Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:19 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sokong Dr Zakir Naik punca Ahmad Razif lucut darjah kebesaran?

Posted: 26 Apr 2016 09:11 PM PDT

Selain menghadiri ceramah Zakir, Ahmad Razif turut menawarkan pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir untuk dibuka cawangan atau pusat penyelidikan Islam di rantau Asia Tenggara
razif,zakir
PETALING JAYA: Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menyokong pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik dikatakan adalah punca darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.
Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah-ceramah pendakwah dari India itu, Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.
Selaku penaung Yayasan Penyelidikan Islam, Zakir telah bersetuju menerima pelawaan kerajaan negeri itu.
Empat ceramah Zakir di Terengganu berjalan lancar, selepas mendapat kelulusan pihak polis, berbeza dengan keadaan di Melaka, di mana forum bertajuk 'Similarities Between Hinduism And Islam' terpaksa ditukar kepada 'Islam – Problems and Solutions to Humanity', pada 17 April lalu.
Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri penceramah luar itu mungkin menyebarkan ajaran sesat.

Ahmad Razif mempengerusi Mesyuarat EXCO hari ini

Posted: 26 Apr 2016 09:06 PM PDT

Beliau hanya tersenyum kepada media dan enggan memberi sebarang komen berhubung kemelut dengan pihak Istana Terengganu.
menteri-besar_terengganu_600
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman hadir mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (EXCO) di Wisma Darul Iman hari ini.
Ahmad Razif yang terpalit dengan krisis antara Istana Terengganu tiba kira-kira jam 9.25 pagi kelihatan tenang dan mengukir senyum kepada pihak media.
Bagaimanapun, Razif ketika diajukan soalan oleh wartawan enggan mengulas sebarang komen kononnnya berlaku pelantikan Menteri Besar baharu, susulan pihak Istana negeri kurang senang dengan pentadbiran beliau.
"Saya tidak mahu beri sebarang komen," katanya ringkas kepada media.
Mesyuarat dijalankan dengan kehadiran kesemua sembilan barisan EXCO iaitu Datuk Tengku Putera Awang, Datuk Mohd Jidin Shafee, Datuk Rozi Mamat, Rosli Othman, Nawi Mohamad, Latif Awang, Roslee Daud,Datuk Muhammad Pahemi Yusof, Ghazali Daud.
Sebelum ini, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dilaporkan sah telah melucutkan kesemua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif.
Perlucutan kesemua darjah kebesaran berkenaan telah berkuatkuasa pada 22 April lalu seperti mana dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Ahmad Razif, 49, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Mizan pada 12 Mei, 2014 menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
Spekulasi mendakwa dua nama yang disebut-sebut bakal dicalon sekiranya Ahmad Razif berundur ialah ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee dan ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat.
Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz terus bongkar kepincangan pemimpin UMNO

Posted: 26 Apr 2016 08:56 PM PDT

Beliau menyatakan akan ada pendedahan baru pada setiap siri jelajah di seluruh negeri.
mukhriz-umn
PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir bertekad akan terus mendedahkan segala kepincangan dalam UMNO demi menyelamatkan parti itu daripada kerakusan segelintir pemimpin.
Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, ia termasuk isu-isu yang mempunyai kepentingan kepada rakyat.
"Pendedahan terbaru pasti ada setiap kali turun jelajah seluruh negeri, anda tunggu dan lihat," katanya lapor Sinar Harian Online.
Menurut Mukhriz, pada masa ini pemimpin yang dilabel sebagai `Team B' akan melontarkan pandangan alternatif berhubung apa yang berlaku dalam negara.
"Rakyat Kedah yang mahukan jawapan tentang situasi sebenar apa yang berlaku dalam negara bolehlah hadir.
"Saya nak ajak rakyat Kedah termasuk ahli UMNO dan pembangkang datang dan dengar sendiri apa yang akan kami dedahkan, termasuk isu-isu Kedah," katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz yang mengulas kenyataan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah apabila menyifatkan tindakan pemimpin UMNO yang menyertai siri jelajah Deklarasi Rakyat telah memecah belahkan parti, beliau berkata, Menteri Besar Kedah itu perlu merujuk krisis yang pernah berlaku pada Januari lalu berhubung jawatan yang disandangnya.
"Sebelum gerakan menjatuhkan saya sebagai menteri besar, Umno Kedah tidak berpecah. Usaha menggantikan saya dengan Ahmad Bashah itulah yang jadi penyebab parti berpuak-puak di peringkat akar umbi," katanya.
Mukhriz akan berada sepentas dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad membicarakan isu-isu semasa Selamatkan Malaysia, pada malam esok di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Jitra.

