Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Kebenaran 1MDB bakal diketahui rakyat esok – Tony Pua

Posted: 06 Apr 2016 09:43 AM PDT

"Kita juga bakal mengetahui sama ada Arul Kanda adalah penipu terbesar dalam skandal 1MDB atau tidak."
tony-pua_1mdb_600SHAH ALAM: Esok jam 10 pagi, rakyat akan mengetahui kebenaran disebalik kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), Tony Pua berkata laporan setebal 100 muka surat yang memuatkan hasil siasatan jawatankuasa itu akan menjelaskan samada dakwaan yang dilemparkan pada 1MDB berasas atau tidak.
"Selepas berbulan bermesyuarat, pergaduhan, ketegangan antara yang sebelah sana dan sebelah sini, laporan telah siap," katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam bersama Pakatan Harapan di sini.
Dalam ucapannya, Tony Pua enggan menyingkap penemuan jawatankuasa bersama hadirin. Menurut Tony, beliau tidak mahu dipenjarakan sepertimana rakan perjuangannya daripada PKR kerana melanggar akta kerahsiaan.
"Buat masa ini saya tidak boleh membongkarkan apa yang ada dalam laporan. Nanti saya kena OSA masuk macam Rafizi," katanya.
Namun, beliau menyatakan beberapa persoalan yang perlu diberi perhatian esok, antaranya:
"Kita akan mengetahui sama ada 1MDB buat perjanjian dengan Petro Saudi International (PSI) di Arab Saudi atau duit itu sebenarnya diseleweng kepada sebuah syarikat yang bertapak di Seychelles dalam bentuk akaun bank Swiss.
"Kita juga akan mengetahi sama ada 1.4 bilion benar-benar dibayar kepada anak syarikat IPIC (International Petroleum Investment Company) yang bernama Aabar Investment yang bertapak di Abu Dhabi atau tidak.
"Kita juga akan mengetahui sama ada dakwaan WSJ bahawa akaun Aabar Investment Pts Ltd adalah punca wang masuk ke dalam akaun Najib sebagai derma atau tidak.
"Kita juga bakal mengetahui sama ada Arul Kanda adalah penipu terbesar dalam skandal 1MDB atau tidak," kata Tony.

Khas buat machai2 serta pemakan dedak tegar...

Posted: 06 Apr 2016 07:53 AM PDT


Inilah realiti hidup rakyat marhaen..

Posted: 06 Apr 2016 07:50 AM PDT

..berbanding kemewahan & kesenangan TIADA TOLOK BANDINGNYA pasangan Puan Puti Reno bersama pahlawan bugis di istana PUTARJAYA yg ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai rakyat...

Mahathir akui gagal dapatkan 24 wakil BN bagi guling PM

Posted: 06 Apr 2016 07:33 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa usaha untuk mengenalpasti sekurang-kurang 24 wakil rakyat BN yang sanggup menyokong undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menemui kegagalan.
 Menulis di blog, katanya, percubaan telah dibuat untuk mengenalpasti ahli parlimen BN yang tidak mengutamakan diri sendiri, rasa bertanggungjawab dan prihatin terhadap negara untuk bersama wakil dari pembangkang.
Namun usaha itu tidak berjaya kerana sebahagian besar mereka takut dikenakan tindakan oleh Najib jika menyokong usul undi tidak percaya berkenaan.
"Percubaan ini gagal kerana walaupun mereka sedar akan kesalahan Najib, tetapi kerana kepentingan diri, kerana takut tindakan seperti yang dilakukan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal, takut juga kepada lain-lain tindakan oleh Najib, tidak ada yang sanggup menandatangani pengakuan menyingkir Najib.
"Oleh itu undi tidak percaya tidak boleh dibuat," katanya.
Pemimpin pembangkang sebelum ini mendedahkan terdapat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong usul undi tidak percaya yang didakwa diedarkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Razaleigh bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang peranan dengan SD berkenaan.
Menurut Dr Mahathir, wakil rakyat BN yang menjadi majoriti di Dewan Rakyat sudah mengikat diri dengan Najib untuk tidak menandatangani sebarang deklarasi yang tidak menyokong Najib.
Beliau berkata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan juga mengakui menerima dana daripada Najib.
"Pengakuan oleh Shahrir Samad dan Ahmad Maslan serta kenyataan oleh Datuk Seri Nazir Razak, adik Najib, bahawa dia telah diberi wang sebanyak AS7 juta untuk diagih kepada pemimpin BN, mengesahkan penerimaan sogokan oleh Najib.
"Oleh itu untuk menjayakan usul tidak percaya kepada Najib tidak mungkin dilakukan," katanya,
Sehubungan itu, Dr Mahathir merayu orang ramai supaya menandatangani Deklarasi Rakyat bagi Selamakan Malaysia yang diterajuinya.
Katanya, sejarah semasa melawan Malayan Union membuktikan bahawa suara rakyat boleh membawa perubahaan.
Read More / Baca Lagi >>

