Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:17 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Laporan PAC buktikan semua tuduhan terhadap 1MDB benar, kata Mukhriz

Posted: 29 Apr 2016 07:19 PM PDT


Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Mahathir menyifatkan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) yang dibentang pada awal bulan ini membuktikan semua tuduhan salah laku terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbukti benar dan membuktikan wujud rasuah membabitkan syarikat sarat hutang itu.
MUKHRIZ MAHATHIRMukhriz yang lantang mengkritik 1MDB dan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, berkata tidak ada alasan untuk kerajaan mengatakan skandal membabitkan syarikat itu sudah berakhir.
"Laporan PAC baru-baru ini membuktikan tuduhan yang kami, saya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal buat adalah betul," kata Mukhriz semasa dalam ceramah di Dewan Lye Huat, Napoh, Kedah malam ini.
Mukhriz juga membidas pengedaran buku yang diterbitkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berjudul "Buku 1MDB : Siapa Kata Tidak Dijawab?" bagi menjawab tuduhan terhadap syarikat itu mengeluarkan fakta tidak tepat dan menyembunyikan salah laku yang dilakukan.
Bercakap dihadapan kira-kira 5 ribu orang yang memenuhi dewan, Mukhriz mendedahkan tiga perkara dalam laporan PAC berkaitan syarikat Goodstar Limited, mengenai isu Terengganu Investment Arm (sebelum ditukar menjadi 1MDB) yang cuba mengadai pelantar minyak dan pengumuman pembatalan pembiayaan hutang 1MDB oleh International Petroleum Investment Company (IPIC), jelas menunjukkan berbilion wang 1MDB hilang tidak dapat dikesan.
"Maksudnya, buku ini tipu lagi, kita tertipu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

US$7 bilion duit 1MDB hilang, Najib hanya jawab tak tahu, kata Muhyiddin

Posted: 29 Apr 2016 07:17 PM PDT


1MDB_1
Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bersikap mendiamkan diri tidak tahu mengenai kehilangan sebanyak US$7 bilion wang dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sudah didedah dalam Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC).
Bekas timbalan perdana menteri itu berkata laporan PAC pada awal bulan ini menunjukkan terdapat beberapa transaksi yang dianggarkan berjumlah US$7 bilion yang tidak dapat dibuktikan dengan sahih kemana wang tersebut disalurkan.
"Dalam penyata itu, ada beberapa transaksi yang besar tak dapat ditunjukkan bukti sahih, jumlahnya US$7 bilion, kalau darab dengan 4 jadi RM28 bilion, ia tak boleh disahkan," kata Muhyiddin semasa berceramah dihadapan ribuan orang ramai di Johor Bharu semalam.
Muhyiddin mempersoalkan siapa yang meluluskan transaksi tersebut dan mahu Najib sebagai pengerusi 1MDB bertanggungjawab dalam kehilangan wang yang tidak diakaunkan tersebut.
"7 bilion mengalir kepada pihak yang tidak tahu siapa terima, siapa yang luluskan?
"Rosmah? Saya tidak tahu, tuan-tuan lebih tahu. Ketua Audit Negara tidak dapat penyata bagi menyokong wang 7 bilion yang mengalir.
"Najib perlu bertangungjawab, tapi dia tak pernah jelaskan soal itu," katanya.
Muhyiddin menyifatkan kehilangan sejumlan besar wang itu adalah penyelewengan dan Najib tidak boleh menjawab tidak tahu.
"Ini penyelewengan, secara langsung perdana menteri terlibat.
"Dia (Najib) tidak boleh kata saya tidak tahu," katanya.
Muhyiddin juga membangkitkan mengenai kemelut terbaharu antara sebuah syarikat berpengkalan di Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC) dengan 1MDB dimana mereka sudah membatalkan pembiayaan hutang dengan syarikat bermasalah itu.
"Ipic dan Aabar, bayar kepada satu syarikat hampir sama nama tapi sebenarnya bukan.
"Takkan Najib kata tak tahu, aku bayar sahaja… jumlah sebesar itu sebabkan satu kehilangan besar kepada negara dan bebanan ini perlu ditanggung rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Najib suruh pencacai jawab 1MDB, tapi semua jawapan tak betul, kata Muhyiddin

