Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:14 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hari Pekerja: Naikkan gaji minimum kepada RM1,200 sebulan untuk seluruh negara, kata DAP

Posted: 30 Apr 2016 08:29 PM PDT


KUALA LUMPUR, 1 MEI: DAP menggesa kerajaan menaikkan gaji minimum kepada RM1,200 setiap bulan dengan dilaksanakan secara sama rata di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Pada masa yang sama, DAP meminta supaya pekerja asing dikecualikan daripada cadangan tersebut untuk sekurang-kurangnya 5 tahun bagi membolehkan majikan tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (IKS), mempunyai masa untuk menyesuaikan diri.
hari pekerjaBerikutan kenaikan kos sara hidup dan kos tambahan akibat pelaksanaan GST, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata gaji minima sekarang sebanyak RM1,000 bagi Semenanjung dan RM920 bagi Labuan, Sabah dan Sarawak adalah terlalu rendah.
"Sekiranya gaji penjawat awam boleh dilaraskan secara bulanan untuk menjadi lebih dari RM1,200, tidak ada sebab kenapa pekerja sektor awam tidak boleh mendapat manfaat yang serupa," katanya dalam mesej Hari Pekerja 2016.
Menurutnya, Kerajaan Persekutuan juga wajar menawarkan bantuan kewangan yang sebaiknya kepada majikan tempatan dan IKS untuk menangani kenaikan kos daripada pelaksanaan gaji minima.
Beliau menjelaskan bahawa tanpa kos yang terlibat dengan skandal RM50 bilion 1MDB, dana untuk majikan dan pekerja tempatan pastinya mudah didapati.
Sehubungan itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan, berkata DAP mengecam keingkaran (default) pertama kali dalam sejarah oleh sebuah entiti kerajaan, 1MDB, sebanyak USD1.75 bilion yang boleh membawa kepada pembayaran hutang sebanyak 0.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Jelas beliau, International Petroleum Investment Corporation (IPIC) telah menjamin USD3.5 bilion daripada bon 1MDB dan berjanji untuk membayar faedah sebanyak USD50 juta tetapi berlaku keingkaran apabila USD50 juta itu tidak dibayar tepat pada masanya.
Sebagai ganti, tambah beliau, 1MDB pula sepatutnya memindahkan beberapa aset dan membuat bayaran berjumlah berbilion dolar kepada Aabar milik IPIC tetapi mengejutkan pula kerana IPIC mendakwa tidak pernah menerimanya langsung.
Menurutnya lagi, kenyataan 1MDB mengesahkan keingkaran bon USD1.75 bilion membawa kesan yang bukan sahaja melibatkan pemegang bon tetapi lebih daripada itu.
"Ini adalah keingkaran yang tidak pernah terjadi dalam sejarah sebuah entiti kerajaan, yang mana badan penasihatnya dipengerusikan Perdana Menteri sendiri, kerana ia akan mencetuskan keingkaran bersilang (cross-defaults) berjumlah berbilion dolar dalam bon-bon dan pinjaman-pinjaman lain milik kerajaan," ujar beliau.
Guan Eng menjelaskan, Moody's Investor Service menganggarkan Malaysia mungkin terpaksa membayar jumlah yang bersamaan dengan 0.5% daripada KDNK.
Read More / Baca Lagi >>

Tujuh kerusi DAP di kawasan bandar dalam bahaya, jangan pecahkan undi pembangkang

