Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Himpunan Mansuh GST sangat berjaya, kata peserta

Posted: 03 Apr 2016 05:35 PM PDT

Peserta yang hadir ke perhimpunan Turun Najib, Mansuhkan GST Sabtu lepas menyifatkan perhimpunan itu sangat berjaya kerana kesanggupan mereka meredah cabaran cuaca yang panas membahang untuk membuat bantahan.
"Sebagai yang hadir sendiri ke perhimpunan, saya tetap katakan himpunan kelmarin sangat berjaya.
"Yang tetap turun kelmarin meninggalkan kediaman yang selesa seterusnya sanggup mereda cabaran cuaca panas yang membahang, bahkan jauh lebih perit berbanding cabaran gas pemedih mata dan air berkimia polis; adalah pejuang-pejuang rakyat yang tegar," kata Aiman Athirah Aljundi, AJK Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu kenyataannya.
Bagi beliau, berjuang meninggalkan kediaman yang selesa adalah jauh lebih baik dan mulia daripada bergosip dari ruang yang selesa.
PAS hari ini menyifatkan, kehadiran kurang memberansangkan di himpunan anti-GST semalam adalah bukti kekuatan PAS, kata timbalan presiden parti Islam itu Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Dalam konteks dari jumlah kehadiran mungkin gagal, sebab PAS tak menyertai. Kalau PAS sertai (himpunan itu) jumlahnya lebih besar," katanya di Putrajaya hari ini.
Menurut Aiman Athirah, yang tidak turun tanpa sebarang alasan munasabah, anggap sahaja mereka sokong "Regim Rasuah" dan dasar-dasar Regim Rasuah.
"Yang bersedih di rumah kerana tidak dapat hadir akibat ongkos yang tiada, bersabarlah. Kami wakili anda semua," katanya.
Beliau 'salute' kepada rakan-rakan pejuang tegar perhimpunan semalam. "Walaupun masih ramai yang cuba mencari tempat yang redup (sehingga suasana itu diambil kesempatan dalam manipulasi berita bergambar), tetapi hakikatnya semua yang hadir tetap merasa kehangatan bahang yang sama,"katanya merujuk kepada sekeping gambar dari udara yang menunjukkan orang tidak ramai kerana berada di bawah pokok.
"Iyya, panas dan bahang kita di Dataran Merdeka nampak di mata dan terbakar di kulit.  Sedangkan panas derita dan bahang amarah rakyat susah di pelosok negara akan terus membakar di dalam dada.
"Ingat, kelmarin bukan permulaan dalam kita merencana kebangkitan rakyat mendesak Najib undur," kata Aiman yang pernah beberapa kali ditahan kerana menyertai tunjuk perasaan.





Himpunan Mansuh GST memberangsangkan, kata komander program

Posted: 03 Apr 2016 05:29 PM PDT


Mohamad Sabu di himpunan Mansuh GSTMohamad Sabu di himpunan Mansuh GST
Himpunan aman Undur Najib Mansuhkan GST Sabtu lalu mencapai sasaran dan penyertaan rakyat adalah memberangsangkan walaupun dirancang hanya dalam masa seminggu.
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang juga komander himpunan berkata, beliau berpuas hati dengan penyertaan pelbagai kaum dalam himpunan tersebut.
"Himpunan semalam mencapai target walaupun orang-orang Tiong Hua ada perayaan Qing Ming dan ramai yang balik kampung.
"Memang sasaran sebanyak itu sahaja kerana kita tak buat sebesar seperti Bersih gerakan dalam masa enam bulan tapi himpunan ini hanya dalam masa seminggu," katanya pada sidang media di Wisma Amanah Negara di ibu negara semalam.
Bagaimanapun beliau memahami kurangnya penyertaan rakyat di di luar Kuala Lumpur adalah kerana mereka tidak mampu untuk membiayai kos perjalanan ke ibu negara.
"Orang-orang kampung yang selalu hadir kali ini agak kurang terutama penoreh getah mereka nak bayar tambang nak datang ke Kuala Lumpur pun mereka kurang mampu. Tapi saya berpuas hati dengan kehadiran semalam," katanya lagi.
Sementara itu pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad menyanggah dakwaan bahawa parti itu tidak mampu mengerahkan rakyat untuk berhimpun.
"Dakwaan kita tak mampu nak kerahkan rakyat turun ke jalan raya tak tepat sebab kita tengok rakyat memenuhi Dataran Merdeka semalam. Dengan cuaca panas, rakyat tetap turun walaupun ada yang tidak dapat tunggu sehingga habis himpunan," katanya.
Timbalan presiden Pas selepas merasmikan mesyuarat agung Pas Kawasan Putrajaya sebelum itu seperti dilaporkan media berkata, penyertaan kurang memberangsangkan dalam himpunan tersebut kerana Pas tidak menyertainya.
Beliau berkata, ia juga membuktikan kekuatan Pas.