'Filem 1MDB boleh menang Oscar' - Dr Mahathir

Posted: 26 Apr 2016 08:54 PM PDT


Dengan gaya sinis bersahajanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, sebuah filem berdasarkan drama yang menyelubungi 1MDB boleh dihasilkan.
Kata beliau filem itu boleh memaparkan pelbagai tokoh serta lokasi di seluruh dunia yang terlibat dalam isu agensi pelaburan milik penuh kerajaan itu.
"Red Granite boleh (melabur) dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang Oscar," katanya dalam kemas kini terbaru blognya.
Red Granite Pictures adalah syarikat penerbit dan pengedar filem berpangkalan di AS dan diasaskan oleh anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz.
Antara filem yang dihasilkan syarikat itu ialah Wolf of Wall Street arahan Martin Scorsese dan dilakonkan oleh ramai pelakon terkenal termasuk Leonardo DiCaprio, Jonah Hill dan Matthew McConaughey.
Komen Dr Mahathir itu dibuat ekoran kenyataan terbaru Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang mengakui berlaku penipuan dalam agensi berkenaan.
"Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
"Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US$1 billion (RM3.9 bilion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB," katanya.
Rakyat jadi bingung
Menurut bekas perdana menteri yang mentadbir selama 22 tahun itu banyak lagi yang perlu dijelaskan ekoran pengakuan Arul Kanda itu.
"Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua," kata beliau.
Antara yang perlu dijelaskan, kata, Dr Mahathir, ialah berkenaan "juruaudit yang dibuang", pelaburan bernilai AS$1 bilion dalam syarikat kerjasama 1MDB dan Petro Saudi dan aliran wang ke Cayman Islands dan yang "tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit".
Read More / Baca Lagi >>

Najib selamatkan Sarawak daripada musnah - Adenan

Posted: 26 Apr 2016 08:18 PM PDT

1MDB tak relevan kepada Sarawak, kata Adenan

Posted: 26 Apr 2016 08:17 PM PDT

Kemelut: PAS Terengganu serah mandat kepada rakyat

Posted: 26 Apr 2016 05:41 PM PDT

KUALA TERENGGANU: PAS mengambil sikap tidak mencampuri urusan dalaman Umno berkait dengan kemelut melanda Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman, sebaliknya bersetuju jika diserahkan mandat itu kepada rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah kepimpinan kerajaan negeri adalah menyerahkan mandat kepada rakyat.

Katanya, PAS bersetuju jika pilihan raya kecil negeri diadakan bagi memberi mandat kepada rakyat membuat pilihan terbaik.

Menurutnya, cadangan agar menteri mesar meletak jawatan dan diganti dengan orang lain juga tidak dapat menyelesaikan masalah selagi Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.

"Jalan yang terbaik ada pandangan supaya menteri besar letak jawatan atau diganti dengan orang lain. Tetapi, kita rasa tidak selesai juga masalah itu.

"Cara terbaik pada pendapat saya, serah kepada rakyat semula dan adakan pilihan kecil peringkat negeri ini. Itulah yang terbaik untuk memberi mandat baharu kepada rakyat dan biar rakyat yang berhak pilih siapa (kerajaan) yang bakal memimpin negeri ini," tegasnya ketika mengulas isu pelucutan darjah kebesaran Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Wacana Ekonomi Terengganu bertajuk "Kewangan Terengganu Dalam Bahaya, Rakyat Menderita" di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, hari ini.

Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka menyifatkan isu pelucutan darjah kebesaran oleh Tuanku Sultan Terengganu itu memberi gambaran hubungan tidak baik.

"Pada pandangan awam bahawa menteri besar sudah tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Tuanku Sultan.
Read More / Baca Lagi >>

PKR cadang bentuk kerajaan campuran di Terengganu

Posted: 26 Apr 2016 05:36 PM PDT

Pembentukan kerajaan campuran jalan terbaik bagi memastikan pentadbiran negeri kembali stabil susulan desas-desus hilangnya kepercayaan pihak Istana terhadap Ahmad Razif.
terengganu
KUALA TERENGGANU: PKR mencadangkan pembentukan kerajaan campuran sebagai jalan menyelesaikan krisis yang didakwa berlaku antara Istana Terengganu dengan Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman.
Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Azan Ismail berkata pembentukan kerajaan campuran merupakan pilihan terbaik berbanding pembubaran DUN bagi membuka laluan kepada pilihan raya baharu, atau menukar Menteri Besar baharu.
"Kita boleh bayangkan ketidakpercayaan atau keyakinan dari pihak Istana sudah hilang terhadap Ahmad Razif, apabila Sultan telah menarik kesemua gelaran.
"Ini juga bermakna Ahmad Razif perlu berjiwa besar dan seharusnya melepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu," katanya ketika dihubungi FMT.
Sebagai perbandingan, Azan menjelaskan perlantikan Menteri Besar baharu hanya merumitkan keadaan memandangkan jumlah kerusi pemerintah dan pembangkang yang sama iaitu 16-16, selepas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif baru-baru ini.
Manakala langkah pembubaran DUN pula menelan belanja yang banyak, menyusahkan rakyat dan Pilihan Raya Umum ke-14 yang semakin dekat.
"Apa yang penting kedua-dua belah pihak, BN dan pembangkang perlu bersetuju bentuk kerajaan campuran sehingga PRU dan menyerahkan kepada pihak Istana untuk melantik MB dari parti mana," tegas Azan, yang juga ADUN Bandar.
Read More / Baca Lagi >>

PKR sedia berbincang, DAP pula bagaimana?