Posted: 30 Apr 2016 08:24 PM PDT

aziz pic
SARIKEI, 1 MEI: Tujuh daripada 13 kerusi yang dipecahkan melalui persempadanan semula daripada 12 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dimenangi DAP dalam pilihanraya negeri yang lalu kini berada dalam 'senarai bahaya'.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Barisan Nasional telah melaksanakan kempen mereka berasaskan kepada empat strategi:
* Kesan Adenan
* Kesan Najib
* Politik wang
* Politik intimidasi dan takutkan pengundi.
Katanya, kempen DAP pula dalam pilihanraya Sarawak berteraskan kepada dua strategi:
* Mempertahan dan memenangi kesemua 13 DUN yang dipecahkan daripada 12 kerusi DUN yang telah dimenangi DAP dalam pilihanraya negeri yang lalu, serta mencatat kemenangan di beberapa kawasan majoriti pengundi Dayak di 18 lagi kerusi DUN yang ditandingi DAP; dan
* Mempersiapkan DAP Sarawak untuk menyediakan rancangan bagi memenangi kerajaan negeri Sarawak dalam pilihanraya negeri ke-12 pada 2021 jika DAP berjaya memperlihatkan ia bukan sahaja mampu mempertahankan kerusinya di kawasan bandar di Kuching, Sibu, Sarikei, Bintangor, Bintulu dan Miri, tetapi juga mendapat sokongan di kawasan luar bandar seperti Tasik Biru, Mambong, Serian, Simanggang, Pakan, Mulu dan Murum.
Dalam satu kenyataan media di sini, beliau berkata, memang menggembirakan jika DAP berjaya menang beberapa kerusi luar bandar tetapi pada masa yang sama, amat mengecewakan jika DAP kalah di kawasan bandar, terutamanya jika hilang beberapa kerusi daripada 13 kerusi yang dipecahkan daripada 12 kerusi yang disandang oleh DAP.
Sehubungan itu, Kit Siang mahu mobilisasi kempen digerakkan segera kerana tujuh daripada 13 kerusi ini berada dalam 'senarai bahaya' di pertengahan kempen itu.
Read More / Baca Lagi >>

KALAU NAJIB PUN TAK TAHU, PENCACAI LAGILAH TAK TAHU APA-APA

Posted: 30 Apr 2016 08:20 PM PDT

Berucap di Johor Bahru, Jumaat lalu, Muhyiddin Yassin membidas Najib Razak yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tidak tahu mengenai transaksi kewangan 1MDB yang tidak dapat disahkan berjumlah AS$7 bilion atau RM28,000 juta, meskipun sudah didedah dalam Laporan PAC, baru-baru ini.

"AS$7 bilion mengalir kepada pihak yang tak tahu siapa terima, siapa yang luluskan?

"Najib perlu bertanggungjawab, tapi dia tak pernah jelaskan soal itu," kata Muhyiddin di depan ribuan hadirin.

Sebetulnya memang Najib tak tahu apa-apa pun, yang beliau tahu hanyalah tandatangan saja. Sebab itu, bukan saja duit hilang dia tak tahu, duit SRC International masuk dalam akaun sendiri pun dia tak tahu.

Mujur dia masih tahu berbelanja dan agih-agihkan duit daripada akaun peribadinya. Itulah Najib....
Pencacai?

Kalau Najib tak tahu, pencacai lagilah tak tahu apa-apa. Tak hairan mengapa jawapan mereka bukan saja berbeza-beza, tapi semuanya tak betul belaka. Mereka jawab main bedal saja, mungkin ikut berapa banyak dedak yang diterima.

Sekarang ini bila semakin banyak isu 1MDB terdedah, semua diam belaka. Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Shabery Cheek, Azalina Othman Said, Nazri Aziz, Annuar Musa, Ahmad Maslan dan yang lain-lain semuanya sudah hilang suara mengenai 1MDB.

Hakikatnya, Najib dan pencacainya sama saja - tak tahu apa-apa. Itulah wajah pemimpin dan kerajaan yang kita ada.

#PRNSarawak: Masyarakat Dayak sambut baik calon KEADILAN

Posted: 30 Apr 2016 08:16 PM PDT

AZMIN WALKABOUT 2Sambutan masyarakat Dayak di kawasan pedalaman terhadap KEADILAN cukup meyakinkan, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
Gambaran itu diperoleh ketika sesi Walkabout bersama calon DUN Tupong, Nurhanim Mokhsen dan calon DUN Satok, Mohd Salleh Shawkatali hari ini.
"Sambutan orang Dayak di kawasan pedalaman terhadap KEADILAN cukup meyakinkan. Berani bawa perubahan demi rakyat Sarawak," katanya menerusi Twitter.
Katanya, sambutan sama turut dirasai ketika sesi walkabout di Pasar Kubah Ria, DUN Tupong dan menyifatkan rakyat di bumi kenyalang sudah bersedia melakukan perubahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 nanti.
Terdahulu, Menteri Besar Selangor itu sempat meluang masa menghadiri majlis perkahwinan di Bandar Kuching sebelum terus ke Siburan, Mambong bagi membantu calon KEADILAN, Willie Mogin bertemu pengundi.

