Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MB Selangor: Bebaskan Rafizi segera tanpa syarat

Posted: 05 Apr 2016 09:47 AM PDT

Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali mengecam penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli di depan bangunan Parlimen pada hari ini.
Mohamed Azmin berkata  penahanan itu dibuat sewenang-wenangnya, salah guna kuasa polis dan penghinaan terhadap sistem demokrasi berparlimen.
Rafizi tangkap1Katanya tindakan drastik polis sebegini hanya mengukuhkan tanggapan bahawa kewibawaan undang-undang tersongsang terbalik dan institusi negara lebih berminat melindungi 'tuan politik' berbanding rakyat.
"Sebagai seorang ahli parlimen dipilih rakyat, adalah kewajiban Rafizi untuk mendedahkan kesalahan dan aktiviti rasuah tidak kira masa atau tempat.
"Polis sepatutnya menyiasat pesalah bukannya pemberi maklumat," kata Mohamed Azmin dalam kenyataan media.
Sebelum ini, Naib Presiden serta Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli ditahan oleh kira-kira 10 polis sejurus keluar dari Parlimen jam 6.05 petang tadi.

Panama Papers: Iceland prime minister resigns

Posted: 05 Apr 2016 09:40 AM PDT

The prime minister of Iceland has resigned - the first major casualty of the Panama Papers leaks which have shed an embarrassing spotlight on the world of offshore finance.
The leaks, from Panama law firm Mossack Fonseca, showed PM Sigmundur Gunnlaugsson owned an offshore company, Wintris, with his wife.
He was accused of concealing millions of dollars worth of family assets.
A big protest was held in front of parliament in Iceland on Monday.
Reports suggest the agriculture minister will be the new PM.
Dozens of high-profile global figures are named in the huge Mossack Fonseca leak.
Mr Gunnlaugsson had earlier called on the President Olafur Ragnar Grimsson to dissolve parliament, but that was refused.
Mr Grimsson said he wanted to speak to political parties first.
"I do not think it is normal that the prime minister alone... should be given the authority to dissolve the parliament without the majority of the parliament being satisfied with that decision," the president told reporters.
Some observers describe his rejection of the prime minister's request as highly unusual.
After refusing to resign on Monday, the prime minister appeared to come under increasing pressure from within his governing coalition too.
He took to Facebook on Tuesday to outline his position.
"I told the leader of the Independence Party that if the party's parliamentarians think they cannot support the government in completing joint tasks, I would dissolve parliament and call a general election," he wrote.

Other Panama Papers reaction
  • France returns Panama to a list of countries which fail to co-operate over tax evasion
  • The US Department of Justice is reviewing the leaked documents to look for evidence of corruption that could be prosecuted in the US, the Wall Street Journal reports
  • Panamanian President Juan Carlos Varela says his government has "zero tolerance" for illicit financial activities and would co-operate vigorously with any judicial investigation in any country

The so-called Panama Papers leaked from Mossack Fonseca show that Mr Gunnlaugsson and his wife bought Wintris in 2007.
He did not declare an interest in the company when entering parliament in 2009. He sold his 50% of Wintris to his wife, Anna Sigurlaug Palsdottir, for $1 (70p), eight months later.
Mr Gunnlaugsson says no rules were broken and his wife did not benefit financially.
The offshore company was used to invest millions of dollars of inherited money, according to a document signed by Mrs Palsdottir in 2015.
Court records show that Wintris had significant investments in the bonds of three major Icelandic banks that collapsed during the financial crisis which began in 2008.
Some of Icelanders' anger is believed to stem from the perceived conflict of interest.
The prime minister was involved in negotiations about the banks' future and had characterised foreign creditors who wanted their money back as "vultures", while Wintris itself was a creditor.
Mr Gunnlaugsson kept his wife's interest in the outcome a secret.
A spokesman for the prime minister said on Monday that Ms Palsdottir had always declared the assets to the tax authorities and that, under parliamentary rules, Mr Gunnlaugsson did not have to declare an interest in Wintris.
Read More / Baca Lagi >>

Wajah Individu Bodoh,Penipu dan Mahu Jahanam Negara Kata Najib.....

Posted: 05 Apr 2016 09:28 AM PDT


Simple logik .

Ia sama ada NAJIB RAZAK BERBOHONG atau MEREKA SEMUA INI BERBOHONG , anda agak mana satu jawapannya ?

Mereka ini majoritinya semua berjawatan besar dalam kerajaan Malaysia dan terkenal dari segi reputasi mereka dalam bidang masing-masing .

Kalau mereka ini semua bodoh , penipu , pemfitnah , penyamun seperti yang didakwa Najib Razak , kenapa insiden pada gambar dibawah berlaku ?



.