Posted: 29 Apr 2016 07:16 PM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkritik keras terhadap pemimpin Umno yang menjadi suruhan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak pernah memberikan jawapan yang betul berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas timbalan perdana menteri itu mendesak supaya Najib sendiri memberikan penjelasan kemana wang RM700 juta hilang yang dikatakan masuk ke syarikat Good Star Limited.
Muhyiddin--1MDB"Beliau suruh pencacai jawab, tak pernah beri jawapan yang betul… RM700 juta ke mana tak pernah dijawab," kata Muhyiddin dihadapan kira-kira ribuan ahli Umno di Johor Bharu dalam satu ceramah semalam.
1MDB dikatakan menyalurkan sejumlah RM700 juta kepada firma Good Star Ltd, yang mempunyai kaitan dengan seorang ahli perniagaan kontroversi Jho Low.
Malah dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) juga terdapat pendedahan mengenai Good Star Ltd tapi dipadamkan oleh Pengerusinya, Datuk Hasan Ariffin tanpa pengetahuan ahli-ahli lain.
Hasan mengakui mengenai tindakan memadamkan kenyataan berhubung Good Star dan mempertahankan tindakannya.
Muhyiddin juga mendedahkan transaksi dibuat ketika Tan Sri Mohd Bakke Salleh menjadi pengerusi 1MDB dan urusniaga dengan Good Star Ltd tersebut ada dicatatkan dalam minit mesyuarat.
"Saya menerima maklumat sahih daripada Bank Negara, syarikat Good Star ini pada awalnya dikatakan syarikat milik 1MDB tapi bukan sebenarnya milik mereka, ia adalah milik Jho Low.
"Ia sebuah syarikat tidak ada kaitan dengan 1MDB, Tan Sri Bakke letak jawatan dan dalam minit mesyuarat semasa beliau jad pengerusi ada menyatakan arahan disuruh bawa balik RM700 juta, tapi tidak tahu kemana wang itu," katanya.
Muhyiddin juga mempersoalkan individu yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran RM700 juta dan mengganggap mustahil ia diluluskan oleh lembaga pengarah jika tanpa campur tangan Najib selaku orang penting dalam syarikat itu.
"Tak mungkin CEO boleh bayar, atau board of director (Lembaga Pengarah) kecuali jika Najib yang luluskan," katanya.

MB Terengganu ikut jejak Najib, muka tebal walaupun sudah tidak diterima rakyat

Posted: 29 Apr 2016 07:13 PM PDT


Walaupun sudah hilang gelaran kerana ditarik balik pihak Istana, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman masih lagi tidak ada sedikit pun rasa malu malah meneruskan pentadbiran kerajaan negeri.
Masih belum dalam sejarah negara seorang menteri besar dimalukan sebegini rupa, tindakan Razif seolah-olah tidak faham akan isyarat terang lagi bersuluh yang cuba disampaikan oleh pembesar negeri pantai timur itu.
Ahmad Razif Abdul RahmanLebih menyedihkan lagi Razif tidak rasa malu dan segan dengan meneruskan urusan sebagai menteri besar apabila mempengerusikan mesyuarat Exco seperti biasa tanpa lagi gelaran.
Manakan kuah jika tidak tumpah ke nasi, tingkahlaku Razif ini mengikut jejak bosnya yang juga tidak tahu malu apabila ditolak rakyat dan ahli akar Umno sendiri tapi masih berlagak seolah masih memiliki majoriti.
Sudahlah hilang undi popular dalam pilihan raya umum lalu, tapi masih mendabik dada kononny majoriti rakyat dan ahli Umno menyokong pimpinannya.
Seperti Najib, Razif juga nampaknya sudah mengikut jejak presiden parti menjadi seorang yang muka tebal walaupun maki hamun dan cacian dihamburkan.
Bayangkanlah kalau pemimpin DAP yang dilucut gelaran atau dikatakan menderhaka Sultan, habis setiap hari media RTM dan TV3 akan memainkan isu mengatakan mereka penderhaka dan pengkhianat.
Tindakan Razif yang masih berdegil dan menunggu keputusan Najib juga merupakan satu penderhakaan, mungkin beliau masih tidak faham isyarat dari Istana itu.
Seperti Najib, lebih baik sekiranya mereka mencari cermin ajaib dan kemudiaan bertanya kepada cermin itu tentang pandangan rakyat terhadap mereka supaya sedar diri.
Kini Razif merasai apa yang dirasai oleh bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said semasa disingkirkan dari jawatan pada 2014 lalu, bagaimana agaknya rasa menjadi menteri besar tersingkat. Malu atau terhina?
Mengapa kemelut di Terengganu ini penting walaupun dari segi Perlembagaannya Razif masih menteri besar yang sah?
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB CANNOT CONTROL TERENGGANU: UMNO CRACKS START TO SHOW