Saya berminat membeli PM daripada membeli pengadil -TMJ

Posted: 03 Apr 2016 05:22 PM PDT

Beliau menjawab tuduhan pengguna media sosial yang mendakwa TMJ membeli pengadil untuk menang perlawanan bola sepak.
tmj
PETALING JAYA: Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tuanku Ismail Sultan Ibrahim lebih berminat membeli Perdana Menteri dan jadikan dirinya Perdana Menteri menggunakan wang yang dimilikinya berbanding membeli pengadil bola sepak untuk memenangi perlawanan.
Beliau berkata demikian bagi menjawab komen pengguna media sosial yang mendakwa JDT membeli pengadil.
"Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak.
"Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit," katanya seperti yang disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers.
TMJ juga menafikan tuduhan semua berkenaan JDT melibatkan wang sebaliknya beliau mengajak rakyat berfikir banyak wang telah hilang dalam negara tetapi tiada siapa yang menyiasat termasuk RM100 juta dana Kementerian Belia dan Sukan yang dilaporkan diseleweng.
"Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar," katanya.
Menjawab tuduhan beliau suka menunjuk harta, TMJ berkata, beliau lebih kasihan dengan individu 'buta' dan berfikiran sempit seperti itu yang terpaksa membayar GST.
"Saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan paling suka. Kerana anda buta," katanya.
TMJ berkata, salah untuk mengatakan pasukan Harimau Selatan sentiasa menang perlawanan kerana JDT pasukan paling kaya di negara ini.
"Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya," katanya seperti menyindir.
TMJ juga berkata, JDT akan 'terus membunuh' bola sepak tempatan dengan meraih lebih banyak kejayaan peringkat antarabangsa dan membiarkan FAM 'membantu bola sepak' dengan mendapatkan sumber kewangan dan hanya memberi tumpuan Piala Suzuki.

Mahathir vs KuLi... Siapa Bohong??

Posted: 03 Apr 2016 05:16 PM PDT

ADA KAH MEREKA ADA MARUAH DIRI....!!!

Posted: 03 Apr 2016 08:33 AM PDT

Belanja duit negara A$5,000 (RM14,000) naik helikopter urusan parti, Speaker Parlimen Australia letak jawatan. Kat sini shopping terbang ke luar negara pakai jet mewah VVIP KERAjaan.. OK jer !!!

Bezanya kalau di luar negara w'pon bukan beragama Islam. Tahu letak jawatan atau tindakan undang2 terhadapnya diambil KERANA MEREKA ADA MARUAH DIRI !!!

Berbanding di M'sia nama saja beragama Islam, tapi tiada maruah diri malah begitu rakus guna harta rakyat demi kerseronokan, kemegahan & kesenangan mereka..

Banyak2 mulut Zahid, Ahmad Maslan & Najib mana satu paling maju menipu ???

Posted: 03 Apr 2016 08:30 AM PDT

Tidak heranlah bila nak masuk pilihanraya maka segala mak bapak gula2 & dedak akan ditaburkan kepada rakyat jelata..

JANJI.. BN Benjamin Netanyahu dapat berkuasa punggah segala kekayaan negara sampai kiamat.

TETAPI NEGARA SANG PENYAMUN AWAL2 TAMAK NAK KENAKAN 6 PERATUS !!

Posted: 03 Apr 2016 07:29 AM PDT


MALAYSIA terkenal seantero dunia dengan skandal RASUAH !!!

Posted: 03 Apr 2016 07:27 AM PDT

THE CLOWNLAND....Virus Yg Melanda Satu Dunia..