Read More / Baca Lagi >>

8 polis iringi Rafizi ke pejabatnya untuk penggeledahan

Posted: 05 Apr 2016 09:16 AM PDT


Wan Azizah dan Saifudin sempat berjumpa Rafizi ketika beliau di bawa ke pejabat PKR.Wan Azizah dan Saifudin sempat berjumpa Rafizi ketika beliau di bawa ke pejabat PKR.
Lapan pegawai polis mengiringi Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli ke ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini dan naik ke tingkat dua bangunan itu yang menempatkan pejabat Rafizi dipercayai bagi tujuan penggeledahan.
Turut berada di situ adalah Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan juga Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail.
Rafizi kelihatan ceria dan masih memakai kot iaitu pakaian lengkap di Dewan Rakyat ketika di bawa ke situ kira-kira jam 10.30 malam dan keluar dari situ kira-kira setengah jam kemudian.
Saifudin ketika dihubungi mengesahkan Rafizi dibawa keluar semula oleh polis dari pejabat itu kira-kira jam 11 malam tadi.
Selepas pejabat, Rafizi dibawa pula ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pandan pula. Selepas itu dia dibawa ke rumahnya dipercayai untuk tujuan yang sama.
Rafizi ditahan oleh polis di luar pagar bangunan Parlimen petang tadi dan dibawa naik ke kereta polis yang menunggu.
Ahli parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Bahrin Shah yang melihat kejadian itu telah mengekori Rafizi dan cuba untuk bercakap dengannya namun tidak dibenarkan oleh polis.
Rafizi ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Rahsia Rasmi (OSA) selepas beliau mendedahkan satu dokumen yang dikatakan disenaraikan sebagai Rahsia Rasmi.
Wan Azizah dalam kenyataannya mengecam sekeras-kerasnya tangkapan terhadap Rafizi ini yang dibuat "dengan cara ala Gestapo".
Read More / Baca Lagi >>

Bongkar rahsia: Rafizi ditangkap ala Gestapo – PKR

Posted: 05 Apr 2016 09:15 AM PDT

Rafizi ditarik keluar sekumpulan anggota polis seolah-olah seorang pembunuh yang cuba melarikan diri

PETALING JAYA: Dalam satu kenyataan malam ini, PKR mengecam sekeras-kerasnya penangkapan 'ala Gestapo' Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Petang tadi, FMT melaporkan Rafizi diberkas sebaik keluar daripada kawasan Parlimen.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan Rafizi ditahan dibawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana menyampaikan rahsia rasmi secara salah.
Menyifatkan penangkapan itu bermotif politik, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan Rafizi – yang terkenal dengan pendedahan pelbagai dakwaan salahlaku dan penyelewengan – sepatutnya dirai, bukannya ditangkap.
"Rafizi telah ditarik keluar dari kereta beliau oleh sekumpulan sepuluh orang anggota polis seolah-olah seorang penjenayah berat atau pembunuh yang cuba melarikan diri.
"KEADILAN menentang penggunaan akta kuku besi ini untuk menakut-nakutkan dan mendiamkan musuh-musuh politik rejim UMNO-Barisan Nasional.
Parti itu percaya tangkapan Rafizi itu mengenai dokumen yang didedahkan di dalam sidang media beberapa hari lalu, yang berkaitan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) keatas 1MDB yang bakal dibentang di Parlimen Khamis ini.
Saksi kejadian, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Kamarul Bahrin berkata beliau melihat sejumlah 15 anggota polis sedang menunggu untuk menangkap Setiausaha Agung PKR itu.
Rafizi diarah keluar dari kereta dan kemudiannya diiring masuk ke kereta polis berhampiran.
Merasionalkan tindakan wakil rakyat partinya, Wan Azizah berkata pemerintah sebenarnya tidak mempunyai sebab untuk menahan Rafizi kerana dokumen rahsia itu akan dibentangkan juga di Parlimen nanti.
"Setelah laporan akhir itu dibentang di Parlimen, dokumen tersebut tidak akan lagi diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Oleh itu, tindakan menangkap Rafizi dengan cara ini adalah keterlaluan."
Terdahulu, Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata beliau sanggup ke penjara untuk mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah OSA, yang didakwanya mengaitkan 1MDB dengan Lembaga Tabung Amanah Tentera.
Semalam, LTAT dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaan yang dilemparnya ke badan berkanun kerajaan itu.

INILAH NEGARAKU...

Posted: 05 Apr 2016 07:42 AM PDT

Jika libatkan pemimpin pembangkang pantas nak tahan, tangkap & siasat..

TETAPI kalau libatkan kuncu2 Umno/BN KERAjaan TERUS JADI BISU.. KENAPA ??


Sebelum ditangkap Rafizi sudah bersedia

Posted: 05 Apr 2016 06:34 AM PDT

Polis ada hak mengikut kuasa dan undang-undang yang ada kepadanya untuk menangkap dan menyiasat Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli. Rafizi sendiri juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

Sebelum ini berbagai tindakan dikenakan ke atasnya, termasuk laporan polis ekoran keberanian dan kelantangan membongkar penyelewengan demi penyelewengan membabitkan pemimpin kerajaan.

Sebelum ini pun beliau sudah beberapa kali "dijemput" polis.