Posted: 29 Apr 2016 07:11 PM PDT

Sultan Mizan Zainal Abidin of Terengganu has ordered to strip all the titles conferred to menteri besar Ahmad Razif, adding elements of uncertainty to the state politics.
It is unusual for a sultan to strip the title conferred to an MB, and this to a very large extent reflects his royal highness' displeasure with the MB. As such, Razif's position becomes precarious and with the prime minister now stepping in to intervene, things have yet to clear as of this moment.
BN managed only 17 out of 32 state seats in the last election while PAS bagged 14 and PKR one. BN retained the state's administration with a mere two-seat majority, and it will only take a handful of state reps to jump ship to bring about an administration change. The current split and division within Umno in Terengganu will add a further dose of uncertainty to the state administration.
Such a split could be traced back to 2008 when Umno intended to name incumbent Idris Jusoh as MB but the Sultan preferred Kijal state assemblyman Ahmad Said. Although Idris had the support of 22 Umno reps, he eventually had to give way to Ahmad Said, and the crack began to take shape from then on.
Ahmad Said quit the MB post in 2014 and threatened to bring two other state reps with him to leave Umno, sparking a new administrative crisis. Although BN subsequently managed to keep the state administration following a decision by the trio to return to the team, the same has invariably exposed the vulnerability of BN administration in Terengganu.
Last month, Ahmad Said tabled a motion of no confidence against Razif in the state assembly, sending yet another round of shockwave in the state's politics. Although the latter managed to shake off the crisis thanks to the staunch support of 15 Umno reps and the rejection of the no-confidence motion by the Speaker, it nevertheless highlights the fact that the rift within Umno is far from being resolved despite the MB change. In its stead. there are signs the crisis is deepening.
Read More / Baca Lagi >>

Debat 'Deklarasi: Mana Pergi Rakyat?' 16 Mei ini

Posted: 29 Apr 2016 07:07 PM PDT


Ambiga SreenevasanAmbiga Sreenevasan
Debat Perdana "Deklarasi: Mana Pergi Rakyat" anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pada 16 Mei ini bakal merungkai sejauh mana Deklarasi Rakyat yang dilancarkan pada Mac lalu berfaedah kepada rakyat.
Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, persiapan yang kini berada pada fasa terakhir ini akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) daripada perspektif kedua-dua pihak yang pro dan kontra terhadap pengisian deklarasi itu.
"Debat menampilkan Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Amiruddin Shaari di pihak pro-deklarasi manakala di pihak kontra-deklarasi pula menyaksikan kehadiran cheGuBard (PKR), Arutchelvan (PSM) dan juga Haris Ibrahim (ABU). Moderator pula diserahkan kepada Pengerusi Kesatuan Mahasiswa, Azzan Adnan.
"Setakat ini Datuk Ambiga, Khairuddin, cheGuBard, Arul, Haris dan Azzan telah mengesahkan kehadiran mereka manakala pihak kami masih menunggu jawapan akhir dari YB Amir," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pembentangan hujah secara matang melalui kaedah dua hala mampu menghasilkan percambahan idea dalam erti sebenar menyelamatkan negara, berbanding forum sehala yang bias dan tepu kepada satu sudut pandangan semata-mata.
Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Razif enggan ulas dakwaan jumpa Sultan