BILA DAH TERLALU GEMUK BANYAK MAKAN DEDAK, inilah hasilnya..

Posted: 03 Apr 2016 07:25 AM PDT

Buat cerita kononnya berita Astro AWANI mengatakan 'Saham proton naik mendadak selepas dr mahathir letak jawatan"..

Hakikatnya terpaksa edit berita Astroawani TAPI 'FAILED' BODOH MENIPU !!!

SEJARAH TAK PERNAH MENIPU..

Posted: 03 Apr 2016 07:23 AM PDT

Menteri kewangan pertama mula sebut berkenaan GST adalah Tun Daim Zainuddin pada tahun 1988 dalam ucapan Bajet 1989, BUKANNYA ANWAR IBRAHIM..

KENAPA PM NAJIB SUKA SANGAT MENIPU ??!!

Sepupu MP diculik, DAP dijangka fail usul tergempar esok

Posted: 03 Apr 2016 06:04 AM PDT


Lau Jung Hien, sepupu Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dari DAP adalah salah seorang daripada empat rakyat Malaysia yang diculik di perairan Semporna, Sabah malam tadi.
 Dua lagi mangsa, Wong Teck Pang dan Wong Teck Chi, adalah saudara-mara Lau dari Sibu, manakala mangsa keempat, Wong Hung Song merupakan rakan mereka.
DAP dijangka memfailkan usul tergempar di Parlimen untuk membahaskan kes itu esok.
"Lau adalah sepupu Alice Lau ...... Mereka (mangsa) bekerja di (perairan Sabah)," kata sumber kepada Malaysiakini.
Ketua DAP Sarawak dan Ahli Parlimen Kuching Chong Chieng Jen, ketika dihubungi berkata, mereka akan membentangkan usul tergempar esok di Parlimen.
"Paling cepat ia boleh dibahaskan adalah lusa," katanya.
Menurut Peraturan Mesyuarat, usul tergempar hendaklah dikemukakan kepada speaker satu hari sebelum perdebatan.
Hanya apabila speaker memutuskan ia telah memenuhi tiga kriteria - bahawa ia adalah suatu perkara khusus, melibatkan kepentingan awam dan mendesak - barulah usul itu dibahaskan.
Empat mangsa diculik lapan lelaki bersenjata di perairan Semporna, Sabah ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Filipina semalam.
Sabah menyaksikan peningkatan insiden penculikan selepas serangan oleh pejuang Sulu di Lahad Datu pada tahun 2012.
Beberapa kes penculikan pada tahun-tahun kebelakangan ini juga dilakukan melalui serangan pantas dari Selatan Filipina ke Sabah.

Tengku Razaleigh yang terus menjadi rebutan (1)

Posted: 03 Apr 2016 05:13 AM PDT

Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menanda tangani deklarasi bersama Umno Kelantan menyokong Najib Razak sebagai presiden parti telah menimbulkan berbagai spekulasi dan persepsi sehinggakan ada menuturkan kata-kata kurang manis kepada anak Raja Kelantan itu.

Tanpa kehadiran Tengku ke Kongres Rakyat di Shah Alam menambahkan lagi spekulasi dan persepsi itu, dan makin banyak kata-kata kurang manis dilemparkan kepada beliau bertebaran di media sosial.


Dr Mahathir Mohamad sendiri yang kecewa dengan sikap ("perubahan") Tengku itu atau ketidaksediaan ahli Parlimen Gua Musang itu berkolaborasi dengannya untuk menjatuhkan Najib, mengatakan Tengku sebagai tidak konsisten atau berpaling tadah dari rancangan asalnya yang telah dipersetujui?


Dr Mahathir menggunakan alasan, Tengku berubah sikap atau kecewa apabila gagal menjatuhkan Najib di parlimen menerusi undi tidak percaya. Ternyata sindiran Dr Mahathir itu mencabar Tengku, menyebabkan beliau (Tengku) terpaksa membuat kenyataan balas dalam sidang akhbar khas, menegaskan bahawa dalam isu Najib pendirian tetap tidak berubah.