Namun beliau tetap dengan tugas dan tanggungjawabnya. Rafizi tidak sedikit pun terkesan dengan apa yang yang diterimanya. Beliau seolah seronok bermain dengan ombak perjuangan. Rafizi adalah penjelmaan Hang Nadim moden yang perlu dibanggakan.

Bahkan pernah dalam satu percakapan dengannya, beliau membayangkan ada usaha untuk memenjarakannya dan melucutkan kedudukan sebagai ahli parlimen.

Petang ini, sebaik keluar dari Parlimen, Rafizi ditangkap dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana dikatakan mendedahkan dokumen yang diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi. Apakah penahanan Rafizi hari ini sebagai pemulaan untuk menyekat dan menghentikan kelantangan ahli parlimen berkenaan? Atau pun memberi isyarat kepada pemuka-pemuka lain agar berwaspada?

Saya rasa tidak. Sebagai anak muda berjiwa Jebat yang telah mempersiapkan dirinya untuk menjadi pejuang rakyat, beliau sudah bersedia segala-gala baik dari segi mental dan fizikal. Sebelum mencecah kaki ke air dia sudah tentu menyukat dalam atau tohor lautan yang bakal diharunginya.

Rafizi bukan seperti sesetengah lelaki lain yang rapuh dan teruja dengan upah. Dia pun boleh mencari senang kalau dia mahu dengan menghentikan segala kritikan dan pendedahannya yang menyakitkan hati Najib Razak dan Rosmah.

Kalau dia bersedia berbuat begitu tentu dia akan diraikan. Tetapi tidak begitu dengan Rafizi. Semangat dan kecekalan yang ada kepada pemimpin ulungnya yang juga mentornya, Anwar Ibrahim mungkin menjadi azimat kepadanya.
Read More / Baca Lagi >>

'Lebih mudah perolehi dadah daripada pisang goreng' - Bung Mokhtar

Posted: 05 Apr 2016 06:30 AM PDT


Seorang Ahli Parlimen dari Sabah hari ini melahirkan kebimbangan berhubung penyalahgunaan dadah kerana dakwanya bahan terlarang itu lebih mudah diperoleh berbanding pisang goreng.
Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) berkata masalah penyalahgunaan dadah berlaku kerana ia mudah diperoleh dengan harga murah.
"Bekalan pasaran di Sabah, kalau ada RM10 sudah jadi penagih dadah...," katanya.
 Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya bagi mencegah aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah, Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil langkah pencegahan daripada pelbagai aspek termasuk penguatkuasaan.
"Kita juga perlu wujudkan satu pasukan elit yang boleh mengesan siapa sebenarnya pengedar nombor satu dadah dalam negara ini," katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata pindaan akta itu yang antara lain bagi membolehkan pemberian elaun kepada saksi akan membantu mereka berani tampil ke mahkamah untuk memberi keterangan.
"Cadangan itu juga akan membantu saksi mengurangkan bebanan kos untuk hadir memberi keterangan selain menjadikan saksi rasa dihargai dan menaikkan semangat saksi untuk hadir memberi keterangan," katanya.
Ketika menggulungkan perbahasan RUU itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed menjelaskan bahawa pembayaran elaun kepada saksi bertujuan mengatasi keengganan saksi hadir ke mahkamah.
Dalam pada itu, katanya seramai 79 'kingpin' (raja dadah) ditahan bagi tempoh tiga tahun sejak 2013 di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM173 juta.
Terdahulu, ketika membentangkan RUU itu, Nur Jazlan berkata pindaan RUU itu bagi memperkasakan lagi pelaksanaannya agar selari dengan senario semasa kegiatan pengedaran dadah di negara ini mahupun peringkat global.
Read More / Baca Lagi >>

Rafizi undang tangkapan, kata IGP

Posted: 05 Apr 2016 06:21 AM PDT


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengundang tangkapan dengan mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata ahli parlimen Pandan itu sepatutnya sedar tentang kesan dan akibat tindakannya.
 "Bagaimana anda boleh salahkan pihak polis? Kami hanya ksanakan apa yang dinyatakan dalam undang-undang.
"Laporan polis telah dibuat terhadapnya. Berikutan itu, kami telah memeriksa dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk menentukan sama ada dokumen itu memang dikategorikan sebagai sulit.
"Apabila kami mengesahkan ia adalah dokumen OSA, maka kami perlu bertindak," katanya.
Lebih-lebih lagi, Khalid berkata Rafizi sendiri mengisytiharkan bahawa beliau memiliki dokumen OSA dan bercadang untuk mendedahkan kandungannya.
Beberapa pihak juga mengkritik cara penangkapan itu dengan Ahli Parlimen Subang R Sivarasa menyamakan ia sebagai penculikan ala Gestapo.
Mengulas bidasan itu, Khalid berkata: "Mereka boleh kata apa yang mereka suka, kita mematuhi SOP (prosedur operasi standard) kami dan undang-undang."
Rafizi ditahan di pintu pagar Parlimen petang ini di bawah Seksyen 8 Akta OSA.
Pemimpin PKR itu bulan lalu mendedahkan apa yang didakwanya sebagai dokumen sulit yang menunjukkan kaitan antara Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan 1MDB.
Dalam temu bual baru-baru ini dengan Malaysiakini, isteri Rafizi juga berkata beliau bersedia sekiranya suami beliau ditangkap berhubung isu berkenaan.
Jika didapati bersalah, ahli parlimen pembangkang itu berisiko menghadapi hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