Senarai penuh 11 calon PAS Untukmu Sarawak

Posted: 06 Apr 2016 07:31 AM PDT

BINTULU: PAS hari ini mengumumkan 11 nama calon yang disifatkan sangat berpotensi untuk menang  mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Hotel Kemena, Medan As Syakirin dekat sini sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Ir Iskandar Samad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan dan barisan AJK PAS Pusat selain kepimpinan negeri Sarawak yang diketuai pesuruhjaya, Jofree Jaraie.

Sambil menyifatkan penyertaan PAS dalam PRN  ke-11 kali ini sebagai satu usaha dakwah, namun Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan kemenangan adalah satu bonus kepada parti ini.

Calon-calon yang ditampilkan pelbagai latar belakang, antaranya guru agama, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, jurutera, aktivis rakyat dan tidak kurang PAS menampilkan calon muda Muslimat di Beting Maro.

Dalam majlis yang sama, Presiden PAS menyerahkan watikah dan panji-panji kepada calon yang akan menggalas amanah PAS di Sarawak.

Laungan takbir bergema semasa Presiden PAS mengumumkan calon.

Berikut merupakan calon-calon PAS yang telah diumumkan beserta profil mereka:


N74. PUJUT
Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee
Jawatan Dalam PAS: Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri
Umur: 51 Tahun
Bangsa: Melayu Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Miri, Sarawak
Pendidikan: Advanced Diploma Pengurusan Logistiks, The Chartered Institute of Logistics and Transport, UK.
Pengalaman Kerjaya: Penyelia Pengurusan dan Perancangan Penyelenggaraan, Syarikat Minyak & Gas Nasional.


N72. LAMBIR
Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Jawatan Dalam PAS: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 32 Tahun
Bangsa: Kedayan-Jawa
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Limbang, dan menetap di Miri, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Eksekutif IT PETRONAS.


N70. SAMALAJU
Engr. Zharudin Bin Narudin
Jawatan Dalam PAS: Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 31 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Selangor (UNISEL)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Jurutera Malaysia LNG Sdn. Bhd.


N67. JEPAK
Tuan Haji Kiprawi Bin Aman
Jawatan Dalam PAS: Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu
Umur: 67 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens, Universiti Malaya (UM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Kerajaan
Anugerah: Dikurniakan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Kerajaan Negeri Sarawak (PPS).


N60. KAKUS
Encik Clement Bayang
Jawatan Dalam PAS: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak
Umur: 59 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Kristian
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pengalaman Kerjaya: Tuai Rumah (Ketua Kaum), Petani dan Seniman
Pengalaman Politik: Pernah bertanding di Kerusi DUN Kemena.


N29. BETING MARO
Cik Hamidah Binti Mokhtar
Jawatan Dalam PAS: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak
Umur: 26 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Bujang
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan Muda, Pengarah Butik Pakaian Muslimah.
Read More / Baca Lagi >>

