafsu politik Mahathir menjatuhkan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) mengantikan dengan orang yang dia pilih," katanya ketika ditemui pemberita seusai dialog itu.
Hadirin mengemukakan berapa soalan yang dirasakan penting buat mereka, iaitu langkah susulan menangani kesan rasuah dan penyelewengan yang berlaku hari ini; pemulihan yang akan membuka laluan kepada pilihanraya adil dan bersih; dan kerajaan peralihan.
"Selepas menjatuhkan Pak Lah (Abdullah Ahmad Badawi) kamu berjaya masuk balik dalam kerajaan dan mendapat kedudukan yang penting tetapi kamu tidak langsung mengembalikan wang rakyat dan sebagainya…itupun dia tidak menjawab persoalan.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan BN mansuh biasiswa JPA tahun depan konon mahu jimat wang, pelajar pintar jadi mangsa

Posted: 07 Apr 2016 06:52 AM PDT


KUALA LUMPUR, 6 APRIL: DAP mengecam keras keputusan Kerajaan Persekutuan memansuhkan program biasiswa Lepasan Bursari kendalian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bermula tahun hadapan.
Teresa Kok Suh Sim (15)Program itu sebelum ini menaja kira-kira 300 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) paling cemerlang bagi melanjutkan pelajaran di universiti dalam dan luar negara.
Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok, berkata tindakan kerajaan itu dangkal serta tidak wajar, lebih-lebih lagi apabila tahun ini, kerajaan tidak lagi menawarkan tajaan ke luar negara untuk program Lepasan Bursari itu, kononnya untuk menjimatkan kos.
"Adakah kerajaan benar-benar miskin sekarang sehingga ia tidak dapat meneruskan tawaran biasiswa tersebut kepada 300 pelajar pintar negara, sedangkan tawaran itu kini dihadkan untuk belajar di universiti tempatan?"
"Dengan memansuhkan program Lepasan Bursari, ia bermakna ramai pelajar pintar dinafikan bantuan kerajaan untuk belajar ke tahap pendidikan lebih tinggi. Mengapa kerajaan mensasarkan masa depan mereka sebagai mangsa?" katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman pegawai kanan JPA di taklimat bersama media semalam, bahawa program Lepasan Bursari akan hanya dilaksanakan oleh JPA untuk tahun ini sahaja, dan tidak akan diteruskan mulai 2017.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)