Posted: 26 Apr 2016 05:34 PM PDT

Ini bagi memastikan pertandingan satu lawan satu di enam kerusi DUN Sarawak
mansor
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR berkata masih ada peluang untuk membaiki situasi di enam kerusi yang bertindih dengan DAP menjadi pertandingan satu lawan satu antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Ahli Biro Politik PKR, Mansor Othman berkata kedua parti perlu mempunyai kemahuan untuk "memberi dan menerima" sekiranya mahu menjayakan matlamat bersama dalam pilihan raya kali ini.
"Kita masih mempunyai peluang sebelum hari mengundi untuk memenuhi harapan rakyat supaya hanya ada pertandingan satu-lawan-satu dengan Barisan Nasional.
"Kita sentiasa bersedia untuk duduk berbincang, dan bersedia untuk terus memberi peluang kepada usaha ini, dalam semangat yang saksama, saling memberi dan menerima, demi matlamat yang lebih agung.
"Adakah rakan-rakan seperjuangan kita bersedia untuk melakukan yang sama?" soal Mansor, merisik keberanian DAP untuk kembali ke meja rundingan.
Kenyataan Mansor ini mengulangi seruan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, yang ditujukan kepada rakan-rakannya dalam PKR dan DAP agar kembali berbincang dan membentuk kesepakatan baharu.
Menurut Mansor, kegagalan PKR dan DAP mencapai kata putus yang boleh diterima kedua pihak merupakan "kesilapan milik bersama".
Read More / Baca Lagi >>

Amanah harap DAP-PKR setuju satu lawan satu

Posted: 26 Apr 2016 05:12 PM PDT


Mohamad SabuMohamad SabuPresiden Amanah Mohamad Sabu mengharapkan agar rakan pakatan parti itu DAP dan PKR dapat menyelesaikan isu pertindihan kerusi dalam Pilihan raya Negeri (PRN) untuk bersetuju satu lawan satu untuk menentang Barisan Nasional (BN).
"Amanah sangat mengharapkan pemimpin DAP dan PKR di peringkat nasional dan negeri dapat mencari jalan terbaik sebelum hari pembuangan undi agar hanya satu lawan satu menentang BN dalam PRN Sarawak kali ini.
"Saya yakin pemimpin DAP dan Keadilan berupaya melakukan yang tebaik untuk Pakatan Harapan di Sarawak dan Semenanjung.
"Saya juga berkeyakinan penuh bahawa dengan fikiran waras jalan penyelesaian terbaik dapat dicari supaya Pakatan Harapan dapat merealisasikan harapan rakyat di Sarawak dan seluruh Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan.
DAP dan PKR bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri membabitkan Mambong,Ngemeah,Murum,Mulu,Simanggang dan Batu Kitang.
DAP meletakkan sejumlah 31 calon, PKR (40)  dan Amanah (13) kerusi dalam pilihanraya ke-11 bagi negeri Sarawak ini.
Proses penamaan calon pada Isnin, turut menyaksikan Amanah bakal berentap dengan calon Pas di lima kerusi Dun iaitu Sebuyau, Beting Maro, Samarian, Muara Tuang, Sadong Jaya untuk menentang BN.