Kata Tengku beliau masih "istiqamah" (konsisten) dan tetap dengan pendiriannya. Dia bersetuju tatakelola pentadbiran negara diubah, untuk mengelakkan negara ditimpa bencana dan rakyat bermasalah kerana beberapa kelemahan Najib. Namun untuk bergerak secara fizikal, bersama Dr Mahathir dan oposisi mendesakkan Najib turun, tidak, itu bukan caranya.

Baginya cara Dr Mahathir hendak perlakukan kepada Najib itu termasuk berpakat dengan pembangkang sebagai menyalahi Perlembagaan dan bukan demokratik. "Itu cara Dr Mahathir, saya tidak setuju dengan cara itu," begitu kira-kira tutur Tengku.

Sebagai seorang yang sangat berpegang kepada prinisp demokratik dan menghormati undang-undang, sudah pasti Tengku tidak sedia dirinya dijadikan alat kepada mana-mana kumpulan, apa lagi Dr Mahathir yang sejarah politik mereka berdua diketahui umum. Tengku sudah masak dengan sepak terajang politik Dr Mahathir. Dan sudah tentu dia tidak mahu dipatuk ular bernama Dr Mahathir untuk kesekian kalinya.

Sepatutnya apabila Tengku tidak bersedia untuk diheret ke tengah padang bersama rakyat, Dr Mahathir dan sesiapa juga menerima dengan penuh keinsafan keputusan itu. Itu adalah hak Tengku yang nasih selari dengan sistem demokrasi yang disanjungi. Ia kena dihormati. Sebagai orang berprinsip dan ada pandangan sendiri Tengku adalah ibarat unta yang boleh ditarik ke lautan tetapi tidak boleh dipaksanya untuk minum air masin.
Read More / Baca Lagi >>

TAK PERCAYA DENGAN ZAHID, NAJIB AKHIRNYA BAWA KU LI KE ISTANA UNTUK ANGKAT SUMPAH....

Posted: 03 Apr 2016 04:51 AM PDT

Najib Razak akhirnya sedar UMNO dan BN tidak mungkin mampu memenangi pilihanraya umum akan datang selagi beliau masih kekal sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Pendedahan demi pendedahan berkaitan 1MDB, wang beribu juta yang masuk ke akaun peribadinya dan hakikat bahawa sudah enam negara memulakan siasatan berkaitan syarikat pelaburan yang ditubuhkannya itu membuatkan Najib akur bahawa segala-galanya kini tidak lagi memihak kepadanya.

Biar bagaimanapun cuba bertahan, berdasarkan laporan-laporan yang disampaikan ke mejanya, Najib terpaksa menerima hakikat bahawa berundur adalah pilihan yang terbaik baginya demi masa depan UMNO, BN dan juga untuk kebaikan negara.

Untuk itu, Najib memutuskan untuk berundur di waktu yang sesuai dan menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan kepada pemimpin lain untuk menghadapi pilihanraya ke 14 yang akan diadakan pada 2018 nanti.

Permintaan Najib cuma satu, beliau mahu diberikan laluan selamat dan dilepaskan daripada sebarang pendakwaan di mahkamah setelah berundur nanti.

Bagi tujuan tersebut, pengganti yang dipilihnya mestilah tokoh berwibawa yang mampu memenangi pilihanraya, memastikan UMNO terus berkuasa dan setuju untuk menyimpan terus fail-fail berkaitan dirinya.

Meskipun Zahid Hamidi adalah Timbalan Perdana Menteri dan sedang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO, kebimbangan Najib terhadap bekas Setiausaha Politiknya itu merangkami dua perkara:-

- karektor Zahid yang tidak cukup kuat untuk memimpin parti dan negara, tidak diterima oleh pengundi bukan Melayu dan lemah dalam kelompok golongan pertengahan Melayu yang semua itu lebih memungkinkan UMNO dan BN kecundang juga dalam pilihanraya akan datang.

Jika kalah dan Pakatan Harapan yang berkuasa, sudah tentu mereka akhirnya akan mengheret Najib ke muka pengadilan dan ia menjadikan penyerahan kuasanya kepada Zahid tidak memberi apa-apa makna kepada diri dan keluarganya.
Read More / Baca Lagi >>

Lim: Bagaimana agresif SPRM siasat Najib berbanding Guan Eng?