Wan Ji: How people interprete religion a problem

Posted: 30 Apr 2016 08:09 PM PDT

Wan Ji: Why I left PAS for PKR

Posted: 30 Apr 2016 08:07 PM PDT

Biar lebih ramai katak dan lalang

Posted: 30 Apr 2016 05:42 PM PDT

Gelaran seperti katak dan lalang adalah perkara yang kecil jika dibandingkan dengan isu masa depan negara kita.
politik-malaysia
Oleh Khairul Naim Rafidi
Terdapat beberapa istilah popular yang ditujukan kepada individu yang tidak tetap pendirian politiknya. Antara yang sering kita dengar adalah seperti lalang, dan katak.
Lalang dan katak ini selalunya merujuk kepada individu yang pendirian politiknya sentiasa berubah. Dalam erti kata yang lain, orang yang tidak tetap pendirian dan sering bertukar pandangan.
Misalnya, minggu lepas sokong parti/pihak x, kemudian minggu hadapan menyanggah parti/pihak x dan menyokong pula parti/pihak y.
Di Malaysia, antara tokoh terkenal yang pernah mendapat gelaran ini adalah Ibrahim Ali, Zaid Ibrahim, Saifuddin Abdullah dan ramai lagi.
Tetapi, nama-nama yang saya sebut itu adalah figura dalam kalangan orang besar dan pemain politik. Isu kita hari ini berbeza sedikit kerana ia adalah tentang rakyat biasa. Rakyat yang tidak tahu hendak ke mana.
Sebagai rakyat biasa, saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya juga pernah menjadi 'tukang label' atau 'labelist' terhadap individu yang tidak tetap pendirian ini. Hal ini kerana pada waktu itu, orang muda sememangnya memerlukan entiti dan pendekatan yang baru.
Tambahan pula, adalah menjadi suatu kemestian untuk seluruh rakyat terutama anak muda bersatu di bawah panji baru untuk masa depan negara ini.
Sehingga sekarang, saya masih berpendapat bahawa prinsip dan pendirian seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya berubah tanpa sebarang alasan yang kukuh dan rasional.
Namun begitu, apabila melihat senario negara kita sekarang saya secara tiba-tiba melihat bahawa negara kita memerlukan lebih ramai katak dan lalang. Kenapa saya begitu mudah berkata begitu?
Jangan main-main dengan kuasa rakyat
Hal ini kerana hampir semua parti/pihak yang terlibat dengan politik di Malaysia menghadapi krisis besar sekarang.
Satu pihak panas dengan krisis tuduhan skandal, rasuah, penyelewengan dan korupsi. Manakala, pihak lagi satu pula mempunyai masalah perebutan kerusi, bergaduh sesama sendiri dan berbagai-bagai lagi krisis dalaman yang pasti menyesakkan.
Saya faham, politik di Malaysia memang memerlukan taktik, pendekatan dan permainan yang licik.
Dalam kata mudah, rukun dan kebiasaan dalam politik kekuasaan memerlukan strategi dan pergerakan yang ligat. Namun, usahlah kita menjadikan taktik dan isu survival ini sebagai suatu alasan untuk bermain-main dengan kuasa rakyat.
Parti/pihak yang terlibat dengan politik harus serius dan tidak boleh sesuka hati melakukan apa sahaja sehingga menolak kepentingan rakyat demi penerusan kekuasaan politik.
Read More / Baca Lagi >>

MMA bantah KPN umum keadaan mental lelaki perosak kuil

Posted: 30 Apr 2016 05:40 PM PDT

Presidennya, Dr Ashok Philip berkata maklumat seperti itu sepatutnya dirahsiakan dan hanya digunakan dalam mahkamah.
Ashok-Philip_polis_kuil_600_1
PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) membantah tindakan Ketua Polis Negara mengumumkan keadaan mental lelaki yang memecahkan patung kuil Hindu kepada media.
Presidennya, Dr Ashok Philip berkata maklumat seperti itu sepatutnya dirahsiakan dan hanya digunakan dalam mahkamah.
"Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (PHFSA) mengehadkan penyampaian maklumat perubatan pesakit.
"Sekarang doktor itu diumumkan sebagai "sakit mental". Atas prinsip seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, maklumat sensitif seperti itu sepatutnya diperlakukan mengikut undang-undang," tegasnya dalam satu kenyataan.
Pada 29 April lalu, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kepada pemberita bahawa Fathi Munzir Nadzri menjalani rawatan pesakit mental sejak 2013 di Hospital KPJ Ipoh.
Maklumat itu diumumkan sebagai jawapan kepada kenyataan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dr S Jeyaindran yang berkata Fathi tidak mempunyai rekod sebagai pesakit mental.
Read More / Baca Lagi >>