IGP sahkan Rafizi ditahan di bawah OSA

Posted: 05 Apr 2016 04:31 AM PDT

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
"Sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Sect 8 OSA," tulis Khalid di twitter.
Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu akta yang diwujudkan khusus bagi mengelakkan kebocoran rahsia rasmi yang "memudaratkan keselamatan atau kepentingan negara".
Rafizi ditahan dipercayai kerana mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai OSA 1972.
Dakwanya, kaitan itu mungkin menjejaskan keupayaan LTAT untuk membayar pampasan atau gratuiti kepada veteran tentera yang telah bersara.
Malaysiakini tidak memiliki dokumen itu dan tidak melaporkan penjelasan lanjut Rafizi pada sidang medianya kerana kekangan undang-undang.
Khalid yang memberi respon perkara itu berkata sekiranya terbukti bahawa dokumen tersebut diklasifikasikan sebagai rahsia, polis juga akan menyiasat pihak yang membocorkannya.
Rafizi turut menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah OSA dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut berdepan hukuman sama sama.
Anggota Parlimen Pandan itu turut mendesak Khalid memberi jaminan tersebut kepadanya.
Selain Rafizi, ahli PAC dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua juga adalah pengkritik lantang 1MDB, yang merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
1MDB, bagaimanapun, mendakwa tuduhan terhadap firma itu adalah bermotifkan politik.

Kami tak akan bawa Umno ke S'wak, kata pemimpin PBB

Posted: 05 Apr 2016 04:07 AM PDT


Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abang Johari Openg hari ini menafikan khabar angin bahawa parti komponen BN itu akan cuba menubuhkan Umno di Sarawak.
 "Saya ingin nyatakan dengan jelas, bahawa kita tidak akan membawa Umno ke Sarawak, sama ada oleh pemimpin semasa atau masa hadapan," kata Abang Johari kepada pemberita selepas taklimat pilihan raya parti hari ini.
Umno tidak wujud secara rasmi di Sarawak. Pemimpinnya tidak pernah dihalang daripada memasuki negeri ini.
Abang Johari juga menafikan pembabitan Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof dalam melobi untuk membawa Umno.
"Fadillah dikatakan sebagai pemimpin yang cuba membawa masuk Umno.
"Dulu mereka gunakan nama saya tetapi sekarang bahawa saya telah tua, mereka kata Fadillah pula akan membawa masuk Umno," katanya.
PBB menguasai 35 daripada 71 kerusi negeri dan dijangka meletakkan calon untuk bertanding di 11 kerusi baru yang diwujudkan November lalu.
Ditanya mengenai jaminan bahawa Umno tidak akan menjejak ke Sarawak, Abang Johari berkata kedua-dua komponen itu mempunyai "persefahaman bersama" bahawa PBB adalah tulang belakang BN negeri.
"Terdapat perbezaan yang besar antara Umno dan Sarawak, kerana di Sarawak kita mempunyai bumiputera dengan latar belakang yang berbeza-beza.
"Dalam Umno, mereka tidak mempunyai demografi seumpama itu. Terdapat perbezaan. Senario ini berbeza," katanya.

Rafizi ditangkap Polis di pintu parlimen

Posted: 05 Apr 2016 03:45 AM PDT


Setiausaha Agung PKR Pandan Rafizi Ramli dikatakan ditahan oleh polis di pintu pagar bangunan Parlimen hari ini.
Bagaimanapun masih belum diketahui punca penangkapan anggota parlimen Pandan itu.
Sebelum ini Rafizi mendedahkan dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa bahawa ia membuktikan hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Pendedahan maklumat sulit itu diklasifikasikan sebagai Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.
Rafizi turut berkata beliau bersedia untuk memberikan kenyataan mengenai perkara itu kepada jabatan siasatan jenayah komersial.
Beliau juga menyatakan kesediaan direman kerana mendedahkan dokumen bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), dengan syarat Pengarah Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy turut dilayan sama.

MENGAPA DI MALAYSIA BEGITU PANTAS SEKALI NAJIB 'DIBERSIHKAN' ??!!

Posted: 05 Apr 2016 03:35 AM PDT


SIASAT LAGI... w'pon siasatan 1MDB & Najib di Malaysia telah 'dibersihkan' oleh AG baru Apandi Ali.. di luar negara skandal 1MDB kini disiasat oleh pihak berkuasa di Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Luxembourg, Singapura dan Hong Kong.