Posted: 29 Apr 2016 07:06 PM PDT

 Ahmad Razif Abd Rahman
Ahmad Razif menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Terengganu Halal Business Centre di Sabasun Hyperuncit Gong Badak.
KUALA NERUS - "Saya masih lagi memegang jawatan MB (Menteri Besar) dan saya akan teruskan tugas seperti biasa," demikian tegas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman.
Ahmad Razif menyatakan perkara berkenaan ketika diminta mengulas mengenai perasaan beliau setelah genap seminggu menjalankan tugas selepas Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin lucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada beliau.
Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir itu juga turut memaklumkan bahawa fokus beliau kini adalah untuk memastikan agenda pembangunan rakyat diteruskan.
"Saya akan teruskan (pembangunan untuk rakyat)... selagi saya masih memegang jawatan MB dan saya tidak ada apa-apa lagi untuk dijelaskan," katanya ketika ditemui pada Majlis Pecah tanah Terengganu Halal Business Centre dan Perasmian Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) di Perkarangan Sabasun Hyperuncit, Gong Badak, petang tadi.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kesahihan sama ada beliau ada mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebelum memulakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu lalu, beliau enggan mengulas lanjut.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Terengganu terima jika MB ditukar

Posted: 29 Apr 2016 07:05 PM PDT

Mereka akur dengan apa jua keputusan yang akan dibuat nanti malah menghormatinya demi kelancaran pentadbiran Terengganu
razif,datuk
KUALA TERENGGANU: Rata-rata penduduk yang ditemui FMT menerima dengan hati terbuka sekiranya Menteri Besar mereka ditukar, malah menjunjung kasih Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
Muhamad Abdullah, 52, berkata kuasa melantik Menteri Besar adalah hak mutlak baginda maka sebagai rakyat perlulah terima dengan hati terbuka.
Beliau berharap penggantian itu boleh merungkai kemelut yang diuar-uarkan ketika ini.
"Macam mana Menteri Besar nak buat kerja kalau hubungan dengan Istana ada masalah?" soalnya, merujuk kepada desas-desus pergeseran yang menyusuli perlucutan darjah kebesaran Ahmad Razif Abdul Rahman.
Muhammad antara warga negeri Penyu yang pernah merasai hidup dibawah pentadbiran beberapa Menteri Besar Terengganu.
"Kami sebagai rakyat sudah letih kerana sudah berapa kali Menteri Besar bertukar, seolah-oleh pemimpin itu tak reti jaga hati Sultan.
"Cuba tengok Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad…bekas Menteri Besar selama 20 tahun. Tidak ada masalah!" katanya.
Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad mentadbir Terengganu dari 1974 hingga 1999. Pemerintahan enam penggal itu ditamatkan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-10, sekaligus membuka laluan kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Sementara itu, Tuan Rosli Wahab, 48, sudah muak dengan sikap pemimpin UMNO yang sering kali bermasalah walaupun sudah acapkali bertukar Menteri Besar katanya.
"Saya sendiri sebagai ahli UMNO ,saya sudah jemu tengok pelbagai masalah yang berlaku dalam UMNO, tak berlaku di negeri akan berlaku di Pusat, dulu Kedah tukar Menteri Besar, sekarang katanya Terengganu, lepas ini mana pula? Johor?
"Kalau macam ini sikap pemimpin BN, lebih baik bubar sahaja sahaja UMNO tubuh parti baharu atau beri sahaja pada pembangkang sebab pada tahun 1999 PAS memerintah tak pernah ada isu," katanya.
Berbeza pula dengan Abdul Wahab Zakaria, 63, beliau berharap Ahmad Razif diberi peluang mentadbir Terengganu sehingga PRU akan datang supaya segala perancangan yang telah dibuat penggal ini diselesaikan.
"Ahmad Razif baru dua tahun memerintah, kalau tukar Menteri Besar baharu mesti ada perancangan baharu dan perancangan lama terbantut.
Read More / Baca Lagi >>