Adenan: LKS, LGE dibenar ke S'wak kerana berkelakuan baik

Posted: 26 Apr 2016 04:29 PM PDT


 Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata larangan akan dikeluarkan terhadap ahli Parlimen pembangkang dan beberapa pihak lain sekiranya mereka bertindak melampaui batas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung 7 Mei ini.
"Akan ada beberapa larangan di waktu akan datang (sekiranya melampaui batas). Kita tidak mahu beberapa aspek budaya politik di Malaysia Barat, yang tidak boleh diterima oleh rakyat Sarawak, dibawa ke negeri ini.
"Biar saya jelaskan bahawa saya melarang kemasukan bukan sahaja pembangkang, tetapi juga ahli Umno dan parti komponen lain jika mereka tidak berkelakuan baik.
"Saya perlu melindungi kepentingan rakyat Sarawak," katanya kepada pemberita di Wisma Bapa Malaysia di Kuching malam tadi.
Sebelum ini sekurang-kurangnya 40 ahli Parlimen pembangkang, aktivis, dua ahli Umno dan ahli akademik telah dilarang masuk ke Sarawak
Bagaimanapun Adenan berkata, Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibenarkan masuk ke Sarawak ketika pilihan raya negeri ini kerana mereka berdua disifatkannya sebagai berkelakuan baik.
Bagaimanapun, tegasnya, jika mereka mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur perkauman dan melampaui batas, beliau akan meminta Jabatan Imigresen supaya mereka meninggalkan negeri ini.
"Jadi ini adalah amaran dari saya. Jadi berkelakuan baiklah.
"Saya tidak mahu seperti apa yang berlaku dalam pilihan raya lepas. Ramai ahli politik Malaysia Barat datang ke Sarawak dan mereka buat kacau," kesalnya.
Sementara itu, Adenan turut mengulas mengenai pertembungan enam kerusi antara PKR dan DAP dengan berkata, pembangkang dilihat dalam keadaan kucar-kacir.
"Mereka tidak boleh mendapatkan keputusan bersama. Orang kata tidur sama-sama, tapi mimpi lain-lain. Dan saya jangkakan keadaan akan menjadi semakin buruk
Read More / Baca Lagi >>

TH tarik laporan polis dibuat, CEO baharu perlu saringan Parlimen,kata Rafizi

Posted: 26 Apr 2016 04:22 PM PDT


Rafizi  RamliRafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mahu pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) menarik balik laporan polis yang pernah dibuat ke atas beliau jika benar Ketua Pegawai Eksekutifnya  Tan Sri Ismee Ismail akan meletakkan jawatan.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan sebuah portal berita The Edge Finacial Daily semalam (http://www.theedgemarkets.com/my/article/ismee-resigns-lembaga-tabung-haji).
"Saya mengambil maklum berita yang disiarkan The Edge Financial Daily mengenai keputusan Tan Sri Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji yang akan meletakkan jawatan mengikut sumber akhbar kewangan tersebut.
"Saya tidak terkejut dengan berita itu kerana saya memang telah mendengar ura-ura ini sejak sebulan yang lalu semasa persidangan Parlimen yang lalu.
"Jika benar, ia merupakan satu kemenangan kepada rakyat dan secara tidak langsung mengesahkan bahawa kesemua isu bersabit tata kelola dan kedudukan kewangan Tabung Haji yang saya bawa sebelum ini ada kebenarannya.
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pengurusan baru Tabung Haji kelak meneliti kesemua isu yang saya bawakan dan memberi penjelasan yang telus kepada rakyat.
"Saya juga ingin menyatakan apabila isu-isu itu terbukti ada kebenarannya, maka wajarlah Tabung Haji menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap saya dan menggugurkan kes jenayah supaya satu tindakan saman di mahkamah sivil boleh diambil jika isu-isu yang saya bawa dikira memfitnah Tabung Haji," ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Naib Presiden PKR ini berkata, dengan mengambil kira keterlibatan Ismee di dalam 1MDB dan kemungkinan beliau juga akan disiasat tidak lama lagi,ujarnya lagi, kerajaan tidak boleh melantik Ismee ke mana-mana jawatan dalam agensi, badan atau syarikat yang dikawal oleh kerajaan sehingga siasatan selesai dan disahkan tidak melakukan sebarang kesalahan atau kecuaian.
"Saya berharap sebarang usaha untuk melantik beliau menjadi orang nombor dua di Sime Darby seperti yang dilaporkan tidak diteruskan.
Read More / Baca Lagi >>

Apa dah jadi kat kawasan Parlimen Pekan ??

Posted: 26 Apr 2016 10:31 AM PDT


Nampaknya masalah air yang dilihat semakin serius berlaku di kawasan Parlimen Pekan Najib sendiri.. Menurut sumber katanya sampai berebut di antara penduduk nak dapatkan sumber air... Jika benar dakwaan, harap pihak berwajib pandang serius perkara ini...

Lokasi: Chini, Pekan, Pahang

Dedak & TONG BIRU sudah mai...

Posted: 26 Apr 2016 10:29 AM PDT

Mana janji2 PRK Teluk Intan dulu !!!.. Dah terlaksana ka blom...