MENGAPA DI MALAYSIA 'tiada' jawatankuasa siasatan parlimen BERANI nak siasat Najib berhubung skandal 1MDB ??

Patutler Arul Kanda beriya2 kata kerja kat 1MDB dah selesai dan NAK CABUT LARI..

Posted: 05 Apr 2016 03:33 AM PDT

RUPA-RUPANYA.. janji nak langsai hutang 1MDB dlm tempoh 6 bulan dah tak berjaya.. DAH NAK MASUK 9 BULAN hutang2 1MDB tak settle2 lagi..

LEBIH BANYAK RAHSIA JAKEL MUNGKIN TERDEDAH SELEPAS INI

Posted: 05 Apr 2016 03:30 AM PDT

Tidak ramai yang ambil peduli mengenai Jakel, sebuah gedung menjual kain dan pakaian ternama yang berpusat di Jalan Masjid India sehinggalah The Wall Street Journal mendedahkan bahawa Najib Razak telah melakukan pembayaran kepada syarikat itu sebanyak AS$14 juta atau kira-kira RM55 juta antara tahun 2011 hingga 2014.

Persepi umum lantas memuncak dengan persoalan paling mudah, apa yang sebenarnya dibeli Najib daripada Jakel dengan bayaran sedemikian banyak itu?

Kalau ia semata-mata untuk pakaian Najib, Rosmah dan ahli keluarganya, tidakkah jumlah itu terlalu besar hanya untuk tempoh empat?

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng kemudian membuat laporan polis terhadap Najib berhubung bayaran yang dibuatnya kepada Jakel Trading itu sebagaimana didedahkan oleh WSJ, juga mengepilkan dengan pertanyaan yang antaranya, apakah pakaian yang dibeli itu untuk Rosmah dan jika sehelai berharga RM10 ribu, apakah ia bermakna sebanyak 5,500 helai telah dibeli sepanjang tempoh  empat tahun atau empat helai dalam sehari?

Selain itu, Lim Lip Eng juga meminta polis menyiasat daripada mana Najib memperolehi wang sebanyak itu yang diangggap jauh berpadanan dengan gajinya sebagai Perdana Menteri yang dianggarkan kira-kira RM273,912 setahun serta kemungkinan  ia berkaitan dengan unsur-unsur rasuah, pengelakan cukai dan penggubahan wang haram.

Baik Najib mahu pun Jakel, kedua-duanya masih berdiam diri sehingga ke hari ini. Yang ada bersuara hanyalah sebuah portal pro Najib yang mengatakan bayaran puluhan juta itu adalah untuk sumbangan pakaian dan barangan yang disampaikan kepada pertubuhan bukan kerajaan, mangsa bencana alam, pakaian anak-anak yatim dan sayap-sayap politik.

"Belum ada orang gila beli baju di Jakel berpuluh juta ringgit untuk kegunaan sendiri.

"Jika benar ia kegunaan peribadi, berdasarkan harga pakaian di Jakel yang dalam kemampuan majoriti rakyat Malaysia, Najib mungkin terpaksa menyewa gedung untuk menyimpan kesemua pakaian tersebut," kata portal itu lagi.
Read More / Baca Lagi >>

'Najib... buktikan buat kebajikan bukan beli untuk Rosmah'

Posted: 05 Apr 2016 03:25 AM PDT

'Larang pembangkang masuk Sarawak, imej Adenan tercemar''

Posted: 05 Apr 2016 03:24 AM PDT

Jeniri: Prestasi DAP mungkin teruk pada PRN-11 Sarawak

Posted: 05 Apr 2016 03:24 AM PDT

Bersabar orang tua, tunggu PRU, kata Nazri kepada Dr M

Posted: 05 Apr 2016 03:22 AM PDT


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menasihatkan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bersabar dan menunggu pilihan raya umum akan datang.
"Nasihat saya kepada orang tua ini ialah bersabar, tahun 2018 akan datang, awak akan ada masa awak untuk berlawan dengan kami. Awak mahu tumbangkan kami, tidak ada masalah.
"Tetapi untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi dengan cara tidak demokratik, ini sesuatu yang kita tidak boleh terima," katanya pada sidang media hari ini.
Beliau yang juga adalah ahli Majlis Tertinggi Umno berkata demikian ketika mengulas usaha bekas perdana menteri itu untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Najib Razak.
Walaupun mengakui sumbangan Dr Mahathir kepada negara, Nazri berkata cubaan untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara tidak demokratik adalah tidak baik tanpa mengira kedudukan seseorang itu.
"Ini adalah sebuah negara demokrasi, kerajaan ini telah dipilih secara demokratik," katanya.
Dalam laporan Sinar Harian hari ini, Nazri menyifatkan Mahathir sebagai seorang ahli politik 'low class' atau kelas rendah kerana mengambil langkah menghalalkan cara asalkan niatnya tercapai.
"Dia kini sudah sampai ke tahap ahli politik yang 'low class'. Sungguh sedih. Tetapi nak buat macam mana. Dia buat diri dia macam itu," katanya.