Guling MB Johor: Anak Speaker dicabar tunjuk bukti

Posted: 06 Apr 2016 06:31 AM PDT

Shukur Mohamad sengaja mereka-reka cerita kerana terdesak untuk meraih populariti sekiranya dia gagal menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu.
Ahli-UMNO,-Syukur-Mohamad
PETALING JAYA: Ahli UMNO, Shukur Mohamad dicabar supaya menunjukkan bukti terhadap dakwaan wujudnya gerakan mengulingkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang kononnya diketuai kumpulan penyokong Datuk Seri Najib Razak.
Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Manap berkata, beliau percaya Shukur yang juga anak kepada Speaker Johor, Tan Sri Mohamad Aziz, hanya mereka-reka dakwaan itu kerana terdesak untuk meraih populariti.
"Saya melihat ini cara memprovokasi kekuatan UMNO di Johor dan mereka cuba memecahbelahkan keharmonian dan permuafakatan yang dibina dengan cubaan melaga-lagakan kepimpinan kami.
"Saya melihat ini adalah usaha terdesak daripada mereka dan kalau benar ada bukti seperti yang dinyatakan (gerakan menjatuhkan Menteri Besar), mereka boleh keluarkan dan kita semua boleh menilai adakah ia benar-benar fakta atau sekadar nak meraih populariti sahaja," katanya kepada FMT.
Shukur sebelum itu mendakwa wujudnya gerakan untuk menjatuhkan Mohamed Khaled oleh kumpulan penyokong Presiden UMNO diketuai oleh seorang timbalan menteri .
Timbalan menteri itu dikatakan kononnya akan menjadi Menteri Besar baharu sekiranya gerakan itu berjaya.
Dia mendakwa bukti dan sedia diheret ke mahkamah atau Lembaga Disiplin jika dakwaan itu tidak benar.
Read More / Baca Lagi >>

Gugur MB: Kita tiada masa nak layan, kita mahu maju dan jaga kebajikan rakyat, kata Ahmad Razif

Posted: 06 Apr 2016 06:28 AM PDT


Ahmad Razif Abdul Rahman Ahmad Razif Abdul Rahman Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman tidak akan mengambil peduli mengenai apa yang diperkatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal Datuk Seri Ahmad Said  kerana menganggap isu yang kepimpinan negeri itu telah berakhir dan akan memberi perhatian untuk memajukan Terengganu demi kesejahteraan rakyat.
"Kita tidak ada masa nak layan itu semua, apa dia nak kata, katalah. Apa yang penting sekarang kita mahu terus maju ke hadapan dan jaga kebajikan rakyat", demikian ditegaskan  Ahmad Razif  ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad di Kemaman minggu lalu yang mendakwa kini Menteri Besar itu sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatannya.
Dalam majlis di Kemaman itu, Ahmad mendakwa beliau telah menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja baginda pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac lalu, Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar namun cadangan itu ditolak Yang Dipertua Dun Datuk Mohd Zubir Embong.
Read More / Baca Lagi >>

Tangkapan Rafizi, Paku Akhir Keranda Najib Selaku PM

Posted: 06 Apr 2016 06:15 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
AMANAH KUTUK TANGKAPAN YB RAFIZI


1. Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak. Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza dengan hulubalang dan menteri-menteri disekeliling raja.

2. Namun kecerdikan beliau itu kemudiannya telah dianggap bakal menderhaka kepada raja sehingga pelbagai cara digunakan untuk menangkap Hang Nadim.


3. Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.

4. YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung Keadilan, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan membuat penyelidikan. Orang seperti YB Rafizi nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.

5. AMANAH mendesak kerajaan UMNO BN menghentikan segera tindakan pengecut sebegini, kerana orang seperti YB Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.

6. Kezaliman kepada YB Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia.

"Harapan Baru"

HJ MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
6 April 2017



Kenyataan Media.

PENAHANAN RAFIZI:POLIS HINA YANG DI PERTUAN AGONG DAN CABUL PARLIMEN.

1.Tiada yang mengejutkan penahanan Yb Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan.Beliau sendiri sudah menjangka yang akan ditahan ekoran timbul isu pendedahan dokumen maklumat sulit Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasi sebagai OSA berkaitan maklumat isu salahguna kuasa 1MDB serta hubungan antara 1MDB dan LTAT.

2.Yang mengejutkan ialah Polis tidak menghormati Institusi Parlimen yang merupakan Institusi rakyat yang masih bersidang sehingga khamis 7Apr 2016.Sidang parlimen yang masih berlangsung ini dibuka dengan rasminya oleh kebawah Duli Yang DiPertuan Agong pada 7 Mac 2016.

3.Penahanan Rafizi yang merupakan Ahli Parlimen Pandan adalah satu penghinaan terhadap yang Di Pertuan Agong Yang yang telah memperkenankan untuk Ahli ahli Parlimen bersidang untuk satu tempoh hingga 7Apr 2016.Penahanan beliau juga sebagai satu pencabulan dan penghinaan pihak Polis terhadap Parlimen yang merupakan Institusi rakyat yang Rafizi salah saorang anggotanya.