Lucut darjah kebesaran tidak gambarkan krisis politik - Menteri Umno

Posted: 26 Apr 2016 10:22 AM PDT

Bukan masalah besar cuma mungkin masalah dalaman Terengganu, kata menteri
azalina-rzaif
KUALA LUMPUR: Pelucutan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, tidak menggambarkan krisis politik di negeri itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata melucutkan sesuatu darjah kebesaran yang dikurniakan merupakan hak Sultan sesebuah negeri.
"Bagi saya, tidaklah saya rasa ada krisis politik. Itu merupakan hak Tuanku sama ada mahu memberi atau menarik balik sesuatu darjah. Ia tersenarai dalam peraturan dan perlembagaan negeri itu.
"Ini bukan masalah besar cuma mungkin masalah dalaman Terengganu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Jamuan Penghargaan Bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.
Sultan Mizan Zainal Abidin melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat 22 April, dan perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama semalam.
Azalina yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO yakin langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Sultan Mizan dalam masa terdekat akan dapat menyelesaikan spekulasi terutama dalam kalangan rakyat negeri itu.
Beliau juga yakin Ahmad Razif akan terus menerajui Terengganu sebagai Menteri Besar.

1MDB tiada kaitan Sarawak, tegas Adenan

Posted: 26 Apr 2016 10:19 AM PDT


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.
Katanya, pembangkang mahu membawa 1MDB ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebagai satu isu.
"Ini adalah pilihan raya negeri, bukan pilihan raya umum. Mereka mahu membangkitkan isu negara kerana mereka mahu mengheret perkara 1MDB ini (ke PRN).
 "Kami tidak ada kaitan dengan 1MDB," katanya kepada pemberita, di Wisma Bapa Malaysia, di Kuching sebentar tadi.
1MDB merupakan dana pelaburan negara yang kini hutangnya mencecah RM50 bilion.
Sementara itu, Adenan mengakui bahawa kos sara hidup semakin meningkat, bagaimanapun, kerajaan sudah banyak membantu rakyat dengan menghapuskan cukai tanah dan tol.
Namun, beliau berkata, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu sedikit sebanyak dapat membantu negara di kala kejatuhan harga minyak.
"Apabila GST dilaksanakan, ia lebih terbuka dan nasib baik kita ada GST ketika harga minyak jatuh.
" Awak tahu berapa banyak kita kehilangan sekiranya tidak melaksanakan GST dan harga minyak runtuh? Kita kehilangan berbilion-bilion ringgit.
"Sekurang-kurangnya GST dapat menampung kerugian," katanya yang menambah 168 negara turut melaksanakan GST.
Beliau yang juga pengerusi BN Sarawak berkata demikian ketika ditanya mengenai sebahagian ahli parlimen negeri itu meluluskan rang undang-undang berkaitan GST pada 2013.

Lepas 30 tahun, 'Team B' Umno muncul kembali

Posted: 26 Apr 2016 06:37 AM PDT


Tiga puluh tahun yang lalu, gelaran Team B mungkin menghantui Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri yang berdepan saingan Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu.
Pergolakan dalam terbesar dalam Umno itu berkisar mengenai penentangan Team B menentang Mahathir dalam Team A.
Bagaimanapun, selepas hampir 30 tahun, siapa sangka label itu digunakan semula oleh anak beliau dan pemimpin kanan Umno yang senada dengan beliau.
Hari ini, Mukhriz, anak kelima Mahathir, menggunakan kembali gelaran itu dalam tweet beliau, yang sekali gus mengimbau kenangan perpecahan Umno sekitar 1987.
Team B diwujudkan bagi mewakili kumpulan lantang dalam Umno, melibatkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mereka berempat dijadualkan mengadakan ceramah di Dewan Lye Huat Garden, Napoh, Jitra pada 28 April ini, jam 8.30 malam.
Tajuk ceramah berkenaan ialah "Bicara Isu-isu Semasa: Selamatkan Malaysia", tema gerakan Deklarasi Rakyat yang ditubuhkan baru-baru ini.
Mukhriz ketika dihubungi Malaysiakini enggan memberi maklum balas.
Sejarah kewujudan Team A dan Team B Umno sangat memberi kesan dalam politik Malaysia kerana menyebabkan parti tertua di negara ini diisytiharkan sebagai haram dan seterusnya, mewujudkan Umno baru yang didaftar semula pada 4 Februari 1988.
Selain mendapat sokongan dua bekas perdana menteri iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn, Team B turut dianggotai oleh Tun Musa Hitam, Tan Sri Dr Rais Yatim, Datuk Suhaimi Kamaruddin dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Read More / Baca Lagi >>