Beri peluang BN habis penggal di Terengganu - Hadi

Posted: 29 Apr 2016 07:02 PM PDT

KUALA NERUS - Pas berpendirian Barisan Nasional (BN) perlu diberi peluang mentadbir Terengganu sehingga habis penggal bagi menyesaikan kesemua kemelut yang melanda parti itu ketika ini, termasuk krisis terbaharu melibatkan menteri besar, Ahmad Razif Abd Rahman.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu juga tidak berhasrat untuk mencampuri isu dalaman yang melibatkan parti lain, sebaliknya meminta rakyat menilai sendiri.
Abdul Hadi Awang "Kita anggap ini tempoh BN (memerintah Terengganu) dan bukan tempoh kita...kita serah kepada mereka untuk selesaikan..beri peluang sehingga habis penggal.
"Rakyat perlu menilai sendiri perbezaan di antara sepenggal kita memerintah (ketika Pas perintah Terengganu sebelum ini)...dengan berapa penggal BN memerintah (pelbagai kemelut yang dihadapi)," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui ketika hadir pada Majlis Makan Malam Amal Media di NR Cafe, Tok Jembal, di sini, malam tadi.‎
Hadir sama dalam majlis anjuran bersama Unit Media, Lajnah Penerangan dan Hubungan Medai Pas Terengganu dan Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami) Terengganu itu adalah Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat serta kepimpinan yang lain.
Jelas Abdul Hadi lagi, selaku parti yang mendokong demokrasi, Pas tetap dengan pendirian untuk tidak mencampuri urusan parti lain, sebaliknya memilih saluran yang betul iaitu melalui pilihanraya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Abdul Hadi turut mengakui Pas dilihat mempunyai peluang positif untuk memenangi sekurang-kurangnya dua kerusi daripada 11 calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.
Read More / Baca Lagi >>

4 Orang Sama dalam #TabungHaji & #1MDB ??

Posted: 29 Apr 2016 05:03 PM PDT

Hakikatnya Allah SWT telah buka satu2 kebobrokan pemerintahan UMNO/BN dlm urus tadbir kewangan dana rakyat..

UNTUK APA kuncu2 1MDB disumbatkan secara berjemaah ke dlm Tabung Haji ??

MANA PERGINYA BAKI RM250 JUTA ITU ??

Posted: 29 Apr 2016 05:02 PM PDT

Adakah tercicir dlm kantong2 kroni ka ??

TAHUKAH ANDA.. Pada tanggal 10 Jun 2013, Najib berjanji jalanraya Kanowit-Kapit akan disiapkan pada 2015..

KAMI NAK TANYA rakyat Sarawak, benarkah jalan tersebut yg dijanjikan Najib itu dah siap ??.. ATAU dah jadi 'jalan bunian' sptmana 'Hospital Bunian' di Sri Aman... #Sebarkan

Dah banyak kali tipu dgn BN,
TU PON MASIH LAGI NAK UNDI BN KA !!!

JOM !!! Rakyat Bangkit. Tumbangkan BN di #PRNSarawak kali ini..

MASIH TAK SEDAR2 DIRI LAGI....