4.Kenapa Polis tidak boleh bersabar menunggu sehingga Parlimen selesai bersidang pada khamis ini.Siasatan dibawah OSA bukan merupakan satu kesalahan jenayah berat yang perlu disegerakan penahanan terhadap Rafizi.Tidak lain penahanan Rafizi hanya untuk menakutkan dan memesongkan pemikiran rakyat yang kononnya Rafizi yang bersalah.Tindakan Polis juga dilihat menjadi institusi melindungi jenayah yang dilakukan pemimpin negara.Penjenayah bermaharajalela dan yang mendedahkan jenayah penjenayah didera.

5.Saya menuntut Rafizi segera dibebaskan selewat lewatnya sebelum jam 10 pagi 8 Apr 2016 untuk membolehkan beliau menunaikan tanggung jawabnya menghadiri sidang Parlimen.Sepatutnya tiada halangan dilakukan Polis untuk Rafizi menghadiri Sidang Parlimen seperti usul Menteri Dalam Negeri pada 8 Mac 2016 diawal permulaan persidangan yang diluluskan Parlimen yang berbunyi"Bahawa Majlis ini memerintah Ketua Polis Negara menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang,jalan-jalan melalui lorong-lorong menuju ke Dewan hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan jangan ada apa apa halangan menghalang ahli ahli hendak pergi dan balik dari Dewan ini,jangan berlaku apa apa kacau bilau di jalan jalan menuju ke Dewan ini,dan supaya jangan ada huru hara di Banggunan Dewan ini dan berhampiran dengan banggunan ini,dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampai perentah ini kepada Ketua Polis Negara yang tersebut".

#BebasRafizi
#UndurNajib
#SelamatkanMalaysia.

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
6 Apr 2016/28 Jamadiakhir 1437H

Rafizi - An effective leader.

Sekarang ini jarang kita boleh dapat seorang pemimpin seperti Rafizi Ramli.

Muda, tegas, berani, cerdik dan sentiasa boleh berdamping dan bersahaja dengan orang bawah.

Penduduk2 di Pandan senang dengan beliau. Kawan2 beliau di jabatan2, sama ada di sektor awam atau swasta, ahli2 perniagaan, suri2 rumah, orang mesjid, orang2 di gerai2, pendidik, golongan professional, orang2 muda, orang2 pencen, kawan2 dan seteru politik semuanya mengakui bahawa Rafizi adalah satu ikon baru bagi negara ini.

Apabila beliau membuka mulut sudah tentu ia seolah2 satu bom nukleur meledak dan sudah pasti membawa banyak kerosakan.

Apa isu2 hangat yang beliau tidak sentuh ? Dari hal lembu kepada kisah2 IMDB, RM2.6, GST, Tabung Haji, PKFZ, Mara, LTAT dan banyak lagi.

Beliau amat berani mendedahkan semua kisah2 yang besar2 dan panas2.

Saya tak perlu ulang lagi di sini kisah2 itu kerana pendedahan2 yang beliau lakukan dengan amat berani sudah pun diketahui umum.

Disebutkan bahawa apabila beliau uploadkan pendedahan2 di Facebooknya dia akan mendapat 'Like' sehingga lima juta orang ! MasyaAllah.

Ini sudah tentu amat menggerunkan musuh2 politiknya.

Pendedahan2 yang dibuat amat ditunggu2 dan kisah2 yang timbulkan akan menjadi cerita hangat berminggu2 berbulan2.

Ini mengingatkan saya seolah2 kepada cerita P Ramlee zaman muda2 dahulu.

Lagu2 beliau akan meletup dan menjadi kesukaan ramai baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan semua rakyat Malaysia termasuk juga di luar negara Indonesia, Brunei, Thailand dan lain2.

Begitulah pula hari ini Rafizi boleh menghangatkan suasana dengan pendedahan2 demi pendedahan. Orang lain tak sehebat beliau. Cerita beliau disebut2 berminggu2 dan berbulan2.

Aura Rafizi
-----------------

Beliau ada aura. Beliau boleh menerangkan perkara2 yang susah2 dengan perkataan2 cara mudah. Orang kampong pun senang faham.