PRN Sarawak: Suara anak muda makin pupus dalam BN Sarawak

Posted: 26 Apr 2016 06:29 AM PDT

Angkatan Muda KEADILAN mengucapkan setinggi – tinggi tahniah kepada kepimpinan Parti KEADILAN Rakyat negeri Sarawak kerana untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini, seramai enam (6) orang calon yang berumur 35 tahun ke bawah telah dicalonkan di kerusi DUN yang dipertandingkan.
Mereka adalah; Abdul Raafidin Majidi (Nangka), Musa Ngog di Tarat, Jamilah Baharuddin di Simunjan, Athina Klaywa Sim di Serumbu, Mohamed Salleh Shawkatali di Satok, dan Elia Bit di Marudi. Ini adalah bukti komitmen KEADILAN untuk menampilkan calon – calon yang dapat mewakili suara anak muda Sarawak dan memberi nafas baru kepada kepimpinan politik di Sarawak.
IMG_0020Pujian juga harus diberikan kepada rakan komponen parti pembangkang yang telah memberikan ruang yang cukup luas untuk calon berumur di bawah 35 tahun untuk menawarkan diri mereka sebagai calon untuk parti masing-masing. DAP, PAS dan Amanah juga turut menampilkan calon di bawah 35 tahun di beberapa kawasan.
Malang sekali, calon muda yang ditampilkan oleh Barisan Nasional pada kali ini tidak seramai yang ditawarkan oleh pembangkang. Kegagalan Barisan Nasional menampilkan lebih ramai calon muda ini membuktikan bahwa mereka tidak mempunyai hasrat untuk benar – benar memberikan ruang kepada anak muda untuk terlibat sama dalam pemerintahan kerajaan. Sikap Barisan Nasional ini menunjukkan bahawa anak muda hanya dituntut untuk tunduk kepada mereka yang tua dan tidak mempunyai suara untuk menentukan masa depan negeri Sarawak.
Kemampuan parti pembangkang di Sarawak untuk menampilkan calon-calon muda membuktikan kepekaan parti-parti ini untuk memberi ruang kepada generasi kepimpinan baru di kalangan anak muda Sarawak untuk ditampilkan sebagai pemimpin untuk masa depan negeri dan negara.
Read More / Baca Lagi >>

PRN Sarawak: KEADILAN fokus lima perkara Demi Sarawak

Posted: 26 Apr 2016 06:28 AM PDT

KEADILAN memfokuskan lima perkara utama menerusi Manifesto Lima Janji Demi Sarawak bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 yang dilancarkan hari ini.
Dalam manifesto itu KEADILAN berjuang untuk meringankan beban sara hidup rakyat Sarawak dengan memansuhkan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
13096282_991351547616436_6048331905436050522_nSelain itu, KEADILAN berjanji untuk membina infrastruktur di Sarawak setanding di Semenanjung Malaysia termasuk jalan raya, landasan keretapi, bekalan elektrik, hospital, universiti dan lain-lain bagi memastikan rakyat Sarawak mendapat peluang ekonomi dan pendidikan yang terbaik.
Pengarah Bilik Gerakan Utama KEADILAN, Lynette Tan, berkata KEADILAN pada masa sama berjuang mengembalikan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada rakyat Sarawak dengan membawa kes tersebut ke mahkamah.
"Malah, KEADILAN akan mengembalikan hak autonomi Sarawak seperti dalam Perjanjian Malaysia serta memberi royalti petrolium sebanyak 20 peratus.
"KEADILAN bersama Pakatan Sarawak akan melaksanakan perubahan positif seperti dilakukan di Selangor dan Pulau Pinang yang bersih, melawan rasuah dan memperjuangkan keadilan untuk semua," katanya dipetik Astro Awani.
Selain itu, KEADILAN turut menggariskan 18 pelan tindakan termasuk kedaulatan dan urus tadbir, kebebasan beragama, keadilan ekonomi selain memperkasa masyarakat setempat.
Proses pengundian bakal berlangsung 7 Mei ini.
Terdapat 1.13 juta pengundi pada pilihan raya negeri kali ini.

1MDB diisytiharkan ingkar, kerajaan bakal tanggung hutang berbilion ringgit

Posted: 26 Apr 2016 06:23 AM PDT


tony pua
KUALA LUMPUR, 26 APRIL: Kerajaan Malaysia akan menanggung semua krisis hutang syarikat pelaburan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas ia diisytiharkan ingkar hari ini, kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua.
Beliau berkata, pengisytiharan tersebut akan memberi pilihan kepada pemegang-pemegang bon untuk memaksa kerajaan membayar semua hutang bagi pihak 1MDB kepada mereka.
Menurutnya, syarikat milik Kementerian Kewangan itu diisytiharkan ingkar selepas ia gagal membayar faedah AS$50.3 juta kepada pemegang-pemegang bon sebelum ini setelah International Petroleum Investment Corporation (IPIC) enggan lagi menjadi penjamin 1MDB.
"Kegagalan 1MDB untuk membayar faedah sebanyak AS$50.3 juta kepada pemegang bon akan menyebabkan IPIC terpaksa membayar balik AS$ 1.75 bilion bon yang sebelum ini dijaminnya bagi pihak 1MDB.
"Selepas itu, IPIC akan membuat tuntutan ke atas Kementerian Kewangan berdasarkan perjanjian antara penjamin. Jika Najib enggan berbuat demikian, ia bukan sahaja menyebabkan krisis kewangan, tetapi juga krisis diplomatik," katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, tadi.
Beliau berkata, di bawah perjanjian pertukaran hutang-aset antara 1MDB dengan IPIC, ia jelas menyatakan bahawa Kementerian Kewangan akan bertanggungjawab untuk membayar kembali wang yang dijamin IPIC sebelum ini bagi pihak 1MDB.
Menurutnya, halaman 62 dalam laporan PAC menyatakan, "Dalam Interguarantor Agreement yang ditandatangani antara 1MDB dan IPIC bertarikh 21 Mei 2012, 1MDB dikehendaki mendapatkan Ministry of Finance Inc., untuk melunaskan semua principal dan kos berkaitan yang didahulukan oleh IPIC sekiranya 1MDB gagal melaksanakan obligasinya sebagai penjamin.."
IPIC pada tahun lalu membayar AS$103 juta bagi pihak 1MDB sebagai sebahagian daripada obligasinya selepas menjamin dua bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion pada 2012. Menurut jaminan itu, IPIC bertanggungjawab membayar kembali AS$3.5 bilion serta semua faedah jika 1MDB gagal berbuat demikian.
Read More / Baca Lagi >>