Posted: 29 Apr 2016 05:00 PM PDT


Kunjungan kerap Najib ke Sarawak 'tumpang tui' Adenan

Posted: 29 Apr 2016 04:54 PM PDT


Najib disifatkan menumpang populariti Adenan pada PRN SarawakNajib disifatkan menumpang populariti Adenan pada PRN Sarawak
Kunjungan kerap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Sarawak dipercayai bertujuan untuk memastikan popularitinya tidak terlalu jauh di belakang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem sekarang, kata penganalisis.
"Menjelang pilihan raya Sarawak, jelas kelihatan Adenan sangat popular. Jadi saya melihat Najib mahu menjadikan kemenangan Team Adenan Satem nanti adalah kemenangan BN dan juga untuk beliau," kata penganalisis Hisommudin Bakar.
Sehingga kini, Najib sudah berkunjung ke Sarawak lebih 50 kali sejak menjawat jawatan Perdana Menteri dan beliau datang lagi semalam.
Kali ini Najib akan berada di negeri ini selama lima hari lagi menjelang hari pembuangan undi 7 Mei ini.
Kekerapan kunjungan ini sangat jauh berbeza berbanding dengan perdana menteri sebelum ini.
"Ini adalah jumlah kunjungi yang luar biasa sebagai seorang perdana menteri dan bagi saya ia satu kunjungan terdesak untuk mengekalkan fixed deposit Sarawak kepada Barisan Nasional (BN)," kata Hisommudin.
Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, pusat kajian bebas itu berkata, populariti Adenan, Ketua Menteri Sarawak yang mengawal politik negeri itu jauh dari politik Umno yang sedang berkecamuk sekarang.
"Sarawak saya yakin kekal kawasan putih untuk BN tetapi adakah rakyat negeri ini juga akan memberikan jumlah kerusi yang signifikan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang. Ini bagi saya perlu dipastikan oleh Najib dalam kunjungannya yang banyak ini," katanya kepada Malaysia Dateline.
Bagi Hisommudin, pilihan raya negeri kali ini juga boleh dilihat sebagai isyarat awal kepada Putrajaya sama ada rakyat menerima atau menolak BN.
Read More / Baca Lagi >>

SELEPAS POLIS PENGIRING TUN M DITARIK BALIK, APAKAH JET KERAJAAN PULA DISEKAT SELEPAS INI?

Posted: 29 Apr 2016 04:53 PM PDT

Menurut tulisan yang dikemaskini dalam blog A Kadir Jasin, khidmat polis pengiring bermotosikal untuk Tun Mahathir Mohamad telah ditarik balik oleh kerajaan berkuat kuasa 28 April yang lalu. Namun, khidmat ADC dan Unit Tindakan Khas atau UTK masih dikekalkan.

Walaupun tidak diketahui dengan jelas sebab-sebab tindakan itu diambil, ia dipercayai bagi menyukarkan lagi perjalanan Tun Mahathir untuk menghadiri majlis-majlis yang berkaitan pengumpulan tandatangan Deklarasi Rakyat.

Apa pun sebabnya, penarikan itu tentunya berkaitan dengan pendirian bekas Perdana Menteri itu yang tidak lagi menyokong Najib Razak dan berterusan mendesaknya meletakkan jawatan.

Apa pula selepas ini? Mungkinkah kemudahan lain seperti jet kerajaan juga akan ditarik balik?

Yang jelas, di mata rakyat, tindakan kerajaan itu seperti kebudak-budakkan dan tidak matang. Ia seperti seorang kanak-kanak yang apabila kawan sebelah rumahnya tidak mahu lagi berkawan dengannya, lalu bertindak mengambil balik semua permainan yang selama ini biasa dikongsi bersama.

Selepas jawatan Penasihat Petronas dilucutkan, ini adalah tindakan kebudak-budakan kedua yang diambil Najib terhadap Tun Mahathir.

Tetapi, jika Najib merasakan tindakan menarik khidmat polis pengiring itu akan menyukarkan perjalanan Tun Mahathir dan membuatkannya selalu terperangkap dalam kesesakan jalanraya, simpati dan sokongan yang diterima oleh bekas Perdana Menteri itu mungkin lebih berganda jadinya.

Kecuali penagih dedak yang senantiasa bersetuju, rakyat biasa akan melihatnya suatu layanan melampau kepada seorang negarawan yang banyak berjasa kepada negara.

Bagi seorang bekas Perdana Menteri, khidmat polis pengiring bermotosikal adalah kelayakan yang sepatutnya diterima, malah Tun Abdullah Badawi juga menerima perkhidmatan itu.