Kali terakhir saya bersama beliau ialah di kawasan YB Arif di Raub minggu lepas. Tamrin pun ada.
Read More / Baca Lagi >>

Saya akan terus menulis dan bersuara, kata Shazni Munir

Posted: 06 Apr 2016 06:12 AM PDT

Penahan selama dua malam di lokap IPD Jinjang tidak mematahkan semangat Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin untuk terus menulis dan bersuara untuk terus menentang sebuah kerajaan yang rosak.
"Untuk seluruh rakyat Malaysia, saya berjanji akan terus menulis dan bersuara. Inilah sahaja 'senjata' yang saya punyai untuk melawan sebuah kerajaan yang rosak.
'Senjata' ini akan saya manfaatkan sepenuhnya selagi kezaliman dan skandal gila 1MDB dan 'derma' RM4.2 billion masih tidak berpenghujung. Doakan saya dan sekian ramai pejuang lain terus kuat berdepan kerajaan yang pekak dan bisu." ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.
Beliau memaklumkan ketika dilepaskan dari Lokap Berpusat Jinjang sekitar 12 tengah hari tadi, beliau telah menerima khabar duka, neneknya kembali ke rahmatullah pada pagi hari sama.
"Dengan sehelai dokumen yang perlu saya tandatangani yang menyebut: "Penama (saya) telah kena tuduh dengan kesalahan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan 4(1) Akta Hasutan.." Pertuduhan yang mahu dikenakan dan jika ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah artikel yang ditulis dengan jujur tanpa selindung, saya terima." ujarnya.
Menurut Shazni Munir, pada awalnya beliau diarahkan untuk diambil tindakan oleh Ketua Polis Negara (KPN) di twitter rentetan berita palsu disiarkan www.bicara.news. Bagaimanapun setelah beliau jelaskan bahawa KPN silap dan berita yang dirujuk itu telah dimanipulasi daripada artikel asal, ujarnya, pihak berkuasa sebaliknya mahu siasatan dilakukan membabitkan kedua-duanya poral media, berita palsu oleh www.bicara.news dan artikel asal di Free Malaysia Today.
"Saya tiada masalah kerana tiada apa yang perlu saya sembunyikan. Saya bertanggungjawab penuh atas kesemua tulisan saya di media sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

MARA lebih telus, konsisten bawah PH, jawab Nik

Posted: 06 Apr 2016 05:51 AM PDT

Sekarang ini dana MARA juga digunakan untuk projek-projek yang tidak patut seperti pembelian hartanah di Australia yang menyebabkan kerugian besar.
KJ
PETALING JAYA: Operasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan lebih telus dan konsisten sekiranya diurus dibawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Jawapan balas itu dibuat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menjawab cabaran Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta beliau menjelaskan rancangan pembangkang untuk MARA.
Katanya, objektif MARA ketika ini telah meyimpang daripada perjuangan asal untuk mengangkat kedudukan Bumiputera.
"Sekarang ini dana MARA juga digunakan untuk projek-projek yang tidak patut seperti pembelian hartanah di Australia yang menyebabkan kerugian besar.
"Ramai yang mengadu sekarang ini bahawa mereka tidak menerima pembiayaan walaupun telah menepati segala pra-syarat, kerana pihak MARA sendiri mengaku bahawa mereka tidak mempunyai wang. Sama juga untuk pelajar yang sudah tidak mendapat pembiayaan MARA," katanya menerusi kenyataan.
Tambah Nik Nazmi, sekiranya MARA diurus dibawah pentadbiran Pakatan Harapan, agenda utama yang bakal dilakukan adalah menangani ketirisan, merakyatkan urustadbir, mencermatkan perbelanjaan dan meluruskan keutamaan agensi kerajaan itu.
Read More / Baca Lagi >>

DAP mahu pastikan MARA terus bantu Bumiputera yang memerlukan

Posted: 06 Apr 2016 05:49 AM PDT


KUALA LUMPUR, 6 APRIL: MARA bukan milik UMNO. Dengan itu, DAP dan Pakatan Harapan akan memastikan peruntukan MARA tidak diseleweng oleh mana-mana pihak dan benar-benar ditujukan kepada rakyat Bumiputera yang miskin.
tonypua_marabukanmilikumnoMalah, jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas menang pada pilihanraya umum ke-14 (PRU-14) nanti, ia akan tetap memastikan MARA menunaikan amanah kepada golongan Bumiputera.
Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee, berkata DAP dan Pakatan Harapan tidak pernah berniat menghapuskan agensi pro-Bumiputera seperti MARA, tetapi berharap ia betul-betul dapat membantu rakyat.
"Kami (Pakatan Harapan) akan gunakan peruntukan MARA sepenuhnya untuk bantu Melayu miskin, Dayak miskin, serta semua rakyat Bumiputera yang hidup dalam kesusahan.
"Kami tidak akan sesekali benarkan peruntukan MARA itu digunakan untuk mengenyangkan perut mana-mana kroni, sama ada kroni UMNO-BN atau kroni ahli dan pemimpin Pakatan Harapan," katanya kepada Roketkini.com.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa rakyat Bumiputera kononnya mestilah terus mengundi parti UMNO-BN pada pilihanraya akan datang jika tidak mahu MARA terkubur.
Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, walaupun UMNO-BN yang memegang tampuk pemerintahan hari ini, mangsa utama dalam segala salahlaku dan ketirisan melibatkan MARA adalah masyarakat Bumiputera sendiri.
"Hampir setiap tahun, ada saja pendedahan Laporan Audit Negara yang menunjukkan kemungkinan berlakunya rasuah dalam MARA.
Read More / Baca Lagi >>