Posted: 03 Apr 2016 04:46 AM PDT


Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang mahu tahu bagaimana sikap agresif Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbanding siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Kit Siang mendakwa agensi itu segera bertindak apabila BN mengenakan tuduhan rasuah terhadap Guan Eng, dan menghantar pegawainya secepat kilat untuk mencari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
"Kerana skandal RM4.2 bilion derma Najib ialah 1,500 kali lebih besar daripada yang dikatakan skandal banglo RM2.8 juta Guan Eng, manakala skandal RM55 bilion 1MDB adalah 20,000 kali lebih besar daripada skandal yang dikatakan itu, adakah SPRM telah mengarahkan ratusan pegawainya untuk menyiasat skandal mega Najib, mencari sepantas kilat pejabat perdana menteri di Putrajaya dan mengangkut dokumen-dokumen?
"Jika tidak, kenapa?" Kit Siang menyoal pada satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Gelang Patah membangkitkan persoalan itu sambil menggesa SPRM membuktikan bahawa ia bukan merupakan bidak politik yang digunakan untuk mensasarkan pembangkang.
SPRM kini menyiasat anak Kit Siang selepas seorang ahli parlimen BN mendakwa Guan Eng membeli banglo jauh lebih rendah daripada nilai pasaran pada tahun lepas.
Agensi pembanteras rasuah itu sebelum ini juga mengemukakan dua kertas siasatan berhubung derma RM2.6 bilion dan skandal RM42 juta wang SRC International yang dikaitkan dengan Najib.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun memutuskan tiada tindakan lanjut berhubung kedua-dua kes itu, dan membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang kesalahan.
Sama ada Guan Eng dan Najib, kedua-duanya menafikan melakukan kesalahan rasuah.

REZEKI (BUTIR BERAS) DARI UMNO ???

Posted: 03 Apr 2016 04:18 AM PDT


Agaknya sebelum UMNO wujud kat Tanah Melayu ini, mungkin tok nenek moyang kita tak makan nasi, kerana setiap butir beras yang kita makan adalah kerana UMNO.

BILA DAH MAKAN 'BERAS UMNO' inilah hasilnya...

HAKIKATNYA satu dunia tahu perangai bini Najib..

Posted: 03 Apr 2016 04:16 AM PDT

"Istri Najib Shopping Pakai Duit Negara
Habis Miliaran untuk Borong Baju dan Perhiasan", JAWA POS, 1 Apr. 2016

Kerajaan Umno@Bn Boleh Pindah Ke Bulan...!!!

Posted: 03 Apr 2016 04:13 AM PDT


Ini dah terlebih dari bodo namanya.. Rupa2nya Altantuya mati bukan kena bom C4 tapi mati kerana tak dapat rasa nikmatnya GST..

Bila rakyat yang menanggung Kerajaan dan kerajaan pula membazirkan dana rakyat.. bererti kerajaan yang boleh duduk bulan....

Veteran Umno rasa terhina dengan tindakan Tun M

Posted: 03 Apr 2016 04:10 AM PDT

Veteran Umno bukan tidak sayang kepada Dr Mahathir tetapi mereka lebih menyayanyi parti
veteran-umno,mahathir
IPOH: Veteran Umno hari ini melahirkan rasa terluka dan terhina berikutan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang semata-mata bagi merealisasikan hasrat untuk menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pengerusi Veteran Umno Malaysia, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali berkata, amat sukar untuk veteran Umno menerima hakikat dengan hati terbuka kerana negarawan tersohor itu sanggup menggadaikan maruah diri bersekongkol dengan pihak yang selama ini memusuhi beliau.
"Sayang dan hormat kami terhadap Tun Mahathir kini bagaikan berkecai. Dengan rasa sungguh berat hati, saya ucapkan jua pernyataan ini "sorry sir, it's not that we love you less, but we love Umno much more (maaf tuan, bukannya kami tidak menyayangi anda, namun kami lebih menyayangi Umno)," katanya pada himpunan Veteran Umno Perak di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.
Pada himpunan yang pertama kali diadakan di negara ini, kira-kira 1,000 veteran UMNO Perak mengisytiharkan akujanji sokongan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Turut hadir Menteri Besar dan juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengerusi Veteran Umno Perak Datuk Abdul Khalid Mohd Nasir.
Mohd Tajol berkata, apa yang membimbangkan veteran Umno ialah kalau yang diserang ialah Najib tetapi yang rebah ialah Umno.
"Atas kebimbangan ini, veteran Umno mengambil inisiatif mengadakan himpunan ini untuk cuba merungkai pelbagai kecelaruan yang timbul daripada percubaan Tun Mahathir menyingkirkan Najib melalui pendekatan yang jelas tidak demokratik.
Read More / Baca Lagi >>