Jika khidmat itu ditarik daripada Tun Mahathir yang menentang, apakah ia masih dikekalkan kepada Tun Abdullah yang menyokong Najib?

Kiranya penarikan itu semata-mata kerana mengkritik dan tidak menyokong, tetapi terus dikekalkan kepada Tun Abdullah, ternyata Tun Mahathir jauh lebih berjiwa besar kerana tidak pernah pun mengusik khidmat polis pengiring kepada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang juga tidak menyokong dan selalu mengkritiknya.

Manifesto kitar semula BN, lebih 100 ribu rumah lagi tiada bekalan air bersih di Sarawak

Posted: 29 Apr 2016 04:52 PM PDT


Janji sama dikitar semulaJanji sama dikitar semula
Persembahan manifesto Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak terus dilihat mengulangi perkara sama yang menunjukkan kegagalan pentadbiran sejak merdeka.
Kecenderungan manifesto salin dan tampal ini dapat dilihat apabila BN Sarawak mendakwa sebanyak 471,425 isi rumah atau 80 peratus isi rumah telah menerima bekalan air terawat hasil daripada apa yang dipanggil transformasi luar bandar.
Hal ini bermakna, sebanyak 117,856 isi rumah masih belum lagi menikmati bekalan air bersih walaupun BN lebih 50 tahun menguasai Sarawak.
PRN kali ke-11 terus menyaksikan BN mencampakkan pelbagai projek infrastruktur sebagai umpan bagi memancing sokongan 1,138,650 pengundi di Bumi Kenyalang itu.
Hal ini dapat dilihat pada manifesto BN yang kelapan iaitu untuk mempercepatkan pembangunan jaringan jalan, liputan bekalan air, elektrik dan telekomunikasi.
Paling ketara dapat dilihat pada keterujaan BN terhadap projek Lebuhraya Pan Borneo yang bakal merentasi dari Telok Melano di hujung barat laut ke bandar Merapok di Lawas di sempadan Sabah.
Projek mega sepanjang 1,089 kilometer itu ibarat 'bapa' kepada banyak lagi projek yang diasak ke telinga rakyat di Sarawak melalui semua saluran media daripada TV sehingga akhbar yang dikuasai parti pemerintah sepanjang tempoh kempen PRN ini.
Bahkan, janji manis berkenaan projek itu juga diulang oleh Perdana Menteri, Najib Razak ketika membentangkan laporan tahunan program transformasi negara 2015, di Angkasapuri, Kuala Lumpur Selasa lalu sekaligus mengambil kesempatan untuk berkempen termasuk menyerang blok pembangkang.
Sejak kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu lagi, BN berjanji untuk membina Lebuh Raya Pan Borneo tetapi ketika itu, jarak keseluruhan yang dicanang ialah 2,300 km bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong, Sabah.
Tidak hairanlah, projek membabitkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) yang dimeterai pada Jun 2015 itu tidak lebih sekadar mengitar semula janji ibarat 'candu' kepada rakyat di Sarawak.
Read More / Baca Lagi >>

Saya masih lagi Menteri Besar – Ahmad Razif

Posted: 29 Apr 2016 04:51 PM PDT

Tugas terus digalas selagi diberi mandat, tegas pemimpin UMNO itu.
Ahmad Razif
KUALA TERENGGANU: Tugas terus digalas selagi diberi mandat, jawab Ahmad Razif Abdul Rahman ketika ditanya mengenai status jawatannya.
"Saya masih lagi Menteri Besar, masih lagi dengan jawatan ini. Saya akan teruskan," katanya seusai merasmikan Majlis Upacara Pecah Tanah Terengganu Halal Business Center dan Perasmian Karnival Usahawan Anak Terengganu (KUAT) hari ini.
Desas desus pertukaran Menteri Besar bertiup kencang di negeri Penyu susulan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif, berkuat kuasa 22 April lalu.
Spekulasi semakin deras apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan akan menghadap baginda dalam masa terdekat bagi membincangkan kemelut jawatan Menteri Besar namun sehingga kini pertemuan itu belum berlaku.
Ketika diajukan soalan berkenaan pelucutan darjah kebesaran dan khabar angin beliau akan disingkirkan, ADUN Seberang Takir memilih untuk mengunci mulut.
"Saya tidak mahu buat ulasan, tidak ada apa-apa ulasan saya minta maaf," katanya sambil tersenyum.