Mewahnya Timb Menteri Umno..??

Posted: 06 Apr 2016 05:33 AM PDT

Perghhh.. Benarkah MPV mewah Toyota Alphard ini atas nama kpd Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub merupakan ahli parlimen Machang yg baru saja SEMBILAN BULAN jadi timbalan menteri.. ??

TAHUKAH ANDA.. model mpv ini berharga dlm lingkungan RM390k - RM515k..

INILAH NEGARAKU...

Posted: 06 Apr 2016 05:29 AM PDT

Jika libatkan pemimpin pembangkang pantas spt babi kudung nak tahan, tangkap & siasat..

TETAPI kalau libatkan kuncu2 Umno/BN KERAjaan TERUS JADI BISU.. KENAPA ??

Kajian: Majoriti rakyat S'wak percaya Putrajaya tak adil

Posted: 06 Apr 2016 05:26 AM PDT


Sebahagian besar rakyat Sarawak percaya mereka dilayan secara tidak adil oleh kerajaan pusat tetapi ramai melihat keadaan mereka menjadi lebih baik sejak menyertai Malaysia, demikian menurut kajian terbaru oleh badan penyelidikan, Merdeka Center.
Lebih separuh daripada rakyat Sarawak yang ditinjau, iaitu sebanyak 54 peratus, percaya bahawa mereka dilayan secara tidak adil oleh Putrajaya.
Ini terutama di kalangan masyarakat Cina dengan 74 peratus daripada mereka berpendirian demikian.
Sentimen itu agak seragam di kalangan penduduk di Sarawak.
Namun terdapat peningkatan mendadak yang ketara bahawa negeri itu dilayan secara tidak adil oleh Putrajaya di kalangan golongan berpendapatan tinggi dan tahap pendidikan tinggi serta juga di kalangan generasi muda.
Bagaimanapun sentimen berkenan adalah terbalik apabila soalan sama ada keadaan Sarawak lebih baik selepas menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Hampir separuh daripada rakyat Sarawak yang ditinjau, iaitu 49 peratus, percaya bahawa negeri itu kini lebih baik, manakala satu pertiga daripada mereka, iaitu 34 peratus, percaya keadaan negeri itu lebih buruk selepas bersama Malaysia.
Sebahagian besar rakyat Sarawak yang ditinjau juga memihak negeri itu diberikan autonomi lebih besar dan menyokong kumpulan pro-autonomi Sarawak untuk rakyat Sarawak (S4S).

Uber-Grab: Jangan sampai pemandu teksi jadi perompak – PPIM

Posted: 06 Apr 2016 05:23 AM PDT

Cari penyelesaian menang-menang untuk semua pihak, pemandu serta penumpang.

Jangan-sampai-pemandu-teksi-terpaksa-merompakKUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tidak lagi berdiam diri dan segera menyelesaikan kemelut antara pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan, Uber dan Grab.
Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, keadaan pemandu teksi telahpun terjejas teruk sehingga ada yang telah kehilangan lebih separuh sumber pendapatan mereka.
"Bila tak diregulisasikan, pendapatan pemandu teksi dah kurang. Kita takut pemandu teksi akan tertekan. Bila dia tertekan, kita lihat hari ini, pendapatan dah kurang. Mungkin terpaksa akan mencuri dan merompak sebab tak cukup pendapatan," kata beliau dalam sidang media hari ini.
Kemelut teksi dan Uber-Grab ini telah mencetuskan demonstrasi jalanan, terbaru apabila pemandu-pemandu teksi melancarkan mogok hingga melumpuhkan trafik di Bukit Bintang, akhir Mac lalu.
Nadzim menyatakan rakyat Malaysia sudah tidak mahu menunggu keputusan SPAD yang 'terlalu lama' mengkaji dan membiarkan sahaja kemelut antara kedua pihak berterusan tanpa melakukan apa-apa tindakan.
"Benda ini tak seharusnya dibiarkan tanpa garis panduan," tegas Nadzim; "Kita nak satu atau dua tiga formula supaya semua pihak dalam keadaan baik."
"SPAD perlu tubuhkan syarikat supaya semua pemandu ada syer. Ini cadangan kita. Kita tak tau apa yang pihak SPAD nak buat selepas ini," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Paul Low: Kenapa saya perlu letak jawatan kerana kebodohan orang lain