Kos logo DBKL RM15 ribu, aktivis Fahmi Reza tawar logo baru percuma

Posted: 30 Apr 2016 05:23 PM PDT

fagmi-reza
Seorang aktivis kontroversi, Fahmi Reza yang sedang disiasat kerana lakaran gambar badut Datuk Seri Najib Razak menawarkan sebuah logo baharu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur secara percuma tanpa bayaran sebanyak RM15,000.
Fahmi membuat tawaran tersebut dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik logo baru yang seakan sama dengan logo kontroversi DBKL yang menelan belanja RM15,000.
"Kuala Lumpur kena bayar sampai RM15,000 untuk design logo baru mereka? Sebagai designer prihatin yang ingin membantu kerajaan menjimatkan wang, ini dia design logo baru untuk Putrajaya mengikut style kegemaran mereka, free of charge," tulis Fahmi dalam status gambar logo baharu yang dimuatnaik di Facebooknya.
IMG_0123
Fahmi yang juga seorang pereka grafik sambilan juga menukar kata slogan baharu dalam logo itu kepada "corruption, cronysm and incompetence".
DBKL mengesahkan sudah membelanjakan RM15,000 untuk logo pelancongannya namun ia dikritik hebat yang menyifatkan nila tersebut tidak sepadan dengan hasil kerja logo tersebut.
DBKL juga tidak merancang untuk mengubahnya, sekalipun mendapat maklum balas negatif daripada orang ramai, kerana beliau mendakwa bajet itu telah dikurangkan.
Daripada RM2.6 juta itu, sebanyak RM15,000 dibelanjakan untuk panduan jenama, termasuk membuat logo, slogan, penghuraian, sebab dan strategi.
Pengurus Besar Biro Pelancongan DBKL, Noraza Yusof menjelaskan, RM2.6 juta telah diperuntukkan untuk langkah penjenamaan yang merangkumi pertunjukan jalan, barangan media dan aktiviti promosi lain.

Husam puji manifesto Pas di Sarawak, mahu turut digunapakai dalam parti

Posted: 30 Apr 2016 05:21 PM PDT


Kemungkaran mesti dicegah segera halang mudarat dan bala AllahKemungkaran mesti dicegah segera halang mudarat dan bala Allah
Yang Dipertua Pas Kubang Kerian, Dato' Husam Musa memuji manifesto Pas dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang memasukkan "semak dan imbang" dalam peranan di Dun sekiranya dipilih rakyat namun mahu pendirian itu digunapakai sepanjang masa termasuk urusan dalaman parti.
"Apabila saya memberi pandangan berbeza berkenaan apa yang berlaku dalam parti maknanya saya memainkan peranan "semak dan imbang" maka harus diterima dengan terbuka dan bukannya terus diugut untuk diambil tindakan dan diperlekehkan dengan pelbagai cara," katanya dalam ceramah kempen selamatkan Malaysia di Rantau Panjang malam tadi.
Maksud semak dan imbang juga menurut beliau ialah terus menerus menegur kerajaan bila berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa yang pasti merugikan rakyat dan negara.
"Ketika negara berada dalam keadaan tertekan dengan penyelewengan besar seperti skandal 1MDB sekarang, kita sebagai orang Islam yang diberi amanah perlu bangkit menyatakan penentangan terhadap kemungkaran yang berlaku," katanya.
Menurutnya usaha kempen tandatangan deklarasi rakyat sekarang katanya harus disertai semua pihak kerana selain bertindak bagi pihak rakyat tertindas ini adalah kewajipan agama.
"Islam ajar kita bila kita melihat kemungkaran, mesti dicegah dengan keupayaan yang ada pada kita," katanya.
Beliau bagaimanapun hairan hadis tentang mencegah kemungkaran ini semakin kurang didengar kebelakangan ini.
"Bila berhdapan kemungkaran kerajaan pimpinan (Datuk Seri) Najib sekarang ada pihak yang memberi pelbagai alasan untuk tidak bersama rakyat yang ingin menghentikan kemungkaran besar dengan menurunkan beliau sebagai perdana menteri," katanya.
Ada pula katanya membawa hujuah kononnya tidak syari'e menurunkan perdana menteri sebelum tempohnya tamat.
Read More / Baca Lagi >>

#PRNSarawak : Adenan cuba jadi jaguh NCR, proses pemberian geran tanah penduduk terbengkalai