UMNO KERAJAAN MINORITI TERENGGANU, JAMINAN TIDAK ADA UNDI TIDAK PERCAYA DARI PAS SEHINGGA PRU14

Posted: 29 Apr 2016 04:44 PM PDT

Sebagai anak jati Terengganu, saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu yang terus bergolak sejak dua tahun lepas. Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan YB Azan Ismail (ADUN Bandar), Pengerusi KEADILAN Terengganu dan YBM Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Pengerusi AMANAH Terengganu.

Hakikatnya ketidakstabilan politik di Terengganu yang berpunca dari perpecahan dalaman Umno Terengganu yang parah akan terus memangsakan rakyat Terengganu yang masih lagi rata-ratanya membawa pulang pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Kalau pun pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu tidak bergolak seperti sekarang, Kerajaan Negeri Terengganu berhadapan dengan cabaran getir menguruskan pentadbiran negeri bila mana sebahagian besar sumber kewangannya menguncup serta merta akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu sudah biasa dengan peruntukan melebihi RM2 bilion setiap tahun kerana hasil royalti minyak dan gas yang tinggi. Saya tidak pasti bagaimana Kerajaan Negeri Terengganu boleh mengubah pola perbelanjaan dengan serta merta apabila hasil pendapatan menurun berlipat kali ganda.

Dengan pergolakan dalaman Umno yang berterusan sebegini, Kerajaan Negeri Terengganu terus terkontang-kanting yang akhirnya memangsakan rakyat Terengganu sendiri.

Walaupun Pakatan Harapan mempunyai pengaruh yang besar di Pantai Barat, saya mengakui bahawa suasana politik di Terengganu lebih banyak ditentukan oleh Umno dan PAS yang sama kuat. Kedudukan di Dewan Undangan Negeri Terengganu kini iaitu 16 Umno, 14 PAS, 1 KEADILAN dan 1 ditafsirkan bebas (Dato' Seri Ahmad Said kerana beliau dinafikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri) menyebabkan kemelut pentadbiran di Terengganu hanya boleh diredakan buat sementara waktu oleh Umno dan PAS sahaja.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pimpinan Umno dan PAS di Terengganu mempertimbangkan supaya Umno terus membentuk Kerajaan Negeri tetapi berfungsi sebagai kerajaan minoriti. Walaupun ia kerajaan minoriti, pentadbiran Umno di Terengganu boleh kekal stabil dengan syarat blok kedua terbesar iaitu PAS memberi jaminan ia tidak akan membuat sebarang undi tidak percaya kepada pentadbiran Umno itu sehinggalah Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kelak.

Read More / Baca Lagi >>

Bicara Selamatkan Malaysia JB - Sanusi Junid

Posted: 29 Apr 2016 04:39 PM PDT

Sarawak Election 2016 - Najib brings goodies to minority group

Posted: 29 Apr 2016 04:37 PM PDT

"Saya bukan Taib Mahmud, dia kena ikut cakap saya kata Adenan"

Posted: 29 Apr 2016 04:35 PM PDT

Selepas 'tarian gelek', 'Poco - poco' pula hiasi kempen BN

Posted: 29 Apr 2016 09:13 AM PDT

Sudahlah... TV3 sengaja nak ungkit isu - Guan Eng

Posted: 29 Apr 2016 09:12 AM PDT

'Penyangak' datang Sarawak cuma nak hasut, kata Nazri

Posted: 29 Apr 2016 09:12 AM PDT

PAS: Kalau kita pelampau, kita bom saja

Posted: 29 Apr 2016 09:11 AM PDT

Adenan... tunjuklah tingkah laku yang baik, kata Azmin Ali

Posted: 29 Apr 2016 09:10 AM PDT

Comments (0)