Posted: 06 Apr 2016 05:20 AM PDT

Paul Low berkata, pemberi maklumat tidak patut berbuat demikian demi kepentingan politik
paul-low-lim-gaun-eng
PETALING JAYA: Pemberi maklumat tidak patut berbuat demikian demi meraih publisiti dan kepentingan politik, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low.
"Jadi, kenapa saya perlu berundur disebabkan kebodohan orang lain? Jika orang lain yang melanggar undang-undang, kenapa saya perlu meletak jawatan?
"Jangan beritahu saya, jika seseorang melanggar lampu merah, penyokongnya akan meminta Menteri Pengangkutan berundur," katanya kepada FMT sebagai menjawab desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu beliau meletak jawatan atas penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan sebagai berkata, jika Paul meletak jawatan, ia adalah satu bentuk mesej kepada kerajaan untuk melindungi pemberi maklumat berkaitan rasuah.
Paul bagaimanapun menegaskan, pemberian maklumat itu perlu dibuat melalui saluran betul, bukannya demi 'glamor seketika'.
Tambahnya lagi, apabila seseorang itu prihatin terhadap sesuatu perkara, ia tidak patut dijadikan perbicaraan oleh media.
"Ia bukan terpulang kepada orang ramai untuk menghukum perkara itu betul atau salah, tetapi untuk pihak berkuasa memutuskan jika wujud sebarang elemen salah laku dan mengambil tindakan sewajarnya."
Read More / Baca Lagi >>

Cadangan jadikan AG pengerusi Majlis Peguam secara automatik..!!

Posted: 06 Apr 2016 05:18 AM PDT


Kerajaan akan mengkaji keperluan untuk meminda Akta Profesion Undang-undang supaya membolehkan Peguam Negara menjadi Pengerusi Majlis Peguam, secara automatik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan oleh Nasrun Mansor (BN-Silam) pada ucapan penggulungannya semasa perbahasan rang undang-undang Profesion Undang-Undang (Pindaan).
"Saya ingin ulas cadangan yang dikemukakan (ahli parlimen) Silam. Beliau mencadangkan AG dilantik sebagai pengerusi Majlis Peguam.
"Buat masa ini, pengerusi Majlis Peguam dipilih melalui undi. Jika cadangan itu diterima, maka kita perlu meminda Akta 166 (Akta Profesion Undang-Undang).
"Ini perlu dibincangkan secara mendalam. Kerajaan akan melihat dengan teliti dan mengemukakannya kepada pihak-pihak berkaitan," katanya.
Terdahulu, Nasrun berkata sudah tiba masanya bagi kerajaan meminda undang-undang supaya Peguam Negara boleh dilantik sebagai Pengerusi Majlis Peguam secara automatik.
Katanya, Majlis Peguam telah tersimpang jauh dengan ancaman untuk mencabar keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali di mahkamah.
Beliau menuntut majlis itu supaya tidak berpolitik, kekal bebas, profesional dan berhenti daripada mengeluarkan kenyataan politik.

UMNO Johor tidak perlu deklarasi sokong Najib

Posted: 06 Apr 2016 05:14 AM PDT

Rakyat Johor telah terbukti menerima kepimpinan Najib Razak dan hubungan kerajaan negeri dengan Pusat juga terjalin baik.
shahrir
KUALA LUMPUR: UMNO Johor tidak memerlukan sebarang deklarasi untuk menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, rakyat Johor telah terbukti menerima kepimpinan Najib dan hubungan kerajaan negeri dengan Pusat juga baik.
"Itu (deklarasi) bukan cara kita apabila bercakap mengenai UMNO Johor. Ia sokongan yang tidak perlu dinyatakan, tidak payah ada deklarasi.
"Tidak payah semua itu kerana hubungan memang sudah terjalin dengan begitu baik," katanya di Parlimen hari ini.
Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) berkata, rakyat Johor sangat demokratik dan terbuka dalam apa-apa jua perkara termasuk isu desakan menolak Najib.
"Kami (UMNO Johor) sangat demokratik, kami terbuka, kami benarkan perbincangan, kami tidak paksa orang untuk mengikuti garisan tertentu.
"Tidak ada paksaan menyokong Perdana Menteri, kami sedar proses yang berlaku. Kami bukan dalam keadaan terdesak utuk menukar kerajaan," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Tahan Rafizi: Polis tak boleh tunggu sidang parlimen habis?