Lim minta Rahman jangan jadi 'menteri khabar angin'

Posted: 05 Apr 2016 03:21 AM PDT


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan dakwaan Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang mengatakan tanah Taman Manggis di Pulau Pinang dijual kepada pihak ketiga.
Malah, Lim juga menafikan dakwaan bahawa saham syarikat yang memiliki tanah tersebut- Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) dijual kepada pihak ketiga.
Menurut anggota parlimen Bagan itu, tuduhan Abdul Rahman tidak berasas kerana hasil daripada semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat KLIDC masih dimiliki oleh pemegang saham yang sama dan tidak seperti yang didakwa menteri berkenaan.
"Jangan buat tohmahan, tuduhan tanpa asas. Tak nak nanti digelar menteri khabar angin atau fitnah.
"Pagi ini dia ulang tuduhan KLIDC telah dijual kepada syarikat lain. Ini bukan cerita baru. Ini nasi goreng basi.
"Tuduhan ini saya dah jawab sebelum ini. Saya telah sebut, bahawa geran tanah jelas membuktikan ia masih milikan KLIDC. Ini menangkis tuduhan tanah ini telah ditukar kepada syarikat lain. Ini fakta, tanah masih dipegang KLIDC dan ia dibuat secara tender terbuka," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Serangan peribadi
Lim turut mengedarkan beberapa dokumen kepada pihak media bagi membuktikan pemilik saham syarikat KLIDC tidak berubah.
Selain itu, setiausaha agung DAP itu juga berkata, pihak kerajaan negeri juga sebelum ini tidak tahu tentang sebarang urusan penyerahan tanah tersebut kepada syarikat lain.
"Dia (Abdul Rahman) cakap saham telah ditukar kepada orang lain. Kerajaan negeri tidak pernah menerima apa-apa surat syarikat untuk serah tanah ini kepada syarikat lain. Jika mahu (tukar syarikat lain), perlu dapat kebenaran kerajaan negeri.
"Saya tak faham asas tuduhan Abdul Rahman Dahlan. Dia cuba serang peribadi untuk tamatkan kerja politik Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Tapi tolonglah ikut fakta juga.
"Saya tak tahu perjanjian (tukar milikan saham) itu. Dia tahu perjanjian yang saya tak tahu. Yang kita cakap adalah fakta, KLIDC masih pemegang saham. Tak ada perubahan," katanya lagi.
Minta penjelasan
Read More / Baca Lagi >>

Pua ingatkan henti jadikan 1MDB sendiri sebagai keldai

Posted: 05 Apr 2016 02:34 AM PDT


Pertikaman lidah antara 1MDB dengan salah seorang pengkritik paling lantangnya ke terheret dengan kedua-dua pihak melabelkan sesama mereka dengan panggilan binatang.
 Setelah digambarkan sebagai "one trick pony atau "kuda bermuslihat" oleh firma pelaburan negara itu kerana mengitar semula tuduhan lama terhadapnya, ahli parlimen DAP Tony Pua hari ini menggesa 1MDB untuk berhenti menjadikan diri sendiri sebagai "keldai".
Beliau juga mengkritik 1MDB kerana "tidak dapat menjawab soalan yang mudah".
"Mengapa tidak boleh 1MDB memberikan jawapan yang lurus dan mudah kepada rakyat Malaysia jika ia tidak bersalah daripada sebarang salah laku?
"Kenapa 1MDB bersembunyi di sebalik tabir kerahsiaan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara dan Ketua Audit Negara jika ia tidak mempunyai apa yang mahu disembunyikan?" katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.
"1MDB boleh panggil saya apa sahaja yang ia suka - kuda, keldai atau monyet. Bagaimanapun ia perlu henti menjadikan diri sendiri sebagai keldai dengan berfikir bahawa rakyat Malaysia adalah bodoh dan mudah terpedaya dengan cubaan untuk menutup penipuan berbilion ringgit," katanya.
Beliau merujuk kepada soalan mengapa 1MDB membayar AS$1.4 bilion kepada sebuah entiti yang berdaftar di British Virgin Island (BVI) iaitu "Aabar Investment PJS Limited" dan bukannya "Aabar Investment PJS", anak syarikat International Petroleum Investment Corporation (IPIC).
"1MDB dakwa tujuan bayaran AS$1.4 bilion itu dijelaskan dalam penyata kewangan yang diaudit oleh Deloitte pada tahun 2013 dan 2014.
Read More / Baca Lagi >>

PRU-14: Sabah dan Sarawak Penyelamat Putrajaya..!!