Perhimpunan rakyat: Kenapa kerajaan memekak telinga?

Posted: 03 Apr 2016 04:08 AM PDT




Dalam beberapa bulan yang lalu Malaysia diwarnai dengan perhimpunan yang bertali temali. Mungkin akan ada lagi perhimpunan ala demonstrasi yang memilih jalan raya untuk menyuarakan keresahan rakyat.

Sehingga ini mahasiswa, pekerja, pesara, aktivis NGO, petani, penoreh getah, peneroka Felda dan peneroka bandar, belia, pemandu teksi, pekerja kilang, seniman, budayawan, surirumah, aktivis politik telah turun menyertai perhimpunan di bandar dan desa.

Bermula dari perhimpunan Bersih 2.0, perhimpunan Kongres Rakyat di Shah Alam, perhimpunan bantah TPPA di Kuala Lumpur, perhimpunan Deklarasi Rakyat, perhimpunan pesawah dan penoreh getah di Kedah dan perhimpunan bantah GST, rakyat tidak serik berhimpun.

Manakala perhimpunan bantah DLP pula bakal diadakan pada 9 April ini.

Mungkin ada yang berpendapat semua perhimpunan itu tidak mencapai kesan yang diharapkan akan tetapi tidak boleh dinafikan lambat laun ia boleh memberi impak kepada imej kerajaan yang nampaknya terus mengambil sikap tidak peduli.

Sehingga ini rakyat masih menunggu respons kerajaan untuk bertindak memenuhi tuntutan yang dilakarkan dalam memorandum demi memorandum.

Pelbagai perhimpunan ini membawa mesej dan penekanan isu rakyat yang berbeza. Sejumlah tuntutan diketengahkan, pilihan raya yang bersih, membantah perjanjian perdagangan TPPA, menolak pelaksanaan DLP, membantah projek mega, penambakan pantai, membantah pemerosesan industri nadir bumi Lynas, perlombongan bauksit, menetapkan potongan basah padi pada kadar 17%, menetapkan harga lantai RM4 pada getah skrap dan menghentikan kebenaran khidmat teksi tanpa lesen.

Jika dibanding dengan negara-negara lain seperti di Amerika Latin, Timur Tengah, Korea, Taiwan dan Jepun, kebangkitan rakyat yang berterusan begini akan menatijahkan pemerintah sema ada terpaksa bertukar ataupun pemimpin tertingginya mengundurkan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah letak 13 calon di Sarawak, mahu lawan BN

Posted: 03 Apr 2016 04:05 AM PDT


Salahuddin AyubSalahuddin AyubParti Amanah Negara (Amanah) memutuskan untuk meletakkan 13 calon bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut telah selesai dibincangkan dalam Pakatan Harapan.
"13 kerusi itu telah pun kita arahkan bersiap sedia, calon-calon telah pun dikenal pasti dan seluruh jentera daripada seluruh negara telah pun diarahkan di loaksi-lokasi yang telah pun ditetapkan," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat bulanan Amanah Nasional di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.
Menurut beliau juga, Amanah tidak dapat mengelak sekiranya berlaku pertembungan dengan PAS di kawasan-kawasan tertentu.
"Kalau Pas meletakkan calon itu tidak dapat kita nafikan kita akan terus bertanding di tempat yang telah diputuskan.
"Tapi kita nak lawan BN, bukan Pas," katanya lagi.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, mengumumkan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubar pada 11 April untuk memberi laluan bagi diadakan pilihan raya negeri ke-11.
Dalam pada itu, mengulas mengenai presiden Amanah Mohamad Sabu yang tidak dibenarkan memasuki Sarawak untuk berkempen, Salahuddin berkata beliau telah menghantar surat khas kepada pejabat Ketua Menteri.
"Tentang presiden yang tidak boleh masuk ke Sarawak kita telah pun menghantar satu surat khas kepada pejabat ketua menteri Sarawak untuk menilai semula keputusan yang telah dibuat bagi membolehkan presiden Amanah masuk ke Sarawak untuk kempen PRN Sarawak.
"Kita mengharapakan supaya ketua menteri Sarawak dapat memberi keizinan kepada semua orang untuk berkempen di sana," katanya.
Mohamad dihalang masuk ke Sarawak oleh Jabatan Imigresen negeri itu pada 22 Mac lalu di Lapangan Terbang Sibu.