Posted: 30 Apr 2016 05:18 PM PDT


Tanah diukur geran tak datang datangTanah diukur geran tak datang datang
Ketika Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Adenan Satem sibuk kononnya membela rakyat berkait isu Tanah Adat bumiputera (NCR), penduduk terus dipermain dengan proses pemilikan tanah yang tidak diselesaikan bertahun-tahun.
Seperti berlaku kepada penduduk kampung Bako dan kampung Sejingkat dekat DUN Demak Laut sehingga kini tidak diberi geran tanah, sungguhpun agensi Kerajaan Negeri Sarawak kira-kira dua tahun lalu turun mengukur tanah berwajib di sini.
Mengulas lanjut, Pengerusi Amanah Negeri, Mohamad Fidzuan Zaidi berharap Tan Sri Adenan Satem supaya segera menyelesaikan isu berbangkit tersebut sekiranya Ketua Menteri itu mahu dikenali sebagai 'juara isu tanah'.
"Selain isu NCR (Tanah Hak Adat Bumiputera), tanah orang kampung juga banyak masih tiada geran.
"Kerajaan Negeri ada sukat tanah penduduk kampung, tetapi tak beri geran sampai sekarang," kata Mohd. Fidzuan yang juga Calon Demak Laut, selepas majlis bertemu pengundi muda di Kampung Sejingkat di sini, petang tadi.
Beliau berkaya demikian ketika mengulas laporan akhbar Utusan Sarawak hari ini berjudul, "Bukannya Pembangkang kerana tanah NCR sudah beribu-ribu hektar disukat, Adenan 'juara' isu tanah NCR".
Kata Mohamad Fidzuan lagi, penyandang, ADUN Demak Laut, Dr. Hazland Abang Hipni sepatutnya menyelesaikan isu berbangkit tersebut sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 dahulu, bukan menabur janji sekali lagi seperti sekarang.
Pada PRN lalu, Dr Hazland yang mendapat mendapat 5,522 undi berjaya mempertahankan kerusi BN dengan majoriti 3,752 undi, menewaskan Ali Hossen Abang (PKR) yang memperoleh hanya 1,770 undi.

#PRNSarawak : Dr Wan Azizah diarah keluar sebelum hari pengundian.

Posted: 30 Apr 2016 05:16 PM PDT

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang tiba ke Sarawak pada Sabtu dilaporkan turut menerima arahan dari pihak Imigresen negeri itu supaya meninggalkan Sarawak sebelum hari pengundian.
Perkara itu diberitahu Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil kepada media melalui aplikasi WhatsApp kira-kira 9.30 malam tadi.
Kak wan
"Beliau diarahkan meninggalkan Sarawak pada 5 Mei," katanya menjawab soalan wartawan.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba ke Sibu kira-kira jam 8.30 malam tadi, beliau dijadualkan untuk membantu kempen di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi KEADILAN di Zon tengah Sibu.
Terdahulu, Timbalan Presiden KEADILAN yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohammed Azmin Ali diarahkan untuk meninggalkan Sarawak sebelum 2 Mei. Arahan sama diberikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng agar meninggalkan Sarawak sebelum 5 Mei 2016.
Tindakan itu mendapat kritikan dengan ahli politik dari Pakatan Harapan (Pakatan) mendakwa Ketua Menteri, Adenan Satem menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti politik yang sah seperti yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Dr Wan Azizah sementara itu dijadualkan untuk bertemu orang ramai di Pasar Konowit dalam DUN Machan pada kira-kira jam 7.00 pagi pada Ahad.
Beliau seterusnya akan berada di kampung Sungei Sepauh dalam DUN Saribas pada jam 11 pagi bagi menyampaikan ceramah umum sebelum ke DUN Nangka bagi bertemu penduduk di Kampung Dato' Lama dan Kampung Hilir.