Posted: 05 Apr 2016 02:32 AM PDT

Sungguh malang dua negeri terbesar di Malaysia, hanya ada 56 kerusi parlimen, jika Pulau Labuan diambilkira, maka menjadi 57, berbanding 165 di Semenanjung.
Pada PRU-13 lalu, Sabah, Sarawak dan WP Labuan menyumbang 22+27+1= 50 kerusi parlimen kepada Barisan Nasional atau menang 87.72 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.
Juga pada PRU-13 itu, Barisan Nasional secara keseluruhan menang 133, ertinya daripada 165 kerusi parlimen di Semenanjung, Bn hanya menang 83 kerusi atau 50.30 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.
Melihat keputusan PRU-13, antara BN dan Pembangkang di Semenanjung, sebenarnya kedudukan seimbang. Bn=83, manakala pembangkang 82. 
Semasa PRU-13 lalu, belum timbulnya isu wang derma kepada DS Najib Razak, belum memumuncaknya isu 1MDB. Belum berlakunya perseteruan dalam Umno. 
PRU-14, Bn akan berdepan dengan pasukan Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhiyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal dan Dato Seri Mukhriz Mahathir. Keadaan ini, walaupun tidak sehebat tahun 1990, di mana Umno masa itu berdepan dengan S-46. Parti S-46 ditubuhkan oleh Team B Umno yang kalah dalam pemilihan parti Tahun 1987.
Melihat kepada trend PRU-13 digabungkan dengan keadaan semasa politik tanah air, khususnya di semenanjung, bakal berlaku perubahan yang amat ketara, kepada pencapaian Barisan Nasional. Jika pada PRU-13, hanya mampu menang 50.30 peratus daripada keseluruhan kerusi, besar kemungkinan pada PRU-14, akan menurun antara 42-45 peratus, ertinya daripada 165 kerusi parlimen, Bn di Semenanjung hanya akan menang 69-74 kerusi dewan rakyat. Ertinya untuk mempertahankan Putrajaya, maka memerlukan 43-38 kerusi daripada Sabah, Sarawak dan WP Labuan untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah (112 kerusi daripada 222).
Melihat kepada keadaan politik di Sabah dan Sarawak serta WP Labuan pada masa sekarang ini, Sabah diyakni dapat menyumbangkan minima 20 kerusi Parlimen, manakala Sarawak 25, WP Labuan masih dalam gengaman Bn. Berasaskan kepada anggapan itu, maka Sabah, Sarawak dan WP Labuan akan menyumbang minima 47 kerusi parlimen. Katakan lah, Bn Semenanjung hanya menang 69 kerusi Parlimen, ertinya secara keseluruhan Bn mendapat 116 kerusi parlimen. Kata orang putih, the worst, Bn masih mendapat 116 kerusi Parlimen. Jumlah itu mencukupi menubuhkan kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah.
Melihat trend politik tanah air pada masa kini, khususnya di Semenanjung, terutama di kawasan-kawasan yang ditandingi MCA, Gerakan dan MIC, bakal hanyut pada PRU-14 akan datang. Isu yang menyelebungi Lim Guan Eng berkaitan pembelian rumah di bawah harga pasaran, selain isu tanah Taman Manggis, tidak banyak mempengaruhi pengundi kaum cina dan india. Malah isu itu terlalu ringan dibanding isu yang diputar belit pembangkang, terutama berkaitan GST dan isu yang melanda Perdana Menteri.
Dalam tempoh 2 tahun, sehingga PRU-14, kumpulan Tun Dr Mahathir akan memberi fokus kepada kepimpinan DS Najib Razak, dengan senantiasa menyegarkan isu-isu yang didepani Perdana Menteri itu, sehingga rakyat akan terlepas pandang berkaitan perkembangan ekonomi, pembangunan dan kemajuan dalam negara.
Nampaknya, pada PRU-14, kerajaan Bn akan tergantung kepada pengundi Sabah dan Sarawak. Sebenarnya pimpinan Barisan Nasional yang ada perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir, kerana tindakan mantan Perdana Menteri itu selama 22 tahun, mengabaikan rakyat Sabah dan Sarawak, adalah faktor utama, kumpulan Tun Dr Mahathir sekarang ini, tidak akan mendapat sokongan daripada rakyat dua negeri terbesar di Malaysia itu.

Deklarasi Rakyat: Hadi gesa jangan libatkan Majlis Raja-Raja

Posted: 05 Apr 2016 02:20 AM PDT

Ahli Parlimen Marang itu menyoal mengapa undi tidak percaya belum dilakukan penentang PM.
Hadi-AwangKUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa supaya Majlis Raja-Raja tidak dilibatkan dalam Deklarasi Rakyat.
"Kita tidak mahu melibatkan pihak yang tidak sepatutnya terlibat dalam apa-apa desakan.
"Kita mempunyai parti politik dan juga NGO serta pihak lain, jadi ia terpulang kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian mengulas tindakan Dr Mahathir yang mahu mengumpul tandatangan rakyat agar Majlis Raja-Raja dapat membuat keputusan untuk mengugurkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengakui Majlis Raja-Raja tiada kuasa dalam Perlembagaan untuk menyingkir Perdana Menteri namun dalam keadaan terdesak mungkin Perdana Menteri boleh dilucutkan jawatan.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS tidak akan terlibat malah menolak apa sahaja tindakan yang tidak demokratik.
"Kita mahukan perubahan dilakukan menggunakan kaedah yang demokratik bukannya seperti yang kita lakukan sekarang ini," ujar beliau lagi.
Tambahnya, sehingga kini proses demokrasi yang dibenarkan melalui undang-undang juga masih belum dilaksanakan.
"Proses demokrasi yang dibenarkan seperti undi tidak percaya atau pilihan raya masih belum dilakukan," katanya.
Sebelum ini PAS pernah menyatakan sokongan jika undi tidak percaya terhadap Najib dibentang di Parlimen oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menteri lebih bela Najib berbanding rakyat