Posted: 06 Apr 2016 05:13 AM PDT


Tiada yang mengejutkan berhubung penahanan Rafizi Ramli, anggota parlimen Pandan. Beliau sendiri sudah menjangkakan akan ditahan ekoran pendedahan dokumen maklumat sulit Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasi bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berkaitan maklumat isu salah guna kuasa 1MDB serta hubungan antara 1MDB dan LTAT.
Yang mengejutkan apabila polis tidak menghormati Parlimen, sEbagai institusi rakyat, yang masih dan akan bersidang sehingga Khamis 7 April 2016.
Sidang parlimen yang masih berlangsung ini dibuka dengan rasminya oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong pada 7 Mac 2016.
Penahanan Rafizi adalah satu penghinaan terhadap yang Seri Paduka yang telah memperkenankan anggota-anggota parlimen bersidang untuk satu tempoh hingga 7 April 2016.
Penahanan beliau juga sebagai satu pencabulan dan penghinaan pihak polis terhadap parlimen, yang Rafizi salah seorang anggotanya.
Kenapa Polis tidak boleh bersabar menunggu sehingga parlimen selesai bersidang esok?
Siasatan bawah OSA bukan kesalahan jenayah berat yang perlu disegerakan penahanan terhadap Rafizi.
Tidak lain penahanan Rafizi hanya untuk menakutkan dan memesongkan pemikiran rakyat yang kononnya Rafizi yang bersalah.
Tindakan Polis juga dilihat menjadi institusi melindungi jenayah yang dilakukan pemimpin negara.
Penjenayah bermaharajalela dan yang mendedahkan jenayah penjenayah didera.
Read More / Baca Lagi >>

Penahanan Rafizi: MP pakatan akan hantar memorandum ke Bukit Aman esok

Posted: 06 Apr 2016 05:10 AM PDT


Ahli Parlimen Pakatan Harapan ketika sidang media di lobi Parlimen petang ini.Ahli Parlimen Pakatan Harapan ketika sidang media di lobi Parlimen petang ini.Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 9 pagi esok bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penahanan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang didakwa mencabuli institusi parlimen.
 Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai perarakan esok bagi bertemu dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Ketua-ketua whip parti DAP, PKR dan Amanah telah bersetuju untuk berkumpul di hadapan bangunan parlimen dan berarak ke Bukit Aman bagi menyerahkan memorandum membantah penahanan Rafizi.

"Penahanan Rafizi di depan bangunan parlimen adalah tindakan mencabuli institusi parlimen kerana itu adalah satu usul yang diluluskan dalam parlimen sendiri," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Rafizi diitahan polis di luar pintu pagar parlimen kira-kira jam 6.15 petang semalam.
Khalid mengesahkan pemimpin PKR itu akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi(OSA).
Anthony juga berkata, ahli parlimen BN dan Pas juga akan dijemput bagi menyertai perarakan ini.
"Kita juga menjemput ahli parlimen BN kerana ni bukan soal Rafizi semata-mata tapi ini berkenaan institusi parlimen.

"Jemputan ini juga akan dilanjutkan kepada ahli parlimen Pas," katanya lagi.

Read More / Baca Lagi >>

Najib Razak kemuka surat tuntutan maaf kepada Mohd Rafizi

Posted: 06 Apr 2016 05:06 AM PDT




GKCM Mahu Bakar Buku Perlembagaan Umno

Posted: 06 Apr 2016 05:03 AM PDT

Usaha Tutup Mulut Wakil Rakyat

Posted: 06 Apr 2016 05:02 AM PDT

Khairuddin Persoal Motif Penahanan Rafizi

Posted: 06 Apr 2016 05:02 AM PDT

Shamsul Iskandar: Kenapa Nak Buat Macam Jenayah Besar?

Posted: 06 Apr 2016 05:01 AM PDT

Comments (0)