Jangan pertikai larangan masuk imigresen Sarawak ampu NGO Pro BN

Posted: 30 Apr 2016 05:14 PM PDT

Lagipun, hak itu selaras dengan peruntukan undang-undang semasa Sarawak dan Sabah memutuskan menyertai Persekutuan Malaysia dahulu, kata beliau.
zulkarnain-mahdar_-imigresen_sarawak_600
KOTA KINABALU: Pemimpin beberapa parti pembangkang tidak harus mempertikai pengharaman beberapa individu untuk memasuki Sarawak.
Presiden Pakatan NGO pro Barisan Nasional Zulkarnain Mahdar berkata langkah kerajaan Sarawak itu bertujuan menghalang kemasukan anasir politik ekstrem.
Lagipun, hak itu selaras dengan peruntukan undang-undang semasa Sarawak dan Sabah memutuskan menyertai Persekutuan Malaysia dahulu, kata beliau.
"Tidak ada pihak yang seharusnya mempertikaikan kuasa tersebut termasuk Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zulkarnain walaupun rakyat Sarawak dan Sabah terdiri daripada pelbagai anutan agama dan budaya namun kedua-dua negeri berkenaan terkenal
dengan budaya politik aman dan tenang.
Oleh itu mereka tidak seharusnya disogokkan dengan budaya politik ekstrem.

SAMPAI BILA NAK MENIPU & PERBODOHKAN RAKYAT !!!..

Posted: 30 Apr 2016 05:09 PM PDT

LEBIH 50 TAHUN diperintah BN, beratus-ratus ribu penduduk kampung di Sarawak MASIH tiada sumber air paip terawat.

MASIH LAGI dapat TONG BIRU nya sahaja. Kalau tak hujan, air pun tada..

Dah banyak kali tipu dgn BN,
TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN KA !!!

Antara Penipu dan Pembohong, mana satu yg boleh dipercayai ??

Posted: 30 Apr 2016 05:06 PM PDT

"BN MENANG, KRONI SENANG"

Bantu Rakyat Sarawak Buat Perubahan

Posted: 30 Apr 2016 05:00 PM PDT

Tolak GST, Tolak BN, Tolak Najib. Udah-Udah Gik!

Posted: 30 Apr 2016 04:58 PM PDT

Hud Andri untuk Benting Maro

Posted: 30 Apr 2016 04:58 PM PDT

Azmin tidak akan merayu untuk berkempen

Posted: 30 Apr 2016 04:56 PM PDT

Mat Sabu: Menghalang Pimpinan Masuk Sarawak, Perdana Menteri Tak Berani Interfere

Posted: 30 Apr 2016 04:53 PM PDT

Disability proves no barrier for Amanah candidate

Posted: 30 Apr 2016 04:51 PM PDT

Mukhriz - JASA Menipu Rakyat @ Buku 1MDB

Posted: 30 Apr 2016 04:47 PM PDT

Legasi cemerlang gabenor wanita berbaju kurung

Posted: 30 Apr 2016 07:25 AM PDT

Legasi cemerlang gabenor wanita berbaju kurung
KUALA LUMPUR - Beliau sering tampil berbaju kurung biru dengan paparan wajah tenang dan bersahaja, namun wanita ini lebih sinonim dengan ketegasannya sebagai gabenor sehinggakan diyakini serta disegani oleh masyarakat.
Tugas digalasnya sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) juga sukar - mengimbangi cabaran pengurusan termasuk menangani satu demi satu krisis kewangan, namun ia sedikit pun tidak menjejaskan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang terus mengekalkan reputasi cemerlangnya sehinggalah pada detik-detik akhir
tempoh 16 tahun mengemudi bank pusat berkenaan.
Bergelar gabenor wanita pertama Malaysia, Zeti disifatkan sebagai berkelayakan memikul tanggungjawab itu, malah sering dirujuk ketika tempoh sukar bagi menepis cabaran yang bertandang.
Namun pujian yang diterima enggan dibolot sendirian, sebaliknya beliau berulang kali menegaskan "ia adalah hasil kerja dan usaha secara berpasukan."
Zeti sememangnya mengagumi kegigihan dan komitmen para pekerja BNM menjayakan mandat bank pusat itu dan atas dasar itu, kejayaan yang datang enggan dikaitkan atas kapasitinya sebagai individu.
"Saya tidak melakukannya secara sendirian, sebaliknya disokong pasukan yang padu," katanya sambil memberi jaminan bahawa institusi itu kekal kukuh serta berdaya tahan selepas persaraannya.
Baginya, keupayaan mengurus cabaran, termasuk krisis adalah antara pencapaian BNM selain kejayaan aspek penyepaduan kewangan serantau dan pembangunan kewangan Islam yang diiktiraf kalangan masyarakat antarabangsa.
"Sudah pasti ia sesuatu yang menggembirakan apabila dapat menyaksikan (pencapaian) itu sepanjang tempoh kerjaya. Namun, ini hasil usaha berkumpulan dan saya amat bertuah dapat mengetuai pasukan ini," katanya.
Mengulas antara perkara yang diharapkan mampu disempurnakan BNM, Zeti berkata : "Saya berharap yang kita dapat menyegerakan usaha peralihan kepada e-pembayaran. BNM sendiri turut mengutamakan perkara ini kerana manfaatnya yang besar."
Sudah pasti, antara pertanyaan yang sering dilontarkan kepada wanita ini adalah mengenai penggantinya.
Malah, sewaktu menghadiri majlis taklimat untuk pengarang kanan sebelum ini, Zeti menegaskan penggantinya itu seharusnya diterima pasaran.
"Ia lebih kepada bagaimana orang ramai berkeyakinan bahawa anda melakukan perkara betul dan anda berupaya melakukannya serta keyakinan mereka bahawa anda boleh melakukannya," tegasnya.
Ternyata, gambaran itu menepati legasi dirinya sebagai gabenor yang bukan setakat diterima pasaran mahupun kalangan penggiatnya, malah ulasan serta respon Zeti terhadap sebarang isu berbangkit, sememangnya sesuatu yang dinantikan.
Malah, penggantinya iaitu Datuk Muhammad Ibrahim juga memiliki kemampuan itu selain dihormati dan dipercayai oleh industri kewangan.
Bagi prospek masa depan, Zeti memberi jaminan bahawa BNM berada pada kedudukan kukuh berikutan asasnya yang berpaksikan kekuatan barisan tenaga pekerjanya.
BNM turut melabur dalam pembangunan modal insan secara berterusan bagi memastikan kakitangannya sentiasa memiliki pelbagai kemahiran, cekap, komited serta tinggi nilai integriti.
Zeti adalah graduan jurusan ekonomi Universiti Malaya dan memperolehi Ijazah Doktor Falsafah daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.
Read More / Baca Lagi >>