Posted: 05 Apr 2016 02:18 AM PDT

Apa yang menyedihkan ialah apabila mereka bertindak menghina individu yang mengkritik Najib, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Anina-Saadudin,-najib,-umno
PETALING JAYA: Agenda utama Menteri dalam kabinet pada masa kini adalah hanya membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya memperjuangan nasib rakyat jelata.
Dakwaan itu dibuat bekas ahli UMNO Bahagian Langkawi yang dipecat, Anina Saadudin apabila kesemua menteri yang dilantik didapati menghabiskan masa mempertahankan Najib, tanpa sebarang fakta yang kukuh.
Malah apa yang lebih menyedihkan ialah apabila mereka turut bertindak menghina individu yang mengkritik Najib, terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pemimpin yang merosakkan UMNO adalah penyangak bangsa. Mereka lebih hina daripada penjenayah biasa kerana merosakkan sebuah negara. Mereka adalah pemimpin yang terkutuk.
"Persoalannya, adakah mereka memberikan fakta pembelaan? Tidak, mereka hanya membela Najib dengan menghina pengkritik Najib. Apabila Tun (Mahathir) kata Najib mencuri (duit rakyat), tiada seorang menteri yang memberi bukti Najib tidak mencuri, sebaliknya mereka mencerca Tun," katanya dalam kenyataan media kepada FMT.
Anina turut mengingatkan menteri bahawa tugas mereka adalah memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat yang memilih mereka.
Katanya, jika gagal berbuat demikian, elok melepaskan jawatan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas sebagai jurucakap Perdana Menteri.
"Tiada seorang pun menteri yang berjaya memberi statement bijak atau mengumumkan strategi bagaimana Malaysia mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada ratusan ribu mahasiswa yang bakal tamat pengajian di universiti dalam negara mahupun luar negara.
"Strategi yang ada adalah bagaimana untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman pengajian samada PTPTN mahupun Mara," katanya.

Rafizi buka laman aduan baru terhadap PTPTN

Posted: 05 Apr 2016 02:14 AM PDT


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata perubahan dasar melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menyebabkan ribuan keluarga kini menanggung beban kewangan.
Katanya, ini kerana PTPTN mengehadkan jumlah pinjaman dan hanya pemohon dari keluarga yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dipertimbangkan untuk mendapat pembiayaan penuh.
"Peraturan bahawa hanya pemohon dari keluarga yang menerima BR1M boleh dipertimbangkan untuk pembiayaan penuh telah menyebabkan ribuan keluarga terperangkap dengan beban kewangan yang mereka tidak jangka.
"Begitu juga dengan perubahan dasar mendadak melibatkan skim-skim di bawah MARA, myBrain, penajaan PhD dan lain-lain.
"Malah saya terus mendapat aduan bahawa ramai pemohon pembiayaan MARA masih belum mendapat pembiayaan (dan ini) berbeza dengan kenyataan menteri dan Pengerusi MARA," katanya dalam satu kenyataan.
Berikutan itu beliau membuka laman baru bagi pemohon yang terkesan dengan pembiayaan tersebut mengisi borang aduan agar isu itu dapat 'diperjuangkan' secara berkesan bermula minggu ini.
Pada November 2014, PTPTN mengumumkan hanya pelajar yang ibu bapa mereka merupakan penerima BR1M akan menerima pinjaman penuh PTPTN ekoran syarat ketat dikenakan badan itu.
PTPTN berkata keputusan itu dibuat berikutan kekangan dananya bagi menampung penambahan peminjam baru untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).
Langkah tersebut menyaksikan pengurangan sebanyak 5 peratus bagi pinjaman di institusi pendidikan tinggi awam dan pengurangan sebanyak 15 peratus di institusi pendidikan swasta.
Mengikut kaedah itu jika data peminjam atau ibu bapa disenaraikan sebagai penerima BR1M, mereka akan menerima pembiayaan maksimum PTPTN. Bagi bukan penerima BR1M, sebanyak 75 peratus pembiayaan akan diberikan kepada keluarga yang pendapatan mereka tidak melebihi RM8,000.
Sebanyak 50 peratus pembiayaan lagi diberikan kepada keluarga pelajar yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM8,000.

Comments (0)