Amanah lancar akhbarnya sendiri bernama 'Amanah'

Posted: 03 Apr 2016 04:05 AM PDT

Mohamad Sabu lancar akhbar Amanah di Wisma Amanah hari ini.Mohamad Sabu lancar akhbar Amanah di Wisma Amanah hari ini.
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini melancarkan akhbar mereka sendiri yang bernama Amanah.
Pelancaran itu disempurnakan oleh presidennya Haji Mohamad Sabu dengan menandatangani plak pelancaran di Wisma Amanah hari ini.
Akhbar ini buat permulaan ini diterbitkan dua minggu sekali dan akan menjadi akhbar mingguan berdasarkan permitnya dari KDN selepas ia stabil.
Akhbar itu diterbitkan selepas enam bulan penubuhannya yang mula berada di pasaran mulai minggu ini.
Keluaran pertama dengan muka depan bertajuk 'Undur Najib Undur' dicetak sebanyak 30 ribu dan diedarkan ke seluruh negara dengan harga RM2 senaskhah.
Menurut pengarah komunikasi, Khalid Samad akhbar ini dijual kepada ahli namun boleh dibeli oleh sesiapa sahaja yang berminat.
"Kita memang jual untuk ahli Amanah tapi biasanya akan ada yang bukan ahli pun membeli," katanya pada sidang media di Wisma Amanah di ibu negara hari ini.

1MDB nafi biayai filem anak tiri Najib

Posted: 03 Apr 2016 04:02 AM PDT


1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata, ia tidak pernah melabur atau memindahkan dana kepada Red Granite Pictures, sama ada secara langsung atau melalui orang tengah.
Mana-mana kenyataan yang bercanggah dengannya adalah palsu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 "Oleh itu kami menafikan sebarang andaian yang 1MDB telah membiayai penerbitan The Wolf of Wall Street atau mempunyai sebarang pembabitan dengan filem itu dalam sebarang kapasiti, sebagaimana dituduh atau dikaitkan oleh sesetengah laporan media baru-baru ini," katanya lapor Bernama.
Semalam Malaysiakini melaporkan siasatan di dua negara mempercayai dana 1MDB berjumlah AS$155 juta (RM603 juta) disalurkan ke syarikat produksi Red Granite bagi penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' pada 2013, menurut laporan Wall Street Journal (WSJ).
Wang dari firma pelaburan Malaysia yang bermasalah itu dipindahkan kepada Red Granite pada tahun 2012 melalui laluan berliku membabitkan syarikat luar pesisir, kata WSJ yang memetik mereka yang rapat dengan sisatan dan disokong oleh dokumen yang diteliti oleh akhbar berkenaan.
Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz, 39, adalah pengerusi Red Granite, sebuah syarikat penerbitan filem yang ditubuhkan pada 2010.
Walaupun tidak dikenali, Red Granite berjaya mengumpulkan AS$100 juta untuk pembikinan 'The Wolf of Wall Street', sebuah filem yang memaparkan kisah seks dan dadah dalam pasaran saham yang dibintangi oleh pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio.

Penoreh Getah Hantar Memorandum Ke Parlimen Esok

Posted: 03 Apr 2016 03:59 AM PDT

Najadi: If Najib's billions can be moved easily, so could terrorists'

Posted: 03 Apr 2016 03:58 AM PDT

Amanah: Anti-GST rally successful despite low turnout

Posted: 03 Apr 2016 03:57 AM PDT

Comments (0)