Pas yakin BN menang dua pertiga di Sarawak - Mustafa Ali

Posted: 30 Apr 2016 06:49 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Pas yakin Barisan Nasional (BN) akan berjaya mengekalkan kuasanya di Sarawak dan meraih majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11.
Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, BN dilihat masih memikat hati pengundi Sarawak selain mampu menyelesaikan isu tempatan terutama di kawasan luar bandar.
Mustafa Ali "Saya rasa BN akan terus memerintah Sarawak dan akan menang dua pertiga majoriti dalam PRN11 nanti, mungkin ada kawasan yang akan kalah, tetapi saya yakin BN akan terus kekal di Sarawak," katanya pada sidang media di pejabat Kelab Wartawan Terengganu (Kawat), di sini hari ini.
Mustafa berkata, Pas melihat masyarakat Sarawak lebih menumpukan kepada isu tempatan berbanding isu nasional.
Selain itu, beliau berkata, faktor kepimpinan yang ditonjolkan Ketua Menterinya, Datuk Seri Adenan Satem dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan keyakinan kepada rakyat.
"Datuk Seri Adenan Satem ini mempunyai feel good factor,  lagi boleh menang di Sarawak," katanya.
Mengenai isu menteri besar Terengganu, Mustafa berkata, pilihan terbaik kini ialah mengadakan pilihan raya negeri.
Beliau mendakwa tindakan menukar Ahmad Razif Abdul Rahman (menteri besar) bukanlah pilihan terbaik kerana ia akan menimbulkan masalah berterusan dan BN bukanlah memiliki majoriti yang besar.
Bagaimanapun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berpendapat Pas tidak campur tangan dalam isu berkenaan.
"Pas menyerahkan kepada BN sehingga habis penggal dan biarlah mereka sendiri yang menyelesaikan masalah yang dihadapinya, kami tidak mahu campur tangan," katanya.

Kita tengok sama ada Tan Sri Adenan Satem akan mengotakan janji beliau. - Rafizi

Posted: 30 Apr 2016 06:16 AM PDT

Sebagai menyahut tawaran Tan Sri Adenan Satem bahawa beliau boleh membenarkan pimpinan pembangkang masuk ke Sarawak sekiranya kami berkelakuan baik dan memohon dengan baik, saya mencuba nasib dengan menulis sebentar tadi. Saya berjanji menjadi ‪#‎budakbaik‬ dengan tidak mengutuk beliau atau Kerajaan Negeri. Saya hanya akan kritik Najib Razak sahaja.

Comments (0)