UMNO JOHOR, KEDAH LEBIH TERBUKA BERBANDING KELANTAN

Posted: 26 Apr 2016 06:22 AM PDT

Kenapa UMNO Kelantan tiba-tiba saja mahu mengambil tindakan terhadap dua cawangan dalam Bahagian Machang yang meluluskan usul menolak kepimpinan Najib?

Bukankah dalam amalan demokrasi, menolak dan menyokong pemimpin adalah lumrah dan ia dibenarkan untuk dilakukan oleh sesiapa juga?

Apakah mereka tidak sedar sudah beratus cawangan di Johor dan berpuluh lagi di Kedah telah pun meluluskan usul yang sama?

Mengapa UMNO Kelantan saja yang begitu tertutup dan mahu mengambil tindakan, tidak seperti UMNO Johor dan Kedah yang sangat terbuka mengenainya?

Lagi pula, tidakkah dua cawangan itu meluluskan usul menolak Najib itu dengan cara yang sah iaitu melalui mesyuarat dan ia merupakan hak yang dibenarkan kepada mereka sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO?

Lebih memalukan, jika dengan karenah dua cawangan saja sudah pun melatah, bagaimana mahu menang pilihanraya dan merampas kembali negeri Kelantan?

Pengamal media boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Fitnah 1957 - AG

Posted: 26 Apr 2016 06:20 AM PDT

Pengamal media harus sentiasa berwaspada dan mengelak daripada menerbitkan sebarang tulisan yang mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menggugat keharmonian yang dinikmati.
ag-akta-fitnah
PETALING JAYA: Pengamal media boleh dikenakan tindakan sivil mengikut Akta Fitnah 1957 dan diarah untuk membayar pampasan sekiranya terbukti laporan yang diterbitkan berunsur fitnah dan mengakibatkan reputasi mana-mana pihak terjejas akibat pelaporan itu.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, walaupun belum ada pengamal media pernah dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Hasutan, beliau berkata mereka harus sentiasa berwaspada dan mengelak daripada menerbitkan sebarang tulisan yang mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menggugat keharmonian yang dinikmati.
"Sebagai negara berdaulat dan merdeka, kita mempunyai hak dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorak dan menentukan acuan yang paling sesuai untuk rakyat dan negara kita. Apa yang sesuai untuk negara lain tidak semestinya sesuai untuk Malaysia," katanya ketika berucap pada Jamuan Tengah Hari Bersama Editor dan Pengamal Media di sini, hari ini, lapor Bernama.
Majlis itu yang bertema 'Media dan undang-Undang: Perspektif Negara' dianjurkan bersama oleh Institut Akhbar Malaysia dan Institut Pengajian Kewartawanan dihadiri kira-kira 100 pensyarah Institut Pengajian Tinggi, pengarang, penyunting dan wartawan daripada pelbagai syarikat media.
Beliau akui kebebasan bercakap dan bersuara dalam kalangan pengamal media di negara ini tidak mutlak dan tertakluk kepada beberapa sekatan perundangan bagi memelihara keselamatan Persekutuan, hubungan baik dengan negara lain dan ketenteraman awam atau prinsip moral.
Read More / Baca Lagi >>

Polis buang masa siasat saya – Azmin Ali

Posted: 26 Apr 2016 06:12 AM PDT

Menteri Besar Selangor dipanggil polis bagi memberi kenyataan berhubung papan tanda #BebasAnwar yang dinaikkan di 20 lokasi di negeri itu.
Latheefa-Koya,azmin
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung papan iklan #BebasAnwar yang dinaikkan di pelbagai lokasi di negeri itu.
Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, polis hanya membuang masa dengan melakukan siasatan itu kerana berpendirian tindakan menaikkan papan iklan itu tidak salah.
"Saya merasa amat kesal dan kecewa dengan tindakan polis untuk tergesa-gesa, menjalankan siasatan terhada saya atas satu pertuduhan yang tidak berasas sama sekali.
"Mereka gunakan Akta Hasutan untuk menekan saya dan pimpinan parti pembangkang di atas suatu perkara yang tidak boleh dikenalpasti apakah kesalahan sebenarnya," katanya kepada pemberita di hadapan Balai Polis Petaling Jaya di sini.
Azmin juga mendakwa terdapat pihak luar yang meminta beliau disiasat berhubung papan iklan bebas Anwar itu.
Katanya, perkara itu dimaklumkan oleh polis sendiri kepadanya ketika diambil keterangan di sini. Bagaimanapun, menurut Azmin, polis tidak mendedahkan siapa pihak terbabit itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kemelut politik, Syed Azman cadang hentikan sentimen kepartian

Posted: 26 Apr 2016 06:10 AM PDT


Razif dilihat terlalu wala' kepada kerajaan pusat menyebabkan rasa tidak senang pihak negeri.Razif dilihat terlalu wala' kepada kerajaan pusat menyebabkan rasa tidak senang pihak negeri.
Adun Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi meminta semua pihak agar sama-sama mengenepikan sentimen kepartaian sempit dan kepentingan peribadi serta sikap terlalu banyak berpolitik ketika berhadapan kemelut yang dihadapi kerajaan negeri Terengganu sekarang.
"Walaupun Umno masih mempunyai kedudukan 'simple majority' di Dewan Undangan Negeri (Dun) dengan 17 Adun, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka hanya mempunyai tiga pilihan; iaitu menamakan menteri besar yang baru, membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya Pas atau membubarkan Dun dan diadakan pilihanraya negeri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baginya, walaupun dengan kedudukan majoriti yang ada pada Umno di Dun, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan Umno, kemelut dalaman kepimpinan mereka perlu diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak 'berpolitiking' sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka.
"Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas. Kini dengan kejatuhan harga minyak dan kelembapan ekonomi negara juga sedang melanda negeri Terengganu.
Dr Syed AzmanDr Syed Azman"Realitinya, kini semakin ramai anak-anak muda Terengganu termasuk lulusan Universiti yang terpaksa menjadi penggangur terhormat akibat dari tiadanya peluang pekerjaan buat mereka di negeri Terengganu.
"Realitinya, masih terlalu ramai pengayuh beca, petani dan nelayan di negeri ini yang hidup 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' serta mencari-cari erti kehidupan mereka," katanya.
Atas rasa tanggungjawab ini beliau menyeru semua pihak agar sama-sama mengenepikan sentimen 'kepartaian sempit' dan 'kepentingan peribadi' serta sikap terlalu banyak 'berpolitik' bagi memastikan kepentingan rakyat Terenganu terus di jamin dan di hormanti.
Read More / Baca Lagi >>

Perpaduan kaum gagal, nitizen sinis ajak berhijrah

Posted: 26 Apr 2016 06:09 AM PDT

Rakyat Malaysia etnik Cina dan India disaran supaya berhijrah kerana keharmonian kaum di negara ini tidak lagi sebaik dahulu.
Begitu pandangan aktivis sosial dan jurugambar, Eddie Putera.
Perpaduan kaum gagal, nitizen sinis ajak berhijrahEddie dalam catatan Facebooknya mencadangkan orang Cina dan India supaya mengumpul wang untuk membeli "mana-mana tempat dalam dunia" dan bina sebuah negara baru kerana "kamu semua tidak sepatutnya dilayan sebegini teruk".
"Kalau lu orang ingat mau kasi chance Melayu pun chip in, share, tolong la invite wa sama. Wa pun mau pindah.
"Jom sama sama bikin Negara Baru. Kita hidup balik sama sama. Wa ingat ar, bukan wa sorang Melayu mau ikut lu orang. Ramai lagi kot yg mau chow," tulisnya dalam gaya bahasa pasar.
Beliau mendakwa keharmonian kaum di masa lalu lebih menonjol berbanding hari ini, dan menambah bahawa orang Cina yang membina ekonomi negara menjadi kuat manakala orang Melayu memastikan negara ini diurus dengan baik dan orang India, yang turut terlibat dalam perniagaan, menyediakan sokongan kepada sumber manusia dan kumpulan pemikir.
"Tapi itu dulu.
"Sekarang ni ar, manyak ada pening kepala. Budak2 melayu kawan sama sendiri. Budak2 Cina sama orang Cina. Budak budak India pun sama.
"Lu tak percaya, lu pigi sana shopping mall tengok. Sudah jarang tengok satu gang 3 bangsa jalan sama sama."
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)